tukar baju..

lama rasanya blog ni bertahan dengan imej kaler kuning tu kan?rasanya adalah dekat setahun jugakla kalau x silap.. lama2 tengok, uisy.. bosan pulak rasanya.. waktu tu, betul2 edit template tu sendiri.. download template dari laman web perancis mana ntah, pastu teruih edit ikut try and error..

kali ni, minta tolong orang lain pulak ler.. adik azza namanya.. baru je kenal tadi.. minta tolong dier je editkan blog ni. simple tak?hehe.. macam cheq sendiri, bukan nya nak apa sangat.. janji blog laju, tak berat dengan widget yang macam2.. kali ni, header pon xder.. nak bagi cepat masa load blog..

jadi, entry kali ni saje jela nak bertanya ngan sahabat.. kot2 apa yang perlu ditambah ke kat blog cheq ni, terlalu simple sangat ke dansegala pandangan amatlah dihargai,cewahhh..hehe.. btw, kot2 hangpa nak edit full blog dengan harga yang sangat2 berpatutan.. klik la fb adik azza kita nih.. insyaallah.. x kecewa punya..hehe..

menyingkap usia 22 tahun

tahun ni bagi cheq terasa begitu istimewa sekali.. mungkin pertama kali dalam hidup cheq, tarikh lahir 27 november jatuh bersamaan dengan 1 muharram 1433 hijrah.. alhamdulillah.. masih dikurniakan nafas utk terus berada dalam dunia yang penuh dengan berbagai ujian ni..

subhanallah..cheq x mengharapkan apa2 pun hadiah atau apa sekalipun ganjaran.. cukuplah sekadar doa dan ucapan yang bermanfaat.. tahun ni cukupla umur cheq,22 tahun.. terasa kerdil sangat diri ni bila muhasabah diri sendiri.. adakah menjadi lebih baik dari tahun yang sudah2.. ataupun masih di takuk yang lama..

cheq berazam untuk memperbaiki diri sendiri untuk tahun ini.. insyaallah.. doa2 kan lah ya sahabat.. haa..alang2 ni pada sesiapa yang membaca entry kali ni, cheq nak amik kesempatan untuk memohon ampun dan maaf jika ada selama ni pernah tersalah bicara, menyakitkan hati dan jika ada dendam2 lama pada hangpa semua.. itu hadiah terbaik yang boleh cheq harapkan..

akhir kata.. di awal tahun ni.. azamkan diri kita untuk menjadi yang lebih baik.. moga kita mendapat redha allah s.w.t dan moga dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.. Assalamualaikum w.b.t

*mendapat nasihat dari seorg sahabat yang betul2 menganggu fikiran dua tiga hari ini.. 'ko iz, kalau nak hilangkan kesunyian dan ruang kosong dalam hidup ko, carilah bakal zaujah ko,istikharahlah'.. erkkk..

korean drama

x kisahla apa tanggapan kamu2 semua terhadap drama korea..tapi bagi cheq, ada sesuatu yang ada pada drama2 korea yang menyebabkan cheq terlalu meminatinya.. malah cheq mengakui ianya adalah sebahagian daripada sesuatu yang membentuk peribadi cheq selama ini...

oh..begitu telus betul intro kat atas...haha..bukan hape...dah biasa dengan tanggapan bahawa lelaki tidak perlu untuk menonton drama sebegini..err...memang selalu kena senyum2 sinis dengan kawan serumah dulu and kakak sendiri..hehe..namun pernah tak korang terfikir..apa nilainya yang ada dalam drama2 korea? fuhh..

dalam hidup cheq sendiri, hanya pernah menonton 2 drama korea je.. full house dan sassy girl(baru habis tengok semalam).. kesan nya..hurm..yang pernah tengok je boleh ceritakan.. kan2?ok,sep sikit...haha

riso pulak nak tengok drama yang lain.. ingat lepas ni nak tengok winter sonata..ataupon ada yang lagi best?ntah ler... baru je mendaftar kan diri dalam geng2 cerita korea..

ada sesuatu pada watak ni,wat cheq terasa..
tapi, iyela..dalam apa jua sekali pon..hendaklah beserdehana okay?  jangan berlebih-lebih.. mana nilai yang baik, ambil lah.. yang buruk2 tu, tinggal lah.. satu yang miss nya dengan drama2 ni, walau ia kuat dengan nilai2 sesebuah hubungan, tetapi tetap diorang dengan gaya hidup diorang yang x sama dengan nilai hidup kita sebagai orang melayu dan islam.. hehe..

