Arghhh, asyik2 aku je yang diuji..

Sesi muhasabah diri muncul balik.. Hehe.. Kali ni che' nak ceritakan perihal mengsyukuri nikmat allah s.w.t.

Pernah tak dalam hidup kita secara tidak sengaja menyalahkan takdir dan mempersoalkan mengapala ak tak dapat itu, mengapakah ak tak dapat ini... Mungkin perkara ini dah sebati dengan kita hingga kita tak sedar yang perbuatan keluh kesah ini sebenaqnya adalab sesuatu perbuatan yang salah dan tak elok..

Sahabat, takdir itu adalah suatu ketentuan.. Kita kena yakin bahawa setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya.. Setiap apa yang terjadi dalam hidup kita ini adalah satu ketentuan.. Ada dua pilihan untuk menghadapi masalah dalam hidup.. Menerima nya dengan hati yang sabar dan akal yang waras, ataupon menerimanya denga keluh kesah dan menyalahkan diri serta meletakkan kesalahan itu kepada orang lain..

Berulang kali che' ingatkan diri agar apabila ingin menyalahkan takdir, istighfar namun adakalanya terbabas juga.. Biasalah, manusia, terlalai, yer dak? Hehe.. Perbuatan keluh kesah ini sebenaqnya aka hanya menambahkan rasa stress dan sifat2 yang -ve.. Ingatlah sahabat2, setiap apa yang berlaku ke atas diri kita adalah salah satu tanda yang rahmaT allah sedang melimpahi ke atas diri kita dan kasih sayang allah terhadap umatnya tidak pernah putus2, insyaallah... :)


*rasanya nak hantaq lagilah kad raya macam tahun2 lepas.. 2 tahun lepas 30 keping settle dihantaq.. Tahun lepas 50 keping.. Tahun nih???? Hehehe..

lelaki pendiam itu adalah...

che' ni takdelah pendiam sangat.. cuma bagi yang baru nak mengenali che' , pastinya akan melabel che' sebagai seorang yang pendiam, susah nak didekati dan macam pelik2 sikit.. namun segalanya berubah(*cewahhhh) selepas mengenali che' buat sekian2 waktu.. kui3..

che' juga bukan seorang yang ada belajar bab2 personaliti manusia ni.. cuma satu sifat che' yang paling che' sedaq ialah sifat che' yang suka memerhati peel orang.. bukan memerhati untuk mengkritik pun cuma sekadar memerhati untuk mengenali sikap manusia ni..

jadi, che' tengoklah perangai orang ni contohnya mereka yang pendiam, malah kadang2 sangat pendiam.. kat sini che' senaraikan apa ciri2 yang che' nampak kat mamat2 yang pendiam nih.. kalau gadis2 yang pendiam che' tak berapa pasti sama ataupun tidak ciri2 nya..hehehe


  1. mereka yang pendiam sebenaqnya seorang yang sangat peramah hanya pada mereka yang rapat dengan nya.. sebab mungkin bagi orang pendiam ni, segalanya dipendamkan dan dilepaskan hasil pendaman komunikasi itu kepada orang yang rapat dengan nya saja.. untung juga kalau rapat dengan pendiam sebab perhatian mereka terhadap kita bila berkomunikasi sebenaqnya adalah lebih baik dari mereka normal tak berapa pendiam.. =)
  2. mamat yang pendiam juga adalah penyimpan mohor rahsia yang baik.. mereka kalau diberikan kepercayaan untuk menyimpan rahsia kita, insyaallah, didesak macam mana sekalipun diorang takkan buka mulut kat orang lain.. nak2 pada stranger... bagus kawan pendiam ni..
  3. mamat(mamat lagi?) yang pendiam kebiasaan nya mempunyai pemikiran yang tajam dan bernas.. itu kalau pesen diam2 berfikir ler.. kalau pendiam pesen yang mengelamun je, spesis lain tu.. tak masuk dalam kategori ni.. mereka memang diam , cer try tengok minta pendapat diorang.. tersedak kang ngan idea mantop kebaboom diorang nih..
  4. shhh... ni rahsia sikit.. hehe.. lelaki yang pendiam kebiasaan nya adalah seorang yang sangat romantik.. serius.. korang tengok, lelaki pendiam kebiasaan nya akan meletakkan fokus terhadap hanya orang yang dia percayai.. tambah2 pulak pasangan dia sendiri.. insyaallah, segala komunikasinya, segala keromantikan nya, dan segala bentuk perhatian dan kasih sayang nya akan hanya disalurkan kepada isterinya  =)
err...cukup tak 4 ?hehe.. pemerhatian che' je berdasarkan kepada teman2 che' yang pendiam2 nih... hehe..
ada pape nak tanya atau tambah? kita kongsi kat ruang komen tu ya... =)

