terkenal,seronok,dahagakan pujian..apakah??

ho yeah..berpeluang jugak curi masa utk wat entry baru..lama dah pendam tajuk ni..simpan sikit,wat kajian,pemerhatian tgk suasana sekeliling..hehe..sedaq x sedaq,ntah2 kita sendiri dah berjangkit ngan penyakit ni..mana la tau..kan2?hurm..sebab tu la iz tulis kt sini..sebagai peringatan utk iz sendiri..wat kongsi2 pendapat ngan follower kat sini..jika sudi,berilah pedapat korang juga..boleh ke?hehe..

tibe2 je rasa nak buka topik cenggini..isu sensitif?tolak tepi sat..sekadar dari perspekif pandangan iz..pendapat masing2 x sama punya..iz pon x harap pandangan ini diterima bulat2 ..kita ni kan,bila fikir2 balik,terlalu lah pentingkan nama..suka utk dikenali..ketagih untuk sentiasa dipuji..amboi hang,seronok yer kalau puji2 dari komen2 kan..itula terkadang sampai membuat entry yang bukan2 hanya utk menarik perhatian..apakah?elok ke tabiat cenggini..sama2 la renung balik diri..

iz tengok gelagat orang sekeliling..diam kan diri..tengokkan budaya mereka ini yang suke menghebahkan kehebatan diri..seronok sangat bila dipuji,bgtau lagi orang ramai.oh,ak dipuji,miliki segala-galanya..sampai bila perhatikan diri sendiri dihanyutkan dengan seronoknya dipuji..apabila ditegur dan dikutuk,waa..kemain melatahnya..apa yang dapat bila dipuji ini..

bagi iz sendiri,kutukan dan kritikan itula sebenarnya iz harapkan...agar iz sedar kelemahan diri dan boleh perbaiki diri..dalam konteks mencari satu hubungan yang baik dan jujur juga,iz x harap jika dier menerima segala-galanya mengenai iz..iz suka jika seseorang teman itu mampu utk menegur iz jika iz melakukan kesilapan..pujian??x kemana..mungkin cukup sekadarnya..x perlu melebih-lebih..takut jika terlalu kemaruk dengan pujian2 ini, kita akan menjadi terlalu syok sendiri dan membangga diri mungkin??

sini ingin iz pesan dan nasihat untuk diri iz dan kalian sahabat iz yang tersayang..puji2 an itu hanya melekakan..apa guna seronok mendengar yang baik2 sahaja..yer,seronok kalau segala apa hasil tulisan kita, di iyakan oleh teman blogger sekalian nya..tapi apa nilainya entry kita itu sendiri??bukalah sedikit ruang untuk diri sendiri menerima teguran dan kritikan..ambil yang positif2 sahaja..okay?chill!!

*suke dengaq lagu rock skrg..ada cadangan lagu best2?

Vlog pertama iZ!!

x sangka..huhu..korg jangan sedih pulak tengok video ni..yer?


ini cerita saya 
(tggu jap tau..loading dier lambt sikit,hehe)

karya ni utk kwn gua,bukan gua..



aku merindukanmu,
ketika aku tahu kau telah jauh berlalu,
aku mencari bayanganmu,
ketika malam tak menampakkan wajahmu,
aku memanggil namamu di antara gelapnya malam,
kulukis wajahmu diatas senja,
ku ingin kau tahu rasa yang ada,
terhenyak aku dalam lamunan nan jauh membayang kehadiranmu.

setiap kata yg terucap dari bibirku hanya untukmu,,ku ucapkan kata yg indah untukmu bagai sekuntum jasmin yg kupetik dari taman syurga

haha..layan lagu lama2 best gak..


*makin membenci rasa cinta dari hari ke hari. susah sangat nak percaya pada cinta.

apa kata korang terhadap kereta tempatan?

hurm,arini pulak nak bincang pasal apa ya?teringin pulak nak mengulas mengenai industri automotif negara kita ni,..boleh kan?boleh la yer..hurm,sebelum tu,mengenai isu rokok yang ramai sangat duk ulas tu,cheq x mo cakap banyakla..isu ini jelas dan memang x perlu dipersoalkan lagi..jelas rokok itu haram dan memudaratkan,toksahla merokok yer sahabat..apa guna buang duit beli rokok,sebab merokok ni dah x relevan dengan zaman..harga mahal dan bukan menunjukkan kemachoan lagi dah..tinggalkan sikit2 merokok..tinggal terus kan mudaharat pulak..

errr,lari topik ke ni?eh,terlari pula..hehe,maaf..cheq sebenarnya nak bincang mengenai industri automotif negara kita ni..setuju x jika iz cakap yang industri automotif ini sebenarnya menunggu masa untuk jatuh ataupun sebenarnya tidak mempunyai daya saing jika nak dibandingkan dengan industri automotif luar..jenama2 kukuh dari luar bukan lah kerana sebab kosong..mereka naik kerana kesungguhan dan kualiti yang tidak boleh dipersoalkan lagi..kepuasan pembeli menjadi manfaat utama pembuatan kereta mereka..



maaf cakap, keluarga iz sendiri bukanlah mampu untuk membeli kereta merc,honda,toyota dan yg sewaktu dengan nya..dari kecil iz membesar dengan kereta jenama nasional..dari iswara hinggalah sekarang ini persona..yang duk guna,duk bawak pun kereta ni,iz jela pun..dalam isu ini,tolak ketepi sikap patriotik dan lain2..ok dude,kita mengeluarkan duit untuk membeli kereta,kereta itu mestilah sesuai dengan harga yang kita bayar..betul kan?kita bincang secara telus isu ini..

