apa lelaki tahu tentang wanita?

dah lama dah cari buku men are from mars, women are from venus sejak disarankan oleh salah seorang ustaz yang memang che' minati, ustaz hasrizal @ saifulislam.. memang lah boleh dikatakan buku ini bukanlah kitab2 yang biasa dibawa ke majlis2 ilmu, ditulis pulak tu oleh John Gray namun pengisian nya ternyata memang mantop, hehe..

sebelum che mula membaca buku ni, che' sedaq yang pengetahuan che' tentang wanita ini terlalu sikit.. namun sebenaqnya che' tersilap.. bukan nya che' tau sikit tentang wanita, tapi sebenaqnya che' tak tau apa2 tentang wanita, perasaan wanita, cara berkomunikasi wanita etc2..

hehe.. betapa rendahnya pengetahuan kita lelaki2 ni kat luaq sana tentang apa yang wanita perlukan sebenarnya.. akui jela geng.. itulah punca nya che' bila baca buku ni, sambil duk baca sambil duk senyum2 macam kena sindir pulak dengan penulis buku ni..

satu buku yang sangat 2 berbaloi untuk dimiliki dan boleh dijadikan panduan buat mereka yang sudah berkahwin mahupun ingin mencari ilmu tentang cara untuk memperbaiki dan memperelokkan hubungan bersama pasangan..

*  awat wanita ni kompleks sangat ya? err.,dah Allah jadikan gitu.. untuk kita saling melengkapi.. x gitu? =)

jeram, bukan sekadar ikan bakar

Wajah penulis cintailmu89.. jelas x? hehe
Alhamdulillah.. makan besaq bersama keluarga tercinta di jeram semalam... pernah pegi tempat nih? Kalau tak pernah pegi memang rugila.. kita yang duduk belah2 kl ni kalau nak makan ikan bakar, mesti terus terfikirkan sekinchan ikan bakar kan?

Fakta yang perlu anda ketahui tentang sekinchan ikan bakar ialah, satu harga nya yang mahal, dua harganya yang mahal... ada ke patut kira ikut 100 gram? Memang x puas langsung kalau bawak family makan kat sana..

Untung depa2 yang jual mainan kat sini..haha
Errr, tetiba je melalut pasal sekinchan ikan bakar.. sorry.. hehe.. x sengaja.. btw, kalau angpa semua dah sampai kat jeram ikan bakar ni, insyaallah x menyesal.. walau agak jauh, namun pasti berbaloi dengan harga dan sedapnya, fuhhhhh.. sehingga menjilat alas meja yang ada. ( ok, terlebih- lebih pulak, haha)..

hehe.. alang2 sampai sini, menu yang menjadi sasaran ialah ketam, sotong , kerang bakar, udang galah etc... bayang kan makan 10 orang dengan menu yang boleh menyebabkan perut masing2 tiada ruang kelegaan, bil cuma 300++.. alhamdulillah.. memang puas la kalau makan kat sini..

satu jenis je sempat tangkap gamba..
yang lain, errr.. mintak maap..
dah selamat..kui3
Kalau angpa pencari tempat makan yang best2, singgah2 la sini.. mesti x menyesal punya.. seronok tengok orang kita meniaga maju macam ni.. pasti sebab peniaga dia jujur dan tak tamak.. allah dah janjikan rezeki untuk kita masing2.. buat apalah nak tamak2 yer dak?







* angin pantai, mengingat kan ku kepada kenangan lalu, aicehhh.. hehe 

ada atau tiada iman?


iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertaqwa, ia tak dapat dijual beli, ia tiada di tepian pantai... lalala~~

ok, sudah cukup2 sudah (macam lagu pulak) dengan nyanyian di atas... sedaq kah kita, jika dimusahabah diri ini, sesungguhnya kita tau sekiranya iman kita di tingkat yang mana..dan taukah anda juga bahawa iman ini ada naik dan turun nya..

ya, kita ini bukanlah seorang yang sempurna.. dengan amalan yang ala kadar je, apa yang kita harapkan.. teringat kata2 oleh siapa ntah, jika kita rasa iman kita sedang berada di tahap yang baik2 aje, lakukan amal sunat sebanyak mungkin, dan jika iman kita berada di level rendah, jangan ditinggalkan amalan yang wajib..

* sape setuju nasyid makin hari makin berkubur? =(

aset? d'puncak lui =)

Pada usia 23, apa yang difikirkan oleh kita semua? bagi yang seusia dengan che', pastinya mula untuk berfikir tentang masa depan.. yup, selain daripada perancangan manusia2 normal yang lain iaitu rasa ingin berkeluarga, pastinya rasa ingin mengumpul aset ada dalam fikiran..

Bagi che', selain daripada moto yang ada tu, che' teringin nak ada aset sendiri.. yelah, untuk masa depan che' dan bakal pasangan juga, ( jika ditemukan jodoh ), hehe.. dari satu pamplet yang che' amik kat surau kat taman ni haa.. rasa teringin nak mempunyai aset sendiri makin fuhhhhhh...
Maka pada 15 june 2012, che pegi tengok tanah yang ingin dibeli.. sekali tengok, tanya pendapat mak abah ngan kakak, maka jadilah ambik tanah tu..


