mendekati dunia seorang rider

errrr,rider ok..bukan rempit.. not my style..cewahh.. hehe..dekat jalanan ni, memang ada yang cuba menjadi seorang rider yang ok, dan seorang rempit yang x ok.. perkara jelas dan nyata.. pilihla mana nak yer wahai sahabat bila bermotosikal ni..

hurm..saja cheq buat entry ini untuk kot2 ada antara pembaca yang nak tau serba sedikit tentang apa yang perlu kita ada (x kira apa sahaja jenis moto dan cc) bila menunggang motosikal di jalanan tak kiralah nak p kerja ke, konvoi ka..sama je.. aspek keselamatan jangan diabaikan wooo.. sekadar peringatan utk sahabat.. =)

jaket ni best sikit..selain warna dier yg agak menyerlah..dia siap dengan pad perlindungan untuk siku, bahu ngan tulang belakang..(abaikan mickey mouse tersebut)

 ini la pad yang dimaksudkan.. penting ni menda2 alah ni dimasukkan kat jaket atas tuh..

 errr, ni yang terpenting kot..fullface helmet.. fullface yang berkualiti skrg ni pon harga tak mahal sangat..apa salah nya keluarkan budget lebih sikit utk keselamatan sendiri jugak kan?hehe

 sarung tangan.. kalau nak beli tuh, perkara paling penting, saiz..tak terlalu besaq, tak terlalu kecik..menda ni kalau pakai ari2, boleh kembang.. elok time beli, ambil saiz yang agak ketat sikit..

 kasut.. tak kira lah jenama apa pon..yang penting kaki tu bertutup la...x mo tersangkut kat gear atau pon brek bila tak pakai kasut nih.. macam kasut ni ler..cheq boleh bantai pakai kasut badminton..haha

 extra info.. rantai moto pon kena la selalu dijaga..tambah kalau duk bawak hari..penjagaan rantai yang baik sebenaqnya boleh memanjangkan jangka hayat rantai yang digunakan..

 moto.. kalau rajin basuh ler..baru kilat...haha..

dalam apa jua situasi bila kita mengendalikan kenderaan.. asek keselamatan jangan lah sekali-kali diabaikan.. bukan susah pon..cuma kena biasakan diri jela untuk mendisiplinkan diri..kan?

ada sebab mengapa cheq letak single seater@seat cowl tu..kui3..  

single hingga akhir hayat?


err..selalu cheq menulis didalam blog ni topik2 yang membicarakan tentang perasaan, hubungan dan menda2 yang berkisar topik2 gini.. siap ada terima soalan kadang2 kat chat fb tuh bila ada yang bermasalah dengan pasangan masing2.. tapi bila duk ujan2 gini.. terdetik bahawa yang cheq duk nasihat orang, dalam masa yang sama cheq sendiri dalam dilema masalah yang sama..

cheq nak clear kan disini, sebagai satu akuan yang ikhlas.. cheq sendiri bukan lah seorang yang bagus dalam soal hubungan bila dikaitkan dengan wanita.. cheq juga kadang2 merasakan segala apa pengalaman bersama dengan wanita sejak dari bangku sekolah sehinggalah ke hari ini, berjayakah hubungan yang pernah cheq lalui??

cheq x nak tipu diri sendiri.. setiap kali cheq mencuba untuk mendekati wanita@mungkin ingin menjalinkan hubungan lebih dari sekadar teman biasa.. fitrah cheq sendiri yang menghalang perkara ini dari berlaku.. maksudnya? tak pernah cheq menganggap hubungan utk wanita yang bersama dan rapat sebagai lebih dari teman biasa..

masanya mungkin akan tiba untuk lebih serius dalam hubungan bila cheq telah bersedia untuk mendekatkan diri dengan si 'dia' dengan teruih ke mak ayah si'dia'.. buat masa ini, terus terang, cheq tak akan cuba untuk memberi harapan pada sesiapa sekali pon..(moga dikuatkan prinsip cheq ini, insyaallah)..

