2013? come to papa~


arini adalah hari isnin.. apa yang lain nya dengan isnin 31st december 2012 ni? xde beza apapun sebenaqnya cuma besok cutiiii!!! yahoooo... jadi busy monday jadi lazy monday.. mood bekerja ke laut.. hehe.. bukan apa, memikirkan detik2 5 sengah adalah suatu perasaan yang tak terungkapkan, chewaahhhhh... mood hupdate blog yang melimpah ruah.. kui3...

tahun baru kembali lagi, namun apa pengisian tahun baru budak2 remaja arini? jalan ke syurga ke jalan ke neraka? amacam, straight forward tak... tapi che' cuba bersikap positif, dengan beranggapan bebudak remaja harini lebih cintakan majlis2 ilmu daripada berkumpul memenuhkan ruang2 kemaksiatan kat dataran merdeka tu..

kat shah alam, kan ke majlis ilmu bersama UAI... alhamdulillah satu perubahan yang baik berada dalam majlis ilmu, penuh dengan rahmat dan barakah... adik2, sedaqlah.. bukan masa untuk enjoy tanpa batasan, penuhkan diri dengan perkara yang memanfaatkan diri bukan dengan merosakkan diri.. masa remaja datang sekali je.. pakai olay ke, fair and lovely ke, remaja itu tetaplah sekali.. masa sekali kali takkan berulang walau apa jua yang kita boleh buat..

moga tahun baru, dengan penambahan umur baru membuatkan diri kita semakin matang dan tahu arah tuju, tujuan hidup dimuka bumi nih... jangan lah leka lagi dan hanyut dengan keseronokan memuaskan nafsu.. nafsu itu infinity, makin diturutkan, makin dia nak lagi dan lagi.. insyaallah, jika usaha untuk memperbaiki diri itu ada, allah akan bantu kita tunjukkan jalan, kalau tak sekarang, akan ada jalan nya satu hari nanti.. yang penting istiqamah dan jangan putus asa yer.. =)

* camne nak sorok atau selesaikan rasa yang tersimpan dalam hati ya? che' out lah bab2 ni..

kosong... kosong~~lalala

pernah terdengar kat mana ntah yang iman kita ni adakalanya naik, adakalanya turun.. terdapat masa2 tertentu kita sendiri dapat rasakan iman kita waktu tu takat mana je..memang naik nya skali, turun nya berkali-kali.. biasalah tu kan.. nak wat guane.. akui kelemahan diri sendiri, susah kita nak kekalkan iman itu tahap yang sama je.. selalunya terbabas jugak..

bila iman kita itu kalau dalam graf tu tengah menaik , banyakkan buat amalan sunat, wajib jangan ditinggalkan.. bila iman tengah menurun dalam graf, jangan sekali-kali tinggalkan yang wajib walaupun sunat2 tu dikurangkan.. namun harus kita sedaq yang amalan2 sunat inilah yang sebenaqnya menjadi punca, terasa nikmatnya dalam ibadah2 wajib2 yang lain..

che' akui, dalam kesibukan urusan kerja kita sehari hari, memang itu juga adalah alasan kita dari melakukan amalan2 sunah.. tapi ingatlah.. alasan2 ini sekali-kali bukanlah sesuatu yang boleh kita harapkan andai tiba ajal yang pastinya akan tiba untuk setiap yang hidup.. itukan sunnah wajib yang tiap dari kita akan laluinya walau dalam keadaan kita sedaq kita akan mati satu hari nanti atau kita leka dengan urusan lain2..

kalau tiba2 ada masa dan ketika diri kita itu terasa kosong, kena ingat yang jiwa dan hati kita itu kosong dari apa sebenarnya? adakah kerana kita masih sendiri dalam menjalani kehidupan ataupun kehidupan kita itu sendiri yang takde halatuju, takda yang guide.. ada satu je jalan nak balik, nak lalu atau tak je persoalan nya..

nikah muda, bermasalah?

nak taknak che' perlu ubah mind set ini untuk lebih serius dalam mencari calon untuk dijadikan pasangan hidup .. mind set berkahwin hanya bila umur dah 25 dan keatas adalah mind set yang aneh sebenaqnya... usia 20 an ke atas ni sebenaqnya adalah satu tempoh usia yang sangat banyak cabaran nya.. 20~30 ini tempoh usia kritikal.. masa inilah darah muda itu membuak-buak, rasional akal di uji bertalu-talu..iman senipis bawang yang langsung jika tidak disemai akan menguji kewarasan akal.. bak kata bijak pandai, hanya pernikahan yang boleh melengkapkan akal seorang lelaki..

itu bak kata bijak pandai.. bak kata kawan che' pulak yang dah bernikah, nikah muda itu SWEET =).. bayangkan satu suasana yang dimana pasangan muda ibarat couple berjalan bersama dalam satu majlis keramaian dengan lesen akad nikah.. nak pegang tangan tanpa rasa bersalah dan berdosa, berjalan dengan iringan pahala akibat memegang tangan isteri dengan penuh rasa sayang.. masyaallah, nikmat pernikahan itu tersangatlah indah.. subhanaallah..

berapa kali che' nak ulang, percintaan tanpa pernikahan akan menerbitkan rasa bosan.. percintaan tanpa ada rasa tanggungjawab hanya menerbitkan rasa benci dan tak puas hati.. percintaan tanpa ada apa2 niat untuk menghupgrade ke pernikahan hanya akan mengundang perpisahan.. komitmen untuk serius dalam perhubungan akan menjadikan diri untuk bersungguh-sungguh dalam mencari jalan untuk menikahi sidia.. kalau tak? tengoklah.. 5 tahun couple sekalipun, tup2, clash jugak... x caye? tengok keliling kita sudahla... =)

bro, jangan risau jika harini gaji kita seciput itu.. ingat janji allah, rezeki bila dah berpasangan ini lain... rezeki anak2 lagi.. kita tengok kakak kita abang kita yang dah lepas... cer tengok diorang, lepas kawen.. macam2 rezeki datang dengan macam2 jalan.. duk bujang ni, apa pun kita takde.. dah kawen, insyaallah, satu2 akan datang..

che' cuma risaukan keadaan ramai yang lebih selesa hidup bersendiri.. wanita terutamanya, bila dah lewat, berkerjaya pulak itu, mind set hidup sendiri lebih selesa akan terbentuk secara automatiknya.. rasa kebergantungan kepada pasangan hanya beban kata mereka2 ini.. melawan fitrah manusia untuk hidup berpasangan adalah satu perbuatan yang sangat menekan sebenarnya.. zahirnya rasa selesa, dalam hati, hanya tuhan je tau macam mana rasa stress tu..

dari duk melalut ke laut entry ini, eloklah che abiskan kat sini.. kesimpulan nya, jujurlah dalam hidup berpasangan.. akhirinya dengan satu ikatan yang suci yakni pernikahan.. jangan la seronok sangat enjoy dengan apa yang kita ada zaman mudo2 ni... semuanya akan berlalu pergi dengan pantasnya.. jika tidak dimanfaatkan, rasa menyesal itu takkan sekali-kali dapat mengulangi masa lalu ..peace =)

* sunyi berseorangan? rasa sunyi berseorangan itu jauh lebih indah dibanding dengan nikmat bersama pasangan penuh rasa berdosa =)

hari pertama di tempat baru dan hantu di bangunan marinara

hari ke 5 lepas pindah opis baru... suasana? masih kekok tapi dengan team kpj wellness, sume nya ok sangat.. takde masalah, happy2 aje...  selesa? memang sangat selesa... sejuk, meja pun besar... ada view2 kl ni sikit... pastu parking sume senang... cuma nak menghadap jem nak ke tempat keja jela yang berat nanang sikit.. (*sebenarnya berat nanang ni apo sebenarnya?, kui3)

duduk dengan marketing ni memang agak kekok sebenarnya.. tak berapa nak ngam.. mungkin awal2 je kot... tapi xpe... kita tengokla lama2 nanti camne.. boleh punyalah.. masing2 duk segan2, duk senyum2 je... kenal nama pun tak lagi... Pn Rafeah? pun setakat ni xde masalah.. siap blanje makan durian dengan manggis lagi hari pertama... nak segan2 makan durian kat opis? takde der.. hilangkan keseganan, tingkatkan prestasi makan durian... kui3

susunan meja che'? ya rabbi.. kena ada penasihat sikitla.. awat rasa kosong sangat nih? kalau ada lampu2 sikit ke, lampu belajar sepam dua ke... molekla sikit.. ingat hujung minggu ni nak jugakla mencari hiasan kat meja ni... akuarium ke, ambi pur ke... nak bagi sedap mata memandang pun okay sudah..  nak keja pun selesa sikit..

semalam kat sini ada jemput ustaz tu mai baca yassin kat opis ni haa... siap dengan air limau, dengan tazkirah sikit2... mungkin nak elak gangguan2 jin dan syaiton kat tempat baru ni.. yela, menara marinara ni berapa tahun dah kosong... ntah apa yang duduk sini sebelum ni, kita pun tak tau... jadi, nak elakkan gangguan2 ni, elok juga tempat baru ni kita biasakan dengan majlis2 bacaan yassin ni, ye tak? xpela.. xde apa punyalah (*sedapkan hati, hihi)


>> ada yang ada pengalaman kena gangguan2 dari makhluk halus ni tak? cer kongsi sikit pengalaman korang =)

macam gadis la cite2 perasaan dlm blog !

bila lelaki berbicara mengenai perasaan dia dalam blog, adakah dia seorang yang lemah? ada dapat soalan dalam private mesej dalam fb... errr...... nak jwab gimana sihhh.. che' pun terdiri dari golongan yang sama...

dalam blog ni, kita kena tau yang pada setiap blog, pasti ada pembacanya... nak taknak, sifat keterbukaan dalam menulis di blog itu pasti ada batasan nya.. norma asas bagi setiap yang adalah kan? pasti ada batasan nya..jadi bila nak menulis dalam blog itu, beringatlah.. jangan sampai sedap ngat menulis, terlupa batas2, cerita ikut sedap tangan je, abisla terbuka aib diri sendiri malah mungkin aib orang lain juga dalam tak sedaq tu..

bagi che' , memang che' ada juga malah banyak jugak bercerita tentang perasaan sendiri, namun masih che berfikir dua tiga kali gak bila nak publishnya tu... baca dulu, agak2 dah ditapis mana yang patut, barulah publish.. menceritakan perihal perasaan sendiri bukanlah lemah, nak2 pada lelaki, namun ego yang kuat membuatkan diri terasa kuat je dalam duk jiwa kacau tu, xmo kongsi dengan sape2.. last2, pendam2, bom!!! meletop.. tu xmo tu..

