siri 1- adab dalam berdakwah, pada pondan misalnya

  • kalau nak mencari ilmu aka belajar, pastikan untuk mencari guru yang betul, bukan hanya main ikut je orang. 
  • jika dalam berkawan, ada dikalangan kawan kita yang berakhlak teruk, jangan larikan diri, menjauhkan diri.. cuba sedaya upaya korang untuk mendekati dia, dakwah dia pelan2.. dalam konteks dakwah, tiada istilah memilih kawan.. tanggungjawab kita untuk menarik kawan kita mendekati islam
  • dalam dakwah, gunakan pelbagai kaedah.. jangan gunakan kaedah kuno, kah3..
  • tambah bila berdakwah, tolak segala fahaman politik.. please!
  • kena berani masuk geng2 tak sekepala, fahami dunia diorang..
  • jangan sekali-kali mengutuk mereka yang jahil.. sebaliknya, malu dengan diri sendiri, sebab x tolong diorang betulkan mana yang betul.. 
untuk siri 1 ini, iz nak minta maaf la kiranya ada yang tersalah, dan harap ditegur la mana yang kurang tu.. memang video2 yang diselitkan dalam blog ini, pendek2 je.. senang nak tgk yer dak, xde buffering.. selamat melayan video ini.. Assalamualaikum.. =)

siri video serta ulasan ringkas..

hurmm..lama pikiaq dah.. tup2... idea! yeay  (^_^)

pernah tak kita fikir dalam seharian berblog, berapa persen kah yang kita gunakan untuk menyampaikan ajaran islam yakni dakwah? okla kiranya bahasa ini agak menakutkan bunyinya bagi remaja macam kita yer dak? okla, tukar slang sikit.. sejauh mana kita cuba untuk memahami ilmu2 agama dan cuba berusaha sampaikan kat teman2 kita? x kira lah pada teman maya atau pon realitinya dalam kehidupan seharian?

kawan,sahabat pembaca cintailmu89, usahakan lah diri dalam sekecil mana pun usaha, sampaikanlah ajaran islam.. tolak sat trafik, tolak sat populariti..

jadi kesimpulan nya kat sini, start dari arini, cheq akan update ceramah dalam bentuk video, beserta sedikit ulasan dan point yang akan disertakan.. moga bermanfaat utk korang dan insyaallah..untuk cheq sendiri...moga allah kurniakan kekuatan untuk diri ini berdakwah.. antara video yang mungkin jadi mangsa(hehe), video ceramah ustaz kazim, ustaz don, ustaz azhar idrus.. ada cadangan ustaz yang best lagi tak? tq kawan..

apa celop perosak bangsa

tajuk adalah dirujuk.. sekian.. ( boleh ke hupdate gini je?) hehe

takdelah.. kenalah ulas sikit yer dak? adoi.. serius menyampah dengan bahasa pelik2 sekarang nih.. gini ke rupa bahasa melayu yang selalunya dikenali sebagai bahasa lembut, mudah diterima dan penuh dengan kesopanan..

apa celop? apa kemenda alahnya itu.. itulah, kadang2.. bahasa melayu bila dah diremix kan, tak faham sudaa.. mungkin cheq sendiri yang slow, tak ikut peredaran zaman ataupun diorang yang melampaui era zaman milennium sampaikan bahasa pelik2 ini keluar..

bukan nya penggiat filem tak tahu yang bahasa2 gini akan menjadi ikutan budak2 muda aka tak cukup umur.. sabaq jela.. hangpa boleh bayangkan adik2, anak2 buah hangpa berbahasa macam hampeh ni..

well, tak perlu kata apa2 la bak kata malique dan najwa.. perosak bahasa bangsa adalah bangsa kita sendiri.. setuju tak?

ustaz don menangis

airmata? bila membicarakan tentang airmata, kita tahu bahawa airmata itu bukan mudah untuk kita keluarkan.. biasanya kalau airmata itu dikaitkan pulak dengan lelaki, memang lagi payahla nak nampak kan, setuju??standard2...perempuan diakui, mudah sangat menangis sebab allah s.w.t yang ciptakan hati diorang lembut macam kapas..hehe..

lelaki ni biasanya dikaitkan dengan ego, yang biasanya menghalang diri daripada mengalir airmata samada bila bersendirian, berdua atau bila ramai orang ,apatah lagi..

tapi, airmata yang dialirkan lelaki yang mempunyai nilai taqwa dan rindu pada Allah s.w.t dan Rasulallah s.a.w tersangatlah tinggi harganya... sebab itu lelaki beriman bila dijentik rasa rindu pada rasul tercinta tanpa teragak-agak akan menolak ketepi kesemua ego dalam diri dan boleh menangis teresak-esak tak pedulikan apa2 lagi..

kat sini iz nak kongsikan satu video yang bagi iz sangat2 menyentuh hati.. ustaz din don?kenal kan.. x mo la ulas panjang2, kita hayati video pendek ni... ya allah, rindunya pada kekasihmu.. masyaallah


p/s- nak share video ni? silakan.. tq 

mari join bisnes mLm =)

so cerita dia macam ni.. semalam adalah seorang sahabat ni ajak iz pegi minum.. disebabkan iz ni memang pantang diajak kalau minum (nak2 pulak dibelanja), so balik keja tu.. apa lagi, mandi siap2 terus pegila melepak minum siap dijemput lagi tuh...

