2013? come to papa~


arini adalah hari isnin.. apa yang lain nya dengan isnin 31st december 2012 ni? xde beza apapun sebenaqnya cuma besok cutiiii!!! yahoooo... jadi busy monday jadi lazy monday.. mood bekerja ke laut.. hehe.. bukan apa, memikirkan detik2 5 sengah adalah suatu perasaan yang tak terungkapkan, chewaahhhhh... mood hupdate blog yang melimpah ruah.. kui3...

tahun baru kembali lagi, namun apa pengisian tahun baru budak2 remaja arini? jalan ke syurga ke jalan ke neraka? amacam, straight forward tak... tapi che' cuba bersikap positif, dengan beranggapan bebudak remaja harini lebih cintakan majlis2 ilmu daripada berkumpul memenuhkan ruang2 kemaksiatan kat dataran merdeka tu..

kat shah alam, kan ke majlis ilmu bersama UAI... alhamdulillah satu perubahan yang baik berada dalam majlis ilmu, penuh dengan rahmat dan barakah... adik2, sedaqlah.. bukan masa untuk enjoy tanpa batasan, penuhkan diri dengan perkara yang memanfaatkan diri bukan dengan merosakkan diri.. masa remaja datang sekali je.. pakai olay ke, fair and lovely ke, remaja itu tetaplah sekali.. masa sekali kali takkan berulang walau apa jua yang kita boleh buat..

moga tahun baru, dengan penambahan umur baru membuatkan diri kita semakin matang dan tahu arah tuju, tujuan hidup dimuka bumi nih... jangan lah leka lagi dan hanyut dengan keseronokan memuaskan nafsu.. nafsu itu infinity, makin diturutkan, makin dia nak lagi dan lagi.. insyaallah, jika usaha untuk memperbaiki diri itu ada, allah akan bantu kita tunjukkan jalan, kalau tak sekarang, akan ada jalan nya satu hari nanti.. yang penting istiqamah dan jangan putus asa yer.. =)

* camne nak sorok atau selesaikan rasa yang tersimpan dalam hati ya? che' out lah bab2 ni..

kosong... kosong~~lalala

pernah terdengar kat mana ntah yang iman kita ni adakalanya naik, adakalanya turun.. terdapat masa2 tertentu kita sendiri dapat rasakan iman kita waktu tu takat mana je..memang naik nya skali, turun nya berkali-kali.. biasalah tu kan.. nak wat guane.. akui kelemahan diri sendiri, susah kita nak kekalkan iman itu tahap yang sama je.. selalunya terbabas jugak..

bila iman kita itu kalau dalam graf tu tengah menaik , banyakkan buat amalan sunat, wajib jangan ditinggalkan.. bila iman tengah menurun dalam graf, jangan sekali-kali tinggalkan yang wajib walaupun sunat2 tu dikurangkan.. namun harus kita sedaq yang amalan2 sunat inilah yang sebenaqnya menjadi punca, terasa nikmatnya dalam ibadah2 wajib2 yang lain..

che' akui, dalam kesibukan urusan kerja kita sehari hari, memang itu juga adalah alasan kita dari melakukan amalan2 sunah.. tapi ingatlah.. alasan2 ini sekali-kali bukanlah sesuatu yang boleh kita harapkan andai tiba ajal yang pastinya akan tiba untuk setiap yang hidup.. itukan sunnah wajib yang tiap dari kita akan laluinya walau dalam keadaan kita sedaq kita akan mati satu hari nanti atau kita leka dengan urusan lain2..

kalau tiba2 ada masa dan ketika diri kita itu terasa kosong, kena ingat yang jiwa dan hati kita itu kosong dari apa sebenarnya? adakah kerana kita masih sendiri dalam menjalani kehidupan ataupun kehidupan kita itu sendiri yang takde halatuju, takda yang guide.. ada satu je jalan nak balik, nak lalu atau tak je persoalan nya..

nikah muda, bermasalah?

nak taknak che' perlu ubah mind set ini untuk lebih serius dalam mencari calon untuk dijadikan pasangan hidup .. mind set berkahwin hanya bila umur dah 25 dan keatas adalah mind set yang aneh sebenaqnya... usia 20 an ke atas ni sebenaqnya adalah satu tempoh usia yang sangat banyak cabaran nya.. 20~30 ini tempoh usia kritikal.. masa inilah darah muda itu membuak-buak, rasional akal di uji bertalu-talu..iman senipis bawang yang langsung jika tidak disemai akan menguji kewarasan akal.. bak kata bijak pandai, hanya pernikahan yang boleh melengkapkan akal seorang lelaki..

itu bak kata bijak pandai.. bak kata kawan che' pulak yang dah bernikah, nikah muda itu SWEET =).. bayangkan satu suasana yang dimana pasangan muda ibarat couple berjalan bersama dalam satu majlis keramaian dengan lesen akad nikah.. nak pegang tangan tanpa rasa bersalah dan berdosa, berjalan dengan iringan pahala akibat memegang tangan isteri dengan penuh rasa sayang.. masyaallah, nikmat pernikahan itu tersangatlah indah.. subhanaallah..

