tak cantik tak kacak, apa rasanya?


apa rasanya menjadi seorang yang kacak ataupun menjadi seorang yang cantik, pernah tak angpa fikirkan.. mungkin bagi pembaca yang memang tersedia cantik dan kacak, bolehlah mengabaikan entry ini... namun ianya masih lagi satu perasaan yang misteri dan aneh bagi kami2 yang wajahnya biasa2 dan penampilan juga yang biasa2..

rasa diperhatikan, rasa menjadi contoh ikutan orang keliling, seronok apabila setiap tingkah laku dan perbuatan diri itu akan menyerlahkan lagi kelebihan yang ada dalam diri.. seronoknya korang kan? yup.. syukur alhamdulillah, kecantikan dan kekacakan dalam diri itu kurnia dari Allah s.w.t..

jom che' nak ajak kita berfikir luar kotak... apa rasanya bila segala kelebihan kita itu apabila tiba masanya perlu untuk kita lepaskan nya.. samada dalam keredhaan atau dalam keterpaksaan. mampu atau tak untuk kita menerimanya... nak2 kepada wanita lah yer dak.. yang terbiasa dengan kecantikan..ada yang sampai ke maqam obses dengan kecantikan diri.. kemain kan?

contoh paling mudah adalah umur atau pun tua.. ada sape2 boleh bagi ubat ataupun pil ataupun kolagen ataupun vitamin2 yang boleh menidakkan kesan2 tua dekat wajah? ada je yer dak? pembedahan plastik tu.. tapi sebenarnya, jujurlah.. boleh samakah kulit kita macam masa muda dulu? mustahil kan... kudrat diri dah x sama.. nak taknak kena jugak kta tempuhi masa tu jika sampai lah masa tua tu..wanita yang teralu percaya bahawa kecantikan wajahlah faktor utama dalam mengikat hati suami, maka silap besarlah.. ada perkara lain lebih penting sebenarnya =)

kepada wanita pula yang terlalu mementingkan kekacakan pasangan.. kehandsomean seseorang lelaki itu pasti terpadam bila kita dah duduk bersama(*dah menikah la maksudnya).. handsome itu semua boleh ditolak tepi jika perangai yang menghapuskan kesemua manisnya wajah yang dia ada... sifat panas baran? sape sanggup menerimanya dengan kekacakan yang sidia ada? nak tempuh kehidupan bersama si panas baran sungguh lah menyiksakan.. 
kacak tapi tak bertanggungjawab? adusss... bala2.. kompem... orang tak bertanggungjawab ni biasanya seseorang yang tidak matang... matang pulak bukan lah diukur dengan usianya lelaki tersebut.. percayalah yang kebanyakan dari lelaki kebanyakan nya takkan matang sebelum berkahwin dan akan perlahan-lahan mematangkan diri selepas berkahwin dan mula rasakan tanggungjawab kepada keluarga.. namun sekiranya sikap nya masih sama sebelum dan selepas berkahwin... abislaaaaaa... memang situasi yang sangat berbahaya.. time ni, kacak pon tarak guna sudaaa...

jadi nak che' pesan kat sini, jika cantik tu, maka seimbangkan lah dengan kecantikan akhlak dan peribadi... maka cantik itu secara automatiknya akan menjadi sesuatu yang lebih bermanfaat... kalau tak cantik pula, toksahlah nak berputus asa dan menambahkan lagi dengan buruknya akhlak.. percayaah yang kecantikan yang kekal hanyalah kecantikan akhlak dan peribadi.. kacak dan cantik pada wajah dan tubuh badn akan pudar berkadar terus dengan masa.. untuk kekal cantik dan menawan, upgrade lah akhlak, perbaiki hubungan dengan tuhan.. akan terpancarlah kecantikan hakiki di wajah kita, insyaallah.. =)

tak jejak surau weh!

setelah ditegur haritu, barulah che' sedaq yang che banyak kali menduakan si dia... banyak kali che' mengabaikan dia, untuk dia2 yang lain.. elokkah perangai gini? teruk, ya memang teruk.. tupun sedaq lepas che' kena tegur dengan ibu che' sendiri..  kadang bukan apa, tak perasan perkara2 gini boleh jadi.. selagi tak kena tegur, selagi tu lah duk wat donno je..

well, gini critenya.. pada satu pagi, mak che' sound setepek kat muka che' yang bunyinya lebih kurang gini.. 'lu ni din, wa tengok asyik lebihkan majlis2 ilmu kat masjid2 luar sana je.. lu tak teringin ke nak jenguk2 surau sini ke?'