* ada orang yang banyak menulis dalam blog dia, zahirnya realiti nya dia kat luaq seorang yang pendiam? blog jelah jadi teman berbicara , kan?

ya, sy seorang pengecut!

agak berani untuk buat entry mcm nih... tapi nak tak nak che' tak boleh simpan perasaan pelik ni sorang2... dan che' pasti yang orang perempuan takkan faham dengan perasaan lelaki yang satu nih.. kira macam orang2 lelaki je kot boleh faham menda yang che' cuba nak tulis.. rasanya laa...

che' sekarang betul2 berada dalam misteri perasaan yang che' sendiri memang tak boleh nak uraikan.. terlalu serabut, terlalu kusut.. che' akui, memang che' punyai kenangan pahit dengan kisah2 cintan sebelum nih.. semua nya hanya macam sesuatu yang pahit, susah nak dikenang..

sampai satu tahap sekarang ni yang che betul2 menutup pintu hati che' untuk menerima sesiapa pun... che' tak tau apa sebenarnya punca dia, tapi che' xde perasaan nak mulakan hubungan istimewa dengan sesiapa.. che' riso yang che' akan melukakan hati seseorang yang che' cuba bagi harapan tu...

che' tau dan sedaq yang menutup hati untuk terima sesiapa ini bukanlah satu perbuatan yang bagus pun, namun ianya lebih selamat dari melukakan hati seseorang kan? sakit hati bila perasaan ni orang permainkan, che' faham sangat macam mana rasa dia.. tak sedap la macam durian crepe tu..

che' cuba untuk menjadi seorang lelaki yang bertanggungjawab dengan memikirkan tanggungjawab che' sekiranya ingin hadir dalam diri seorang wanita.. biaqlah che' menerima seseorang itu dalam keadaan che' serius untuk memperisterikan dia, bila dah sampai masanya dan jika jodoh itu sampai, che' terima dengan hati yang terbuka dengan penuh rasa bersyukur. =)

* sebab che' baca kat mana ntah yang wanita ni perlukan jaminan dari seseorang lelaki.. perlu bagi kata putus time2 tu jugak.. kalau tak, nanti bye2... diorang tapaham yang lelaki perlukan masa jugak kadang2.. errrrrr.... tak faham... berikanlah pencerahan !!

Buat mirul dan ila fazila =)

assalam dan salam sejahtera... entry che' kali ni mungkin panjang lebih sikit dari yang biasa... amacam? awal2 dah warning... kui3... sebab apa panjang? sebab banyak sangat nak diceritakan... pasal segalanya.. pasal sahabat yang bukan senang nak dicari...

dalam dunia ini, salah satu anugerah yang terbesar boleh kita dapat ialah sahabat yang baik... kawan ni memang ramai... dengan sape boleh berkawan yer tak? tapi sahabat yang setia dengan kita mungkin hingga ke zaman2 tua sat g, berapa kerat je...

kat tempat keja ini, dua orang ni memang rapat dengan che' namun hujung minggu ni, memasing nak tinggal kan che'.. huhu... baguih la diorang nak berhijrah untuk kembangkan karier masing2... tapi dalam masa yang sama, che' terasa kehilangan yang amat sangat... nak melalui rasa kehilangan ni bukanlah senang.. pasti lepas ni suasana keja dah tak sama.. harap lebih baik je lepas ni..


kalau orang kata, rakan ni boleh pengaruh sifat kita, che' boleh kata depa ni pengaruh yang baik... pengaruh yang boleh perbaiki sifat dan sikap che' yang out nih.. dari diorang, che' blajaq tentang erti tanggungjawap, erti ketabahan.. yang sama sekali che' pasti tak boleh lawan diorang dalam 2 sikap ni.. amacam? emosional kan dalam perenggan ni? kui3.. nak wat guane..

harap persahabatan yang kita bina selama setahun tempoh perkenalan ni, berkekalan sampai bila2.. tempoh masa dalam berkawan tu tak penting, tempoh mana ia berkekalan jauh lagi penting.. jangan lost contact, ingat satu je, masa che' untuk korang nih, tetap ada.. roger je kawe.. insyaallah.. xde aral, join lah.. tarak hal punya...




*kenang ku dalam doamu.. aiceh.... :)

my dream wedding, uweeekkkkk !

jam menunjukkan pukul 3 pagi.. dan sama sekali tak menampakkan tanda2 mengantuk... alangkah susah nya nak lelapkan mata.. tak peliklah sekiranya tidur itu sendiri sebenarnya nikmat yang sangat besar.. kan? dah tak dapat tidur barulah nak menghargai nikmat tidur.. biasalah tu..manusia2.. hihi

well, mencari tajuk untuk dihupdate pagi2 buta malam isnin ni.. tajuk yang tiba2 je terlintas iaitu dream wedding.. amacam? class ko jah.. kah3.. apa, ingat lelaki tak boleh wedding dream ke hape... nak merepek sat lah kat blog satu ni haa...

dalam seronok tengok memember melangkah ke alam perkahwinan, mulalah fikiran ni nak ke arah itu.. antara impian untuk wedding ni nanti? sat, buat list.. aicehhh.. kemain kan..haha

  1. uniform takmo yang mainstream sangat lah.. ingat nak pakai jubah and berserban dalam majlis perkahwinan tu.. err, jubah warna hijo, sepasang dengan isteri lah.. takkan lelaki nak kaler hijo, bini jubah warna ungu pulak.. aneh sangat tu.
  2. pelamin kalu boleh simple je, tu pun tak mo lah letak kat luaq, set pelamin dalam rumah sudaalah.. segan lah orang ramai sangat tengok.. biaq family sedara mara je tengok..
  3. lauk pauk pun taknak la lauk tipikal kenduri.. nak lauk, masakan kampung.. ada ulam2, sambal belacan ke, siap tempoyak... wuisy.. sedapnya.. ikan masin sikit...baru naik selera.. * ada lagi ke selera nak makan time tu? kui3
  4. waktu che' ngan bini makan, diselit sikit ceramah oleh ustaz kat taman ni haa, biaq ada doa2 untuk che.. kalau ada kumpulan qasidah ke lagi molek.. mantap kebaboom sikit kenduri tu.
  5. etc.. akan ditambah mengikut kesesuaian masa.. hihi
hai, nak juga berimpian jugak.. jarang dengar lelaki wat entry dream wedding ni kan? kih3.. sabo jela..

*dalam setiap majlis perkahwinan, che' nampak bagaimana si lelaki menyempurnakan iman nya dan si perempuan yang terhindar jauh dari fitnah =)

lelaki dan kecantikan?

lelaki juga perlukan ruang untuk mencantikkan diri.. opsss, bukan mencantikkan tapi mengemaskan diri aka  tampil lebih yakin dan bergaya.. sila jangan salah anggap bahawa ini adalah satu bentuk entry iklan untuk produk penjagaan lelaki.. no3.. hehe

lelaki ni nak jaga apa sebenarnya? nak putihkan kulitkah.. nak kaler2 kuku kah(harom!), nak fesyen2 bajukah.. tak semestinya nak bergaya itu hanya dengan pakaian dan luaran je.. itu yang kita boleh nampak.. yang tak berapa nak nampak tu.. dari segi kekemasan fizikal, macam rupa fizikal ni.. cer kita sekarang pegi mana2 cermin dan buka baju, pastu tengok perut masing2.. amacam? senyum sorang2 la gamaknya..

fitrah kot, lelaki2 melayu ni tak berapa berat sangat dalam aspek penjagaan badan nih.. tak terasa nak menjaga berat badan , bmi yang ideal? main belasah je makan, tup2, tak sedaq yang perut sudah mula ke depan.. berat badan ni senang je naik, tapi nak turun nya masyaallah.. bukan main payah lagi * berdasarkan pengalaman..

ayuhla(*kemain, haha) wahai lelaki2 kat luar sana.. ambik sedikit dari hari2 kita ini, untuk menjaga atau memikirkan untuk menjaga berat badan agar lebih ok dan cantik mata memandang.. mind set tak kisah ni kita twistkan agar dapat bentuk badan yang diingini.. biaq ketul2 pun takpe, supaya boleh memotivasikan diri, mengejar bentuk badan idaman.. semuanya perlukan permulaan.. contoh nya, mulakan dengan tabiat pemakanan yang betul macam nasihat dari ustaz hasrizal kita, biaq makan sikit tapi ulang2., dari makan banyak sekaligus..

* takde produk yang boleh singkatkan jalan untuk mendapatkan berat badan ideal.. semuanya perlu dengan semangat membara dan motivasi diri yang tinggi, aicehhh..

lelaki lembut?

lelaki yang berjiwa lembut adalah seseorang yang bukanlah lembut pada hakikatnya.. lelaki yang berjiwa lembut biasanya seseorang yang ada kalanya sensitif, adakalanya seseorang yang tegas.. jiwa mereka sukar untuk dijangka, sikap yang terkadang suka berubah-ubah.. susah nak jangka apa perbuatan yang akan dilakukan oleh lelaki berjiwa lembut nih.. namun masih boleh diterima, malah jauh lah hendaknya dari sikap baran dan biarlah nampak tenang je, kita yang tengok pun boleh tenang yer dak? =)

lelaki berperwatakan lembut pula mesti ramai yang tau kan? lelaki yang menyerupai wanita.. lembut gaya jalan  nya, lembut cara percakapan nya lembut segalanya lah.. kadang tu, kita yang memerhati tengok diorang ni lebih lembut daripada wanita2 sekarang.. x caye? cer tengok keliling kita.. wanita lebih keras dan tegas kengkadang.. kadang sampai takut nak tegur..hihi

lelaki , tolonglah... berjiwa lembut tak salah.. jangan jadi lembut, tolong? bukan nak double standard mereka lelaki yang lembut tapi melawan norma hakikat kejadian lelaki.. lelaki ni dijadikan untuk menjadi pelindung kepada wanita.. bukan untuk dilindung... camne nak melindung maruah wanita kalu diri sendiri lembut, tolak sikit tumbang..

kalau rasa diri itu nak lembut2, jangan lah join kawan2 yang sepesen dengan kita.. itu nanti hanya akan membuat yang lembut semakin lembut.. cer join lelaki2 yang macho untuk berkawan, lakukan aktiviti2 yang lasak, bukan nya join kelas tarian ke apa.. latih diri dan azam untuk berubah.. segalanya jika dilakukan dengan kesungguhan, insyaallah.. lama2 oklah tu..