*Jalan nak ke tanah yang ingin ditengok..haha..
lawa wooo... ada kem bina semangat..

Pemandangan nya, masyaallah.. cantik sangat3...
Mengapa che' berani nak amik tanah tu.. sebab bagi che', beli tanah ni, insyaallah tak rugi.. tengok area mana kita beli dan kemudahan yang ada area2 situ.. ikutkan memanglah kena berkorban.. memang lambat lagilah nak merasa pakai kereta, tapi xpelah.. * secara tiba2 rasa nak menyanyi lagu jimmy palikat..haha
Tengoklah nanti.. kalau dah abis bayaq tanah tu, kalau tak cukup duit nak buat rumah, pacak khemah jelah buat berteduh... kui3... tapi kita tak tau rezeki kita kan.. ada rezeki, insyaallah .. nak juga duduk kat sana.. penuh dengan ketenangan dan hirup pikuk bandar kuala lumpur.. rumah yusof haslam pon dekat je..mana tau dier ajak p melepak umah dier.. * mood berangan sudahhhh.... kah3...

Moga cepat abis bayaq... hehehe..

* d'puncak lui... amboi, sedapnya nama... hehe

Rasa tak selesa

Ada sekali tu rasa macam sangat tak selesa bila macam kat fb tuh, kan ada ruang chat.. pastu adalah macam stranger yang bagi salam, nak berkenalan..  err, salah ke bro? X salah langsung sebenaqnya...

Cuma, bila macam mula setakat tanya2 khabo, nama oklah.. sekali bila meleret ke tanya kerja, status, tu yang buat rasa macam xmo je teruskan perbualan.. apa kita rasa bilamana seseorang yang baru kita nak kenali ni, tanya soalan2 peribadi? Mesti rasa awkward kan?

Maafla pada yang duk mesej2 tu, bila che' mula tak balas mesej tu bukanlah apa.. che' cuma tak selesa kalau orang yang tidak che' kenali rapat ni, bertanyakan soalan2 peribadi.. dari duk teruskan rasa tak selesa ni che' terus tamatkan perbualan.. no hard feeling okay=)

* aset pertama dalam hidup? Alhamdulilah :-)

Dari kerana mata

Mata itu sungguh mempersona.. sebab tu lah diorang buat lagu tentang mata ni.. setuju benar yeop jika ad yang mengatakan dari mata turun ke hati.. mata itu menunjukkan kejujuran.. mata juga boleh menunjukkan sekira nya seseorang itu sedang menipu atau menyembunyikan sesuatu..
Jagalah mata kita dari melihat sesuatu yang tidak elok sahabat.. benar, mata adalah nikmat yang sangat besar dikurniakan allah s.w.t kepada kita.. ia boleh menjadi sumber pahala dan juga boleh menjadi sumber dosa yang sangat memudaratkan pada kita.. kan nabi pernah pesan kat kita supaya sentiasa menjaga mata dari melihat yang tidak sepatutnya..
:-)
* jika kita melihat pasngan isteri kita dengan pandangan yang dipenuhi kasih sayang, dapat pahala wooo.. xmo? Hehehe

butakah cinta?

amboi ko, tajuk? haha.. xpela, entry santai pagi2 jumaat ni..

butakah cinta? letak persoalan tu dalam diri kita.. apa maksud cinta dalam diri kita itu sendiri... jika cinta sekadar berlandaskan nafsu, maka kelaut lah cinta tu pergi.. x mendatangkan apa2 manfaat malahan lebih teruk mendatangkan kemudaratan lagi..

cinta itu segalanya berkisarkan tentang perasaan, tanggungjawab dan tuntutan agama.. ini jika kita fokuskan pada hubungan sesama insan.. cinta? tolong jangan khianati dengan rasa kebudak-budakan, cinta yang hanya untuk mengisi rasa kosong dalam diri.. itu bukanlah cinta.. tapi hanya untuk mengisi ruang kosong dalam hidup..

cinta jika tidak diangkat ke tempat yang sepatutnya, jadilah sekadar cintaik kucing.. kui3.. budak2 muda biasalah, macam diri che' dulu, kita semua pernah merasa pengalaman yang sama, yer che' akui cuma jika kita hanya meletakkan diri pada standard yang sama dalam memandang cinta yang hadir sekarang ni, alangkah ruginya..

video

ceramah ustaz haji abdul hadi awang

point sikit2.. kih3..
mana yang sempat jela..

11 june 2012- masjid ampang..