che' pon terkejut la bila ditegur gitu.. x sangka pulak boleh kena sound... memang, tak perasan tapi itulah haikkatnya... terlalu sibukkan diri dengan majlis luar, majlis dalam surau sendiri terabaikan.. kita ni bukan apa, kadang2 bila terpaksa pilih antara dua, kita macam nak yang best je kan.. bukan nak kata aktiviti surau kurang best, tapi majlis kat luar adakalanya lebih santai dan mesra remaja (*remaja ke?)

nak2 lagi bila dah bekerja.. kalau ikutkan rekod sebelum2 nih, kalu balik awal ke rumah dari tempat keja tu, nak paksa badan ni nak ke surau kemain payahnya.. naik moto, dari ampang puteri ni nak ke balakong, letih jugak kadang, tambah2 naik moto tu.. nak support berat moto tu je pun, berat mata memandang, kan?

jadi bila ada peluang ada majlis2 ilmu dekat2 dengan tempat keja ni, che' singgah jela.. pastu nak letih2 ke, ngantuk2 ke, balik boleh terus tido je.. tapi nasihat dari mak che' tu insyaallah, che' akan amik, nak juga la jenguk2 surau taman ni..

jom melepak di KLCC =)

pepagi jumaat ni biasalah, waktu yang sangat sesuai untuk menghupdate blog picisan nih... err, terasa begitu segar lepas sarapan dan mencuba cuka arab mak beli dari ustaz mana ntah, dari arab katanya.. entahlah tapi yang pastinya rasanya seakan-akan air gamat plus cuka kot? hampehnya rasa.. seb baiklah ubat.. kalau tak memang tak telan punyalah..

oh, welll.. actually i nak ceritakan pasal majlis ilmu yang bakal diadakan di klcc, tapi bukanlah dalam klcc tu.. dalam klcc tu bukan majlis ilmu, tapi majlis menghapuskan ilmu secara besar-besaran kalau masuk, yer tak? sabo jela.. nak jaga mata guanenya kalu pemandangan yang begtu menjolok mata dalam klcc tu.. memang hampeh la kalau masuk dalam klcc.. panas je duk lama2 dalam tu, kan?

ok, proceed.. majlis ilmu aka majlis selawat nabi akan diadakan di masjid as-syakirin di taman klcc tu.. yang masjidnya, ya rabbi.. cantik mata memandang, berat lagi bahu yang memikul tu.. sound sytem dalam tu, perghhhh.. memang mantop maksima.. mungkin sebab tu lah kot jemput al habib syech ke sana.. ustaz yang glamer dengan selawat ya hanana dengan sholatun bissalam tu.. best ustaz ni, suara dier ala2 che' jugakla..kui3

kalau berkesempatan tuh, singgahla yer kat masjid as-syikirin klcc ni.. best.. sekali pegi, mesti terpikat nak pegi lain kali.. kalau besok x dapat pegi, malam ni pon ada apa.. kat masjid muadz bin jabar, tepi jalan, jalan jelatek.. pon best.. jom3.. semarakkan ilmu =)

penasihat yang hampeh =)

teringat dulu waktu seseorang yang memang che' kenali meminta nasihat dari che'.. buat makluman, che' akui yang che' bukanlah seorang penasihat yang baik... jadi bagi sape2 yang memang perlukan nasihat, che' lah orang terakhir yang boleh diharapkan...

minah ni seorang perempuan(*xkan lelaki pulok).. maka, berceritalah maslah dia kepada che' dan che pun mendengarnya dengan penuh khusyuk dan 100% fokus.. biasalah tu.. skil mendengar tu memang dah tersemat rapi dalam diri... bab2 mendengar insyaallah.. boleh diharap.. sambil angguk2 kepala tanda faham masalah yang dia luahkan tu..

banyak masalah minah ni.. masalah dengan keluarga dialah, masalah dengan keyakinan dirilah. masalah dengan rakan sekerja, masalah duit.. naik pening kepala mendengarnya.. sabo jela.. tapi takpe.. hati kental maulah setia dengar sampai abis.. time ni memang malas nak menyampuk la yer dak.. nanti menggganggu pulak mood dia nak bercerita... so, layankan jela..

adalah dalam sejam sesi luahan perasaan tuh.. nak taknak kena iyakan jugalah.. dalam syok dia bercerita tu, maka sampailah penutup... petanda2 nak habis bercerita tu tiba jua akhirnya... maka tibalah giliran che' pula untuk berkata dan memberikan sepatah dua kata sebagai penasihat.. maka che pun memulakan kata2 nasihat che'.. che' tanyalah minah tu, ang solat ke dak? dia jawab tak., tapi dah mula nak bersolat.. che pun balaslah, ang solat, insyaallah.. masalah ang yang banyak tuh, akan selesai satu per satu nanti.. 

maka tiba2 terdiamlah minah tu, dan secara spontan senyum kambing dan terus berlalu pergi..