* geram, makin ramai lelaki2 lembut nih.. ke memang perempuan suka gitu?

Watpe mu nak nak tegur aku?

apabila kita menegur seseorang itu bukanlah bermakna kita itu adalah lebih baik dari seseorang itu.. inilah salah faham terbesaq yang selalu orang salah faham.. apabila menegur itu dengan niat yang betul, itu adalah kerana kita masih ada rasa hubungan dengan seseorang.. itu bermakna kita masih mengambil berat dan bukanlah untuk merendah-rendahkan ataupun mengcalarkan ego si yang kena tegur (*bahasa apakah ini?hihi..)

geng, kalau ditegur itu, belajarlah untuk menerimanya dengan hati yang terbuka.. no hard feeling.. biasalah.. siapa yang suka ditegur yer dak? tanya diri sendiri sudaaa... tapi itulah yang dipanggil ego.. belajar rendahkan ego, belajar menerima kekurangan diri adalah salah satu perkara terpayah dan perkara terbesar yang boleh dilakukan terhadap diri dalam kehidupan nih..

bila sampai satu tahap kita tengok orang yang selalu duk tegur kita mula ambik sikap tak-kisah- la-der, apa- lu-nak-buat, lu-buat-jela.. gua-apa-peduli (sorry, panjang sikit nama sikap nih)., haa, waktu tu mu bolehlah nak mula riso sebab orang kalau dah fed up dengan sikap kita yang bila ditegur berulang-ulang tak masuk dalam otak... singgah kejap je kat telinga kanan, keluar telinga kiri dan hilng langsung dari pandangan..

muhasabah diri.. setiap teguran membawa padah kebaikan sebenarnya.. cuma kita je yang perlu bijak dalam mebuat pilihan samada menerimanya dengan hati yang terbuka ataupun dengan perasaan yang nak memberontak je setiap masa.. tengoklah mana satu yang membawa kebaikan.. anda mampu mengubahnya! aicehhh.. hihi

facebook attention seeker

sangatlah sadis dan kelakar apabila seseorang itu cuba untuk menghebahkan kebahagiaan nya bersama dengan kerja nya kah, insan tersayang nya kah atau apa2 yang berkaitan dengan menyebarkan nya di facebook..

amacam? sedas tak kena kat wajah masing2.. hihi.. sebenarnya, dah menjadi trend kalau angpa sedaq budaya gini.. segala bentuk kebahagiaan yang ada (atau diada-adakan) untuk dipromote ke dalam facebook..nak tau apa fakta disebalik attention seeker facebook edition..


  1. hidup terlalu terikat dengan facebook hingga aktiviti lain terabaikan.. macam addicted jugakla.. tak tengok tak boleh (smash ke diri sendiri sejak berbb).. hihi.. tapi masih sedang cuba mengurangkan.
  2. kebanyakan mereka yang update status2 ala2 bahagia ni sebenarnya seorang yang bosan dengan aktiviti harian dia... boleh kata belum tentu 10 la katakan status dia, ada satu pun yang betul.
  3. online sosial lebih, tapi sebenarnya hanyalah terperap je dalam bilik ataupun kalau hang out dengan memember, menyendiri dan dan tak reti nak masuk dalam geng.. asyik sangat dengan membelek enpon.
  4. ada rasa dendam dengan orang lain dan ingin membalas dendam dengan menunjukkan segala keseronokan kita dengan harapan sidia menyesal dan dengki la kiranya dengan betapa bahagianya kita waktu itu.
  5. cukup ler kot.. tak tau nak tambah apa lagi... hehe
* fb ni sama banyak baiknya kalau nak banding dengan buruknya.. kita je yang perlu buat pilihan tu..

tak cantik tak kacak, apa rasanya?


apa rasanya menjadi seorang yang kacak ataupun menjadi seorang yang cantik, pernah tak angpa fikirkan.. mungkin bagi pembaca yang memang tersedia cantik dan kacak, bolehlah mengabaikan entry ini... namun ianya masih lagi satu perasaan yang misteri dan aneh bagi kami2 yang wajahnya biasa2 dan penampilan juga yang biasa2..

rasa diperhatikan, rasa menjadi contoh ikutan orang keliling, seronok apabila setiap tingkah laku dan perbuatan diri itu akan menyerlahkan lagi kelebihan yang ada dalam diri.. seronoknya korang kan? yup.. syukur alhamdulillah, kecantikan dan kekacakan dalam diri itu kurnia dari Allah s.w.t..

jom che' nak ajak kita berfikir luar kotak... apa rasanya bila segala kelebihan kita itu apabila tiba masanya perlu untuk kita lepaskan nya.. samada dalam keredhaan atau dalam keterpaksaan. mampu atau tak untuk kita menerimanya... nak2 kepada wanita lah yer dak.. yang terbiasa dengan kecantikan..ada yang sampai ke maqam obses dengan kecantikan diri.. kemain kan?

contoh paling mudah adalah umur atau pun tua.. ada sape2 boleh bagi ubat ataupun pil ataupun kolagen ataupun vitamin2 yang boleh menidakkan kesan2 tua dekat wajah? ada je yer dak? pembedahan plastik tu.. tapi sebenarnya, jujurlah.. boleh samakah kulit kita macam masa muda dulu? mustahil kan... kudrat diri dah x sama.. nak taknak kena jugak kta tempuhi masa tu jika sampai lah masa tua tu..wanita yang teralu percaya bahawa kecantikan wajahlah faktor utama dalam mengikat hati suami, maka silap besarlah.. ada perkara lain lebih penting sebenarnya =)

kepada wanita pula yang terlalu mementingkan kekacakan pasangan.. kehandsomean seseorang lelaki itu pasti terpadam bila kita dah duduk bersama(*dah menikah la maksudnya).. handsome itu semua boleh ditolak tepi jika perangai yang menghapuskan kesemua manisnya wajah yang dia ada... sifat panas baran? sape sanggup menerimanya dengan kekacakan yang sidia ada? nak tempuh kehidupan bersama si panas baran sungguh lah menyiksakan.. 
kacak tapi tak bertanggungjawab? adusss... bala2.. kompem... orang tak bertanggungjawab ni biasanya seseorang yang tidak matang... matang pulak bukan lah diukur dengan usianya lelaki tersebut.. percayalah yang kebanyakan dari lelaki kebanyakan nya takkan matang sebelum berkahwin dan akan perlahan-lahan mematangkan diri selepas berkahwin dan mula rasakan tanggungjawab kepada keluarga.. namun sekiranya sikap nya masih sama sebelum dan selepas berkahwin... abislaaaaaa... memang situasi yang sangat berbahaya.. time ni, kacak pon tarak guna sudaaa...

jadi nak che' pesan kat sini, jika cantik tu, maka seimbangkan lah dengan kecantikan akhlak dan peribadi... maka cantik itu secara automatiknya akan menjadi sesuatu yang lebih bermanfaat... kalau tak cantik pula, toksahlah nak berputus asa dan menambahkan lagi dengan buruknya akhlak.. percayaah yang kecantikan yang kekal hanyalah kecantikan akhlak dan peribadi.. kacak dan cantik pada wajah dan tubuh badn akan pudar berkadar terus dengan masa.. untuk kekal cantik dan menawan, upgrade lah akhlak, perbaiki hubungan dengan tuhan.. akan terpancarlah kecantikan hakiki di wajah kita, insyaallah.. =)

tak jejak surau weh!

setelah ditegur haritu, barulah che' sedaq yang che banyak kali menduakan si dia... banyak kali che' mengabaikan dia, untuk dia2 yang lain.. elokkah perangai gini? teruk, ya memang teruk.. tupun sedaq lepas che' kena tegur dengan ibu che' sendiri..  kadang bukan apa, tak perasan perkara2 gini boleh jadi.. selagi tak kena tegur, selagi tu lah duk wat donno je..

well, gini critenya.. pada satu pagi, mak che' sound setepek kat muka che' yang bunyinya lebih kurang gini.. 'lu ni din, wa tengok asyik lebihkan majlis2 ilmu kat masjid2 luar sana je.. lu tak teringin ke nak jenguk2 surau sini ke?'

che' pon terkejut la bila ditegur gitu.. x sangka pulak boleh kena sound... memang, tak perasan tapi itulah haikkatnya... terlalu sibukkan diri dengan majlis luar, majlis dalam surau sendiri terabaikan.. kita ni bukan apa, kadang2 bila terpaksa pilih antara dua, kita macam nak yang best je kan.. bukan nak kata aktiviti surau kurang best, tapi majlis kat luar adakalanya lebih santai dan mesra remaja (*remaja ke?)

nak2 lagi bila dah bekerja.. kalau ikutkan rekod sebelum2 nih, kalu balik awal ke rumah dari tempat keja tu, nak paksa badan ni nak ke surau kemain payahnya.. naik moto, dari ampang puteri ni nak ke balakong, letih jugak kadang, tambah2 naik moto tu.. nak support berat moto tu je pun, berat mata memandang, kan?

jadi bila ada peluang ada majlis2 ilmu dekat2 dengan tempat keja ni, che' singgah jela.. pastu nak letih2 ke, ngantuk2 ke, balik boleh terus tido je.. tapi nasihat dari mak che' tu insyaallah, che' akan amik, nak juga la jenguk2 surau taman ni..

jom melepak di KLCC =)

pepagi jumaat ni biasalah, waktu yang sangat sesuai untuk menghupdate blog picisan nih... err, terasa begitu segar lepas sarapan dan mencuba cuka arab mak beli dari ustaz mana ntah, dari arab katanya.. entahlah tapi yang pastinya rasanya seakan-akan air gamat plus cuka kot? hampehnya rasa.. seb baiklah ubat.. kalau tak memang tak telan punyalah..

