genre muzik paling KEBABOOM!

gua dah pernah dengar macam2 genre muzik dalam hidup gua... dari yang sentimetal nya, jiwang karat, jiwang tak berapa nak karat, nasyid, heavy metal, slow metal and etc2. sume nya kira boleh dikatakan masuklah sebab gua bukan nya memilih sangat dengan genre2 muzik ni.. yang mana ada bunyi2 best, gua layan.. samalah macam selera makan gua.. apa yang sedap gua bedal.. dari pajeri ke tempoyak ke cencaluk sampailah ke sushi ke bolognaise ke carbonara... memang gua sebat.. (*tetiba melalut ke bab makan pulok) ..nampak betapa tak cerewetnya gua dalam hal2 macam ni..

baru2 ni yang tak berapa baru, gua ada la join geng2 kapak gua kat mesjid dekat2 hulu keramat ni haa... sejak diperkenal oleh geng2 kapak yang gua dok join nih, gua minat satu lagi genre muzik yang bagi gua memang sebat abisla genre2 muzik yang gua minati selama ni.. serius, gua rasa genre muzik nilah yang gua rasa betul2 menusuk kalbu dan menenangkan jiwa kacau gua selama ni..

genre muzik yang gua tak tau apa kenamanya nih, gua tak faham sangat pun setiap lirik yang dinyanyikan tuh.. tapi dari melodinya memang gua tau, syok punyalah maksud2 dia.. dia tak macam kpop tu.. memang maksud lirik dia juga buat gua tak paham menda.. namun gua pasti lirik dia tak menenagkan jiwa.. kpop memang tak pernah masuklah dalam diari hidup gua.. tapi lagu sentimental drama2 korea pernah lah hinggap sekejap dalam hidup gua...

gua pastilah kalau dengar live genre lagu yang gua minati nih, meremang woo bulu.. serius, tak tipu.. tu kalau lu orang boleh follow2 sikit lirik dia, ikut leader.. yang penting jangan sampai lu orang2 angguk2 kepala pulak.. nanti lu orang kena tangkap sebab berklakuan aneh serta pelik di majlis keramaian.. nak dengar genre apa yang gua bincangkan dari awal tadi? klik la link yang gua sertakan ni.. mesti tangkap leleh punya lah =)

No comments: