lelaki hanya perlukan seseorang yang...

ada bezanya diantara mereka yang mencari jodoh dengan hanya mencari dari rupa paras wajah yang menawan...betul,terutamanya pada pihak lelaki..dari mata turun ke hati memang tak dapat lari dari konteks pencarian jodoh yang dikehendaki..

sebab inilah yang mengakibatkan seseorang itu tertipu dengan cantik ayu nya wajah seorang wanita..dibalik kecantikan itu sendiri belum mencerminkan peribadi seseorang wanita itu yang sebenarnya..mugkin jadi,kecantikan itu hanya satu topeng pada peribadi yang cukup hampeh..hehe

tak tahu sejauh mana kebenaran yang mengatakan kecantikan ataupun kekacakan seseorang boleh mengurangkan tahap kesetiaan..ntah la..soal ini,kena lah tanya tuan badan yang berupa kacak,dan cantik2 kat luaq sana.. ada benarnya..ntah la..mungkin soal mencari ganti tak pernah menjadi masalah pada diorg ni kot...kan??



tapi kecantikan terdiri dari mata yang memandangnya..hang tengok huduh,kalau cheq tengok cantik,nak buat camne...kat sini,boleh kot apply kata'segalanya dari perspektifku'??oh kena pula tagline kat atas..haha..saja je la update spontan malam ni..ada apa2 nak kumin2??hehe..silalah!!

konvoi p makan durian

alhamdulillah..baru je balik ikut konvoi p makan durian sepuas-puasnya kat mana ntah..jenderam kot..tak pasti...tapi yang pastinya, memang syokla ikut diorg ni..best woo..pengalaman baru la katakan..tapi itula pasalnya...kekok betul..x kenal sape pon..sorang pon x kenal..main ikut je konvoi nih.. seb baik jumpa petronas LLM tu cepat..kalau x ,kena tinggal la jawapnya..hehe..


ada la dalam 15 min kumpul kat situ (x tau yang lain tunggu brape lama) sebab iz datang lambat..haha..pastu terus gerak..tak ingat la brape biji semua yang pegi..tapi agak ramai juga la..tapi ok apa...sorang rm10 je, pastu makan la durian tu sampai lebam..haha..sabo jela..


tengok moto diorang ni..macam2 design ada,kan?hehe..tergoda juga tengok moto orang lawa2 ni..tapi moto Iz?standard gaban tuh..tuh baru design..belum cerita bab bunyi pom3..macam2 jenis ekjos ada.. macam terachun pon ada nih,nak tukar ekjos..tapi xpe..sabo2..tunggu warranty abis dulu.lagi pon,alang2 nak tuko, baik amik yoshi je kan?hehe..baru best bunyinya...


tengok2..banyak tu durian..ni panas badan toksah cakapla...malam ni, ntah camne la nak tido agaknya?hehe..air cap badak pon x lut dah ni rasanya..hehe.. balik makan durian tadi, singgah tengok bola pulak kat restoran Perantau Hill..ada sape2 duk bangi?mesti tau tempat ni..lawa tuh tempatnya..elok lah bawak anak bini makan kat sini skali skala..tempat dier special bangat..

tapi boleh dikatakan yang otai2 rider ni kebanyakan nya tersangat la peramah, dan x kedekut kongsi ilmu terutamanya dalam bidang permotoran..tapi kalau ikutkan,dapat ikut diorg waktu balik tadi pun dah kira ilmu gak tuh..cara cornering,memang ala2 professional betul lah..insyaallah..jika berkelapangan,leh join lagi konvoi2 camnie..hehe..

ada sapa2 minat nak join pakai Kawasaki?

bersih??kotor??adilkah.

ok,hangat betul isu BERSIH ni..kan?sampai tak terlayan dengan prinsip masing2 tentang BERSIH..semua maukan pendapatnya sahaja yang diterima..tetapi perasan tak..apa yang rakyat aka iZ sendiri mahukan daripada BERSIH itu sendiri??

iz bencikan dengan suasana politik sekarang..jujur iz katakan, iz setuju tiada siapa yang boleh berlaku adil seratus peratus..tapi siapa yang kata rakyat mencari keadilan sepenuhnya..mungkin kesilapan manusia,kekurangan manusia..ada lopong sana sini dalam memerintah..tetapi tidaklah sehingga membenarkan perkara yang salah..

apa penting nya menyebarkan klip video seks?? apa perlunya menentang hukum hudud?? apa kelebihan nya menguasai media secara total??

sikit je tuh?bagi iz, yang paling penting, kemungkaran itu jelas.. yang jelas, jika ada fitnah berleluasa, cubalah bertindak dengan cara yang baik.. berhimpun secara aman!! salahkah?? xnak menjadi rakyat yang jika disuruh duduk,duduk..suruh berdiri, berdiri.. penting untuk rakyat mendapatkan hak mereka.. jangan fikir kita nih.. fikir masa depan bakal anak2 kita yo...peaceeee!!!

