Genting bersama tempoyak =)

alhamdulillah, kembali sesi bersama keluarga, kali ni bukan dekat Jeram, tapi tempat yang lebih cool sikit, Genting Highland..hehe.. err, selalu beraktiviti bersama family, nampak sangat che' ni seorang yang banyak luangkan masa bersama keluarga kan? xpe2.. insyaallah, hujung minggu ni masa untuk bersama member2, reunion di Pangkor pulak.. hehe.. syukur, dikurniakan dengan family dan sahabat yang baik =)

Lamborghini Murcielago =)

ingatkan nak naik genting naik keta ni, sekali boleh bawak 2 orang je.. camne nak bawak family ni, yer dak? hehe.. terpaksa ler bawak persona tu (*sila jangan percaya)..

memang semulajadi minat la tempat tinggi2 ni.. sejuk, nyaman je udara.. kita ni dah biasa sangat hirup udara penuh habuk, kotor2 asap kenderaan.. memang boleh sebab penyakit macam2 ler.. itu yang orang ramai sekarang suka cari tempat2 yang ada hutan2 sikit.. buat tempat tinggal..

Peserta konvoi =)

tu dia, dengan mak sedara and the gang.. mak sedara masak pulak tu.. memang mantop ler! seronok che' sebab mak sedara masak lauk kegemaran.. adusss, sume lauk pulak matching.. hehe.. masak sambal tempoyak, ikan pekasam, ayam golek fuhhh.. memang syiok la lunch kat atas tu ngan udara sejuknya.. layan nya sekali sekala picnic atas ni..

tu dia, anak rimau, warghhhhh !!
abang bukan nak gigit, abang nak cium je.. 


haruslah buat begini sekiranya anda terjumpa baby yang comel.. tq

kalini pegi tak amik pon tiket outdoor.. jalan2 bawak budak2 main2 indoor je.. sempat la acik diorang ni main game superman (flying coaster) dengan akak.. bukan boleh diajak akak tu, memang on je dia.. memang pesen minatkan menda2 camnie.. takdenya dia nak takutnya..
budak cina sebelah ni tetiba je manja dengan che'

time ni dapat la merasa pengalaman pertama kli dalam hidup layan crite dalam wayang 4D.. selalu kita duk dengar dalam 3D kan? haaa, 4D ni lagi best..screen memang 3d, siap kerusi boleh gerak ikut movie tu, pastu ada blower angin dari depan dengan seat, lighting yang superb kiri kanan.. best3..

best sekali sekali piknik camnie.. luangkan masa dengan keluarga sebenaqnya lebih best dari luangkan masa buat menda tak pekdah hujung2 minggu.. masa2 bersama inilah kita boleh merapatkan lagi hubungan dengan sedara mara.. seronok3..




* tak sabaq rasanya ke pangkor pulak ujung minggu ni, reunion3.. yeay !!

12 comments:

Kathy Tuah said...

sambal tempoyak mmg sedap!cuma x penah lagi naik genting :(

iZ said...

selalu org2 bandar mana makan tempoyak2 nih...
hehe
rugi3..
awat tak sampai lagi nih? best jalan2 skali skala atas tu.. sejuk =)

KiNa said...

nice =)

iZ said...

tq ;)

semutsengal said...

aku naik genting tak penah, apa lagi lembugini tuu

iZ said...

ak pulak naik genting pernah,
naik lembugini pernah..
cuma naik genting guna lembugini je belom =)

-gedek! said...

wayang 4D? ingatkan 4D tu nombo ekor je.... haha

iZ said...

Amboih uncle..
dengaq je 4d, teruih ingt no ekoq..
Bahaya2.. Harom.. Hehe

Che'Li said...

harga indoor nya ticket beghapa ya Din? Sy dh lama tak p main kt ataih awan tu...hehe..
Sejuk tak p ari tu? Masa boss sy p last month, balik sampai batuk2dia sbb katanya sejuk sgt time dia p tu. Dia ingatkn cool ja sbb kt bwh ni panaih..ghupa2nya..sejukkk.

iZ said...

kebetulan saya pegi hujan pn.. memang sejuk ya amat la..
dah la pakai baju lengan pendek je..
eksen ingat panas..

saya bawak budak2 main kat indoor je.. dalam 50 la 2 org anak buah..

Iffah Afeefah said...

da try 6d? gile la rasenye

iZ said...

6d.. Apa tu iffah??