*err, tersalah cakap ke?   

hobi aneh

memasing mesti ada hobi nya kan? biasala tuh.. time boring2 ke , time ada kelapangan ke... apa lagi yang nak dibuat yer dak? rugi betul kalau pada sape2 yang hidup tanpa hobi nih... hehe

che' tetibe je terkenangkan hobi che' time bebudak sekolah rendah dulu.. waktu darjah 4... wktu ni dapat duit belanja sehari 1.50 tu kira besaq dah.. tak tau la angpa nya duit belanja time tu banyak mana... yang penting, bagi che, jarang la gunakan duit tu untuk beli menda yang faedah... semua menda yang dibeli takde pekdah belaka....

kui3,.. sabo jela.. dulu kalau time dalam bas sekolah, bas cik kiah tu, biasanya drebar bas akan buat jualan sampingan cam keropok ke, aiskrim ke.. part time diorang la tuh sambil bawak bas, sambil meniaga secara terancang... bebudak dalam bas suka lah yer dak.. kengkadang tu, tak sampai sekolah lagi duit belanja dah habis.. pastu time rehat, termenung main bola kat padang ke... makan pun tak..

time ni lah hobi che' tu terbit... che' ni memang ditakdirkan untuk minat dengan dunia permotoran sejak kecik kot.. kalau dulu, ada satu jenis keropok nih dalam dier ada isi mainan tu.. ala, yang jenis pasang2 tu.. boleh jadi kereta la, moto la, robot la macam2 la.. biasa  beli bukan sebab nak makan keropok tu pun... nak kumpul menda alah mainan tu je... pasang2, jadilah.. sekali-kali dapat motor, lagilah bertambah happynya tuh..

menda alah mainan yang che' kumpul dari darjah 4 tuh, bayangkan.. sampai harini masih duk elok terjaga.. berapa la usianya mainan ni ya.. darjah 4 sampai arini umur dah nak masuk 23 dah.. fuh. tu yang terbukak balik kotak tu... renung balik dunia kanak2 yang memang tak boleh nak rewind dah.. memang syokkk...

*sahabat pembaca blog che' ni, apa agak2 hobi korang kecik2 dulu yang masih duk ingat sebagai kenangan? =)

genre muzik paling KEBABOOM!

gua dah pernah dengar macam2 genre muzik dalam hidup gua... dari yang sentimetal nya, jiwang karat, jiwang tak berapa nak karat, nasyid, heavy metal, slow metal and etc2. sume nya kira boleh dikatakan masuklah sebab gua bukan nya memilih sangat dengan genre2 muzik ni.. yang mana ada bunyi2 best, gua layan.. samalah macam selera makan gua.. apa yang sedap gua bedal.. dari pajeri ke tempoyak ke cencaluk sampailah ke sushi ke bolognaise ke carbonara... memang gua sebat.. (*tetiba melalut ke bab makan pulok) ..nampak betapa tak cerewetnya gua dalam hal2 macam ni..

baru2 ni yang tak berapa baru, gua ada la join geng2 kapak gua kat mesjid dekat2 hulu keramat ni haa... sejak diperkenal oleh geng2 kapak yang gua dok join nih, gua minat satu lagi genre muzik yang bagi gua memang sebat abisla genre2 muzik yang gua minati selama ni.. serius, gua rasa genre muzik nilah yang gua rasa betul2 menusuk kalbu dan menenangkan jiwa kacau gua selama ni..

genre muzik yang gua tak tau apa kenamanya nih, gua tak faham sangat pun setiap lirik yang dinyanyikan tuh.. tapi dari melodinya memang gua tau, syok punyalah maksud2 dia.. dia tak macam kpop tu.. memang maksud lirik dia juga buat gua tak paham menda.. namun gua pasti lirik dia tak menenagkan jiwa.. kpop memang tak pernah masuklah dalam diari hidup gua.. tapi lagu sentimental drama2 korea pernah lah hinggap sekejap dalam hidup gua...

gua pastilah kalau dengar live genre lagu yang gua minati nih, meremang woo bulu.. serius, tak tipu.. tu kalau lu orang boleh follow2 sikit lirik dia, ikut leader.. yang penting jangan sampai lu orang2 angguk2 kepala pulak.. nanti lu orang kena tangkap sebab berklakuan aneh serta pelik di majlis keramaian.. nak dengar genre apa yang gua bincangkan dari awal tadi? klik la link yang gua sertakan ni.. mesti tangkap leleh punya lah =)

gua jahat maksima, yeehaa!!!

