Ceramah habib Soleh al Jufri

Tajuk berkaitan dengan sikap al muraqabah..


Hendaklah setiap dari kita hendaklah ada sikap muraqabah, di setiap detik waktu, di setiap pandangan mata, dan di setiap keinginan yang wujud dalam batin kita malah keseluruh nya.. Ketahuilah allah itu dekat dengan kita setiap masa dan waktu... Tiada apa satu pun yang tersembunyi dalam apa setiap perbuatan kita...

Allah sentiasa bersama kita dimana saja kita berada... Tidak terlepas apa satu sekalipun walaupun sebesar zarah.. Maka beringatla tiada apa yang tersembunyi antara kita denga allah s.w.t. Hendaklah kita malu pada allah dengan sebenr-benar malu..  

Muraqabbah adalah sikap merasakan diri sentiasa dilihat allah s.w.t. Sejauh mana istiqamah kita dalam merasakan diri dipehatikan allah s.w.t? Ia boleh melahirkan rasa perasaan takut kepada allah dan merasakan sangat perlu mengikut perintah allah dan meninggalkan larangan nya.. 

Jika merasakan diri lebih kearah dosa, ingatkanlah nafsu itu bahawa allah s.w.t mengetahui setiap segala apa perbuatan yang dilakukan serta maksiat yang bakal dilakukan.. Sentiasa mengingatkan diri kita bahawa terdapat dua malaikat yang sentiasa berada di sisi kita ntuk mencatat setiap apa dari perbuatan kita itu.. Masyaallah..

Setiap dari setiap perbuatan kita pasti akan dibalas... Hendaklah kita sentiasa mengingatkan diri bahawa maut itu dekat dengan kita, perkara yang pasti akan hadir pada setiap manusia.. Dan apabila kematian itu tiba, kita penuh dengan dosa, sedikit dalam berbuat amal, maka tergolong dalam golongan yang rugi serugi nya.. Ingat lah mati sentiasa.. Anytime anywhere..

hendaklah sentiasa meningatkan diri kepada setiap janji2 allah.. Setiap amal baik, pasti diberikan pahala.. Begitu juga dengan dosa, pasti diberikan balasan yang buruk.. Hanya ada dua pilihan saja dalam kehidupan manusia.. Ke syurga ataupun ke neraka..ingatlah janji allah bahawa jika baik akhirnya kita, pasti dapat melihat wajah allah s.w.t.

Hendaklah sentiasa mengingatkan nafsu dan ia juga merupakan ubat untuk penyakit2 hati.. Insyaallah.. Terutamanya ketika hati kita merasa malas dalam beribadah kepada allah s.w.t. Dan apabila dalam hati kita tumbuh rasa diperhatikan allah s.w.t. , dan perasaan malu itu muncul dalam hati, ia pasti akan memberi semangat dalam beribadah kepada allah s.w.t dan mencegah diri ketika ingin melakukan maksiat.. Timbul semangat untuk sentiasa beribadah kepada allah s.w.t

Darjat muraqabah ini adalah semulia dan setinggi tinggi darjat.. Yang sudah diisyaratkan oleh rasullallah, dan hendaklah beribadah seolah olah allah melihat kamu..  Perasaan muraqabbah yang minima adalah muncul dalam peribadi seseorang adalah merasa malu ketika kita berbuat dosa.  Hal yang demikian ini pun merupakan sikap yang mulia.. 

Sifat muraqabah yang tinggi pula ialah dimana ia tenggelam dengan keagungan allah s.w.t sehingga ia melihat apa saja namun setiap apa yang dilihat mengingatkan dirinya kepada keagungan allah s.w.t.  Terlalu besar nikmatnya apabila dapat merasakan hadirnya, dekatnya allah s.w.t  dalam diri kita..  

Sepatutnya mereka yang melihat kemaksiatan itu merasa jijik dan bukan nya merasa teringin untuk melakukan maksiat itu.. Itu adalah ciri2 orang yang waras.. Kenikmatan yang dirasai oleh para muraqabin terlalu amatlah besarnya walau dibanding dengan setiap nikmat yang dinikmati sultan2 yang dimupulkan dari dulu hingga sekarang..

Masih jauh lagi perjalanan untuk mendekatkan diri dengan allah s.w.t. Masih banyak lagi yang boleh diperbaiki untuk merasakan nikmatnya dalam beribadah.  Nak2 macam diri ni, merasakan berat untuk beribadah kepada allah s.w.t. 

* entry berdasarkan nota spontan.. ada tersilap, silah tegur ya, tq =)

2 comments:

Iffah Afeefah said...

erm thanks ats perkongsian

yelah kan...slmt masih waras

Alhamdulillah

iZ said...

waras? alhamdulillah..
seb baik tak gilo..
kui3