penasihat yang hampeh =)

teringat dulu waktu seseorang yang memang che' kenali meminta nasihat dari che'.. buat makluman, che' akui yang che' bukanlah seorang penasihat yang baik... jadi bagi sape2 yang memang perlukan nasihat, che' lah orang terakhir yang boleh diharapkan...

minah ni seorang perempuan(*xkan lelaki pulok).. maka, berceritalah maslah dia kepada che' dan che pun mendengarnya dengan penuh khusyuk dan 100% fokus.. biasalah tu.. skil mendengar tu memang dah tersemat rapi dalam diri... bab2 mendengar insyaallah.. boleh diharap.. sambil angguk2 kepala tanda faham masalah yang dia luahkan tu..

banyak masalah minah ni.. masalah dengan keluarga dialah, masalah dengan keyakinan dirilah. masalah dengan rakan sekerja, masalah duit.. naik pening kepala mendengarnya.. sabo jela.. tapi takpe.. hati kental maulah setia dengar sampai abis.. time ni memang malas nak menyampuk la yer dak.. nanti menggganggu pulak mood dia nak bercerita... so, layankan jela..

adalah dalam sejam sesi luahan perasaan tuh.. nak taknak kena iyakan jugalah.. dalam syok dia bercerita tu, maka sampailah penutup... petanda2 nak habis bercerita tu tiba jua akhirnya... maka tibalah giliran che' pula untuk berkata dan memberikan sepatah dua kata sebagai penasihat.. maka che pun memulakan kata2 nasihat che'.. che' tanyalah minah tu, ang solat ke dak? dia jawab tak., tapi dah mula nak bersolat.. che pun balaslah, ang solat, insyaallah.. masalah ang yang banyak tuh, akan selesai satu per satu nanti.. 

maka tiba2 terdiamlah minah tu, dan secara spontan senyum kambing dan terus berlalu pergi..

*err, tersalah cakap ke?   

4 comments:

Iffah Afeefah said...

hahaha susah la gni

punye la panjang lebar die kate

tu die tersentap la tu

mungkin awk kene nasihat scre lembut..slow2

bukan terus suh solat heee

cintailmu89 said...

Bukan apa.. Ramai yang tak sedaq kan sebenaqnya, sebesar- besar masalah sebenarnya boleh selesai dengan sekecil-kecil tindakan seperti solat sebagai asas kepada penyelesaiaan yang seterusnya.. :)

EJA said...

salam ziarah betul tu apa2 pn solat itu penting, dgn solat kita dpt dekat kan diri dgn Allah. insyallah Allah permudahkan urusan hambanya. solat juga tiang agama.

cintailmu89 said...

yup.. first step untuk segalanya.. hehe
itu fail, abis sume yang lain2..