berapa jahat anda boleh pegi?

bila difikirkan balik, kita sentiasa meletakkan hukum pada diri sendiri... betapa jahatnya aku.. betapa besarnya maksiat yang telah aku lakukan.. adakah mungkin untuk ak merubah segalanya yang telah aku lakukan?

ya... ini adalah satu perasaan yang normal nak2 kepada remaja2 macam kita.. apatah lagi kesilapan2 ini bakal menggelapkan hati, merubah hati menjadi keras untuk mengingatiNya.. sesungguhnya nikmat yang paling besar yang boleh ditarik oleh Allah s.w.t adalah cahaya dalam hati.. sinar keimanan walaupun malap jika disinari dengan kasihnya kepada Allah dan rasul, insyaallah, iman itu boleh di'upgrade'..

tapi jika iman tu terus, terus dihilangkan daam diri dan hati, masyaallah, itulah kecelakaan yang paling maha besar untuk dihadapi oleh insan yang bernama islam..

jika kita masih sayang diri ini, janganlah sahabat.. tolong jangan berputus asa untuk berharap kepada keampunanNya.. sungguh, jika kita bersungguh-sungguh mengharapkan keampunan, dengan keazaman dan paksaan pada diri sendiri, Allah akan membantu kita dalam menghadapi hari2 yang penuh cabaran zaman sekarang...

ak malu ya allah, berapa banyak umurku berlalu, berapa banyak maksiat yang telah ak lakukan kepadamu, ak masih berharap kepada keampunan mu, namun ak masih berharap, aku masih berada dalam lindunganMu...insyallah.
*cabar diri korang tngok video ni sampai abis.. ada bran? hehe

you are a loser !!

loser? perlu ada dalam diri kita ini iaitu kekuatan untuk menghalang diri dari menjadi seorang yang loser... apabila kita melakukan sesuatu, hendaklah kita memastikan kita membuat perkara itu bersungguh-sungguh dan lebih dari orang lain yang ambil remeh dalam sesuatu.. kalau buat sesuatu itu dengan sambil lewa je, loser adalah satu title yang boleh kita sematkan dalam diri.. ada faham? =)

kat sini, secara automatiknya kita letakkan semangat juang dan tidak mudah berputus asa dalam menghadapi apa jua rintangan dan cabaran dalam hidup.. bukan senang nak jadi terbaik, tetapi x mustahil kan?

sentiasalah mencabar diri untuk mengatasi kemampuan diri.. jangan sekali-kali meletakkan had pada diri sendiri.. rempuh aje had yang ada..cabar untuk memperbaiki diri dalam apa jua aspek kehidupan, dalam soal sahsiah dan kerohanian misalnya.. takkan kita nak berpuas hati dengan amal ibadah kita yang ciput ni, kan2?hehe

ingatlah sahabat, ruang untuk memperbaiki diri itu tersangatlah luas.. perfect itu pastilah susah nak dicapai, tetapi dengan sedikit paksaan dan azam, pasti matlamat yang kita letakkan boleh dicapai, insyaallah =)

*sekian entry motivasi berkobar-kobar untuk arini.. hehehe

wanita materialistik tidak sesuai dijadikan isteri

bincangkan isu wanita yang memandang hanya harta memang satu yang membuatkan wanita2 kat luar sana 'kepanasan'.. mana tidaknya, tak boleh la kita nak sangkal, kebanyakannya (bukan semua) wanita2 sekarang hanya memandang pada status kewangan lelaki sebagai ciri paling besaq apabila mencari bakal suami..

salah atau tidak, tak beranilah che' nak memandai kat sini.. tapi dalam pemikiran che' duit bukanlah segalanya.. namun, duit dan harta adalah punca kebahagian sebenar pada pandangan wanita2 materialistik nih..

tapi pada pandangan picisan che' ini, duit memang adalah salah satu faktor yang boleh menerbitkan rasa bahagia dalam keluarga.. cuma..., cuma duit bukanlah faktor utama, dan bukan juga sumber kebahagian yang sebenarnya.. adakah ini bermaksud lelaki tidak perlu membaiki sumber kewangan diri masing2 apabila menjadi pemimpin dalam sebuah keluarga?

