Kuliah subuh ramadhan 2012


Bersyukur masih diberi peluang untuk berada di muka bumi ni..  Roh itu urusan allah s.w.t.  Setiap roh itu akan kembali ke allah s.w.t. Semua urusan kita dalam hidup ini hendaklah berpandukan al-quran..  Kehidupan kita hari ini banyak masalah sosial, kerana tidak menurut apa yang disuruh dalam agama. Kita sebagai org islam lah sepatutnya ke depan untuk menyelesaikan masalah sosial ni..

Kita hendaklah yakin dengan islam kerana islam sahajalah agama yang sebenar. Agama lain hanyalah diasaskan khayalan oleh manusia2.. Agama lain mana ada kitab.. Kalau ada pun kitabnya, bukan yang asal dan hanya direkacipta oleh mereka yang berkepentingan..  Kita hendaklah hidup dan mati dalam agama islam.. Hanya islam yang boleh menyatupadukan manusia.. Bukan dengan berbangsa-bangsa.. Penyelesaian bukan dengan kitab melayu.. Haha..

Quran itu bersikap global.. Ia menyelesaikan secara menyeluruh, masalah semua manusia.. Quran itu tidak fokus pada sesuatu bangsa sahaja.. Allah jadikan quran sebagai pemimpin masalah dunia.. Sekarang masih belum ada pemimpin yang menggunakan quran dalam kepimpinan nya.. Hendaklah kita mempertingkatkanibadah daam bulan ramadhan.. 

Nabi sebenarnya kaya, tapi sentiasa membantu kepada mereka yang memerlukan.. Nabi banyak diberikan hadiah namun tidak selesa menyimpan nya dan memberikan pula org yang lebih memerlukan.. Apabila kita pemurah dan sentiasa bersedekah, insyaallah akan dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki.. Apabila kita bersedekah seolah-olah mengurangkan tanggungjawab mereka yang diamanahkan atas sesuatu.. Apabila kita menyenangkan orang lain, allah permudahkan urusan dia pula.. 

Ringan-ringankalah tangan untuk bersedekah, insyaallah akan dibalas allah dalam cara yang tidak disangka-sangka.. Akan dikurniakan ganjaran yang karim(ganjaran yang dimuliakan) kepada mereka yang suka menderma kepada mereka yang memerlukan..

Sikap menderma juga terkadang merupakan penyembuh kepada penyakit yang kita hadapi ataupun masalah yang kita hadapi. Allah sahajalah penyelesai utk masalah kita.. Letaklah segala urusan kita kepadaNya..  Hendaklah perbanyakkan rukuk dan sujud dalam hidup ni.. Kita hendaklah bersyukur kerana masih ada kemampuan untuk rukuk dan sujud tak seperti mereka yang sudahtidak berkemampuan untuk melakukan nya.. Rukuk itu hendaklah dengan cara yang betul.. Jangan rukuk seperti jantung pisang,kepala lebih rendah dari punggung.. Seksa diri je tu.. Biasakan kepala searas dengan badan.. 

Allah suka jika kita suka untuk bersolat.. Menunjukkan kita ingta padaNya.. Hendaklah sentiasa beristiqamah dalam bulan ramadhan ni malah di bulan2 yang lain juga.. Orang melayu ni kebiasaan nya mencari lailattul qadr di 10 malam pertama., bukan 10 malam terakhir, haha bila berada dalam bulan ramdhan, rebutlah peluang untuk bersujud kepadaNya.. Gunakan kesempatan ini sehinggalah titisan sujud yang terakhir.. Biarlah dimana pon kita berada, bersujudlah..  Tinggalkanlah perkara yang sia2.. Jaga mata, jaga anggota dari melakukan maksiat.. Tinggalkan lah segala kemaksiatan.. Maksiat apa sekali pun tidak akan meningkatkan iman amal dan akidah.. Kalau kita nak mendapatkan kekesyukan dalam solat., kita hendaklah mampu mengerjakan ibadah dengan mudah tanpa yang memikirkan perkara sia2 yng lain.. Mereka yang membenarkan apa jua yang dibawa oleh agama akan dikurniakan dengan ketaqwaan yang tinggi..

Saidina umar lah yang memperkenalkan solat terawih secara berjemaah..penting untuk menyatukan umat islam.. Sebab sebelum itu, mereka berpecah belah berpuak-puak... Nabi bersolat terawih sebanyak 30 rakaat. Hebat tak? Hebat2.. Jadilah mereka yang penyabar.. Jadilah seorang yNg baik kepada isteri.. Biasakan diri dengan kata2 yang manis kepada ister kita.. Kita semua pernah melakukan kesilapan.. Jadikan sikap pemaaf itu sebahagian daripada diri ini.. 

Ilmu itu bukan mendatangi, tapi didatangi.. Pesan imam malik kepada saidina umar.. Imam malik punya stail terawih , 4 rakaat diselangi dengan tawaf.. Pemimpin yang membenarkan perkara yang haram, itulah perhimpunan yang haram.. Kui3..  Dalam rukun solat, ada rukun keadilan.. Iktidal itulah keadilan.. Adil itu stabil, tenang..  Iktidal itu satu rukun dan sebagai penanda aras kepada rukun2 yang lain.. Kalau iktidal nya baik, maka baiklah solatnya.. Imam itu diikuti apabila telah lengkap pergerakan nya..  Imam pun kenalah pastikan yang sebutan itu abis sama dengan perbuatan pergerakan anggota dalam solat.. Takbir yang memisahkan perbuatan dengan perbuatan hendaklah 2 harakat.. Jangan panjang sangat harakatnya... 

Kalau tak nampak imam punya pergerakan, cukplah sekadar apabila bunyi pergerakan imam itu selesai, maka turutilah pergerakan solat tersebut (khas buat wanita)..

2 comments:

Cik Rongoks said...

nice entry :))

yakin dengan Islam ^^
dan bangga dilahirkan sebagai Islam ^^

selamat berpuasa ! ^^

iZ said...

Nota sendiri jer dr kuliah subuh pagi tadi, tak edit apa pong..
Maafla kalau isinya berterabur sikit.. Hehe