berapa kali che' nak ulang, percintaan tanpa pernikahan akan menerbitkan rasa bosan.. percintaan tanpa ada rasa tanggungjawab hanya menerbitkan rasa benci dan tak puas hati.. percintaan tanpa ada apa2 niat untuk menghupgrade ke pernikahan hanya akan mengundang perpisahan.. komitmen untuk serius dalam perhubungan akan menjadikan diri untuk bersungguh-sungguh dalam mencari jalan untuk menikahi sidia.. kalau tak? tengoklah.. 5 tahun couple sekalipun, tup2, clash jugak... x caye? tengok keliling kita sudahla... =)

bro, jangan risau jika harini gaji kita seciput itu.. ingat janji allah, rezeki bila dah berpasangan ini lain... rezeki anak2 lagi.. kita tengok kakak kita abang kita yang dah lepas... cer tengok diorang, lepas kawen.. macam2 rezeki datang dengan macam2 jalan.. duk bujang ni, apa pun kita takde.. dah kawen, insyaallah, satu2 akan datang..

che' cuma risaukan keadaan ramai yang lebih selesa hidup bersendiri.. wanita terutamanya, bila dah lewat, berkerjaya pulak itu, mind set hidup sendiri lebih selesa akan terbentuk secara automatiknya.. rasa kebergantungan kepada pasangan hanya beban kata mereka2 ini.. melawan fitrah manusia untuk hidup berpasangan adalah satu perbuatan yang sangat menekan sebenarnya.. zahirnya rasa selesa, dalam hati, hanya tuhan je tau macam mana rasa stress tu..

dari duk melalut ke laut entry ini, eloklah che abiskan kat sini.. kesimpulan nya, jujurlah dalam hidup berpasangan.. akhirinya dengan satu ikatan yang suci yakni pernikahan.. jangan la seronok sangat enjoy dengan apa yang kita ada zaman mudo2 ni... semuanya akan berlalu pergi dengan pantasnya.. jika tidak dimanfaatkan, rasa menyesal itu takkan sekali-kali dapat mengulangi masa lalu ..peace =)

* sunyi berseorangan? rasa sunyi berseorangan itu jauh lebih indah dibanding dengan nikmat bersama pasangan penuh rasa berdosa =)

hari pertama di tempat baru dan hantu di bangunan marinara

hari ke 5 lepas pindah opis baru... suasana? masih kekok tapi dengan team kpj wellness, sume nya ok sangat.. takde masalah, happy2 aje...  selesa? memang sangat selesa... sejuk, meja pun besar... ada view2 kl ni sikit... pastu parking sume senang... cuma nak menghadap jem nak ke tempat keja jela yang berat nanang sikit.. (*sebenarnya berat nanang ni apo sebenarnya?, kui3)

duduk dengan marketing ni memang agak kekok sebenarnya.. tak berapa nak ngam.. mungkin awal2 je kot... tapi xpe... kita tengokla lama2 nanti camne.. boleh punyalah.. masing2 duk segan2, duk senyum2 je... kenal nama pun tak lagi... Pn Rafeah? pun setakat ni xde masalah.. siap blanje makan durian dengan manggis lagi hari pertama... nak segan2 makan durian kat opis? takde der.. hilangkan keseganan, tingkatkan prestasi makan durian... kui3

susunan meja che'? ya rabbi.. kena ada penasihat sikitla.. awat rasa kosong sangat nih? kalau ada lampu2 sikit ke, lampu belajar sepam dua ke... molekla sikit.. ingat hujung minggu ni nak jugakla mencari hiasan kat meja ni... akuarium ke, ambi pur ke... nak bagi sedap mata memandang pun okay sudah..  nak keja pun selesa sikit..

semalam kat sini ada jemput ustaz tu mai baca yassin kat opis ni haa... siap dengan air limau, dengan tazkirah sikit2... mungkin nak elak gangguan2 jin dan syaiton kat tempat baru ni.. yela, menara marinara ni berapa tahun dah kosong... ntah apa yang duduk sini sebelum ni, kita pun tak tau... jadi, nak elakkan gangguan2 ni, elok juga tempat baru ni kita biasakan dengan majlis2 bacaan yassin ni, ye tak? xpela.. xde apa punyalah (*sedapkan hati, hihi)


>> ada yang ada pengalaman kena gangguan2 dari makhluk halus ni tak? cer kongsi sikit pengalaman korang =)

macam gadis la cite2 perasaan dlm blog !

bila lelaki berbicara mengenai perasaan dia dalam blog, adakah dia seorang yang lemah? ada dapat soalan dalam private mesej dalam fb... errr...... nak jwab gimana sihhh.. che' pun terdiri dari golongan yang sama...