·        tajuk mengenai hikmah dalam isra mikraj.. nabi dijemput menjadi tetamu allah s.w.t
·        ianya satu perjalanan yang sangat jauh diluar kemampuan manusia.. bukan boleh diterima akal melainkan dengan adanya iman..
·        nabi s.a.w dibawa ke alam yang sangat luas.. ditayangkan dengan perjalanan kehidupan manusia..
·        ditemukan dengn para anbiya..ditunjukkan cabaran2 dihadapi, ditemukan syurga dan neraka..
·        dalam satu malam melalui perjalanan dari mekah hingga ke sidratul muntaha.. mengatasi langit ke tujuh..
·        mengapa perlu dijemput nabi? mengisytiharkan nabi sebagai rasul buat seluruh alam.. untuk membetulkan aqidah dan cara hidup umat manusia..nabi perlu menhadapi golongan manusia atasan seperti raja2 dan etc..
·        bagaimana nabi dilahirkan di padang pasir, jauh dari sumber ekonomi.. mampu untuk menyebarkan islam di seluruh dunia..
·        arab jahiliyah terkenal dengan sifat kejam dan jaht..
·        nabi menunjukkan ketokohan dan sifat2 yang mulia..
·        istiqamah itu penting dan jangan sekali- kali berputus asa dalam menyebarkan dakwah walau bagaimana teruk sekalipun org yang ingin didakwah itu..
·        nabi pernah ditawarkan segalanya untuk berhenti menyampaikan dakwah..
·        ramai sahabat nabi telah dibunuh kerana melindungi nabi dalam usaha dakwahnya..
·        nabi menggunakan pelbagai strategi dalam menyebarkan dakwah..
·        nabi lebih banyak ditentang dan melalui seribu satu jenis halangan dalam menyampaikan islam..
·        cabaran yang dihadapi nabi s.a.w melebihi halangan oleh nabi2 yang lain dalam menyampaikan islam..
·        semua nabi2 adalah utusan.. tiada khas untuk umat2 tertentu..
·        jika sesiapa yang mengikut selain dari islam, maka jelaslah dia dalam keadaan sesat yang nyata.
·        nabi yaacub adlah bapa kepada bani israel..
·        islam adalah menyerah diri kepada allah.. melaksankan apa jua yang diperintahkan allah s.w.t
·        islam bukan boleh pilih2 mana2 ang suka, ikut.. x suka tinggalkan..
·        semua yang berlaku di muka bumi ini bertindak mengikut kehendak allah s.w.t
·        tidak diciptakan manusia melainkan untuk menyembah allah s.w.t
·        jika namanya ibadah, hanyalah kerana allah s.w.t
·        kita semua adalah hmba allah s.w.t
·        setiap apa yang ada dalam diri kita adalah semuanya dari allah s.w.t
·        jangan sekali- kali memperhambakan diri kepada selain allah s.w.t
·        khalifah pula ialah menegakkan islam dalam dunia, mentadbir dunia dengan hukum2 allah..
·        islam adalah hubungan manusia dengan allah, dengan semua yang lain sekalian nya..
·        keistimewaan manusia ialah mampu mentadbir bumi ini dengdan syariat allah..
·        mengapa iblis x mahu hormat nabi? kerana ada nya sikap sombong..
·        jika tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu, susah untuk mendapatkan hidayah..
·        terdapat banyk azab yang ditunjukan dalam peristiwa isra mikraj..
·        merudumnya ekonomi dunia arini adalah kerana riba..
·        perjalanan nabi ada diganggu dengan yahudi..
·        apa saja ajaran yang memisahkan agama dengan urusan dunia, semuanya datang dari fahaman2 lain dari islam..
·        manusia tidak boleh hidup seorang, mesti perlu bermasyarakat..
·        atheis sekali pon bila di ambang maut, pasti teringatkan tuhan kerana sifat semulajadi aka fitrah manusia yang perlunya hidup bertuhan..
·        jika urusan diletakkan hanya pada akal, maka musnahlah sesuatu organisasi itu sendiri..
·        penjuru kabah itu sendiri tepat menunjukkan utara barat timur selatan..
·        solat itu tersangatlah penting.. jangan sekali- kali tinggalkan.. 


*sekali pon dalam ceramah beliau, tidak menyentuh soal politik, majlis ilmu semata-mata.. membuatku che' lebih menghormati beliau sebagai tokoh agama dan tokoh politik =)

kad jemputan kawen =)


nampak tak kad apa dia tu kat atas? hehe.. 

yeah, ini adalah kad kawen.. kad kawen sahabat cheq yang dalam batch2 kami dalam dkm, dier lah yang pertama yang 'jalan' dulu.. kalau ikutkan memang tak disangka-sangka ler sebab mamat ni bukan nya jenis yang jenis nak couple2 bagai time kat poli dulu..

tup2 dapat kad je.. hujung minggu ni pulak tu.. seronok nya apa bila dapat kad kawen member2 gini.. syoknya apa? syok nya bila time2 ginila kami sekelas nak jumpe lepas bertahun-tahun meninggalkan alam per'sekolah'an.. haha

white@fazreen, che memang respek kat ang la.. takla ang ni jenis yang konon2 jiwa muda nak enjoy bagai.. umur 22 ang dah berani amik langkah ke alam perkahwinan.. serius, ang memang gentleman..

* seronok tgk kawan2 bahagia nih =)