apa kena mengena?hehe
dah tentulah idak yer dak! hehe.. lelaki adalah bertanggungjawap dalam memperbaiki sumber kewangan keluarga.. dan wanita hendaklah menjadi pendorong kepada suami untuk memperbaiki sumber kewangan keluarga.. wanita yang memahami masalah lelaki dan mendorongnya untuk berjaya adalah wanita yang tersangat didambakan lelaki kat luar sana.. =)

wanita meterialistik, che' nak tegaskan kat korang dalam entry ini, anda boleh je mencari lelaki kaya dan berharta, stabil kat luaq sana, tapi bersedialah untuk kecewa apabila wang menjadi fokus utama anda dalam mencari kebahagiaan hidup.. tq..

pandangan korang pulak isu nih?? tq

kawan je? hek eleh.. =)

jika ada gambar, renung satu2 gamba kawan kita.. fikir dalam2, mana yang betul2 pasti adalah sahabat.. nak mencari kawan sangatlah mudah, tapi nak mencari sahabat terlalu amatlah payahnya..

apa itu sahabat,nak tau?! dengarlah lagu peterpan,sahabat.. hahaha.. nope2..take it seriously back.. sahabat itu apa dia? sahabat itu bilamana kita senang dier ada, bilamana kita susah dia pon masih ada, tak menghilangkan diri.. tak bersama hanya bilamana menjadi teman ketawa, teman menangis time ditimpa masalah.. itulah sahabat.. renung diri kita balik, berapa ramai sahabat kita ada sebenaqnya..

sahabat yang baik tidak akan sekali- kali dapat dipisahkan walau pun dengan kematian.. bilamana dah sampai ajal kita nanti, dier akan sentiasa mendoakan sahabat nya moga aman disana.. bukan setakat datang kenduri tahlil dan terus itu sahaja penutup sebuah hubungan..

alhamdulillah, jika dikurniakan dengan sahabat sebegini, kekal la setia berhubungan dengan dia kerana bukan senang mencari sahabat yang ibaratnya anugerah dari Allah s.w.t

ciri2 sahabat yang baik ;-

  1. apabila kita pandang dia, kita akan terasa dihargai dan dihormati
  2. selalu mengingatkan kita tentang kesilapan dan kesalahan kita yang duk ada tuh..
  3. menyimpan aib kita sebaiknya
  4. mengingatkan kita sentiasa kepadaNya, tidak biarkan kita hanyut dalam dosa sendiri
  5. bila jumpa terasa dekat seperti jumpa adik beradik
  6. etc..
=)

p/s: rejab dah mai.. pakat2 la kita ready.,hehe


berkhalwat di kuala lumpur

Alhamdulillah, kita sebenarnya patutla bersyukur kerana menjadi warga kl yang sentiasa berada dalam waktu persendirian iaitu waktu untuk bersendiri tanpa perlu dikacau oleh sape2 pun..

Tak tau bila masanya tuh? Hehe..cuba fikir balik, tang mana dalam hari kita seharian di kl ni dihabiskan?? Dah??Haaa.. Bijak2..hehe

Time bilamana kita sangkut dalam jem tuh.. X ke bersendirian je.. Tak kira la bawak keta ke, moto ke.. Time jem itula kita duk  bersendirian.. Waktu2 ginila sesuai untuk kita mendekatkan diri dengan Nya.

Apa salahnya masa yg ada terluang membazir ni untuk kita melakukan amal yang mendekatkan diri dengan pencipta kita?

Banyak amalan macam berzikir ka, dengar ceramah ke.. Download kat youtube ceramah2 best. Convert dalam mp3, burn dalam cd.. Pasang kat radio time jem.. Masa yang terluang tu taklah terbazirkan., kan? Kan zaman dah canggih. Hehe.. cuma janganlah dah burn p jual pulak kat pasar malam.. haaa, tu kena la minta izin penceramah tu dulu.. 


jadi jangan jadikan alasan sebagai warga kota yang sentiasa sibuk tiada peruntukan masa untuk mendekatkan diri kepadaNya.. insyaallah, jika mahu, banyak masa yang boleh kita manfaatkan sepenuhnya.. Assalamualaikum =)

mengapa ada blog ini, PERLU? =)

entry ini dituju khas buat mereka2 yang dalam dilema (*aicehhh,hehe) untuk memiliki@memulakan blog ataupon tidak.. nak tak nak, sentiasa ada halangan bila kita nak mula berblog ni... che' paham.. hehe..
so untuk menguatkan lagi keazaman mereka2 yang nak mula berblog ni, che' senaraikan sikit mengapa kita perlu ada blog..

