ceramah ustaz haji abdul hadi awang

point sikit2.. kih3..
mana yang sempat jela..

11 june 2012- masjid ampang..

·        tajuk mengenai hikmah dalam isra mikraj.. nabi dijemput menjadi tetamu allah s.w.t
·        ianya satu perjalanan yang sangat jauh diluar kemampuan manusia.. bukan boleh diterima akal melainkan dengan adanya iman..
·        nabi s.a.w dibawa ke alam yang sangat luas.. ditayangkan dengan perjalanan kehidupan manusia..
·        ditemukan dengn para anbiya..ditunjukkan cabaran2 dihadapi, ditemukan syurga dan neraka..
·        dalam satu malam melalui perjalanan dari mekah hingga ke sidratul muntaha.. mengatasi langit ke tujuh..
·        mengapa perlu dijemput nabi? mengisytiharkan nabi sebagai rasul buat seluruh alam.. untuk membetulkan aqidah dan cara hidup umat manusia..nabi perlu menhadapi golongan manusia atasan seperti raja2 dan etc..
·        bagaimana nabi dilahirkan di padang pasir, jauh dari sumber ekonomi.. mampu untuk menyebarkan islam di seluruh dunia..
·        arab jahiliyah terkenal dengan sifat kejam dan jaht..
·        nabi menunjukkan ketokohan dan sifat2 yang mulia..
·        istiqamah itu penting dan jangan sekali- kali berputus asa dalam menyebarkan dakwah walau bagaimana teruk sekalipun org yang ingin didakwah itu..
·        nabi pernah ditawarkan segalanya untuk berhenti menyampaikan dakwah..
·        ramai sahabat nabi telah dibunuh kerana melindungi nabi dalam usaha dakwahnya..
·        nabi menggunakan pelbagai strategi dalam menyebarkan dakwah..
·        nabi lebih banyak ditentang dan melalui seribu satu jenis halangan dalam menyampaikan islam..
·        cabaran yang dihadapi nabi s.a.w melebihi halangan oleh nabi2 yang lain dalam menyampaikan islam..
·        semua nabi2 adalah utusan.. tiada khas untuk umat2 tertentu..
·        jika sesiapa yang mengikut selain dari islam, maka jelaslah dia dalam keadaan sesat yang nyata.
·        nabi yaacub adlah bapa kepada bani israel..
·        islam adalah menyerah diri kepada allah.. melaksankan apa jua yang diperintahkan allah s.w.t
·        islam bukan boleh pilih2 mana2 ang suka, ikut.. x suka tinggalkan..
·        semua yang berlaku di muka bumi ini bertindak mengikut kehendak allah s.w.t
·        tidak diciptakan manusia melainkan untuk menyembah allah s.w.t
·        jika namanya ibadah, hanyalah kerana allah s.w.t
·        kita semua adalah hmba allah s.w.t
·        setiap apa yang ada dalam diri kita adalah semuanya dari allah s.w.t
·        jangan sekali- kali memperhambakan diri kepada selain allah s.w.t
·        khalifah pula ialah menegakkan islam dalam dunia, mentadbir dunia dengan hukum2 allah..
·        islam adalah hubungan manusia dengan allah, dengan semua yang lain sekalian nya..
·        keistimewaan manusia ialah mampu mentadbir bumi ini dengdan syariat allah..
·        mengapa iblis x mahu hormat nabi? kerana ada nya sikap sombong..
·        jika tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu, susah untuk mendapatkan hidayah..
·        terdapat banyk azab yang ditunjukan dalam peristiwa isra mikraj..
·        merudumnya ekonomi dunia arini adalah kerana riba..
·        perjalanan nabi ada diganggu dengan yahudi..
·        apa saja ajaran yang memisahkan agama dengan urusan dunia, semuanya datang dari fahaman2 lain dari islam..
·        manusia tidak boleh hidup seorang, mesti perlu bermasyarakat..
·        atheis sekali pon bila di ambang maut, pasti teringatkan tuhan kerana sifat semulajadi aka fitrah manusia yang perlunya hidup bertuhan..
·        jika urusan diletakkan hanya pada akal, maka musnahlah sesuatu organisasi itu sendiri..
·        penjuru kabah itu sendiri tepat menunjukkan utara barat timur selatan..
·        solat itu tersangatlah penting.. jangan sekali- kali tinggalkan.. 


*sekali pon dalam ceramah beliau, tidak menyentuh soal politik, majlis ilmu semata-mata.. membuatku che' lebih menghormati beliau sebagai tokoh agama dan tokoh politik =)

2 comments:

Che'Li said...

alhamdulillah..thanks Din kerana menyampaikan point2 nya.

iZ said...

bagi yang tak dapat pegi.. hehe
kongsi2 ler =)