jom, majlis ilmu =)

apa yang dihadapi oleh pencari ilmu dalam kembaranya? kalau angpa nak tau, si pecinta ilmu menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam mendidik diri untuk mencintai majlis ilmu.. percayalah yang dugaan ni pasti akan dihadapi oleh setiap diri sebab apa? sebab nafsu dan rasa masih muda dan leka dengan urusan duniawi..

sahabat, mencari ilmu itu penting, dan menerapkan ilmu itu kedalam diri dan kehidupan seharian double penting nya.. maka sikap bermalasan, beralasan dalam mendekati majlis ilmu itu, sikap yang pasti menjangkiti sesiapa.. malah untuk membiasakan diri untuk mendekati majlis ilmu banyak la pulak tahapnya.. tahap yang pasti dan tahap awalan nya adalah memaksa diri dalam menghadiri majlis ilmu..

tanpa paksaan, kompem, kecintaan terhadap majlis ilmu itu takkan datang begitu je.. mungkin ada sebilangan yang didalam hatinya disinari dengan limpah hidayah dan kecintaan itu datang dengan majlis ilmu.. tapi bagi yang tahap2 kita ni, mesti memaksa diri untuk mencari ruang dan peluang dalam setiap hari untuk mendekati majlis ilmu agar hati dapat dilembutkan dan bukanlah dilekakan dengan urusan duniawi.. 

* sebab tu lah syok jika mempunyai teman yang mencintai majlis ilmu =)

6 comments:

shafiqabdshukor said...

jom~~~

iZ said...

ok bos.. jumaat ni jumpe kat sana..
masjid muadz bin jabar..

EPIK said...

entri yang bagus..

btw, EPIK follow sini..

iZ said...

Ok epik, otw.. :)

Iffah Afeefah said...

okey terase

memang lemah skit bab2 ni heee

tp slalu suke membace dr mendengar ceramah agama

iZ said...

Dia kena seiring iffah..
Tapi xpe.. Mulakan sikit2..
Dari mula minat membaca, dekati vid2 ceramah,
Pastu baru join majlis2 ilmu...kan?