  1. dapat mengimbas kembali kenangan lalu.. percayalah, dalam setiap kenangan pahit mahupun manis, pasti ianya boleh membuatkan kita tersenyum kembali bila baca balik entry2 lama...
  2. peluang perniagaan yang lebih besaq, mana tau dengan blog, produk kita boleh dikenali dengan lebih meluas..kan3?
  3. boleh berkongsi minat? apa jer minat kita, hobi kita. bila dikongsi bersama pembaca, best hape.. ntah2 dapat member baru leh join sekali..
  4. free aje kan? bukan kena bayar pun. update pun? kalau ada masa terluang, ada line internet.. updatela..ikut kemampuan sendiri.. tapi bila dah syok berblog kang, asyik nak update je....hehe
  5. medan dakwah yang boleh kita sampaikan dengan gaya tersendiri.. ada yang suka gaya santai dalam berkongsi ilmu, ada yang tegas2 sikit,ada yang lebih ke arah lawak, semua tu tak kisah sebab ia membawa identiti dan keunikan tersendiri untuk blog masing2..
  6. ada orang tak tau nak luah kat siapa masalah dier.. luah kat blog juga adalah satu terapi untuk diri sendiri melepaskan apa yang terpendam..kan2?
  7. cukuplah..kui3..banyak lagi reason perlunya kita berblog.. cuma pesan che' dalam berblog, ingatlah..segalanya perlulah mempunyai batasan dan hendaklah beradab.. segala apa yang kita tuliskan dan sampaikan pada pembaca, biarlah ia membawa manfaat pada diri sendiri, bukan memudaratkan pulak yer...

selamat berblog!!

mengapa UMNO semakin tidak relevan?

hehe.. entry berbaur politik memang che' pasti ramai yang akan panas je bila mendengarnya.. jadi, keterbukaan che' dalam blog ini walaupon dari segi politik, che' nak kita proses dier dengan keterbukaan minda jugala, okay? ada salah silalah ditegur..

  1. masih berkempen dengan media mainstream.. rakyat lebih advance.. gunakan internet, yer dak? apa guna unifi, p1 wimax, yes etc..
  2. gunakan isu2 lapuk dan kebiasaanya dibalasnya hujah pembangkang dengan alasan..contoh? tanya isu gula, jawap dengan peribadi pemimpin2 pembangkang... apa ke hey? hehe
  3. banyak sangat pendedahan yang dibuat, kebocoran2 yang masih tidak dibuktikan samada perkara itu benar atau tak..
  4. menggunakan isu seks untuk menjatuhkan peribadi seseorang..mana nilai ketimuran..mana nilai islam? haaa..jawab2.. sila jawab bukan dengan alasan.. bolehkah?
  5. suka mengelat.. belah2 semenanjung ada BERSIH, marilah kita beramai-ramai berkempen di Sarawak.. kui3
  6. tolonglah buat event2 yang tidak eksklusif.. macam ceramah, jemput penceramah2 yang mantop di serata malaysia ni.. politik bukan nya satu entiti lain.. politik adalah cabang ilmu dalam islam..
  7. Memperjuangkan bangsa.. keterlaluan... sifat bangsa ni sifat arab zaman jahiliyah dulu.. macam che' sendiri, che' lebih percayakan china muslim yang baik dari melayu islam hanya pada nama.. nampak contoh mudah ni?
  8. Pelajar universiti disekat..semua adalah tidak matang dan belum mampu memilih kerajaan mana yang diorang nakkan (pandangan pak2 menteri belah2 BN)
  9. silalah tambah di ruangan bawah.. hehe
* terus terang, pengundi BN adalah minoriti sekarang.. terimalah hakikat. =)