oh, welll.. actually i nak ceritakan pasal majlis ilmu yang bakal diadakan di klcc, tapi bukanlah dalam klcc tu.. dalam klcc tu bukan majlis ilmu, tapi majlis menghapuskan ilmu secara besar-besaran kalau masuk, yer tak? sabo jela.. nak jaga mata guanenya kalu pemandangan yang begtu menjolok mata dalam klcc tu.. memang hampeh la kalau masuk dalam klcc.. panas je duk lama2 dalam tu, kan?

ok, proceed.. majlis ilmu aka majlis selawat nabi akan diadakan di masjid as-syakirin di taman klcc tu.. yang masjidnya, ya rabbi.. cantik mata memandang, berat lagi bahu yang memikul tu.. sound sytem dalam tu, perghhhh.. memang mantop maksima.. mungkin sebab tu lah kot jemput al habib syech ke sana.. ustaz yang glamer dengan selawat ya hanana dengan sholatun bissalam tu.. best ustaz ni, suara dier ala2 che' jugakla..kui3

kalau berkesempatan tuh, singgahla yer kat masjid as-syikirin klcc ni.. best.. sekali pegi, mesti terpikat nak pegi lain kali.. kalau besok x dapat pegi, malam ni pon ada apa.. kat masjid muadz bin jabar, tepi jalan, jalan jelatek.. pon best.. jom3.. semarakkan ilmu =)

penasihat yang hampeh =)

teringat dulu waktu seseorang yang memang che' kenali meminta nasihat dari che'.. buat makluman, che' akui yang che' bukanlah seorang penasihat yang baik... jadi bagi sape2 yang memang perlukan nasihat, che' lah orang terakhir yang boleh diharapkan...

minah ni seorang perempuan(*xkan lelaki pulok).. maka, berceritalah maslah dia kepada che' dan che pun mendengarnya dengan penuh khusyuk dan 100% fokus.. biasalah tu.. skil mendengar tu memang dah tersemat rapi dalam diri... bab2 mendengar insyaallah.. boleh diharap.. sambil angguk2 kepala tanda faham masalah yang dia luahkan tu..

banyak masalah minah ni.. masalah dengan keluarga dialah, masalah dengan keyakinan dirilah. masalah dengan rakan sekerja, masalah duit.. naik pening kepala mendengarnya.. sabo jela.. tapi takpe.. hati kental maulah setia dengar sampai abis.. time ni memang malas nak menyampuk la yer dak.. nanti menggganggu pulak mood dia nak bercerita... so, layankan jela..

adalah dalam sejam sesi luahan perasaan tuh.. nak taknak kena iyakan jugalah.. dalam syok dia bercerita tu, maka sampailah penutup... petanda2 nak habis bercerita tu tiba jua akhirnya... maka tibalah giliran che' pula untuk berkata dan memberikan sepatah dua kata sebagai penasihat.. maka che pun memulakan kata2 nasihat che'.. che' tanyalah minah tu, ang solat ke dak? dia jawab tak., tapi dah mula nak bersolat.. che pun balaslah, ang solat, insyaallah.. masalah ang yang banyak tuh, akan selesai satu per satu nanti.. 

maka tiba2 terdiamlah minah tu, dan secara spontan senyum kambing dan terus berlalu pergi..

*err, tersalah cakap ke?   

hobi aneh

memasing mesti ada hobi nya kan? biasala tuh.. time boring2 ke , time ada kelapangan ke... apa lagi yang nak dibuat yer dak? rugi betul kalau pada sape2 yang hidup tanpa hobi nih... hehe

che' tetibe je terkenangkan hobi che' time bebudak sekolah rendah dulu.. waktu darjah 4... wktu ni dapat duit belanja sehari 1.50 tu kira besaq dah.. tak tau la angpa nya duit belanja time tu banyak mana... yang penting, bagi che, jarang la gunakan duit tu untuk beli menda yang faedah... semua menda yang dibeli takde pekdah belaka....

kui3,.. sabo jela.. dulu kalau time dalam bas sekolah, bas cik kiah tu, biasanya drebar bas akan buat jualan sampingan cam keropok ke, aiskrim ke.. part time diorang la tuh sambil bawak bas, sambil meniaga secara terancang... bebudak dalam bas suka lah yer dak.. kengkadang tu, tak sampai sekolah lagi duit belanja dah habis.. pastu time rehat, termenung main bola kat padang ke... makan pun tak..

time ni lah hobi che' tu terbit... che' ni memang ditakdirkan untuk minat dengan dunia permotoran sejak kecik kot.. kalau dulu, ada satu jenis keropok nih dalam dier ada isi mainan tu.. ala, yang jenis pasang2 tu.. boleh jadi kereta la, moto la, robot la macam2 la.. biasa  beli bukan sebab nak makan keropok tu pun... nak kumpul menda alah mainan tu je... pasang2, jadilah.. sekali-kali dapat motor, lagilah bertambah happynya tuh..

menda alah mainan yang che' kumpul dari darjah 4 tuh, bayangkan.. sampai harini masih duk elok terjaga.. berapa la usianya mainan ni ya.. darjah 4 sampai arini umur dah nak masuk 23 dah.. fuh. tu yang terbukak balik kotak tu... renung balik dunia kanak2 yang memang tak boleh nak rewind dah.. memang syokkk...

*sahabat pembaca blog che' ni, apa agak2 hobi korang kecik2 dulu yang masih duk ingat sebagai kenangan? =)

genre muzik paling KEBABOOM!

gua dah pernah dengar macam2 genre muzik dalam hidup gua... dari yang sentimetal nya, jiwang karat, jiwang tak berapa nak karat, nasyid, heavy metal, slow metal and etc2. sume nya kira boleh dikatakan masuklah sebab gua bukan nya memilih sangat dengan genre2 muzik ni.. yang mana ada bunyi2 best, gua layan.. samalah macam selera makan gua.. apa yang sedap gua bedal.. dari pajeri ke tempoyak ke cencaluk sampailah ke sushi ke bolognaise ke carbonara... memang gua sebat.. (*tetiba melalut ke bab makan pulok) ..nampak betapa tak cerewetnya gua dalam hal2 macam ni..

baru2 ni yang tak berapa baru, gua ada la join geng2 kapak gua kat mesjid dekat2 hulu keramat ni haa... sejak diperkenal oleh geng2 kapak yang gua dok join nih, gua minat satu lagi genre muzik yang bagi gua memang sebat abisla genre2 muzik yang gua minati selama ni.. serius, gua rasa genre muzik nilah yang gua rasa betul2 menusuk kalbu dan menenangkan jiwa kacau gua selama ni..

genre muzik yang gua tak tau apa kenamanya nih, gua tak faham sangat pun setiap lirik yang dinyanyikan tuh.. tapi dari melodinya memang gua tau, syok punyalah maksud2 dia.. dia tak macam kpop tu.. memang maksud lirik dia juga buat gua tak paham menda.. namun gua pasti lirik dia tak menenagkan jiwa.. kpop memang tak pernah masuklah dalam diari hidup gua.. tapi lagu sentimental drama2 korea pernah lah hinggap sekejap dalam hidup gua...

gua pastilah kalau dengar live genre lagu yang gua minati nih, meremang woo bulu.. serius, tak tipu.. tu kalau lu orang boleh follow2 sikit lirik dia, ikut leader.. yang penting jangan sampai lu orang2 angguk2 kepala pulak.. nanti lu orang kena tangkap sebab berklakuan aneh serta pelik di majlis keramaian.. nak dengar genre apa yang gua bincangkan dari awal tadi? klik la link yang gua sertakan ni.. mesti tangkap leleh punya lah =)

gua jahat maksima, yeehaa!!!

begitu hebatnya rasa taubat dan hidayah itu.. ianya bagai datang tanpa memilih latar belakang seseorang.. percaya tak sekiranya che' mengatakan yang bahwasanya seburuk-buruk manusia sekiranya ditiup dengan hembusan hidayah oleh allah s.w.t maka hidupnya akan berubah sekiranya dia menghargai hidayah tersebut, memahaminya dan istiqamah dalam perubahan nya..

jangan sekali-kali kita berprasangka buruk pada seseorang itu walau macam mana sekali pun huduh buruknya akhlak dia.. dari seorang penzina, ataupun kaki tonggang botol arak, sejahat-jahat manusia la kiranya.. jika dialah insan yang dipilih allah untuk ditwistkan hatinya untuk kembali ke jalan yang diredhai allah s.w.t, insyaallah dia takkan kekal dengan buruknya cara hidup yang dia pilih sebelum itu..

indahnya hidup bersyariat.. indahnya hidup dipandu sesuatu yakni agama yang mulia.. maka bagaimana lagi kita nak menyangkal nya yer dak? kita pernah hidup dalam hidup yang dirasakan tiada makna.. hidup ikutkan hawa nafsu.. ni nak tanya sikit.. la ni, angpa rasa tenang dalam diri atau angpa rasa yang kehidupan gini seolah-olah menyiksa batin dalam diri? rasa sesak, rasa menyiksa diri.. fitrah manusia itu adalah untuk mengikut tuntutan agama.. tak kira betapa jahat kita boleh pegi, tetap masih ada rasa bersalah dalam diri bila melakukan keja2 jahat tu , yer dak? kui3

geng, carilah sahabat yang benar2 boleh bermanfaat pada kita satu hari nanti.. insyaallah, dia jugalah yang akan membawa sesuatu pada kita bila ditakdirkan ajal kita sampai nanti.. sekurang nya bila kita nazak menunggu roh untuk ditarik, dialah sahabat yang akan menenangkan diri kita, membacakan yassin, dimana bila 'sahabat2' yang lain seronok bertwitter berfacebook di handphone masing2.. =)

dugaan paling hebat buat anak yang soleh..

bagaimana sekira nya ibu yang menjaga kita selama ni pergi meninggalkan kita buat selamanya? tak pernah terbayangkan langsung kan apa rasanya.. baru2 ni baru je ibu kepada sahabat che' meninggal dunia.. tu che' dengan officemate pergi melawat keluarga mereka di melaka, pengkalan balak sana tu..

dalam che' duk memerhatikan sahabat che' ni, terdetik  di hati che' yang bolehkah che' menjadi setabah dia dalam mengharungi keadaan gini suatu hari nanti.. pastinya bukanlah mudah, namun nak tak nak, pasti kita semua akan merasa perkara yang sama kan? tambah2 sekiranya kita memang rapat sangat dengan ibu tu..

sahabat, untuk menasihati itu mudah tapi untuk melaksanakan itu bukanlah semudah itu.. percayalah, che' sendiri belum pasti kekuatan che' dalam mengharungi suasana susah gini.. cuba letakkan diri kita di tempat dia?

dalam mengahadapi perasaan kehilangan ini sahabat, che' percaya terlalu banyak dugaan yang perlu kita hadapi.. dengan rasa kekok dalam meneruskan kehidupan nya tapi percayalah, jika kita belum betul2 kuat untuk menghadapi pemergian orang yang benar2 bermakna dalam kehidupan kita, kita pasti akan tewas dalam kehidupan.. yang pergi itu tetaplah pergi, tak mungkin nya akan kembali...

kuatkan diri dengan azam yang lebih kuat dengan yang pemilik rasa rindu, pemilik rasa cinta dalam hati.. jangan sekali-kali meninggalkan Nya.. selagi kita berpegang kuat denganNya, insyaallah, hati akan menjadi lebih tenang, dan pastinya akan meringankan beban yang dihadapi oleh arwah pasti akan terkurang kerana melihat hasil didikan nya berjaya dalam mengharungi kehidupan, insyaallah...

jangan tinggalkan doa untuk yang telah pergi.. doakan agar arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.. langsaikan segala hutang2 yang ditinggalkan arwah dan rapatlah dengan sahabat arwah ataupun sedara mara arwah.. hanya itulah amalan yang boleh kita sampaikan pada arwah setelah arwah meninggal dunia.. insyallah ..