Semangat ramadhan 2012

Alhamdulillah , masih lagi kita bernafas dan merasai nikmat hidup pada ramadhan yang ketiga ini,.. Syukur, masih dikurniakan waktu untuk beribadah di bulan ramadhaN yang didalamnya terletak 1001 kebaikan dan rahmat allah s.w.t.

Amacam sahabat? Semangat keramadhanan (ayat baru,kui3) anda.. Apakah masih sama dengan hari pertama, adakah sudah mula menurun ataupun masih meningkat dari hari ke hari... Jika jawapan nya yang pertama, baik ler juga tu.. Kita tau semangat pada hari pertama ni semangat dia lain macam sikit... Semangat tengah berkobar-kobar la katakan... Hehe.. Jika pilihan kedua? Adusss... Awal lagi bro.. Takkan lemah semangat sudaaaa... Yang ketiga ni lah hendaknya, sepatutnya.. Biaq graf semangat dalam bulan ramadhan ini semakin meningkat sehingga titisan sujud yang terakhir di bulan ramadhan...

Biaq amal kita itu walaupun sedikit tapi istiqamah daripada amal yang masyaallah banyaknya, tapi cuma pada minggu2 yang pertama..alahai ruginya jika kita tidak mengambil kesempatan untuk memanfaatkan bonus setahun sekali daripada Allah s.w.t ini... Bukannya pasti sangat pon ramadhan tahun depan bakal kita temui lagi, yer dak?

Baca al-qur'an, berzikir dan solat sunat serta amalan2 baik lain kalau boleh jadikannya sebagai satu kebiasaan di bulan ni malah kalau nak lagi mantooppp, jadikan kebiasaan di bulan2 yang lain nya.. Insyaallah.. Mai pakat kita doa sama2 agar bulan ramadhan kita kali ni boleh menjadi sesuatu yang membangkitkan diri ini untuk berubah lebih baik dari sebelum nya.. :)

Kuliah subuh ramadhan 2012


Bersyukur masih diberi peluang untuk berada di muka bumi ni..  Roh itu urusan allah s.w.t.  Setiap roh itu akan kembali ke allah s.w.t. Semua urusan kita dalam hidup ini hendaklah berpandukan al-quran..  Kehidupan kita hari ini banyak masalah sosial, kerana tidak menurut apa yang disuruh dalam agama. Kita sebagai org islam lah sepatutnya ke depan untuk menyelesaikan masalah sosial ni..

Kita hendaklah yakin dengan islam kerana islam sahajalah agama yang sebenar. Agama lain hanyalah diasaskan khayalan oleh manusia2.. Agama lain mana ada kitab.. Kalau ada pun kitabnya, bukan yang asal dan hanya direkacipta oleh mereka yang berkepentingan..  Kita hendaklah hidup dan mati dalam agama islam.. Hanya islam yang boleh menyatupadukan manusia.. Bukan dengan berbangsa-bangsa.. Penyelesaian bukan dengan kitab melayu.. Haha..