* bila baca puisi peludah warna dari A. Samad Said, sedih pulak rasa orang yang menentang habis2san BERSIH ini.. nak baca?silalah google..hehe

kontroversi tahajjud cinta

amboi2..tahajjud cinta ni..kemain lagi..awak saya,awak saya..hehe..gitu pun boleh ya??macam cinta budak2 sekolah je..cewahhh..haha..siap boleh berdua-dua,jalan sama2, ntah ler...sapelah agaknya pengarah dia ni..

tapi ikutkan,style juga tengok Fazura cakap arab.. kan manis kalau gitu..tutup muka,berpurdah..nampak mata je tapi dari mata,pancaran mata tu boleh mempersonakan...hanya kerana mata...sebab itulah kalau nak ikutkan, lelaki mana yang mahukan wanita yang ingin dijadikan isteri dedah sana sini..lebih tertutup, lebih besaq la kemungkinan untuk mendapat kan lelaki yang soleh..insyaallah..

agak2 tahajjud cinta ni leh lawan tak rating filem nurkasih?? kalau kena caranya, jaga adabnya, jalan cerita unik,mungkin boleh..tapi kalau cerita tahajjud cinta macam cerita cinta bebudak U, hurm..susah sikitla bagi iz..kena ada kelainan..setakat ni iz layankan aje.. kalau start merapu gaban jalan cerita dier, ok..fullstop..layan lagu lagi best..hehe..

maaf sangat2.. iz nak bagi hadiah kat korang!!

adusss..iz betul2 minta maaf sebab tangguhkan hadiah utk giveaway nih..hehe..bajet terlari ke arah yang x disangka-sangka..p sarawak haritu..maaf yer..so,entry kali ni iz nak make sure korang dapat topup Rm 5 setiap sorang ngan hadiah buku yang iz janjikan tu ya..

antara yang join,kalau kot2 korang dah lupa..jap iz senaraikan balik...ada yang x disenaraikan?silalah buat aduan ke aduan rakyat facebook iz yer..hihi..

  1. http://iniblogakuyangpunya.blogspot.com/2011/05/first-gaji-giveaway-untuk-sahabat.html
  2. http://www.herstoriie.com/2011/05/first-gaji-untuk-sahabat.html
  3. http://vanillasynus.blogspot.com/2011/05/giveaway-cintailmu89-by-iz.html
  4. http://dunia-blog-leen.blogspot.com/2011/05/l3en-aka-efa-give-away-cintailmu-iz.html
  5. http://pearl-jade86.blogspot.com/2011/05/first-gaji-giveaway-untuk-korang.html
  6. http://bingkisancintaku.blogspot.com/2011/05/saya-joinfirst-gajigiveaway-utk-korg.html
  7. http://kampung-kameq.blogspot.com/2011/05/ga-dari-iz.html
  8. http://kueziya.blogspot.com/2011/05/ok-aku-baru-saja-jadi-follower-beliau.html
  9. http://qasehsaifudin.blogspot.com/2011/05/give-away-untuk-korang-sahabat-by-iz.html
  10. http://luvliyanaluv.blogspot.com/2011/05/giveaway-cintailmu89-iz-gaji-pertamanya.html
  11. http://intanberliangacontest.blogspot.com/2011/05/first-gajigiveaway-utk-korg-sahabat.html
  12. http://aiedasyid.blogspot.com/2011/05/1st-gaji-giveaway-untuk-sahabat.html



ok2.. pada mana2 yang link dier kaler merah tu,iz nak alamat korang yer??kalau boleh sebelum 5 July 2011.. untuk proses penghantaran buku..tajuk?hehe..rahsia dan setiap seorang berbeza-beza..xkan sama punyo..dan pada  yang lain,silalah inbox no fon untuk di-topup-kan sebanyak RM5 sahaja(secepat mungkin-sebab nak topupkan sume skali minggu depan.senin nih)..hehe..nak kasi lebih,al maklumlah.itu je yang termampu..oklah..apa2,sila lah berhubung dengan iz di facebook yer? Assalamualaikum..