tak cantik tak kacak, apa rasanya?


apa rasanya menjadi seorang yang kacak ataupun menjadi seorang yang cantik, pernah tak angpa fikirkan.. mungkin bagi pembaca yang memang tersedia cantik dan kacak, bolehlah mengabaikan entry ini... namun ianya masih lagi satu perasaan yang misteri dan aneh bagi kami2 yang wajahnya biasa2 dan penampilan juga yang biasa2..

rasa diperhatikan, rasa menjadi contoh ikutan orang keliling, seronok apabila setiap tingkah laku dan perbuatan diri itu akan menyerlahkan lagi kelebihan yang ada dalam diri.. seronoknya korang kan? yup.. syukur alhamdulillah, kecantikan dan kekacakan dalam diri itu kurnia dari Allah s.w.t..

jom che' nak ajak kita berfikir luar kotak... apa rasanya bila segala kelebihan kita itu apabila tiba masanya perlu untuk kita lepaskan nya.. samada dalam keredhaan atau dalam keterpaksaan. mampu atau tak untuk kita menerimanya... nak2 kepada wanita lah yer dak.. yang terbiasa dengan kecantikan..ada yang sampai ke maqam obses dengan kecantikan diri.. kemain kan?

contoh paling mudah adalah umur atau pun tua.. ada sape2 boleh bagi ubat ataupun pil ataupun kolagen ataupun vitamin2 yang boleh menidakkan kesan2 tua dekat wajah? ada je yer dak? pembedahan plastik tu.. tapi sebenarnya, jujurlah.. boleh samakah kulit kita macam masa muda dulu? mustahil kan... kudrat diri dah x sama.. nak taknak kena jugak kta tempuhi masa tu jika sampai lah masa tua tu..wanita yang teralu percaya bahawa kecantikan wajahlah faktor utama dalam mengikat hati suami, maka silap besarlah.. ada perkara lain lebih penting sebenarnya =)

kepada wanita pula yang terlalu mementingkan kekacakan pasangan.. kehandsomean seseorang lelaki itu pasti terpadam bila kita dah duduk bersama(*dah menikah la maksudnya).. handsome itu semua boleh ditolak tepi jika perangai yang menghapuskan kesemua manisnya wajah yang dia ada... sifat panas baran? sape sanggup menerimanya dengan kekacakan yang sidia ada? nak tempuh kehidupan bersama si panas baran sungguh lah menyiksakan.. 
kacak tapi tak bertanggungjawab? adusss... bala2.. kompem... orang tak bertanggungjawab ni biasanya seseorang yang tidak matang... matang pulak bukan lah diukur dengan usianya lelaki tersebut.. percayalah yang kebanyakan dari lelaki kebanyakan nya takkan matang sebelum berkahwin dan akan perlahan-lahan mematangkan diri selepas berkahwin dan mula rasakan tanggungjawab kepada keluarga.. namun sekiranya sikap nya masih sama sebelum dan selepas berkahwin... abislaaaaaa... memang situasi yang sangat berbahaya.. time ni, kacak pon tarak guna sudaaa...

jadi nak che' pesan kat sini, jika cantik tu, maka seimbangkan lah dengan kecantikan akhlak dan peribadi... maka cantik itu secara automatiknya akan menjadi sesuatu yang lebih bermanfaat... kalau tak cantik pula, toksahlah nak berputus asa dan menambahkan lagi dengan buruknya akhlak.. percayaah yang kecantikan yang kekal hanyalah kecantikan akhlak dan peribadi.. kacak dan cantik pada wajah dan tubuh badn akan pudar berkadar terus dengan masa.. untuk kekal cantik dan menawan, upgrade lah akhlak, perbaiki hubungan dengan tuhan.. akan terpancarlah kecantikan hakiki di wajah kita, insyaallah.. =)

4 comments:

nisa_perasan_cun said...

nice entry :-)

cintailmu89 said...

perasan cun..
tq2..

Zue Cancer said...

tempat mane yang leh ngadu ade hijap?

cintailmu89 said...

Bila kita nak mengadu kat blog pasti ada batasan nya contoh macam malu dekat org yang baca lah, rasa penyampaian nya tu tak abis...
Mengadulah pada yang hak, pada dia je, kita boleh mengadu sepuasnya tanpa perlu risaukan orang lain.. Kan?