Bini tak pandai masak

Che' ada seorang sahabat.. Memang perangai dia ni boleh kiranya semua dalam poket che' je.. Nampak betapa angkuhnya che' dalam menegaskan betapa che' mengenali beliau.. Hehe.. Dipendekkan cerita, mamat ni memang seorang yang sangat cerewet nak2 bab makan2 ni... Kalau tak sedap sekali kali melepak kat mampley tuh, memang dia tak habiskan lah makanan tu..

Nak dijadikan cerita, jodoh mamat ni sampai awal, menikah la mamat tu.. Kira memang tak percayalah mamat yang memang tak reti nak berkapel bagai ni boleh pulak menikah dulu... Ni kira buktilah yang jodoh ini memang dijanjikan.. Sampai awal, menikah jelah.. Kalau lambat sampai jodohnya tu, sabaq jela....

Mamat sahabat che' ni bila diajak melepak, dia berkongsilah kisah rumahtangga dia... Nak tau apa dia cakap pasal bini dia?

Kata mamat tanpa nama identiti dirahsiakan ni, * aku kalau bini ak masak macam mana tak sedap sekalipun, ak rasa lidah ak ni boleh terima je.. Sedap je rasa bila dia masak, ak kata sedap kat dia, senyum sampai ke telinga.. .. Kui3... Tak sangka cerewet2 gini pun, dengan masakan bini kalah jugak.. Kui3..

 kat sini che' nak nasihatkan lah pada bini2 yang tak pandai masak tu.. tak reti masak takpe.. cuma jangan malas nak belajar dan putus asa pikat selera suami.. selalunya lelaki memang cari mampley je time bujang2 ni nak penuhkan selera.. tapi bila dah berkeluarga, masakan bini jugakla yang dicari =)

14 comments:

KuNanGKuNanG said...

mmg btl isteri kene tambat hati suami dgn masakan..so yg xpandai sgt masak cm sy ni kene la blajar masak...:)

iZ said...

Betul tak pandai masak xpe..
Yang penting kena rajin mencuba..
Sekali sekala awal2 masak rasa pelik2 tu biasala.. Hehe

Amie said...

He he hehh... nak beri pandangan ye... lelaki pun kena pandai masak juga tau, mana tahu satu2 masa suami kena masuk dapur time isteri sakit ke, bersalin ke...salam kenal, follower 833.

iZ said...

Masak runcit2 tu time emergency,anytime je..
Nak masak special2 tu payah sikit.. Hehe
Setakat ni setakat dadih tu,
Pejam mata je.. Cewah.. Haha

Nadeiya Aalie said...

haish. Saya dah mula risau ni.. gulai pun tak reti masak macam mana nak kahwin ni.

iZ said...

Yela tuh fatin..
Macam susah nak percaya je..
Bukan ke awk selalu masak ntuk adik2 kat rumah tuh?

haney said...

ni yg nk blaja memasak dgn lebih gigih. biar da kawen nnt suami btambah syg hahah

iZ said...

Betul3.. Masak banyak2.. Pikat suami ni senang...
Pikat perut dia, selera dia je.. Buat kejutan sekali sekala balik keja, masak special2..
Aisey, cakap macam dah kawen pulak.. Hehe

Sha said...

mmg btol tuh...istri kne pndi pkat hati suami..tp suami pn, jgn la cerewet yg tramat...kalo bini msk xsdp, jgn la kutuk kaw2...kne la bg dorongan n moral support...lgi la istri tmbh syg dan brtmbh2 nk buat yg trbaek utk suami :))

Nadeiya Aalie said...

Haha adik-adik boleh lah saya nak paksa sedap tak sedap makan jugak bagi habis.. Huhu masak yang simple2 ja tahu la.

Gulai tak pernah masak lagi.

Prinsip hidup saya, selagi tak reti masak gulai selagi tu tak layak untuk berkahwin.

Huhu. Macam mana ni?

iZ said...

Sha>>

betul2.. Tambah skap wanita yang suka dipuji...
Lagi kita puji masaka dia, lagilah dia cuba yang terbaik dalam masakan..

Mungkin nak krtitik tu boleh cuma kenal kena caranya... Kan?

iZ said...

Fatin>

biasalah tu.. Kita laki2 ni pahamlah ..
Apa yang boleh dimasak tu bedal jelah...
Yang tak reti masak tu boleh belajar..
Dah hari2 masak, mesti terer punya nanti.. :)

eszyamin said...

jenis suami yg tahu hargai isteri xpe..ni kalau dr bujang samapi dh jd laki org cerewet gak mmg susah la isteri..ikhlas nk masak pon jd x ikhlas nnti..eh asal aku lak sebok2 cm isteri saja ni..hehe

iZ said...

Tula.. Ak pun keliru gak ni... Haha
Ang backup sape nih?
Tapi nak cakap apa pon x boleh jugak.. Dah peel org ni macam2..
Nasihat jela boleh...