aku sehelai sejadah

seperti tajuk di atas ,jelaslah aku adalah sehelai sejadah.. bukanlah sebatang pen ataupun seutas jam tangan atau lain2.. ak dilahirkan di sebuah kilang kain di kedah, betul2 belakang pekan rabu yang diusahakan oleh sepasang pasangan tua yang romantik disemai kasih berpaksikan tuhan dan insyaallah kekal hingga akhir hayat..

aku dieksport ke sebuah bazar di jalan masjid india.. disini aku dipamerkan di sebuah rak berkaca yang setiap harinya dipertontonkan kepada orang yang lalu lalang di sini.. malunya? toksah habaqlah.. malu ya amat2. hanya tuhan je yang tahu.. adalah lebih kurang 3 bulan aku disini sebelum dibeli oleh seorang pemuda yang dalam lingkungan umur 20 an.. namanya adib..

alhamdulillah, aku sangat disayangi oleh tuan aku.. walaupun hanya digunakan setiap kali waktu zohor dan asar sahaja, kerana aku diletakkan di pejabatnya, aku sangat bersyukur kerana terasa keikhlasan dalam dirinya apabila sujud diatas aku..

namun, seperti kisah2 seperti ini yang lainnya, aku ditakdirkan berubah tangan kepada sahabatnya, megat.. ak dibungkus elok2 di dalam kotak, bersempena hari lahirnya..

namun ia tidak seindah yang dibayangkan apabila aku menjadi milik megat.. ak hanya disepuk di belakang pintu, dijadikan alas kaki, dan terkadang aku hanya menjadi sampah di biliknya.. tidak pernah diusik apatah lagi dihargai.. setiap hari, ak hanya menangis mengenang nasib diri..

namun, segalanya berubah di malam tahun baru, betul2 ketika bilamana rakan2 mungkin sebaya dengan megat berseronok menyambut tahun baru bersama dengan pergaulan bebas nya, minuman keras dan pelbagai maksiat yang lain.. ak dikejutkan ditengah malam oleh megat kerana ingin bersolat..ingin BERSOLAT?!! mau tak terkejutnya aku..

dimalam yang dingin itu,aku sebak apabila megat menitiskan airmata diatasku di dalam sujudnya.. dalam sayup kedengaran bunyi kipas dan kesejukan malam, ak mendengar megat berdoa ke hadrat Allah s.w.t untuk mendoakan kesejahteraan teman nya Adib yang baru meninggal dunia akibat kanser.. subhanaallah.. ak berharap megat bakal berubah agar aku kembali dimanfaatkan untuk tahun baru ini.. insyaallah.. =)

ajal.

semalam berita tak berapa best dapat.. sahabat seperjuangan, sama sekolah, rakan pengawas sekolah dan asrama, rakan sama2 moto, pergi meninggalkan dunia buat selamanya.. sedih sangat rasa bila arwah firdaus meninggal dunia akibat kemalangan motorsikal dalam perjalanan balik dari cameron highland..

ajal? sesuatu yang sangat tidak dapat dijangkakan kan.. tak kira masa, umor ataupun cara kita meninggalkan dunia ni.. kan? nak bersedia sentiasa tu penting.. sentiasa ingatkan mati... fuhhh.. bersedia ke nih kalau ditakdirkan kejap lagi kita mati??

kalau hari ni tidur, bangun tau2 sampai paris, mesti kejutan budaya kan? kalau tido,bangun2 tau2 ada dalam alam barzakh? fuhhh.. sentap..

menikah, sesuatu yang menyusahkan?

alhamdulillah..segalanya dalam hidup kini nampak lebih teratur..syukur pada Allah s.w.t.

lama rasanya tak dapat belek2 blog ni..ntahler.. masa pun betul2 rasa makin terisi.. mungkin saja jela meleraikan diri daripada internet.. hang ingat senang? =) cuba ler.. susah woo. diam tak diam, rasa terikat dengan dunia internet kan.. nasihat cheq, cubalah kawal rasa untuk sentiasa online tu.. dapatkan kehidupan yang realiti kat luaq sana.. macam biasalah.. apa jua dalam hidup kita ini hendaklah dikawal.. jangan berlebihan, kan?

hurm.. semalam, jiran wat kenduri, kenduri kawen.. umoq pengantin pon sebaya dengan cheq.. x sangka, kawen dah beliau.. mungkin jodohnya sampai dulu.. alhamdulillah.. bukan senang nak tengok lelaki yang berkahwin awal ni kan? sebab apa, cheq pon tak pasti..

apa yang cheq pasti, jika ada yang berkenan, eloklah dipercepatkan urusan pernikahan itu.. jangan bertangguh sebab yela.. bila dah terlalu kerap bersama dalam keadaan masih belum sah, banyaklah bisikan2 yang timbul.. elok niat nk menikah, tup2 terus tak jadi.. atas sebab orang ketiga ke, rasa bosan ke, dan macam2 lagil..

menikah ni perkara yang elok cuma mungkin adat dan penambahan istiadat yang asalnya dari mana, membuatkan pernikahan itu terasa sangat susah untuk dijangkau.. betul kan? bersabarlah.. kita ok je, cuma orang tua yang mendesak.. memang kena ada win2 situation.. oran tua tak terasa, dan diri sendiri tak terhimpit dengan masalah kewangan..

err..apa motif cerita topik gini ni?haha

tips memandu kereta

dah berapa hari x update blog, keluar topik gini..haha..sabo jela.. tapi tetiba nak bagi cadangan cheq pada pemandu2 kat luar sana..

antara yang berbahaya bila bawak kereta ni, cheq point out mana yang penting ya..
  1. blind spot.. ini kenapa kita tak boleh bergantung harapan(cewahh,dramatis) pada cermin sisi 100%..amat berbahaya, terutama nya bila ada kenderaan betul2 bersebelahan dengan kereta kita..kereta mungkin kita boleh jenguk kat tepi,nampak..tapi motorsikal, kebiasaan nya akan miss..
  2. yang kuning tu, bukan blindspot.
  3. teragak-agak.. boleh jadi bila memula bawak kereta ya.. bila mula bawak kereta, kita masih belum boleh meng'agak' keadaan sekeliling kereta.. jarak kereta dengan kenderaan di sekeliling..haa..ini bahaya!
tips seposen dari cheq..
  1. biasakan diri dengan memandu kereta dengan kekerapan yang lebih.. kalau rasa kurang yakin, bawakla abang ke,abah ke duk kat sebelah.. biasakan diri dengan mengenali kereta yang kita bawak.. time nih, bawak dalam taman pelan2 pon takpe.. nak bagi biasakan diri dulu..
  2. jangan rasa cemas bila menghadapi kecemasan ketika memandu.. rileks..bila memandu, bila kita cemas sebenaqnya x membantu apa pon.. kadang2 situasi akan jadi lebih merbahaya..
  3. kalau blind spot tu, cuba beli cermin tambahan tu, lekat kat side mirror.. boleh la nampak kenderaan kat tepi.. jangan pening sudahlah..hehe.. banyak sangat cermin yang nak ditengokkan..
  4. baca doa sebelum naik kenderaan. paling penting antara semua..
bukan panjang pun kan?hafal kejap je (^_^)
oklah..sekadar dari pengalaman cheq dalam memandu kereta..tak lama pon.. baru 4 tahun tapi hampir tetiap hari juga la bawak kereta sejak dapat lesen.. seb baik sekarang bawak moto je.. hehe.. ada soklan?