berkhalwat di kuala lumpur

Alhamdulillah, kita sebenarnya patutla bersyukur kerana menjadi warga kl yang sentiasa berada dalam waktu persendirian iaitu waktu untuk bersendiri tanpa perlu dikacau oleh sape2 pun..

Tak tau bila masanya tuh? Hehe..cuba fikir balik, tang mana dalam hari kita seharian di kl ni dihabiskan?? Dah??Haaa.. Bijak2..hehe

Time bilamana kita sangkut dalam jem tuh.. X ke bersendirian je.. Tak kira la bawak keta ke, moto ke.. Time jem itula kita duk  bersendirian.. Waktu2 ginila sesuai untuk kita mendekatkan diri dengan Nya.

Apa salahnya masa yg ada terluang membazir ni untuk kita melakukan amal yang mendekatkan diri dengan pencipta kita?

Banyak amalan macam berzikir ka, dengar ceramah ke.. Download kat youtube ceramah2 best. Convert dalam mp3, burn dalam cd.. Pasang kat radio time jem.. Masa yang terluang tu taklah terbazirkan., kan? Kan zaman dah canggih. Hehe.. cuma janganlah dah burn p jual pulak kat pasar malam.. haaa, tu kena la minta izin penceramah tu dulu.. 


jadi jangan jadikan alasan sebagai warga kota yang sentiasa sibuk tiada peruntukan masa untuk mendekatkan diri kepadaNya.. insyaallah, jika mahu, banyak masa yang boleh kita manfaatkan sepenuhnya.. Assalamualaikum =)

2 comments:

fasihahhanum said...

x pon, ikim.fm kan ada~ ^^

iZ said...

ikim pon ok juger...
cuma hehe..
mcm banyak sembang2 sikit..