dugaan paling hebat buat anak yang soleh..

bagaimana sekira nya ibu yang menjaga kita selama ni pergi meninggalkan kita buat selamanya? tak pernah terbayangkan langsung kan apa rasanya.. baru2 ni baru je ibu kepada sahabat che' meninggal dunia.. tu che' dengan officemate pergi melawat keluarga mereka di melaka, pengkalan balak sana tu..

dalam che' duk memerhatikan sahabat che' ni, terdetik  di hati che' yang bolehkah che' menjadi setabah dia dalam mengharungi keadaan gini suatu hari nanti.. pastinya bukanlah mudah, namun nak tak nak, pasti kita semua akan merasa perkara yang sama kan? tambah2 sekiranya kita memang rapat sangat dengan ibu tu..

sahabat, untuk menasihati itu mudah tapi untuk melaksanakan itu bukanlah semudah itu.. percayalah, che' sendiri belum pasti kekuatan che' dalam mengharungi suasana susah gini.. cuba letakkan diri kita di tempat dia?

dalam mengahadapi perasaan kehilangan ini sahabat, che' percaya terlalu banyak dugaan yang perlu kita hadapi.. dengan rasa kekok dalam meneruskan kehidupan nya tapi percayalah, jika kita belum betul2 kuat untuk menghadapi pemergian orang yang benar2 bermakna dalam kehidupan kita, kita pasti akan tewas dalam kehidupan.. yang pergi itu tetaplah pergi, tak mungkin nya akan kembali...

kuatkan diri dengan azam yang lebih kuat dengan yang pemilik rasa rindu, pemilik rasa cinta dalam hati.. jangan sekali-kali meninggalkan Nya.. selagi kita berpegang kuat denganNya, insyaallah, hati akan menjadi lebih tenang, dan pastinya akan meringankan beban yang dihadapi oleh arwah pasti akan terkurang kerana melihat hasil didikan nya berjaya dalam mengharungi kehidupan, insyaallah...

jangan tinggalkan doa untuk yang telah pergi.. doakan agar arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.. langsaikan segala hutang2 yang ditinggalkan arwah dan rapatlah dengan sahabat arwah ataupun sedara mara arwah.. hanya itulah amalan yang boleh kita sampaikan pada arwah setelah arwah meninggal dunia.. insyallah ..

* anak yang soleh pastinya adalah impian bagi setiap ibu dan bapa di dunia ini.. cer cek diri kita, boleh masuk dalam kategori anak yang soleh tak?

2 comments:

Iffah Afeefah said...

xbpe solehah

tapi sy sentiasa mencuba menjadi solehah

cintailmu89 said...

alhamdulillah iffah jika ada usahanya tu untuk menjadi seseorang yang solehah... jangan usaha nak perbaiki diri pun takde, derhaka lagi... mintak2 dijauhkan sifat gini....