Quran itu bersikap global.. Ia menyelesaikan secara menyeluruh, masalah semua manusia.. Quran itu tidak fokus pada sesuatu bangsa sahaja.. Allah jadikan quran sebagai pemimpin masalah dunia.. Sekarang masih belum ada pemimpin yang menggunakan quran dalam kepimpinan nya.. Hendaklah kita mempertingkatkanibadah daam bulan ramadhan.. 

Nabi sebenarnya kaya, tapi sentiasa membantu kepada mereka yang memerlukan.. Nabi banyak diberikan hadiah namun tidak selesa menyimpan nya dan memberikan pula org yang lebih memerlukan.. Apabila kita pemurah dan sentiasa bersedekah, insyaallah akan dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki.. Apabila kita bersedekah seolah-olah mengurangkan tanggungjawab mereka yang diamanahkan atas sesuatu.. Apabila kita menyenangkan orang lain, allah permudahkan urusan dia pula.. 

Ringan-ringankalah tangan untuk bersedekah, insyaallah akan dibalas allah dalam cara yang tidak disangka-sangka.. Akan dikurniakan ganjaran yang karim(ganjaran yang dimuliakan) kepada mereka yang suka menderma kepada mereka yang memerlukan..

Sikap menderma juga terkadang merupakan penyembuh kepada penyakit yang kita hadapi ataupun masalah yang kita hadapi. Allah sahajalah penyelesai utk masalah kita.. Letaklah segala urusan kita kepadaNya..  Hendaklah perbanyakkan rukuk dan sujud dalam hidup ni.. Kita hendaklah bersyukur kerana masih ada kemampuan untuk rukuk dan sujud tak seperti mereka yang sudahtidak berkemampuan untuk melakukan nya.. Rukuk itu hendaklah dengan cara yang betul.. Jangan rukuk seperti jantung pisang,kepala lebih rendah dari punggung.. Seksa diri je tu.. Biasakan kepala searas dengan badan.. 

Allah suka jika kita suka untuk bersolat.. Menunjukkan kita ingta padaNya.. Hendaklah sentiasa beristiqamah dalam bulan ramadhan ni malah di bulan2 yang lain juga.. Orang melayu ni kebiasaan nya mencari lailattul qadr di 10 malam pertama., bukan 10 malam terakhir, haha bila berada dalam bulan ramdhan, rebutlah peluang untuk bersujud kepadaNya.. Gunakan kesempatan ini sehinggalah titisan sujud yang terakhir.. Biarlah dimana pon kita berada, bersujudlah..  Tinggalkanlah perkara yang sia2.. Jaga mata, jaga anggota dari melakukan maksiat.. Tinggalkan lah segala kemaksiatan.. Maksiat apa sekali pun tidak akan meningkatkan iman amal dan akidah.. Kalau kita nak mendapatkan kekesyukan dalam solat., kita hendaklah mampu mengerjakan ibadah dengan mudah tanpa yang memikirkan perkara sia2 yng lain.. Mereka yang membenarkan apa jua yang dibawa oleh agama akan dikurniakan dengan ketaqwaan yang tinggi..

Saidina umar lah yang memperkenalkan solat terawih secara berjemaah..penting untuk menyatukan umat islam.. Sebab sebelum itu, mereka berpecah belah berpuak-puak... Nabi bersolat terawih sebanyak 30 rakaat. Hebat tak? Hebat2.. Jadilah mereka yang penyabar.. Jadilah seorang yNg baik kepada isteri.. Biasakan diri dengan kata2 yang manis kepada ister kita.. Kita semua pernah melakukan kesilapan.. Jadikan sikap pemaaf itu sebahagian daripada diri ini.. 

Ilmu itu bukan mendatangi, tapi didatangi.. Pesan imam malik kepada saidina umar.. Imam malik punya stail terawih , 4 rakaat diselangi dengan tawaf.. Pemimpin yang membenarkan perkara yang haram, itulah perhimpunan yang haram.. Kui3..  Dalam rukun solat, ada rukun keadilan.. Iktidal itulah keadilan.. Adil itu stabil, tenang..  Iktidal itu satu rukun dan sebagai penanda aras kepada rukun2 yang lain.. Kalau iktidal nya baik, maka baiklah solatnya.. Imam itu diikuti apabila telah lengkap pergerakan nya..  Imam pun kenalah pastikan yang sebutan itu abis sama dengan perbuatan pergerakan anggota dalam solat.. Takbir yang memisahkan perbuatan dengan perbuatan hendaklah 2 harakat.. Jangan panjang sangat harakatnya... 