* anak yang soleh pastinya adalah impian bagi setiap ibu dan bapa di dunia ini.. cer cek diri kita, boleh masuk dalam kategori anak yang soleh tak?

entry seminit, twitter

dah lama dah ada akaun twitter ni tapi nak gunakan nya tuh, x berapa reti sangat.. cuma guna untuk follow tweet orang berkenaan, baca status2 orang.. hehe..

tapi tak tau pulak ada widget twitter yang boleh disumbat masuk dalam blog ni.. so, boleh la berinteraksi direct dengan reader kot2 yang tersangkut masuk terbaca entry2 dalam blog cintailmu89 ni, ada nak tanya pape ke..yang boleh jawab kita jawabkan.. yang tak boleh tu, maafla yer.

hai, canggih benar teknologi arini.. che' pulak noob sangat2 pasal sume2 ni.. budak baru nak up lah katakan..kui3..

apa jua ruangan sosial ni biaqlah bermanfaat untuk kita dan orang lain.. jangan sampai melekakan dan menjadi sesuatu yang kembali menjadi keburukan untuk diri sendiri.. oklah.. entry seminit siap.. tq sudi baca =)

jom, majlis ilmu =)

apa yang dihadapi oleh pencari ilmu dalam kembaranya? kalau angpa nak tau, si pecinta ilmu menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam mendidik diri untuk mencintai majlis ilmu.. percayalah yang dugaan ni pasti akan dihadapi oleh setiap diri sebab apa? sebab nafsu dan rasa masih muda dan leka dengan urusan duniawi..

sahabat, mencari ilmu itu penting, dan menerapkan ilmu itu kedalam diri dan kehidupan seharian double penting nya.. maka sikap bermalasan, beralasan dalam mendekati majlis ilmu itu, sikap yang pasti menjangkiti sesiapa.. malah untuk membiasakan diri untuk mendekati majlis ilmu banyak la pulak tahapnya.. tahap yang pasti dan tahap awalan nya adalah memaksa diri dalam menghadiri majlis ilmu..

tanpa paksaan, kompem, kecintaan terhadap majlis ilmu itu takkan datang begitu je.. mungkin ada sebilangan yang didalam hatinya disinari dengan limpah hidayah dan kecintaan itu datang dengan majlis ilmu.. tapi bagi yang tahap2 kita ni, mesti memaksa diri untuk mencari ruang dan peluang dalam setiap hari untuk mendekati majlis ilmu agar hati dapat dilembutkan dan bukanlah dilekakan dengan urusan duniawi.. 

* sebab tu lah syok jika mempunyai teman yang mencintai majlis ilmu =)

Ceramah habib Soleh al Jufri

Tajuk berkaitan dengan sikap al muraqabah..


Hendaklah setiap dari kita hendaklah ada sikap muraqabah, di setiap detik waktu, di setiap pandangan mata, dan di setiap keinginan yang wujud dalam batin kita malah keseluruh nya.. Ketahuilah allah itu dekat dengan kita setiap masa dan waktu... Tiada apa satu pun yang tersembunyi dalam apa setiap perbuatan kita...

Allah sentiasa bersama kita dimana saja kita berada... Tidak terlepas apa satu sekalipun walaupun sebesar zarah.. Maka beringatla tiada apa yang tersembunyi antara kita denga allah s.w.t. Hendaklah kita malu pada allah dengan sebenr-benar malu..  

Muraqabbah adalah sikap merasakan diri sentiasa dilihat allah s.w.t. Sejauh mana istiqamah kita dalam merasakan diri dipehatikan allah s.w.t? Ia boleh melahirkan rasa perasaan takut kepada allah dan merasakan sangat perlu mengikut perintah allah dan meninggalkan larangan nya.. 

Jika merasakan diri lebih kearah dosa, ingatkanlah nafsu itu bahawa allah s.w.t mengetahui setiap segala apa perbuatan yang dilakukan serta maksiat yang bakal dilakukan.. Sentiasa mengingatkan diri kita bahawa terdapat dua malaikat yang sentiasa berada di sisi kita ntuk mencatat setiap apa dari perbuatan kita itu.. Masyaallah..

Setiap dari setiap perbuatan kita pasti akan dibalas... Hendaklah kita sentiasa mengingatkan diri bahawa maut itu dekat dengan kita, perkara yang pasti akan hadir pada setiap manusia.. Dan apabila kematian itu tiba, kita penuh dengan dosa, sedikit dalam berbuat amal, maka tergolong dalam golongan yang rugi serugi nya.. Ingat lah mati sentiasa.. Anytime anywhere..

hendaklah sentiasa meningatkan diri kepada setiap janji2 allah.. Setiap amal baik, pasti diberikan pahala.. Begitu juga dengan dosa, pasti diberikan balasan yang buruk.. Hanya ada dua pilihan saja dalam kehidupan manusia.. Ke syurga ataupun ke neraka..ingatlah janji allah bahawa jika baik akhirnya kita, pasti dapat melihat wajah allah s.w.t.

Hendaklah sentiasa mengingatkan nafsu dan ia juga merupakan ubat untuk penyakit2 hati.. Insyaallah.. Terutamanya ketika hati kita merasa malas dalam beribadah kepada allah s.w.t. Dan apabila dalam hati kita tumbuh rasa diperhatikan allah s.w.t. , dan perasaan malu itu muncul dalam hati, ia pasti akan memberi semangat dalam beribadah kepada allah s.w.t dan mencegah diri ketika ingin melakukan maksiat.. Timbul semangat untuk sentiasa beribadah kepada allah s.w.t

Darjat muraqabah ini adalah semulia dan setinggi tinggi darjat.. Yang sudah diisyaratkan oleh rasullallah, dan hendaklah beribadah seolah olah allah melihat kamu..  Perasaan muraqabbah yang minima adalah muncul dalam peribadi seseorang adalah merasa malu ketika kita berbuat dosa.  Hal yang demikian ini pun merupakan sikap yang mulia.. 

Sifat muraqabah yang tinggi pula ialah dimana ia tenggelam dengan keagungan allah s.w.t sehingga ia melihat apa saja namun setiap apa yang dilihat mengingatkan dirinya kepada keagungan allah s.w.t.  Terlalu besar nikmatnya apabila dapat merasakan hadirnya, dekatnya allah s.w.t  dalam diri kita..  

Sepatutnya mereka yang melihat kemaksiatan itu merasa jijik dan bukan nya merasa teringin untuk melakukan maksiat itu.. Itu adalah ciri2 orang yang waras.. Kenikmatan yang dirasai oleh para muraqabin terlalu amatlah besarnya walau dibanding dengan setiap nikmat yang dinikmati sultan2 yang dimupulkan dari dulu hingga sekarang..

Masih jauh lagi perjalanan untuk mendekatkan diri dengan allah s.w.t. Masih banyak lagi yang boleh diperbaiki untuk merasakan nikmatnya dalam beribadah.  Nak2 macam diri ni, merasakan berat untuk beribadah kepada allah s.w.t. 

* entry berdasarkan nota spontan.. ada tersilap, silah tegur ya, tq =)

degree?

ok, lately terasa agak kejiwangan dan rasa macam melebih-lebih sudaaaa.. jadi bila dah tau perkara itu sudah berlebihan, maka, haruslah dibendung dan ditamatkan... kan? hehe.. jadi kita proceed dengan tajuk seterusnya dalam silibus iaitu tentang upgrade hidup kepada yang lebih baik... ok, gooooo!!

ramai mereka2 kat luar sana yang tak tau betapa penting nya untuk upgrade paper yang kita ada sekarang.. nak2 terutamanya kepada lelaki yang kita kena tahu taraf hidup sekarang yang sangat menjerut leher.. bagi yang masih berada dalam angan2 dan mengelamun, sedaqla.. dunia hari ni bukan seperti dulukala.. taraf miskin bandar sekarang ialah rm 3000.. kaji diri kita balik, berapa income kita bersih setiap bulan?

yup, memang betul yang rezeki tu sudah ditentukan oleh Allah s.w.t namun kita juga harus ingat yang Allah s.w.t juga berpesan untuk kita untuk sentiasa memperbaiki taraf hidup, kan? pernah dengar pepatah yang mengatakan berusahalah seolah2 nak hidup seribu tahun dan beribadah lah seolah-olah nak mati esok.. jadi, alasan apa lagi yang menghalang diri dari memperbaiki taraf hidup?

*kuatkanlah semangat che' untuk mengharungi cabaran & dugaan dalam mengejar sebuah ijazah.. amin =)

kenangan mengusik jiwa, aiceh =)

Entah kenapa tengah hari gini , satu masa yang memang sangat tidak sesuai untuk terkenangkan kenangan2 manis lalu..  Tapi sejujurnya che' tak pasti betul ke kenangan ni manis ke pahit sebenaqnya.. Namun biaq p lah.. Perkara dah lepas... Kan? Sabaq jelah...sekali- teringat macam ni, nak senyum pun ada, nak sebak pun ada.. Tapi betapa tak gangster kiranya jika lelaki nak sebak2 ni.. Lemah je rasanya.. Kan?


