takut =(

riso sangat sekiranya org nilai che' sebagai orang yang beragama, padahal che' hanyalah remaja biasa, tiada latar belakang agama, iman yang masih goyah, senipis kulit bawang dan ilmu agama pon, hurm..alahai...

che' risau, dan kadang2 terasa tersangat rendah diri dengan mereka2 yang punyai ilmu agama yang mantap, mampu membimbing orang lain, mampu menunjukkan contoh yang baik pada orang2 kat sekeliling diorang.. che'? renung diri sendiri pon dah tau sebenaqnya..

sebagai pemimpin dalam apa jua kelompok insan yang berada disekeliling kita(terutamanya sebagai lelaki), terlalu luas perspektif memimpin itu sendiri.. pemimpin bukan lah seorang yang sempurna..terkadang, perlu disokong, perlu dibetulkan dan perlu ditegur..sekadar pencerahan untuk wanita kat luar sana. sebab itulah bila dah hidup bersama, rendahkan ego adalah sesuatu yang perlu dipandang serius para lelaki.. x pernah pulak orang label lelaki itu dayus hanya kerana menerima nasihat dari seorang wanita.. hehe

mampu atau tak che' untuk memimpin adalah sesuatu yang samar2, namun che' akan usahakan dari sekarang untuk pastikan dalam masa sampai tanggungjawab untuk che' memimpin keluarga che' sendiri nanti, che' bersedia untuk membuka ruang untuk diperbetulkan oleh isteri che'. *nasihat dari seseorang yang betul2 che' hormati..

*ya Allah, jika benar dia untuk diriku, dekatkan lah diriku dengan dirinya.. jika dia bukan untuk diriku, tenangkan lah aku dengan ketentuanMu.. 

jodoh!! kenalah cari yang cun..


pada setiap pasangan yang boleh kita jadikan contoh, yang paling dekat sekali dengan kita pastinya ibu dan ayah kita.. untuk mencari pasangan hidup, tipulah kiranya paras rupa tidak dijadikan ukuran.. cuma perseptif kita pada bakal pasangan berubah mengikut umur (*bukan umur, kematangan sebenaqnya,hehe).. betul tak?

contohnya bila kita renung diri sendiri.. bayangkan ciri2 orang yang kita minat jika dilihat dari zaman kita bersekolah, zaman melanjutkan pelajaran dan zaman bekerja.. pada zaman sekolah dulu, boleh dikatakan 100% kita akan tumpukan pada paras wajah wanita tersebut.. yup, tak terkecuali pada diri che'..

tapi bilamana menyusuri umur yang ada, (*xlah tua sangat pon..hehe).. bila mencari pasangan, paras rupa bukanlah segalanya.. persepsi pandangan pada ciri2 pasangan bercambah.. mulalah kita memandang pada sikap dia, cara pemikiran dia, kematangan dan hati juga perasaan..

jadi,pada pandangan iz, resepi pada mereka yang mampu bertahan dalam sesebuah hubungan, adalah apabila pasangan tersebut bersatu dari segi hati dan perasaan melampaui perkara2 luaran yang lain... disini mereka membuka peluang untuk menerima kekurangan pasangan lain..

jadi, jika ditanyakan kembali.. kecantikan bukanlah segalanya.. nilai perkahwinan itu sendiri bukanlah hanya bersama disini, moga berkekalan sehingga disana nanti..insyaallah.. =)

generasi kita lemah

haaa..amik ko tajuk... terbaik nya kena setepek... bukan sengaja cheq keluarkan entry macam ni... dan bukan la cheq tuju kepada individu cuma secara amnya bila dilihat secara rawak...

tak kira lah generasi apa pon dan apa gelaran nya( generasi X,Y,Z ), sama je jika DIBANDINGKAN dengan zaman dimana islam menjadi tunjang kehidupan.. bayangkan remaja muda belia kita sekarang dari segala aspek macam kematangan berfikir, memilih dan membawa diri.. (lebih tuju pada diri sendiri sebenaqnya (^_^) )

umur dalam 20 an, apa yang kita  nampak ada pada remaja kita? bandingkan dengan video kat bawah ni.. mungkin bukan satu perkara yang baik untuk berbangga dengan sejarah, tapi x salahkan sekiranya kita mengambil apa yang baik..kan?

silalah google kisah Sultan Muhammad Al Fateh =)

* tak ada apa yang perlu dibanggakan pun =(

obsesiku

tajuk tiada kena mengena dengan laqu gigit2 aqasha tu.. hehe..sila jangan salah faham..