begitu hebatnya rasa taubat dan hidayah itu.. ianya bagai datang tanpa memilih latar belakang seseorang.. percaya tak sekiranya che' mengatakan yang bahwasanya seburuk-buruk manusia sekiranya ditiup dengan hembusan hidayah oleh allah s.w.t maka hidupnya akan berubah sekiranya dia menghargai hidayah tersebut, memahaminya dan istiqamah dalam perubahan nya..

jangan sekali-kali kita berprasangka buruk pada seseorang itu walau macam mana sekali pun huduh buruknya akhlak dia.. dari seorang penzina, ataupun kaki tonggang botol arak, sejahat-jahat manusia la kiranya.. jika dialah insan yang dipilih allah untuk ditwistkan hatinya untuk kembali ke jalan yang diredhai allah s.w.t, insyaallah dia takkan kekal dengan buruknya cara hidup yang dia pilih sebelum itu..

indahnya hidup bersyariat.. indahnya hidup dipandu sesuatu yakni agama yang mulia.. maka bagaimana lagi kita nak menyangkal nya yer dak? kita pernah hidup dalam hidup yang dirasakan tiada makna.. hidup ikutkan hawa nafsu.. ni nak tanya sikit.. la ni, angpa rasa tenang dalam diri atau angpa rasa yang kehidupan gini seolah-olah menyiksa batin dalam diri? rasa sesak, rasa menyiksa diri.. fitrah manusia itu adalah untuk mengikut tuntutan agama.. tak kira betapa jahat kita boleh pegi, tetap masih ada rasa bersalah dalam diri bila melakukan keja2 jahat tu , yer dak? kui3

geng, carilah sahabat yang benar2 boleh bermanfaat pada kita satu hari nanti.. insyaallah, dia jugalah yang akan membawa sesuatu pada kita bila ditakdirkan ajal kita sampai nanti.. sekurang nya bila kita nazak menunggu roh untuk ditarik, dialah sahabat yang akan menenangkan diri kita, membacakan yassin, dimana bila 'sahabat2' yang lain seronok bertwitter berfacebook di handphone masing2.. =)

dugaan paling hebat buat anak yang soleh..

bagaimana sekira nya ibu yang menjaga kita selama ni pergi meninggalkan kita buat selamanya? tak pernah terbayangkan langsung kan apa rasanya.. baru2 ni baru je ibu kepada sahabat che' meninggal dunia.. tu che' dengan officemate pergi melawat keluarga mereka di melaka, pengkalan balak sana tu..

dalam che' duk memerhatikan sahabat che' ni, terdetik  di hati che' yang bolehkah che' menjadi setabah dia dalam mengharungi keadaan gini suatu hari nanti.. pastinya bukanlah mudah, namun nak tak nak, pasti kita semua akan merasa perkara yang sama kan? tambah2 sekiranya kita memang rapat sangat dengan ibu tu..

sahabat, untuk menasihati itu mudah tapi untuk melaksanakan itu bukanlah semudah itu.. percayalah, che' sendiri belum pasti kekuatan che' dalam mengharungi suasana susah gini.. cuba letakkan diri kita di tempat dia?

dalam mengahadapi perasaan kehilangan ini sahabat, che' percaya terlalu banyak dugaan yang perlu kita hadapi.. dengan rasa kekok dalam meneruskan kehidupan nya tapi percayalah, jika kita belum betul2 kuat untuk menghadapi pemergian orang yang benar2 bermakna dalam kehidupan kita, kita pasti akan tewas dalam kehidupan.. yang pergi itu tetaplah pergi, tak mungkin nya akan kembali...

kuatkan diri dengan azam yang lebih kuat dengan yang pemilik rasa rindu, pemilik rasa cinta dalam hati.. jangan sekali-kali meninggalkan Nya.. selagi kita berpegang kuat denganNya, insyaallah, hati akan menjadi lebih tenang, dan pastinya akan meringankan beban yang dihadapi oleh arwah pasti akan terkurang kerana melihat hasil didikan nya berjaya dalam mengharungi kehidupan, insyaallah...

jangan tinggalkan doa untuk yang telah pergi.. doakan agar arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.. langsaikan segala hutang2 yang ditinggalkan arwah dan rapatlah dengan sahabat arwah ataupun sedara mara arwah.. hanya itulah amalan yang boleh kita sampaikan pada arwah setelah arwah meninggal dunia.. insyallah ..

* anak yang soleh pastinya adalah impian bagi setiap ibu dan bapa di dunia ini.. cer cek diri kita, boleh masuk dalam kategori anak yang soleh tak?