Dalam zaman muda remaja dulu2, biasalah.. Hati che' pernahlah disentuh oleh seorang wanita ni.. Che' asalnya betul2 tak faham dengan perasaan ni.. Seorang yang che' rasakan seorang teman biasa, rupanya adalah seorang yang boleh mengakibatkan rasa2 suka tu ada..

Sebab tu lah seringkali che' jadikan kenangan ni satu pengajaran untuk che' jangan cuba2 untuk cuba permainkan perasaan orang lain sebab che' pernah rasa betapa sakitnya rasa ditinggalkan, rasa dikhianati ni.. Sakit dia makan tahun jugaklah.. Rasa murung, rasa kecewa yang memang tak terbendung punya.. Nasib baik ler ada kawan2 yang boleh tunjuk jalan nak dapat tune balik hidup waktu tu ntuk jadi normal balik..

Hingga hari ni che' ingat yang kenangan inilah yang betul2 merubah che' untuk lebih menghargai perasaan seseorang dan lebih menghargai perasaan sendiri sebenaqnya.. Bolehlah dikatakan trauma untuk mendekati wanita... Tak pernah lagi terfikir untuk bercinta segala... Sebelum tiba masanya, berkawan jelah seadanya..

Takmo berlebih-lebih.. layanan che' pada wanita atas dasar hormat.. Sama je layanan nya... Tak pernah nak berlebih-lebih takut termainkan perasaan orang ataupun takut untuk terperasan sukakan seseorang... Bukan senang nak hadapi rasa sakit ni... Alah, macamlah angpa ni tak pernah rasa ditinggalkan.. Kalau tak pernah rasa tu, bersyukurlah.. Kalau dah pernah rasa, pun bersyukur jugak sebab menda2 ginilah yang sebenarnya akan mematangkan kita untuk masa2 mendatang ini..

Adoi, terpanjang sikitlah entry  kali ni.. Maaf ler kalau terklik pastu terbaca entry ni.. Terseksa je rasa baca luahan hati orang ni kan.. Sejujurnya memang che' tak selesa nak luahkan tapi nak buat guane.. Kat perenggan pertama tu pun dah pesan awal2 yang terkenang kenangan lalu.. Kalau dah terkenang biasalah kalau terbawa-bawa meleret-leret..

Sudah cukup sudah.. Timbul satu persoalan... Adusssss... Camne nak buat ending entry ni? Haha.. Korang pernah rasa kecewa macam nih? Ceciter pengalaman angpa dan camne angpa boleh atasi rasa kecewanya tu.. Tq... Assalamualaikum...

tanda lelaki itu lemah

dari kecik kita dibesarkan dengan imej wanita yang lemah.. kan? betul la tu.. nak buat camne.. sape yang mulakan teori wanita lemah, che' pun tak pasti..

dalam entry ni, che' nak cuba menterbalikkan perkara ni dan menunjukkan pula dari segi lemahnya lelaki dimana.. seperti ramai yang tahu, tangisan wanita itu adalah satu kelemahan kepada lelaki.. tapi banyak lagi menda yang lain yang sebenaqnya menunjukkan yang lelaki itu lemah..

untuk orang lain, che' tak pasti.. tapi bagi diri che' sendiri, salah satu kelemahan lelaki apabila ingin melakukan sesuatu perubahan besaq dalam hidup (perubahan besaq yer, kecik2 tu tak kira) .. yup, semangat berkobar-kobar yang pada diri lelaki jika tidak disertai dengan api semangat daripada seseorang yang dia percayai, lama2 semangat tu pudar macam tu je..

nampak betapa penting nya lelaki ini untuk disokong dan diberikan kata2 peransang.. mungkin perkara ini nampak kecil pada wanita kat luaq sana.. tapi inilah sebenaqnya yang dperlukan oleh lelaki.. apa angpa ingat lelaki ni kuat sepanjang masa ke apa? kami tak lah sekental yang digempar gempurkan.. lemah beb bab ni.. nak kan sokongan tapi ego menghalang diri untuk meminta..

gua kena paksa kawen, camne?

aneh rasanya perasaan bilamana kita merasakan yang masa itu sangat pantas berlalu hingga tak sedar mana masa kita berada sekarang..

cukup dengan masa kita dilahirkan, melalui proses pembelajaran di sekolah rendah, dimana semua nya hendak dicuba dengan akal yang tak berapa nak cukup, masuk era remaja, nakal2 dengan akal yang waras tapi agak belum matang, dan alam pekerjaan yang dalam diam tak diam mendidik akal menjadi lebih waras dan mematangkan diri dari segi pemikiran dan perbuatan serta tingkah laku..

sebenaqnya, apa yang lebih aneh, bilamana kita sedar usia kita sekarang sudah cukup untuk mengintai-intai pasangan untuk dijadikan pasangan hidup di dunia (* hingga akhirat harapnya).. hehe.. ini adalah fitrah dan jangan dipertikaikan fitrah manusia yang satu ini..

kewarasan dan kematangan lelaki tidak akan sempurna selagi dia tidak berkahwin.. fakta ni!.. hehe.. yang melengkapkan fikiran seorang lelaki hanyalah kehadiran wanita dalam hidup dia sebagai seorang isteri wokay... bukan sebagai gelifriend and buayafriend..

apa beza jalan dengan jalan-jalan? jalan pastinya hendak lah mempunyai tujuan/arah tuju.. jalan-jalan? jalan yang tiada arah tuju, takde destinasi, tak tahu apa tujuan.. cer kaitkan dengan hidup dengan hidup-hidupan, kahwin dengan kahwin-kahwin.. ada paham? hehe

*xdelah kena paksa, cuma mak, akak dengan mak sedara cuba nak kenen-kenenkan.. kui3..

Bini tak pandai masak

Che' ada seorang sahabat.. Memang perangai dia ni boleh kiranya semua dalam poket che' je.. Nampak betapa angkuhnya che' dalam menegaskan betapa che' mengenali beliau.. Hehe.. Dipendekkan cerita, mamat ni memang seorang yang sangat cerewet nak2 bab makan2 ni... Kalau tak sedap sekali kali melepak kat mampley tuh, memang dia tak habiskan lah makanan tu..

Nak dijadikan cerita, jodoh mamat ni sampai awal, menikah la mamat tu.. Kira memang tak percayalah mamat yang memang tak reti nak berkapel bagai ni boleh pulak menikah dulu... Ni kira buktilah yang jodoh ini memang dijanjikan.. Sampai awal, menikah jelah.. Kalau lambat sampai jodohnya tu, sabaq jela....

Mamat sahabat che' ni bila diajak melepak, dia berkongsilah kisah rumahtangga dia... Nak tau apa dia cakap pasal bini dia?

Kata mamat tanpa nama identiti dirahsiakan ni, * aku kalau bini ak masak macam mana tak sedap sekalipun, ak rasa lidah ak ni boleh terima je.. Sedap je rasa bila dia masak, ak kata sedap kat dia, senyum sampai ke telinga.. .. Kui3... Tak sangka cerewet2 gini pun, dengan masakan bini kalah jugak.. Kui3..

 kat sini che' nak nasihatkan lah pada bini2 yang tak pandai masak tu.. tak reti masak takpe.. cuma jangan malas nak belajar dan putus asa pikat selera suami.. selalunya lelaki memang cari mampley je time bujang2 ni nak penuhkan selera.. tapi bila dah berkeluarga, masakan bini jugakla yang dicari =)

ustaz itu jahat =(

alhamdulillah, sampai sudah ke penghujung ramadhan.. syukur jika ada yang mula rasa berubah (*kearah lebih baik) dan istiqamah nya dia dalam perubahan itu dapat kekal untuk tahun2 mendatang.. dalam bulan ramadhan ini , kalau per 10, berapa gaknya markah yang kita dapat? cer korang cuba memarkahkan diri sendiri.. markah plus bintang2 tak?hehe


berprasangka baik terhadap sesuatu itu sangatlah dituntut.. erk, tetiba je masuk cerita berprasangka baik.. gilo ke apo.. haha.. dak aih, che' nak kaitkan dengan tajuk kat atas tu.. ada la member2 yang anti dengan ustaz itu, ustaz ini.. untuk membenci perbuatan dan tingkah laku seseorang itu che' tak nafikan, terkadang susah untuk kita elakkan terutamanya bab pendirian..

namun, jangan sesekali kita meletakkan hukum pada sang ustaz tersebut.. sedangkan rahmat allah itu luas, apa hak kita untuk menghukum seseorang.. biaq p lah sejahat mana sekali pun ustaz, teman atau sesiapa sekali pun, jangan sekali-kali kita berputus asa untuk dia, dan sentiasalah muhasabah diri kita untuk meletakkan harapan untuk dia berubah.. angin hidayah tak pernah mengenal sesiapa kan?

oklah, entry mungkin yang terakhir sebelum che' bercuti beraya.. seminggu wooo!! hehe.. ni yang tengah duk baca ni berapa hari cuti? 3 hari je?? kesian3.. kui3.. gurau2 je la.. berapa hari cuti tak penting, berapa hari cuti kita itu dimanfaatkan lebih penting. ambil sepenuh peluang di bulan syawal yang bakal mendatang ni untuk membersihkan penyakit hati dengan meminta maaf dengan semua orang dan memaafkan semua orang agar tidak terbeban dengan dendam dalam hati, insyaallah.. mudah2an.. =)

Kalau anda sayangkan mak anda, jangan baca entry ni..

Bukan niat che' untuk keluarkan entry macam ni.. Cuma tadi ada lah sedikit salah faham dengan mak che'.. Tak marah pun.. Naik kan suara patah lagi.. Cuma che' wat diam je.. Bukan apa, biasala.. Bila tengah marah, che' biasanya hanyalah mendiamkan diri sementara nak surutkan marah nya tu..

