nikah muda, bermasalah?

nak taknak che' perlu ubah mind set ini untuk lebih serius dalam mencari calon untuk dijadikan pasangan hidup .. mind set berkahwin hanya bila umur dah 25 dan keatas adalah mind set yang aneh sebenaqnya... usia 20 an ke atas ni sebenaqnya adalah satu tempoh usia yang sangat banyak cabaran nya.. 20~30 ini tempoh usia kritikal.. masa inilah darah muda itu membuak-buak, rasional akal di uji bertalu-talu..iman senipis bawang yang langsung jika tidak disemai akan menguji kewarasan akal.. bak kata bijak pandai, hanya pernikahan yang boleh melengkapkan akal seorang lelaki..

itu bak kata bijak pandai.. bak kata kawan che' pulak yang dah bernikah, nikah muda itu SWEET =).. bayangkan satu suasana yang dimana pasangan muda ibarat couple berjalan bersama dalam satu majlis keramaian dengan lesen akad nikah.. nak pegang tangan tanpa rasa bersalah dan berdosa, berjalan dengan iringan pahala akibat memegang tangan isteri dengan penuh rasa sayang.. masyaallah, nikmat pernikahan itu tersangatlah indah.. subhanaallah..

berapa kali che' nak ulang, percintaan tanpa pernikahan akan menerbitkan rasa bosan.. percintaan tanpa ada rasa tanggungjawab hanya menerbitkan rasa benci dan tak puas hati.. percintaan tanpa ada apa2 niat untuk menghupgrade ke pernikahan hanya akan mengundang perpisahan.. komitmen untuk serius dalam perhubungan akan menjadikan diri untuk bersungguh-sungguh dalam mencari jalan untuk menikahi sidia.. kalau tak? tengoklah.. 5 tahun couple sekalipun, tup2, clash jugak... x caye? tengok keliling kita sudahla... =)

bro, jangan risau jika harini gaji kita seciput itu.. ingat janji allah, rezeki bila dah berpasangan ini lain... rezeki anak2 lagi.. kita tengok kakak kita abang kita yang dah lepas... cer tengok diorang, lepas kawen.. macam2 rezeki datang dengan macam2 jalan.. duk bujang ni, apa pun kita takde.. dah kawen, insyaallah, satu2 akan datang..

che' cuma risaukan keadaan ramai yang lebih selesa hidup bersendiri.. wanita terutamanya, bila dah lewat, berkerjaya pulak itu, mind set hidup sendiri lebih selesa akan terbentuk secara automatiknya.. rasa kebergantungan kepada pasangan hanya beban kata mereka2 ini.. melawan fitrah manusia untuk hidup berpasangan adalah satu perbuatan yang sangat menekan sebenarnya.. zahirnya rasa selesa, dalam hati, hanya tuhan je tau macam mana rasa stress tu..

dari duk melalut ke laut entry ini, eloklah che abiskan kat sini.. kesimpulan nya, jujurlah dalam hidup berpasangan.. akhirinya dengan satu ikatan yang suci yakni pernikahan.. jangan la seronok sangat enjoy dengan apa yang kita ada zaman mudo2 ni... semuanya akan berlalu pergi dengan pantasnya.. jika tidak dimanfaatkan, rasa menyesal itu takkan sekali-kali dapat mengulangi masa lalu ..peace =)

* sunyi berseorangan? rasa sunyi berseorangan itu jauh lebih indah dibanding dengan nikmat bersama pasangan penuh rasa berdosa =)

4 comments:

Fara Ada said...

wahh iz! entri yg pendek (pendek ke? hehe) penuh bermakna...bagus jgk iz buat entri cenggini...betul tu iz...walaupun lepas kawen dah xmcm sebelum kawen..tp alhamdulillah rezeki tu datang dari arah yg xdisangka2 walaupun kadang rasa xcukup nk belanja :) alhamdulillah..
iz bila lagi?

cintailmu89 said...

bila lagi? anytime... amacam? haha
ready dah ni.. tunggu calon, jalan! kui3

Iffah Afeefah said...

betol2

ade jodoh ade la tu

nikah awal bkn pnghalang

cintailmu89 said...

kan? insyaallah... dipermudahkan =)