settle sampai kat alif bistro tuh, syokla minum2 lepak ngan sahabat lama la katakan.. biasala..order rojak ngan fresh oren.. kira mewah jugak ler tuh kalau dah order fresh oren.. selalu order biasa2 aje..limau ais sudaaa.. org bujang..standard.. seronok la sembang2 pasal keja, pasal itu ini.. heaven la kiranya kalau dapat menyembang ngan member bila lama tak jumpa kan..

tup2, abis makan settle semua.. si kawan ni terus p kat kereta dia ambil briefcase siap dengan photostat dokumen2 bagai.. dah syak lain macam dah.. memang tak kelain la ni..sembang2 meniaga la tuh.. tapi sebab nak jaga hati kawan , layan kan jela.. padahal dalam hati nak je minta izin balik terus..

iz memang rasa awkward kalau lama tak jumpe, sekali jumpe sembang pasal mLm dan sewaktu dengannya.. selain dari buang masa, mLm ni dah jadi sesuatu yang boleh dikira sebagai anti la untuk didengar.. maaf la yer jika ada yang terasa..

please, jangan la terpengaruh dengan dunia mlm (multi level marketing).. sebelum nak mulakan meniaga2 gini, rajin2 kanlah diri buka minda kaji dulu latar belakang syarikat yang involve tuh..



kat sini iz senaraikan ciri2 bila ada unsur2 bisnes mLm..
  • beria2 ajak keluar melepak minum kat mana2
  • si pengajak beria2 untuk menunjukkan perubahan dari segi kewangan diri
  • memberikan alternatif untuk mendapatkan modal, selalunya dengan pinjaman peribadi
  • menjanjikan pulangan modal yang cepat
  • keberkesanan produk yang maha hebat
  • etc....
kesian dekat sesiapa yang ter'join' bisnes mLm ni.. biasanya gol. yang join bukanlah ada sumber kewangan yang mencukupi.. kesian2.. hanya boleh pandang sepi je kesilapan yang dilakukan oleh orang lain..

sambil dier duk eksplain pasal mlm, iz boleh pulak search pasal produk dier dalam internet (http://aididmuaddib.blogspot.com/).. terbukti sesuatu yang tak berbaloi untuk dibeli pong..aduss.. 

kenapa blackberry?

oklah.. entry santai la macam biasa.. kita borak2 pasal enfon pulak dah..yer? ok go~~hehe

cheq sebenaqnya antara spesis yang minat bertukar enfon la sejak dari lepas sekolah dulu.. kerana enfon, cheq sanggup kumpul duit berapa lama nak beli enfon kaler time tuh, kalau x silap tahun 2006.. dulu sapa pakai enfon kaler tu rare la.. motorola apa ntah... x ingat siri dia.. tapi kira canggihla tu bila bunyi yang keluar dari enfon tuh pon polifonik..haha.. bangga wei...kui3..tertunggu-tunggu je bila la enfon nak bunyi... haha

tu cerita time sekola, zaman2 muda remaja dulu.. pastu mula keja pas spm tuh, lagila perangai tukar2 enfon ni menjadi-jadi.. rasanya kalau x silap, semua jenis enfon pernah pakai dah.. dari nokia, samsung, motorola, iphone sampaila jenama pelik2 macam sagem dll..

pengalaman la kiranya pakai enfon macam2 jenis nih..hehe.. tapi itula,.. bagi cheq yang dah merasa pakai enfon macam2 nih, bila duk fikirkan balik, sebenaqnya kehendak untuk memiliki enfon dah berubah bila fikirkan balik.. dulu rasa macam nak segalanya ada dalam enfon tu.. dari kamera nya, bunyi ngan macam2 lagila..

skrg ni cheq pakai bold 2.. dari apa yang cheq pakai bb ni, memang rasanya tak tukar lain dah..hehe.. sesuai la dengan cara hidup cheq skrg ni..kat sini cheq senaraikan yer apa kelebihan bila guna enfon cap blackberry ni..okay? =)

  • kelebihan utama tentu2 ler bbm.. dengan pakej macam cheq amik, serendah rm20 sebulan, boleh la berbbm sampai lebam...kui3
  • pakej yang sama juga, untuk kehendak sosial yang melampau..aiceh... ayat dramatis sungguh..haha.. fb, twitter, ngan open browser internet..semua nya termasuk dalam pakej..
  • ketahanan battery yang x mcm smartfon lain.. kira tahan la 2-3 hari.. x la tetiap hari nak kena cas.. kira ok la tuh..
  • email boleh bukak kat mana2.. elokla kalau urusan kerja yang urgent.. x la miss.. 
  • puas lagi sebenaqnya kalau guna qwerty keyboard dari touchscreen sebenaqnya.. bagi cheqla.. bergantung pada individu..kan2?hehe
  • err..cukupla point yang ada.. tak tau nak buh apa lagi..hehe.. sabo jela..

btw, kira sudi2 la add cheq ya di bbm..hehe.. bolehla kenal2 ngan lagi dekat lagi..tukar2 pendapat dengan entry ke.. okay? Assalamualaikum =)