* single? jangan risau.. Percaya dengan janji Allah s.w.t , jodoh akan hadir..insyaallah..
err, lama xdengar lagu ni..besh!

persamaan kucing dengan wanita

selain dari mak, ayah, keluarga dan member2, cheq hanya sayang kucing cheq... dan kalau jadi apa2 kat beliau..cheq rasa macam serba x kena je..

dua tiga hari ni beliau buat perangai ler pulak..x nak makan,minum nak pulak..tengok perut makin mengurus pulak tuh..bila kita duk slalu dukung dier, berat dier kalau berkurang..mesti terperasan punya la.. sedih woo, kalau si vico ni sakit.. riso toksah habaqla.. hurm.. sian bila beliau x lalu makan..

malam ni beliau duk terbaring je kat tepi lantai ni haa.. sian tengok.. hurm..nak tak nak start jugakla moto tu p econsave..hujan tak hujan,tak kira..redah jugak la.. p beli whiskas yang basah tuh.. selalu kalau beli yang whiskas basah perasa salmon+tuna laju je melahap budak nih..time bayar macam aneh pon ada..baju basah2 datang, beli makanan kucing je?ek eleh..haha

alhamdulillah...balik je..habis jugak lah sepeket tuna tuh..hurm..baru rasa senang bila beliau nak jugak makan.. ingat sakit tekak kot..ke memilih sangat makan nih..kucing ni macam perempuan.. tak boleh diturutkan sangat semua kehendak diorg..kui3..lagi satu persamaan wanita dengan kucing..mereka ni suka sangat diberikan perhatian bila sakit, rasa susah dan kalau boleh hendak sentiasa diberikan perhatian ler senang crite..kui3.. betul ke? eh..ke salah..hehe..memandai je iz ni.. =)




* kenapa ada yang takut dengan binatang yang bernama kucing ni ya..dahla jinak.. x cakar punya.. ceciter.. ceciter.. (^_^)

wanita sukar menerima perpisahan?

ok..bayangkan situasi macam ni..korg ada seorg teman yang baru je kehilangan tunang tersayang akibat kemalangan yg mana ikut plan nya, hujung tahun ni cadang nak menikah nya.. Sebagai teman yg rapat, rasa sedih tu dikongsi bersama.. Ngah bersendirian, terhasil tulisan dimana cadangnya nak beri pada teman tersebut sebagai motivasi dan semangat hidup.. Tapi rasa serba salah takut akan lebih menyedihkan teman tersebut..apa pandangan korg.. Nak bg ke x?? Hurm..

ok..ni status cheq kat fb aritu.. ada la yang memberi pendapat masing2..alhamdulillah..bincang punya bincang, iz pon bagila puisi yang iz tulis kat kawan iz tuh.. macam yang disangkakan dier boleh menerima nya..hurm..terbukti kalau lelaki yang kehilangan seseorang yang dier sayang, dier masih boleh rasional dan berfikir dengan waras..cuba kalau wanita.. iz pasti,memang sukar untuk menerima dan makan masa yang sangat lama untuk mengubat rasa kehilangan tersebut..kan?ke salah??hehe..

err..iz kongsikan disini ya..macam puisi ke macam sajak, x pastila..yang pastinya, masa iz menulis ni, seolah-olah tangan ni berjalan tanpa berfikir dan macam iz meletakkan iz sendiri dalam situasi kawan iz tuh.. jemput baca yer!

seputih salju suci,
membujur kaku,
menggamitkan kenangan,
di persada waktu,

kala janjiku yang ku buktikan,
di jari manismu tanda ikatan,
kau dan aku disatukan,
bermulalah impian bersama.

bermesra dan bermanja antara kita,
ku harap selamanya dalam ceria,
terpegun aku kini tiada,
suara manjamu menusuk jiwa,
engkau yang pergi tiada kembali,
menemuiNya oh disana.

meronta kini hatiku tanpamu,
berderai impian berkecai,

ku pergi ke pusaramu,
menyedarkan aku,
kita hanya insan tiada yang kekal.

*maafla..lama x online.. modem rosak =(..
ni baru pasang internet balik..ambil unifi..alhamdulillah..