Kalau tak nampak imam punya pergerakan, cukplah sekadar apabila bunyi pergerakan imam itu selesai, maka turutilah pergerakan solat tersebut (khas buat wanita)..

Tuhan bukan hanya ada waktu susah

amboi.. tajuk tu, kalau boleh nak jadikan entry terus..haha.. panjang kan tajuknya.. takpe2, biaq jelas sikit maksud yang nak disampaikan dalam entry nih... =)

perasan tak kalau kita muhasabah diri ni, kita hanya merasakan iman itu, ibadah itu hanya bila kita ditimpa musibah... time2 ginila kita duk cari tikaq sejadah, alqur'an... waktu2 ginila kita merasakan yang tuhan itu ada... astaghfirullah..

sahabat, tuhan itu sentiasa ada bukan hanya di sekian2 waktu.. jangan lah jadi manusia yang tak mengsyukuri diri sendiri.. beribadahlah seperti tuhan itu sentiasa melihat kita.. ingat tuhan semasa tak kiralah bilamana hidup itu baik2 aje, ataupun bila ditimpa masalah..

ibaratnya seperti kita menggunakan agama hanya untuk mengatasi keluh kesah, cabaran dalam hidup.. tak molek gitu kan..

maila renung diri kita ni yang tgh duk senang lenang ni.. sama tak tingginya nilai rasa bertuhan ketika bilamana kita dihadapkan dengan kesusahan? =)

Ramadhan 2012

Bulan ramadhan nak sampai dah.. Yaallah, rindunya nak bertemu dengan bulan yang penuh barakah ni.. Hehe.. Macam rindukan kekasih plak yer dak... Sabo jela..

 Rindu dengan suasana tarawih nya, rindu dengan waktu bangun sahurnya, rindu dengan rakan2 jemaah di suraunya, rindu dengan bazar ramadhan nya! Rindu nak berbuka puasa dengan keluarga :) Masyaallah, besar sungguh ertinya ramadhan buat kita umat islam ni, hehe

 Sungguh, kesibukan bekerja dalam diam tak diam membuatkan kita rasa masa ini kurang dimanfaatkan sepenuhnya untuk mendekati majlis ilmu, rumah allah.. Tu yang membuatkan ramadhan ini sebagai motivasi terbaik untuk mengubah diri menjadi yang lebih baik dari sebelum nya.. Rite?

 Sahabat sekalian, manfaatkan ramadhan yang bakal kita temui ini dengan sepenuhnya.. Anggap seolah-olah inilah ramadhan yang terakhir buat diri kita.. Mana tau jika umur tak panjang..

 * apa pengalaman korang dalam bulan puasa yang susah nak dilupakan? Hehe

reunion d'pangkor... =)

cubaan meng'jepun' kan diri
Alhamdulillah, selamat sudah reunion kali pertama buat kami2 dari dkm nih.. Hehe.. Syukur, segalanya berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah dan dugaan.. Cabaran2 sikit tu adala.. Tapi biasalah.. Mana ada menda yang perfect yer dak? Kan2..