alhamdulillah, harini cheq amik cuti sehari sebab nak p antaq mak ngan abah cheq untuk mengerjakan umrah... mak kali kedua dah.. abah first time... jadila..merasa juga akhirnya jejak kan kaki kat mekah & madinah.. cheq? ntah bila la.. keinginan nak kesana sampai dah jadi obsesi.. *nampak mcm mana tajuk berkait dengan entry ni.. =)

cheq ngan kakak cheq antaq tadi... hurm..seronok sangat tengok suasana kat KLIA tadi..penuh je mereka yang berjubah.. yang muslimah nya comel belaka dengan jubah muslimah..

bersinar-sinar x muka kami adik beradik?hehe

umrah? ada yang kata sia2 je pegi, dari pegi umrah baik teruih naik haji... tapi sebenaqnya, dak aih kawan.. dengan umrah sebenaqnya akan menerbitkan satu azam yang kuat untuk jejak kan lagi kaki ke sana untuk mengerjakan haji.. sebab tu la cheq target dalam duk membujang nih, nak sangat2 pegi sana.. sorang2 pon xpela..

anak buah yang aktif.. habis berlari sakan kat sini...

nampak pasangan comel molek tu.. tula mak ngan abah cheq.. hehe..saje je nak kenalkan.. excited tu nak p sana.. control cool je.. hehe

*mak selalu pesan, kalau ke sana.. nak doakan jodoh utk cheq.. siapalah agaknya insan tu ya?

KL-iPoh-KelAntan-KuAntaN-KL

baru2 ni iz berjalan sakan pusing satu malaysia macam tajuk kat atas nu haaa..haha..sabaq jela...dalam masa dua hari polak tu.. tapi, alhamdulillah..segala perjalanan semua lancar, tanpa apa2 masalah pon..

tolak dari kL ni kul 5 pagi... yela, saje jela keluar awal dari rumah takut lambat sampai ke ipoh.. lagi pon faham2 jela pagi2 jalan camne...clear ya amat.. kul 7 sampai dah... hehe...

sampai2, duk pusing2 pekan ipoh cari tempat nak sarapan, amboih..payah kemain nak mencarinya.. banyak kedai yang lambat bukak nya..kalau ada pon, restoran cina.. nak breakfast kat restoran cina? minta maap ler...kui3..


sarapan terbaik mee bandung ipoh ngan kopi panas =)

memang segaq balikla mata dapat breakfast camnie..haha.. pelik2, pagi2 dah makan berat gini..haha..jarang dibuat manusia normal kan?

pas makan teruih p KPJ ipoh specialist hospital pasang komputer bagai kat sana.. kat sini tepaksa buang masa dekat 3 jam , desktop nya hal..xpela..nak buat guane.. nak tgk hospital ni?sat eh...


lawa kan?
dari ipoh straight teruih p kelantan.. bayang jela, takde rehat2 sangat, kena kejar masa yang dah terbuang masa pasang desktop kat sini.. ikut jalan gerik.. ingatkan x lawa jalan dier..skali ko..lawa kot... macam highway pulak..

sampai kelantan betul2 pukul 6 la lebih kurang..check in hotel chantique.. memang 'cantik' hotel ni.. berapa star tak tau ler..janji boleh rilex2kan badan..hehe.. ni gamba pemandangan kat tasik apa ntah dalam perjalanan dari gerik.. lawa, memang lawa sangat3 =)


tenang sangat2 kat sini.

kat kelantan ni macam2 la peristiwa yang tak dapat nak lupakan..yang memalukan yang pelik2, yang..isy3. biarlah rahsia..haha.. tul tak en Helmie?kah3.. bila teringat memang rasa nak tergelak je....


gamba kecik sudaaa..kejam2..
dari kelantan teruih shoot ke kelantan.. ikut highway LPT tu, memang ada satu kejadian yang memang xkan dapat cheq lupakan.. selama ni duk dengar highway ni keras la, itula, inila.. sekali kena kat batang hidung sndiri,. haa..baru laaaa... bayangkan dalam duk bawa keta constant speed 160-170... boleh ada satu keta mercedes hitam muncul dari arah depan lorong paling kanan. subhanallah.. nasib baik dapat elak.. memang pengalaman yang sangat2 menakutkan..

sampai kuantan(*tibe2) dalam kul 4 sengah petang.. uisy.. sampai je kat KPJ kuantan, terasa letihnya badan... mungkin sebab sepanjang perjalanan cuaca terik kot.. mata pon ngantuk.. misi terakhr utk trip kali nih..pas pasang je desktop kat sini, boleh balik kL..yahoooo!!! haha

ikut kL-karak, alangkah indahnya perjalanan dengan selekoh2 menarik, menghilangkan rasa mengantuk dan merasakan angin malam..amboih, tersastera pulak..hehe

sampai umah dalam kul 11 malam ler..pastu esok masuk keja dah macam zombie... xpela, demi tugas tercinta, ku redahi dengan gagah..aicehhh.. hehe =)


jumpa aiskrim ni kat rantau panjang.. memang best..kalah la tutti fruiti..
sape la nak bawak mai jual kat sini?adoii =)