dalam blog ni, kita kena tau yang pada setiap blog, pasti ada pembacanya... nak taknak, sifat keterbukaan dalam menulis di blog itu pasti ada batasan nya.. norma asas bagi setiap yang adalah kan? pasti ada batasan nya..jadi bila nak menulis dalam blog itu, beringatlah.. jangan sampai sedap ngat menulis, terlupa batas2, cerita ikut sedap tangan je, abisla terbuka aib diri sendiri malah mungkin aib orang lain juga dalam tak sedaq tu..

bagi che' , memang che' ada juga malah banyak jugak bercerita tentang perasaan sendiri, namun masih che berfikir dua tiga kali gak bila nak publishnya tu... baca dulu, agak2 dah ditapis mana yang patut, barulah publish.. menceritakan perihal perasaan sendiri bukanlah lemah, nak2 pada lelaki, namun ego yang kuat membuatkan diri terasa kuat je dalam duk jiwa kacau tu, xmo kongsi dengan sape2.. last2, pendam2, bom!!! meletop.. tu xmo tu..

* ada orang yang banyak menulis dalam blog dia, zahirnya realiti nya dia kat luaq seorang yang pendiam? blog jelah jadi teman berbicara , kan?

ya, sy seorang pengecut!

agak berani untuk buat entry mcm nih... tapi nak tak nak che' tak boleh simpan perasaan pelik ni sorang2... dan che' pasti yang orang perempuan takkan faham dengan perasaan lelaki yang satu nih.. kira macam orang2 lelaki je kot boleh faham menda yang che' cuba nak tulis.. rasanya laa...

che' sekarang betul2 berada dalam misteri perasaan yang che' sendiri memang tak boleh nak uraikan.. terlalu serabut, terlalu kusut.. che' akui, memang che' punyai kenangan pahit dengan kisah2 cintan sebelum nih.. semua nya hanya macam sesuatu yang pahit, susah nak dikenang..

sampai satu tahap sekarang ni yang che betul2 menutup pintu hati che' untuk menerima sesiapa pun... che' tak tau apa sebenarnya punca dia, tapi che' xde perasaan nak mulakan hubungan istimewa dengan sesiapa.. che' riso yang che' akan melukakan hati seseorang yang che' cuba bagi harapan tu...

che' tau dan sedaq yang menutup hati untuk terima sesiapa ini bukanlah satu perbuatan yang bagus pun, namun ianya lebih selamat dari melukakan hati seseorang kan? sakit hati bila perasaan ni orang permainkan, che' faham sangat macam mana rasa dia.. tak sedap la macam durian crepe tu..

che' cuba untuk menjadi seorang lelaki yang bertanggungjawab dengan memikirkan tanggungjawab che' sekiranya ingin hadir dalam diri seorang wanita.. biaqlah che' menerima seseorang itu dalam keadaan che' serius untuk memperisterikan dia, bila dah sampai masanya dan jika jodoh itu sampai, che' terima dengan hati yang terbuka dengan penuh rasa bersyukur. =)

* sebab che' baca kat mana ntah yang wanita ni perlukan jaminan dari seseorang lelaki.. perlu bagi kata putus time2 tu jugak.. kalau tak, nanti bye2... diorang tapaham yang lelaki perlukan masa jugak kadang2.. errrrrr.... tak faham... berikanlah pencerahan !!

Buat mirul dan ila fazila =)

assalam dan salam sejahtera... entry che' kali ni mungkin panjang lebih sikit dari yang biasa... amacam? awal2 dah warning... kui3... sebab apa panjang? sebab banyak sangat nak diceritakan... pasal segalanya.. pasal sahabat yang bukan senang nak dicari...

dalam dunia ini, salah satu anugerah yang terbesar boleh kita dapat ialah sahabat yang baik... kawan ni memang ramai... dengan sape boleh berkawan yer tak? tapi sahabat yang setia dengan kita mungkin hingga ke zaman2 tua sat g, berapa kerat je...

kat tempat keja ini, dua orang ni memang rapat dengan che' namun hujung minggu ni, memasing nak tinggal kan che'.. huhu... baguih la diorang nak berhijrah untuk kembangkan karier masing2... tapi dalam masa yang sama, che' terasa kehilangan yang amat sangat... nak melalui rasa kehilangan ni bukanlah senang.. pasti lepas ni suasana keja dah tak sama.. harap lebih baik je lepas ni..


kalau orang kata, rakan ni boleh pengaruh sifat kita, che' boleh kata depa ni pengaruh yang baik... pengaruh yang boleh perbaiki sifat dan sikap che' yang out nih.. dari diorang, che' blajaq tentang erti tanggungjawap, erti ketabahan.. yang sama sekali che' pasti tak boleh lawan diorang dalam 2 sikap ni.. amacam? emosional kan dalam perenggan ni? kui3.. nak wat guane..

harap persahabatan yang kita bina selama setahun tempoh perkenalan ni, berkekalan sampai bila2.. tempoh masa dalam berkawan tu tak penting, tempoh mana ia berkekalan jauh lagi penting.. jangan lost contact, ingat satu je, masa che' untuk korang nih, tetap ada.. roger je kawe.. insyaallah.. xde aral, join lah.. tarak hal punya...




*kenang ku dalam doamu.. aiceh.... :)