Pagi ni, che' tertengok satu video yang, subhanallah.. Bagi mereka yang tengah bertengkar dengan mak ayah korang tu, sila2 kanlah tengok video ni.. Kalau tak terasa apa2, istighfar lah.. Sesungguhnya syurga itu terletak di telapak kaki ibu..

video

*btw, tajuk tu.. tak abis lagi.. tajuk sebenaq: Kalau anda sayangkan mak anda, jangan baca entry ni.. kang nangis kang..

video panas hot meletup

dalam zaman sekarang ni, kebanyakan pendakwah2 menggunakan sepenuhnya teknologi maklumat aka internet ni.. sebab itulah kita ni sepatutnya membuka ruang untuk diri sendiri mencari perkara2 yang baik untuk diri dan bermanfaat dan bukanlah mencari perkara yang sia2 dan memudaratkan... ada faham?

kat entry kali ni che' nak perkenalkan seorang lagi pendakwah selebriti yang menjalankan kerja2 dakwah dengan menggunakan kemahiran nya meng'edit' video ceramah2 yang ada agar lebih segar dan menarik untuk ditonton terutama nya kepada spesis manusia macam che' yang pemalas ni..hehe

antara video hasil editing Tuan Hell >>

video

video

TuanHell, ang punya karya sungguh hebat.. medan youtube membolehkan video2 dakwah ang boleh ditonton oleh ribuan umat di setiap masa.. bayangkan betapa banyak nya manfaat nya kepada kami yang menonton nya dan pada ang sendiri yang sebarkan nya.. subhanallah.. moga allah s.w.t membalas jasa tuan hell dan dipanjangkan umur untuk meneruskan kerja dakwah ini, insyaallah..

*kreatifla dalam berdakwah sahabat =)

Arghhh, asyik2 aku je yang diuji..

Sesi muhasabah diri muncul balik.. Hehe.. Kali ni che' nak ceritakan perihal mengsyukuri nikmat allah s.w.t.

Pernah tak dalam hidup kita secara tidak sengaja menyalahkan takdir dan mempersoalkan mengapala ak tak dapat itu, mengapakah ak tak dapat ini... Mungkin perkara ini dah sebati dengan kita hingga kita tak sedar yang perbuatan keluh kesah ini sebenaqnya adalab sesuatu perbuatan yang salah dan tak elok..

Sahabat, takdir itu adalah suatu ketentuan.. Kita kena yakin bahawa setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya.. Setiap apa yang terjadi dalam hidup kita ini adalah satu ketentuan.. Ada dua pilihan untuk menghadapi masalah dalam hidup.. Menerima nya dengan hati yang sabar dan akal yang waras, ataupon menerimanya denga keluh kesah dan menyalahkan diri serta meletakkan kesalahan itu kepada orang lain..

Berulang kali che' ingatkan diri agar apabila ingin menyalahkan takdir, istighfar namun adakalanya terbabas juga.. Biasalah, manusia, terlalai, yer dak? Hehe.. Perbuatan keluh kesah ini sebenaqnya aka hanya menambahkan rasa stress dan sifat2 yang -ve.. Ingatlah sahabat2, setiap apa yang berlaku ke atas diri kita adalah salah satu tanda yang rahmaT allah sedang melimpahi ke atas diri kita dan kasih sayang allah terhadap umatnya tidak pernah putus2, insyaallah... :)


*rasanya nak hantaq lagilah kad raya macam tahun2 lepas.. 2 tahun lepas 30 keping settle dihantaq.. Tahun lepas 50 keping.. Tahun nih???? Hehehe..

lelaki pendiam itu adalah...

che' ni takdelah pendiam sangat.. cuma bagi yang baru nak mengenali che' , pastinya akan melabel che' sebagai seorang yang pendiam, susah nak didekati dan macam pelik2 sikit.. namun segalanya berubah(*cewahhhh) selepas mengenali che' buat sekian2 waktu.. kui3..

che' juga bukan seorang yang ada belajar bab2 personaliti manusia ni.. cuma satu sifat che' yang paling che' sedaq ialah sifat che' yang suka memerhati peel orang.. bukan memerhati untuk mengkritik pun cuma sekadar memerhati untuk mengenali sikap manusia ni..

jadi, che' tengoklah perangai orang ni contohnya mereka yang pendiam, malah kadang2 sangat pendiam.. kat sini che' senaraikan apa ciri2 yang che' nampak kat mamat2 yang pendiam nih.. kalau gadis2 yang pendiam che' tak berapa pasti sama ataupun tidak ciri2 nya..hehehe


  1. mereka yang pendiam sebenaqnya seorang yang sangat peramah hanya pada mereka yang rapat dengan nya.. sebab mungkin bagi orang pendiam ni, segalanya dipendamkan dan dilepaskan hasil pendaman komunikasi itu kepada orang yang rapat dengan nya saja.. untung juga kalau rapat dengan pendiam sebab perhatian mereka terhadap kita bila berkomunikasi sebenaqnya adalah lebih baik dari mereka normal tak berapa pendiam.. =)
  2. mamat yang pendiam juga adalah penyimpan mohor rahsia yang baik.. mereka kalau diberikan kepercayaan untuk menyimpan rahsia kita, insyaallah, didesak macam mana sekalipun diorang takkan buka mulut kat orang lain.. nak2 pada stranger... bagus kawan pendiam ni..
  3. mamat(mamat lagi?) yang pendiam kebiasaan nya mempunyai pemikiran yang tajam dan bernas.. itu kalau pesen diam2 berfikir ler.. kalau pendiam pesen yang mengelamun je, spesis lain tu.. tak masuk dalam kategori ni.. mereka memang diam , cer try tengok minta pendapat diorang.. tersedak kang ngan idea mantop kebaboom diorang nih..
  4. shhh... ni rahsia sikit.. hehe.. lelaki yang pendiam kebiasaan nya adalah seorang yang sangat romantik.. serius.. korang tengok, lelaki pendiam kebiasaan nya akan meletakkan fokus terhadap hanya orang yang dia percayai.. tambah2 pulak pasangan dia sendiri.. insyaallah, segala komunikasinya, segala keromantikan nya, dan segala bentuk perhatian dan kasih sayang nya akan hanya disalurkan kepada isterinya  =)
err...cukup tak 4 ?hehe.. pemerhatian che' je berdasarkan kepada teman2 che' yang pendiam2 nih... hehe..
ada pape nak tanya atau tambah? kita kongsi kat ruang komen tu ya... =)

Semangat ramadhan 2012

Alhamdulillah , masih lagi kita bernafas dan merasai nikmat hidup pada ramadhan yang ketiga ini,.. Syukur, masih dikurniakan waktu untuk beribadah di bulan ramadhaN yang didalamnya terletak 1001 kebaikan dan rahmat allah s.w.t.

Amacam sahabat? Semangat keramadhanan (ayat baru,kui3) anda.. Apakah masih sama dengan hari pertama, adakah sudah mula menurun ataupun masih meningkat dari hari ke hari... Jika jawapan nya yang pertama, baik ler juga tu.. Kita tau semangat pada hari pertama ni semangat dia lain macam sikit... Semangat tengah berkobar-kobar la katakan... Hehe.. Jika pilihan kedua? Adusss... Awal lagi bro.. Takkan lemah semangat sudaaaa... Yang ketiga ni lah hendaknya, sepatutnya.. Biaq graf semangat dalam bulan ramadhan ini semakin meningkat sehingga titisan sujud yang terakhir di bulan ramadhan...

Biaq amal kita itu walaupun sedikit tapi istiqamah daripada amal yang masyaallah banyaknya, tapi cuma pada minggu2 yang pertama..alahai ruginya jika kita tidak mengambil kesempatan untuk memanfaatkan bonus setahun sekali daripada Allah s.w.t ini... Bukannya pasti sangat pon ramadhan tahun depan bakal kita temui lagi, yer dak?

Baca al-qur'an, berzikir dan solat sunat serta amalan2 baik lain kalau boleh jadikannya sebagai satu kebiasaan di bulan ni malah kalau nak lagi mantooppp, jadikan kebiasaan di bulan2 yang lain nya.. Insyaallah.. Mai pakat kita doa sama2 agar bulan ramadhan kita kali ni boleh menjadi sesuatu yang membangkitkan diri ini untuk berubah lebih baik dari sebelum nya.. :)

Kuliah subuh ramadhan 2012


Bersyukur masih diberi peluang untuk berada di muka bumi ni..  Roh itu urusan allah s.w.t.  Setiap roh itu akan kembali ke allah s.w.t. Semua urusan kita dalam hidup ini hendaklah berpandukan al-quran..  Kehidupan kita hari ini banyak masalah sosial, kerana tidak menurut apa yang disuruh dalam agama. Kita sebagai org islam lah sepatutnya ke depan untuk menyelesaikan masalah sosial ni..

Kita hendaklah yakin dengan islam kerana islam sahajalah agama yang sebenar. Agama lain hanyalah diasaskan khayalan oleh manusia2.. Agama lain mana ada kitab.. Kalau ada pun kitabnya, bukan yang asal dan hanya direkacipta oleh mereka yang berkepentingan..  Kita hendaklah hidup dan mati dalam agama islam.. Hanya islam yang boleh menyatupadukan manusia.. Bukan dengan berbangsa-bangsa.. Penyelesaian bukan dengan kitab melayu.. Haha..

Quran itu bersikap global.. Ia menyelesaikan secara menyeluruh, masalah semua manusia.. Quran itu tidak fokus pada sesuatu bangsa sahaja.. Allah jadikan quran sebagai pemimpin masalah dunia.. Sekarang masih belum ada pemimpin yang menggunakan quran dalam kepimpinan nya.. Hendaklah kita mempertingkatkanibadah daam bulan ramadhan.. 

Nabi sebenarnya kaya, tapi sentiasa membantu kepada mereka yang memerlukan.. Nabi banyak diberikan hadiah namun tidak selesa menyimpan nya dan memberikan pula org yang lebih memerlukan.. Apabila kita pemurah dan sentiasa bersedekah, insyaallah akan dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki.. Apabila kita bersedekah seolah-olah mengurangkan tanggungjawab mereka yang diamanahkan atas sesuatu.. Apabila kita menyenangkan orang lain, allah permudahkan urusan dia pula.. 

Ringan-ringankalah tangan untuk bersedekah, insyaallah akan dibalas allah dalam cara yang tidak disangka-sangka.. Akan dikurniakan ganjaran yang karim(ganjaran yang dimuliakan) kepada mereka yang suka menderma kepada mereka yang memerlukan..