puas pujuk, tak dapat jugak meow2 nih..
Ni ada bawak luka2 kenangan hasil snorkeling buat pertama kali dalam hidup.. Aktiviti snorkeling aka sesi menelan air laut akibat kekurangan pengalaman la katakan..kui3.. Kalau sape yang reti guna mask tu, syokla melayan ikan2 dari dekat2 walaupun tak lah jernih mana pong air kat pangkor tu.. macam che' nih, mask tu dah macam straw duk sedut air laut.. tu tersedak-sedak tu.. =)

photographer terlatih dkm
 Seronok bila masing2 dapat jumpa, menyembag tepi pantai, luangkan masa bersama bersembang perkembangan masing2 dengan student cara student nya, yang keja dengan cara kerjanya.. Apapun, syukur alhamdulillah dikurniakan dengan sahabat sebegini.. Nikmat yang bukan semua orang boleh dapat yer dak? Moga diperkuatkan lagi ikatan persahabatan kami hingga ke akhir hayat, insyaallah..
maaf la kiranya banyak sangat gamba yang diselit dalam entry kali ni sebab bagi che', gamba2 ni pastinya nya akan menjadi sesuatu yang boleh menyebabkan senyuman terukir tiap kali baca entry ni, cewahhh.. hehe



sebenaqnya banyak lagi nak diceritakan sebab terlalu banyak peristiwa yang berlaku..hehe.. tapi biaqlah kami2 yang simpan kenangan itu bersama.. =)



*alhamdulillah, antara nikmat yang besaq dalam hidup kita ini adalah dikurniakan dengan sahabat yang baik.. 

Genting bersama tempoyak =)

alhamdulillah, kembali sesi bersama keluarga, kali ni bukan dekat Jeram, tapi tempat yang lebih cool sikit, Genting Highland..hehe.. err, selalu beraktiviti bersama family, nampak sangat che' ni seorang yang banyak luangkan masa bersama keluarga kan? xpe2.. insyaallah, hujung minggu ni masa untuk bersama member2, reunion di Pangkor pulak.. hehe.. syukur, dikurniakan dengan family dan sahabat yang baik =)

Lamborghini Murcielago =)

ingatkan nak naik genting naik keta ni, sekali boleh bawak 2 orang je.. camne nak bawak family ni, yer dak? hehe.. terpaksa ler bawak persona tu (*sila jangan percaya)..

memang semulajadi minat la tempat tinggi2 ni.. sejuk, nyaman je udara.. kita ni dah biasa sangat hirup udara penuh habuk, kotor2 asap kenderaan.. memang boleh sebab penyakit macam2 ler.. itu yang orang ramai sekarang suka cari tempat2 yang ada hutan2 sikit.. buat tempat tinggal..

Peserta konvoi =)

tu dia, dengan mak sedara and the gang.. mak sedara masak pulak tu.. memang mantop ler! seronok che' sebab mak sedara masak lauk kegemaran.. adusss, sume lauk pulak matching.. hehe.. masak sambal tempoyak, ikan pekasam, ayam golek fuhhh.. memang syiok la lunch kat atas tu ngan udara sejuknya.. layan nya sekali sekala picnic atas ni..

tu dia, anak rimau, warghhhhh !!
abang bukan nak gigit, abang nak cium je.. 


haruslah buat begini sekiranya anda terjumpa baby yang comel.. tq

kalini pegi tak amik pon tiket outdoor.. jalan2 bawak budak2 main2 indoor je.. sempat la acik diorang ni main game superman (flying coaster) dengan akak.. bukan boleh diajak akak tu, memang on je dia.. memang pesen minatkan menda2 camnie.. takdenya dia nak takutnya..
budak cina sebelah ni tetiba je manja dengan che'

time ni dapat la merasa pengalaman pertama kli dalam hidup layan crite dalam wayang 4D.. selalu kita duk dengar dalam 3D kan? haaa, 4D ni lagi best..screen memang 3d, siap kerusi boleh gerak ikut movie tu, pastu ada blower angin dari depan dengan seat, lighting yang superb kiri kanan.. best3..

best sekali sekali piknik camnie.. luangkan masa dengan keluarga sebenaqnya lebih best dari luangkan masa buat menda tak pekdah hujung2 minggu.. masa2 bersama inilah kita boleh merapatkan lagi hubungan dengan sedara mara.. seronok3..




* tak sabaq rasanya ke pangkor pulak ujung minggu ni, reunion3.. yeay !!