btw,tengok drama korea xkan menjadikan korang sebagai seorang yang lembut dan lembik.. tetapi mungkin korang akan belajar untuk merendahkan ego dan keras hati terhadap pasangan masing2..

muzik dan perasaan =) fuhh!


sesuatu itu ada ketikanya perlu diabadikan agar tersimpan kekal dalam ingatan..
agar sentiasa berada dekat dengan hati..
agar sentiasa menjadi penawar dikala hati berada dalam keadaan yang resah gelisah..
lemas dalam permasalahan dan dugaan yang dihadapi.. 
muzik..muzik adalah satu cara untuk menunjukkan emosi yang terpendam..
dalam lagu ini, rasa terbuai dengan indahnya melodi..
seolah mempunyai cerita nya sendiri.. 
inilah manusia.. 
tidak dapat lari dari hiburan.. 

cerita pasal pendam..baru cheq perasan..salah satu dari beribu lagi kekurangan cheq adalah cheq selalu memendam segalanya..apa jua yang berlaku, suka ke x suke ke.,sedih ke gembira ke..semuanya dipendam.. cheq x lah seselesa orang lain dalam mengadu masalah.. berkongsi segalanya..

hurm..masalah kan? sedaq ini adalah satu kekurangan.. cuma macam mana cara nak atasi perkara gini..yup..memang iz akui, kalau menjadi pendengar untuk orang lain, memang boleh aja..malah sangat suka sebenaqnya dengar masalah ni..berkongsi pendapat..tapi bila melibatkan diri cheq sendiri..hampeh..hehe

err, ada cadangan x macam mana nak atasi masalah cheq ni.. pada yang sudi berkongsi, cheq hargai sangat2.. =)

klia, Izzad ke Portugal

semalam cheq bersama dengan comel ke KLIA.. buat apa? alhamdulillah..salah sorang sahabat kami dari bebudak dkm p praktikal di Portugal.. waaa... sebagai sahabat, haruslah rasa gembira dan excited itu dikongsi bersama, yer dak?hehe


fuhh.. x sangka mamat ni boleh pulak praktikal kat tempat yang boleh tahan jauhnya..haha..kalau perlis ke, pahang ke boleh la gak terima..sekali ambik.. portugal teruih.. dah la p sorang2 je... ini baru betul merantau..kui3..merantau warrior betul p kat negara orang, betul2 berharap pada diri sendiri je.. nak harap sape lagi kat sana kan?

lambaian terakhir..kui3
takpela ijad.. moga hang dapat pengalaman baru kat sana.. berhijrah ni memang satu perkara yang baik..dapat kenal negara orang, jauh perjalanan luas pengalaman..kan2? err..time kami berempat (cheq,comel,edan ngan lehud) antaq tu.. macam2 nasihat dibagi terutamanya si Lehud tuh.. kemain nasihat..tapi baguih la apa yang dinasihatkan.. moga jadi peringatan bila kat sana nanti ijad..bukan lama pon kan? 6 bulan je kat portugal tuh..

tapi x pe ijad.. agak2 kalau ko sesat ke kat sana.. panggil lah tv3 ke, pemuda umno ke nak antaq ko balik malaysia..haha.. no hal nya lah..

kemain makan lagi depa nih..haha
btw, ak bangga ngan ko ijad.. moga terus sukses dekat sana yoo.. ingat nasihat lehud tu..jangan lupo.. k,bai..

puisi hanyut

hari ni, hujan itu turun lagi...
beza nya dengan yang lepas2, ia seakan terlalu lebat untuk diharungi..
mengapakah kebasahan ini begitu meresahkan?
perlukan menunggu matahari timbul, dikala segalanya seakan pudar di litupi awan tebal..
penat..penat untuk aku harungi semua ini.
terkadang rasa putus asa itu lebih hampir dari berusaha.
namun, sihat akalku masih merasakan putus asa itu sia-sia..
jangan lah aku hanyut,
jangan lah aku tewas dengan dugaan ini..
sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui apa yang lebih baik untuk diri aku..
tabah dan sabar jalan utamanya, sinar yang dicari..insyaallah..


*err.. cheq x pernah tau apa itu seni..
apa yang cheq pasti, dalam setiap seni apa sekalipon,
ia perlu ditafsirkan oleh akal yang sihat dan hati yg celik..cewahhh..hehe (^_^)