Watpe mu nak nak tegur aku?

apabila kita menegur seseorang itu bukanlah bermakna kita itu adalah lebih baik dari seseorang itu.. inilah salah faham terbesaq yang selalu orang salah faham.. apabila menegur itu dengan niat yang betul, itu adalah kerana kita masih ada rasa hubungan dengan seseorang.. itu bermakna kita masih mengambil berat dan bukanlah untuk merendah-rendahkan ataupun mengcalarkan ego si yang kena tegur (*bahasa apakah ini?hihi..)

geng, kalau ditegur itu, belajarlah untuk menerimanya dengan hati yang terbuka.. no hard feeling.. biasalah.. siapa yang suka ditegur yer dak? tanya diri sendiri sudaaa... tapi itulah yang dipanggil ego.. belajar rendahkan ego, belajar menerima kekurangan diri adalah salah satu perkara terpayah dan perkara terbesar yang boleh dilakukan terhadap diri dalam kehidupan nih..

bila sampai satu tahap kita tengok orang yang selalu duk tegur kita mula ambik sikap tak-kisah- la-der, apa- lu-nak-buat, lu-buat-jela.. gua-apa-peduli (sorry, panjang sikit nama sikap nih)., haa, waktu tu mu bolehlah nak mula riso sebab orang kalau dah fed up dengan sikap kita yang bila ditegur berulang-ulang tak masuk dalam otak... singgah kejap je kat telinga kanan, keluar telinga kiri dan hilng langsung dari pandangan..

muhasabah diri.. setiap teguran membawa padah kebaikan sebenarnya.. cuma kita je yang perlu bijak dalam mebuat pilihan samada menerimanya dengan hati yang terbuka ataupun dengan perasaan yang nak memberontak je setiap masa.. tengoklah mana satu yang membawa kebaikan.. anda mampu mengubahnya! aicehhh.. hihi