tak jejak surau weh!

setelah ditegur haritu, barulah che' sedaq yang che banyak kali menduakan si dia... banyak kali che' mengabaikan dia, untuk dia2 yang lain.. elokkah perangai gini? teruk, ya memang teruk.. tupun sedaq lepas che' kena tegur dengan ibu che' sendiri..  kadang bukan apa, tak perasan perkara2 gini boleh jadi.. selagi tak kena tegur, selagi tu lah duk wat donno je..

well, gini critenya.. pada satu pagi, mak che' sound setepek kat muka che' yang bunyinya lebih kurang gini.. 'lu ni din, wa tengok asyik lebihkan majlis2 ilmu kat masjid2 luar sana je.. lu tak teringin ke nak jenguk2 surau sini ke?'

che' pon terkejut la bila ditegur gitu.. x sangka pulak boleh kena sound... memang, tak perasan tapi itulah haikkatnya... terlalu sibukkan diri dengan majlis luar, majlis dalam surau sendiri terabaikan.. kita ni bukan apa, kadang2 bila terpaksa pilih antara dua, kita macam nak yang best je kan.. bukan nak kata aktiviti surau kurang best, tapi majlis kat luar adakalanya lebih santai dan mesra remaja (*remaja ke?)

nak2 lagi bila dah bekerja.. kalau ikutkan rekod sebelum2 nih, kalu balik awal ke rumah dari tempat keja tu, nak paksa badan ni nak ke surau kemain payahnya.. naik moto, dari ampang puteri ni nak ke balakong, letih jugak kadang, tambah2 naik moto tu.. nak support berat moto tu je pun, berat mata memandang, kan?

jadi bila ada peluang ada majlis2 ilmu dekat2 dengan tempat keja ni, che' singgah jela.. pastu nak letih2 ke, ngantuk2 ke, balik boleh terus tido je.. tapi nasihat dari mak che' tu insyaallah, che' akan amik, nak juga la jenguk2 surau taman ni..

2 comments:

aniqbukhary said...

Nice bro.. bermanfaat untuk semua..

cintailmu89 said...

Tq bos..