mari join bisnes mLm =)

so cerita dia macam ni.. semalam adalah seorang sahabat ni ajak iz pegi minum.. disebabkan iz ni memang pantang diajak kalau minum (nak2 pulak dibelanja), so balik keja tu.. apa lagi, mandi siap2 terus pegila melepak minum siap dijemput lagi tuh...

settle sampai kat alif bistro tuh, syokla minum2 lepak ngan sahabat lama la katakan.. biasala..order rojak ngan fresh oren.. kira mewah jugak ler tuh kalau dah order fresh oren.. selalu order biasa2 aje..limau ais sudaaa.. org bujang..standard.. seronok la sembang2 pasal keja, pasal itu ini.. heaven la kiranya kalau dapat menyembang ngan member bila lama tak jumpa kan..

tup2, abis makan settle semua.. si kawan ni terus p kat kereta dia ambil briefcase siap dengan photostat dokumen2 bagai.. dah syak lain macam dah.. memang tak kelain la ni..sembang2 meniaga la tuh.. tapi sebab nak jaga hati kawan , layan kan jela.. padahal dalam hati nak je minta izin balik terus..

iz memang rasa awkward kalau lama tak jumpe, sekali jumpe sembang pasal mLm dan sewaktu dengannya.. selain dari buang masa, mLm ni dah jadi sesuatu yang boleh dikira sebagai anti la untuk didengar.. maaf la yer jika ada yang terasa..

please, jangan la terpengaruh dengan dunia mlm (multi level marketing).. sebelum nak mulakan meniaga2 gini, rajin2 kanlah diri buka minda kaji dulu latar belakang syarikat yang involve tuh..



kat sini iz senaraikan ciri2 bila ada unsur2 bisnes mLm..
  • beria2 ajak keluar melepak minum kat mana2
  • si pengajak beria2 untuk menunjukkan perubahan dari segi kewangan diri
  • memberikan alternatif untuk mendapatkan modal, selalunya dengan pinjaman peribadi
  • menjanjikan pulangan modal yang cepat
  • keberkesanan produk yang maha hebat
  • etc....
kesian dekat sesiapa yang ter'join' bisnes mLm ni.. biasanya gol. yang join bukanlah ada sumber kewangan yang mencukupi.. kesian2.. hanya boleh pandang sepi je kesilapan yang dilakukan oleh orang lain..

sambil dier duk eksplain pasal mlm, iz boleh pulak search pasal produk dier dalam internet (http://aididmuaddib.blogspot.com/).. terbukti sesuatu yang tak berbaloi untuk dibeli pong..aduss.. 

8 comments:

awek retro said...

ramai orang da mula anti MLM nie..tapi still ade yang terpengaruhkan..pelik betul laa..

ejulz said...

haha.. penah kene gak camni.. hehe

KuNanGKuNanG said...

mmg xsuke jumpa org yg ajak masul MLM ni..paling xsuka bila mula2 dah start menipu. ckp ajak gi seminar kesihatan lah, last2 MLM..bila kite tolak dah dia tarik muka...

iz said...

itula pasalnya awek..
kebanyakan yang terpengaruh ni selalunya org2 yang macam terdesak..
dah la kesempitan hidup, kena pulak tipu ngan company2 mlm nih..kesian tul rasanya..

iz said...

ejulz>>

dah serik belum?hehe
ada tips nak ngelak dari melayan gelagat2 geng mlm ni x?

iz said...

kunang2>>

menipu ni memang betul la kalau nak kaitkan dgn mLm..
kebanyakan tips2 berjaya diorang, paling utamanya mestilah kena pandai menipu.. hehe

hamzah ian said...

sudah terkena.. takmau lagi

iz said...

ko terkena hamzah?
pulak... banyak ke ruginya tuh..
xpela..pengalaman..
nak buat gimana menda nak jadi..