my dream wedding, uweeekkkkk !

jam menunjukkan pukul 3 pagi.. dan sama sekali tak menampakkan tanda2 mengantuk... alangkah susah nya nak lelapkan mata.. tak peliklah sekiranya tidur itu sendiri sebenarnya nikmat yang sangat besar.. kan? dah tak dapat tidur barulah nak menghargai nikmat tidur.. biasalah tu..manusia2.. hihi

well, mencari tajuk untuk dihupdate pagi2 buta malam isnin ni.. tajuk yang tiba2 je terlintas iaitu dream wedding.. amacam? class ko jah.. kah3.. apa, ingat lelaki tak boleh wedding dream ke hape... nak merepek sat lah kat blog satu ni haa...

dalam seronok tengok memember melangkah ke alam perkahwinan, mulalah fikiran ni nak ke arah itu.. antara impian untuk wedding ni nanti? sat, buat list.. aicehhh.. kemain kan..haha

  1. uniform takmo yang mainstream sangat lah.. ingat nak pakai jubah and berserban dalam majlis perkahwinan tu.. err, jubah warna hijo, sepasang dengan isteri lah.. takkan lelaki nak kaler hijo, bini jubah warna ungu pulak.. aneh sangat tu.
  2. pelamin kalu boleh simple je, tu pun tak mo lah letak kat luaq, set pelamin dalam rumah sudaalah.. segan lah orang ramai sangat tengok.. biaq family sedara mara je tengok..
  3. lauk pauk pun taknak la lauk tipikal kenduri.. nak lauk, masakan kampung.. ada ulam2, sambal belacan ke, siap tempoyak... wuisy.. sedapnya.. ikan masin sikit...baru naik selera.. * ada lagi ke selera nak makan time tu? kui3
  4. waktu che' ngan bini makan, diselit sikit ceramah oleh ustaz kat taman ni haa, biaq ada doa2 untuk che.. kalau ada kumpulan qasidah ke lagi molek.. mantap kebaboom sikit kenduri tu.
  5. etc.. akan ditambah mengikut kesesuaian masa.. hihi
hai, nak juga berimpian jugak.. jarang dengar lelaki wat entry dream wedding ni kan? kih3.. sabo jela..

*dalam setiap majlis perkahwinan, che' nampak bagaimana si lelaki menyempurnakan iman nya dan si perempuan yang terhindar jauh dari fitnah =)

13 comments:

eszyamin said...

seronoknya kawin..semoga perkahwinan impian jd kenyataan..haha..lauk pauk tu yg paling best..ada udang masak sambal tempoyak pon sodap..

cintailmu89 said...

kawen memang seronok pon.. so bila lagi bro? btw,udang masak sambal.. boleh dipertimbangkan.. haha

amin2..

Fara Ada said...

amboiii...hampir terlompat sikit pepagi ni bila tgk tajuk entri iz..hahaha..

Alhamdulillah baguslah kalau dah ada impian majlis mcm gitu..:)
semoga tercapai impian tu kelak..

Anyway iz, sy dah tukar url blog, boleh x iz add semula sbb ada yg mengadu xboleh bukak..


faraada.blogspot.com

mekasehh :)

cintailmu89 said...

Amboi., sampai melompat.. Dasatnya effect nya tuh.. Hihi

Insyaallah, mudah-mudahan..
Ok, otw nak follow :)

ilafazila said...

oh meng din!!!pak2 kebum2 lh ye taun dpn kalu dh ade entri gini...uwekkkk...:p

cintailmu89 said...

Nak pak2 kebum2 camne, kalau calon xde... Haha

Mirul dulu kot...

Hidayah said...

yelah...first time baca blog lelaki dengan wedding dreams..hehe..

takpela..unutng bakal isteri..

kebykan lelaki malas nak pikir kal kawen..kasik duit je..settle..

cintailmu89 said...

Well, kawen sekali je... Kalau satu isteri la... Kui3..
Kenalah fikirkan sesuatu yang betul2 boleh dijadikan kenangan untuk anak cucu.. ' oh mennnnn, makin jauh fikirnya nih.. Hehe

Fara Ada said...

ok iz thanks in advances sbb dah nampak iz masuk dlm list recent visitors means iz dah leh masuk url tu..
mekaseh byk.. :)
sng2 sgah lg ye :)

cintailmu89 said...

Insyaallah... Singgah punya...
Btw, kenapa ada tukar url tu?
Che' riso nak tukar sebab takut banyak masalah..

Iffah Afeefah said...

amboi dah berangan nk menikah ke hee

cintailmu89 said...

Dah lama dah berangan.. Kalau ada calon,
Anytime.. Kemain... Kui3..
Recommend sikit.. Kah3.. X malu...

L said...

cheq pun sama. nk simple2 tp bermakna. huu. tak sbar plak nk kawen. haha. tapi calon pun takde nk kawen mende yek. haha

Jom singgah baca sekejap =)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/11/7x-umur-dunia.html