Sikap menderma juga terkadang merupakan penyembuh kepada penyakit yang kita hadapi ataupun masalah yang kita hadapi. Allah sahajalah penyelesai utk masalah kita.. Letaklah segala urusan kita kepadaNya..  Hendaklah perbanyakkan rukuk dan sujud dalam hidup ni.. Kita hendaklah bersyukur kerana masih ada kemampuan untuk rukuk dan sujud tak seperti mereka yang sudahtidak berkemampuan untuk melakukan nya.. Rukuk itu hendaklah dengan cara yang betul.. Jangan rukuk seperti jantung pisang,kepala lebih rendah dari punggung.. Seksa diri je tu.. Biasakan kepala searas dengan badan.. 

Allah suka jika kita suka untuk bersolat.. Menunjukkan kita ingta padaNya.. Hendaklah sentiasa beristiqamah dalam bulan ramadhan ni malah di bulan2 yang lain juga.. Orang melayu ni kebiasaan nya mencari lailattul qadr di 10 malam pertama., bukan 10 malam terakhir, haha bila berada dalam bulan ramdhan, rebutlah peluang untuk bersujud kepadaNya.. Gunakan kesempatan ini sehinggalah titisan sujud yang terakhir.. Biarlah dimana pon kita berada, bersujudlah..  Tinggalkanlah perkara yang sia2.. Jaga mata, jaga anggota dari melakukan maksiat.. Tinggalkan lah segala kemaksiatan.. Maksiat apa sekali pun tidak akan meningkatkan iman amal dan akidah.. Kalau kita nak mendapatkan kekesyukan dalam solat., kita hendaklah mampu mengerjakan ibadah dengan mudah tanpa yang memikirkan perkara sia2 yng lain.. Mereka yang membenarkan apa jua yang dibawa oleh agama akan dikurniakan dengan ketaqwaan yang tinggi..

Saidina umar lah yang memperkenalkan solat terawih secara berjemaah..penting untuk menyatukan umat islam.. Sebab sebelum itu, mereka berpecah belah berpuak-puak... Nabi bersolat terawih sebanyak 30 rakaat. Hebat tak? Hebat2.. Jadilah mereka yang penyabar.. Jadilah seorang yNg baik kepada isteri.. Biasakan diri dengan kata2 yang manis kepada ister kita.. Kita semua pernah melakukan kesilapan.. Jadikan sikap pemaaf itu sebahagian daripada diri ini.. 

Ilmu itu bukan mendatangi, tapi didatangi.. Pesan imam malik kepada saidina umar.. Imam malik punya stail terawih , 4 rakaat diselangi dengan tawaf.. Pemimpin yang membenarkan perkara yang haram, itulah perhimpunan yang haram.. Kui3..  Dalam rukun solat, ada rukun keadilan.. Iktidal itulah keadilan.. Adil itu stabil, tenang..  Iktidal itu satu rukun dan sebagai penanda aras kepada rukun2 yang lain.. Kalau iktidal nya baik, maka baiklah solatnya.. Imam itu diikuti apabila telah lengkap pergerakan nya..  Imam pun kenalah pastikan yang sebutan itu abis sama dengan perbuatan pergerakan anggota dalam solat.. Takbir yang memisahkan perbuatan dengan perbuatan hendaklah 2 harakat.. Jangan panjang sangat harakatnya... 

Kalau tak nampak imam punya pergerakan, cukplah sekadar apabila bunyi pergerakan imam itu selesai, maka turutilah pergerakan solat tersebut (khas buat wanita)..

Tuhan bukan hanya ada waktu susah

amboi.. tajuk tu, kalau boleh nak jadikan entry terus..haha.. panjang kan tajuknya.. takpe2, biaq jelas sikit maksud yang nak disampaikan dalam entry nih... =)

perasan tak kalau kita muhasabah diri ni, kita hanya merasakan iman itu, ibadah itu hanya bila kita ditimpa musibah... time2 ginila kita duk cari tikaq sejadah, alqur'an... waktu2 ginila kita merasakan yang tuhan itu ada... astaghfirullah..

sahabat, tuhan itu sentiasa ada bukan hanya di sekian2 waktu.. jangan lah jadi manusia yang tak mengsyukuri diri sendiri.. beribadahlah seperti tuhan itu sentiasa melihat kita.. ingat tuhan semasa tak kiralah bilamana hidup itu baik2 aje, ataupun bila ditimpa masalah..

ibaratnya seperti kita menggunakan agama hanya untuk mengatasi keluh kesah, cabaran dalam hidup.. tak molek gitu kan..

maila renung diri kita ni yang tgh duk senang lenang ni.. sama tak tingginya nilai rasa bertuhan ketika bilamana kita dihadapkan dengan kesusahan? =)

Ramadhan 2012

Bulan ramadhan nak sampai dah.. Yaallah, rindunya nak bertemu dengan bulan yang penuh barakah ni.. Hehe.. Macam rindukan kekasih plak yer dak... Sabo jela..

 Rindu dengan suasana tarawih nya, rindu dengan waktu bangun sahurnya, rindu dengan rakan2 jemaah di suraunya, rindu dengan bazar ramadhan nya! Rindu nak berbuka puasa dengan keluarga :) Masyaallah, besar sungguh ertinya ramadhan buat kita umat islam ni, hehe

 Sungguh, kesibukan bekerja dalam diam tak diam membuatkan kita rasa masa ini kurang dimanfaatkan sepenuhnya untuk mendekati majlis ilmu, rumah allah.. Tu yang membuatkan ramadhan ini sebagai motivasi terbaik untuk mengubah diri menjadi yang lebih baik dari sebelum nya.. Rite?

 Sahabat sekalian, manfaatkan ramadhan yang bakal kita temui ini dengan sepenuhnya.. Anggap seolah-olah inilah ramadhan yang terakhir buat diri kita.. Mana tau jika umur tak panjang..

 * apa pengalaman korang dalam bulan puasa yang susah nak dilupakan? Hehe

reunion d'pangkor... =)

cubaan meng'jepun' kan diri
Alhamdulillah, selamat sudah reunion kali pertama buat kami2 dari dkm nih.. Hehe.. Syukur, segalanya berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah dan dugaan.. Cabaran2 sikit tu adala.. Tapi biasalah.. Mana ada menda yang perfect yer dak? Kan2..

puas pujuk, tak dapat jugak meow2 nih..
Ni ada bawak luka2 kenangan hasil snorkeling buat pertama kali dalam hidup.. Aktiviti snorkeling aka sesi menelan air laut akibat kekurangan pengalaman la katakan..kui3.. Kalau sape yang reti guna mask tu, syokla melayan ikan2 dari dekat2 walaupun tak lah jernih mana pong air kat pangkor tu.. macam che' nih, mask tu dah macam straw duk sedut air laut.. tu tersedak-sedak tu.. =)

photographer terlatih dkm
 Seronok bila masing2 dapat jumpa, menyembag tepi pantai, luangkan masa bersama bersembang perkembangan masing2 dengan student cara student nya, yang keja dengan cara kerjanya.. Apapun, syukur alhamdulillah dikurniakan dengan sahabat sebegini.. Nikmat yang bukan semua orang boleh dapat yer dak? Moga diperkuatkan lagi ikatan persahabatan kami hingga ke akhir hayat, insyaallah..
maaf la kiranya banyak sangat gamba yang diselit dalam entry kali ni sebab bagi che', gamba2 ni pastinya nya akan menjadi sesuatu yang boleh menyebabkan senyuman terukir tiap kali baca entry ni, cewahhh.. hehe



sebenaqnya banyak lagi nak diceritakan sebab terlalu banyak peristiwa yang berlaku..hehe.. tapi biaqlah kami2 yang simpan kenangan itu bersama.. =)



*alhamdulillah, antara nikmat yang besaq dalam hidup kita ini adalah dikurniakan dengan sahabat yang baik.. 

Genting bersama tempoyak =)

alhamdulillah, kembali sesi bersama keluarga, kali ni bukan dekat Jeram, tapi tempat yang lebih cool sikit, Genting Highland..hehe.. err, selalu beraktiviti bersama family, nampak sangat che' ni seorang yang banyak luangkan masa bersama keluarga kan? xpe2.. insyaallah, hujung minggu ni masa untuk bersama member2, reunion di Pangkor pulak.. hehe.. syukur, dikurniakan dengan family dan sahabat yang baik =)

Lamborghini Murcielago =)

ingatkan nak naik genting naik keta ni, sekali boleh bawak 2 orang je.. camne nak bawak family ni, yer dak? hehe.. terpaksa ler bawak persona tu (*sila jangan percaya)..

memang semulajadi minat la tempat tinggi2 ni.. sejuk, nyaman je udara.. kita ni dah biasa sangat hirup udara penuh habuk, kotor2 asap kenderaan.. memang boleh sebab penyakit macam2 ler.. itu yang orang ramai sekarang suka cari tempat2 yang ada hutan2 sikit.. buat tempat tinggal..

Peserta konvoi =)

tu dia, dengan mak sedara and the gang.. mak sedara masak pulak tu.. memang mantop ler! seronok che' sebab mak sedara masak lauk kegemaran.. adusss, sume lauk pulak matching.. hehe.. masak sambal tempoyak, ikan pekasam, ayam golek fuhhh.. memang syiok la lunch kat atas tu ngan udara sejuknya.. layan nya sekali sekala picnic atas ni..

tu dia, anak rimau, warghhhhh !!
abang bukan nak gigit, abang nak cium je.. 


haruslah buat begini sekiranya anda terjumpa baby yang comel.. tq

kalini pegi tak amik pon tiket outdoor.. jalan2 bawak budak2 main2 indoor je.. sempat la acik diorang ni main game superman (flying coaster) dengan akak.. bukan boleh diajak akak tu, memang on je dia.. memang pesen minatkan menda2 camnie.. takdenya dia nak takutnya..
budak cina sebelah ni tetiba je manja dengan che'

time ni dapat la merasa pengalaman pertama kli dalam hidup layan crite dalam wayang 4D.. selalu kita duk dengar dalam 3D kan? haaa, 4D ni lagi best..screen memang 3d, siap kerusi boleh gerak ikut movie tu, pastu ada blower angin dari depan dengan seat, lighting yang superb kiri kanan.. best3..

best sekali sekali piknik camnie.. luangkan masa dengan keluarga sebenaqnya lebih best dari luangkan masa buat menda tak pekdah hujung2 minggu.. masa2 bersama inilah kita boleh merapatkan lagi hubungan dengan sedara mara.. seronok3..




* tak sabaq rasanya ke pangkor pulak ujung minggu ni, reunion3.. yeay !!