boringlah pergi masjid..

anggap la diri ini handphone.. tak kiralah canggihnya, harganya mahupun design nya.. cuba bayangkan sekiranya handphone itu tidak dicharge sepenuhnya bila bateri nya kosong ? takda makna lagi kan menjadi handphone tersebut.. tak dapat berbakti.. menelefon...berbbm apatah lagi(*tiba2)..hehe

samalah manusia sekiranya tidak menyegarkan hati dan jiwa dengan kebasahan air yang mengalir ibaratnya apabila berada dalam majlis ilmu.. please..please!! jangan jadi begitu skema sahabat.. majlis ilmu itu bukanlah bermakna hanya duduk didalam masjid berjubah dan berkitab.. untuk kita2 yang jiwa muda remaja nih, tak salah sekiranya diluaskan perspektif mencari ilmu itu.. radio, youtube, buku dan facebook misalnya.. sentiasa ada ruang untuk mencari ilmu,duniawi mahupun ulhrawi..

jadi pilihlah bro, pilihla untuk menjadi pencinta ilmu tak kira apa jua pangkat dan kelebihan kekurangan yang ada dalam diri.. akal jika tidak disegarkan dengan majlis ilmu, ibarat batu permata yang diselaputi habuk dan kotoran.. chill.. entry santai pagi jumaat  =)

petanda masih ada iman =)

ntah betul ntah tidak.. tak rujuk buku atau kitab apa pun.. cuma pandangan santai cheq sebagai remaja biasa2 yang takde pon background agama dan sama waktu dengan nya..kalau salah tegur la yer..kui3

  1. rasa bersalah bila melakukan perkara salah aka dosa dan masih terjaga dan rasa terhalang bila ingin melakukan maksiat.
  2. ada keinginan untuk berubah walaupun kadang2 rasa macam malu sangat takut org lain kata apa pulak.. tapi dari dalam hati, memang teringin nak berubah... solat misalan nya.. nak je start.tapi.......
  3. takut untuk menghadapi mati, rasa macam x sedia je dan risau bila nyawa bakal dicabut, masih tak menunaikan ibadah2 wajib selayaknya bagi org yang beriman
  4. benci tengok orang lain melakukan dosa.. kira masih ada sinar2 dakwah dalam diri..hehe
  5. rasa macam lebih selesa dengar ceramah, walaupon mungkin hanya pada ustaz2 yang diminati je.. kira ok lagila.. masih ada minat pada majlis ilmu.. taklah terus panas je kalau bukak ceramah2 kat tv tuh..youtube pon kira okla..haha
err..cukupla kot..ke ada nak tambah kat bawah nih?silalah..hehe.. samada pengalaman sendiri atau org lain.. =)
xder ciri2 kata atas? ur in dangered my friend... =(

teknologi sudah maju..manusia lebih hebat dari tuhan

wow..kemain tajuk ko kan?haha.. well..terpaksa menulis entry gini sebab manusia apabila berjaya menghasilkan teknologi super power dasyat, akan melahirkan sikap sombong yang melampaui batas..hehe.. tu yang menghasilkan, yang menggunakan pon sama naik sombongnya..haha

ok..pikiaq sesaat apa teknologi yang kita ada sekarang yang boleh kita bandingkan dengan benda paling dekat sekali dgn kita iaitu diri kita sendiri.. senang kan nak bandingkan.. muhasabah diri balik.. teknologi itu baik, bagus tapi masih terbataskan..

kamera mana yang megapixel nya lebih tinggi dari mata kita sendiri?
sensor mana yang boleh manusia cipta melebihi sensor2yang ada pada jari kita, hidung dan perasaan??
komputer mana yang boleh dibandingkan dengan akal fikiran kita2 nih sebagai manusia yang lebih kompleks sifatnya???


jadi sedaqla.. kemana pon kita melangkah, apa jua inovasi yang di mulakan, masih tetap ada keterbatasan nya..jangan hingga kesombongan ini meneggelamkan keinginan fitrah akal dan hati untuk merasakan nikmatnya hidup beragama friend! ok.. entry santai kali ni..

acer  aspire s3 mantop jugak kan?hehehe... notebook oh notebook.. =)

ustaz mesra remaja.

hehe.sebelum teruskan dengan entry ni.. jangan pikiaq bukan2 pulak yer.. mesra yang cheq maksudkan kat sini ialah mungkin kebolehan ustaz2 ni dalam menarik minat mereka yang berjiwa muda (x semestinya remaja,okay!) untuk datang ceramah diorang, dengar rakaman video atau mp3 ceramah2 diorang..

sekarang ni cheq perhatikan kelainan dalam persekitaran orang2 muda ni dalam mencari hiburan. nak tau beza nya bila banyak org muda yang memenuhi majlis2 ilmu yang dulunya mungkin hanya orang2 veteran je yang penuh..betul x ? kan ke sihat environment gini =)

oklah..kita mulakan yer.. senarai ni cheq cuma ambil dari pemerhatian cheq jer.. hehe

Ustaz Azhar Idrus

  • cara pendekatan yang berbeza dengan ceramah yang diselang-selikan dengan pertanyaan
  • lumrah org muda berminat dengan isu2 semasa dan diberikan alternatif untuk bertanya secara direct tanpa perlu beralas bagai
  • mudah didekati di FB.. ramai apa yang pakat melepak kat FB.. memang terbaik ,dalam kelekaan berFB, masih boleh menuntut ilmu
Ustaz Don Danial

  • ustaz ni selalu la muncul dalam tv al-hijrah..rancangan 30 min tuh.. macam pagi2 tu memang ada la melayan rancangan ustaz ni..
  • kelakar semulajadi yang kadang2 tak terjangka.. tau2 tergelak je
  • kalau ikutkan, cara penerangan dan bahasa dalam permasalahan agama dari penonton yang telefon bertanyakan soalan, sangat sempoi dan mudah difahami.. straight forward je jawapan.. tak susah nak faham
Ustaz Hasrizal

  • seorang blogger
  • mendekati remaja dengan penulisan santai buku2 mesra remaja =)
  • ceramah santai dengan pengisian yang menarik minat orang muda
  • selalu dikaitkan dengan ustaz 'cinta'.. tak kekok dalam menasihatkan tentang perasaan.. faham masalah remaja

err...cukupla buat kali ni cheq senaraikan 3 je calon2 ustaz mesra remaja.. ada masa mungkin cheq senaraikan lagi..

sebab apa cheq senaraikan ustaz2 ni? bagi cheq..penting utk kita yang muda2 ni untuk mendekati majlis2 ilmu.. pada sahabat2 cheq yang masih tercari-cari ustaz yang kena jiwa remaja korang, cubalah dekati ustaz2 ni samada dengan mencari jadual kuliah diorang atau nak senang tengok je dulu dalam youtube.. insyaallah, kecintaan dalam majlis ilmu tu akan datang sikit2.. yang penting mula2 nih kena paksa diri la kiranya..lama2.. boleh punya la.. kena start je =)