ni mesti ada yang cakap,ala bro~~toyota pun kualiti bukan nya bagus..panggil balik abis kereta prius diorg..hurm,iz memandang isu penarikan kereta ni dari skop yang berbeza..mengapa perlu toyota mengeluarkan duit yang banyak(menampung kerugian) untuk menarik kesemua kereta tersebut dari pasaran,hanya kerana aduan pengguna?ini kerana mereka nak pengguna mendapatkan apa yang perlu mereka dapat dari harga yang mereka bayar untuk kereta toyota..kualiti dan kepuasan pengguna menjadi keutamaan mereka..kos bukan halangan,tul,kan?

tengokkan industri automotif negara kita,aduan dah x larat dah..sikit pun tak pernah diambil kisah..mana letak kualiti?mana letak kepuasan pengguna?generasi muda dah masak dengan isu ini..kami dibesarkan dengan imej yang buruk terhadap industri automotif negara sendiri..imej yang buruk ini sukar utk dikikis..perlu diingat,kita bukan hanya mahu syok sendiri dengan produk sendiri..risau jika pasaran kereta negara dibuka pada luar negara,jenama luar masuk tanpa cukai,apakah akan ada lagi dari generasi kami akan menyokong industri permotoran nasional?bahaya kan..

jadi apa yang perlu,ambil langkah yang perlu,bina balik imej yang baik pada produk tempatan ini,selain dari promosi..atasi permasalahan kualiti,penjimatan minyak,after sale service,untuk membolehkan industri permotoran malaysia terus bernafas untuk bersaing dengan jenama luar..jangan sampai kami generasi pelapis ini lebih rela pakai kereta jenama luar 2nd hand sekali pun dari membeli kereta nasional yang baru..pilihan di tangan pengguna..cukuplah kami bersabar dan bersikap patriotik selama ini..iz cakap dan luah perkara ini bukan kerana mahu tengok industri nasional kita jatuh,tapi kerana mahu industri kita ini berdaya maju dan mampu bersaing..kalau korang nak dengar kata2 pengkipas industri automotif nasional yang menulis pelbagai perkara baik sahaja, jatuhla industri kita ini..(gua sayang produk tempatan)..

bila bicara mengenai cinta

aduss..iz benar2 x faham dengan sifat wanita..yer,iz akui,iz memang ada perangai buruk,dulu memang suka mainkan perasaan wanita..tapi itu semua dulu,bila zaman kita masih x matang dan zaman sekolah,faham jela,zaman bilamana semua nak cuba,sikap terlalu kuat sifat ingin tahunya..waktu nila baru nak belajar mengenali kehidupan..

tapi pengalaman dan umur mengajar untuk lebih menghargai seseorang wanita ini..iz jadi takut untuk menjalinkan hubungan dengan sesiapa..bagi iz cukup sekadar berkawan ,xkan lebih dari itu..iz tau terkadang memang ada sifat yang terlalu mengambil berat, suka mendengar tapi iz tak pernah tahu yang semua ni sebenarnya boleh memberi harapan buat wanita..maaf,iz x pernah bermaksud yang demikian..


tapi apa yang iz pelajari kat sini,jangan sekali-kali memberi harapan pada wanita..cukuplah kalau ala kadar saja dalam perhubungan..jelaskan sejelas-jelasnya jika hanya mahu berkawan..jika tidak dijelaskan,mungkin si dia akan mengharapkan sesuatu yang lebih dari satu2 perhubungan itu..iz benar2 menyesal dengan apa yang telah terjadi..iz x sangka menda ni boleh jadi serumit ini..

cukup untuk iz jelaskan kat sini,jika bagi sesiapa pun yang ingin bercinta, pastikan korang memang dah sedia untuk mengangkat hubungan itu ke sesuatu yang lebih serius..jika hanya berniatkan untuk hanya ingin rasa dicintai tanpa apa2 ikatan,lupakan sajalah..hanya akan menerbitkan rasa bosan yang akhirnya hanya akan membunuh rasa cinta itu sendiri..jadi pesan iz untuk korang,pesan ikhlas dari seorang abang,nak berkawan,berkawanlah..zaman remaja memang sesuatu yang indah,tapi janganlah sampai merosakkan diri dan maruah sendiri..peace (^_^)

*pandangan ikhlas seorang lelaki..tak tau ada x kebenarannya dari pandangan wanita itu sendiri..

BEN ASHAARI : AKU SAYANG BLOG INI

ya..ini kali kedua iz join segmen dari otai burger blogger kita ,Bro Ben Ashaari..satu segmen yang katanya adalah segmen terbaik dier pernah buat..actually,yup..sependapat la ngan iz..ni memang satu segmen yang lama iz idam2kan..kenapa?dapat la iz kenalkan idola iz kepada follower iz kerana x ramai yang baca blog beliau..ok,teruskan ngan soalan yang diusulkan oleh bro Ben kita ini..



Sila jelaskan KENAPA anda kagum dengan blog tersebut .. TIDAK KURANG  dari 100 patah perkataan .. OK ? Tidak kurang ok !

-kenapa iz kagum ngan blog ini?hehe..bukan kata 100,1000 pun boleh kalau nak diceritakan..kenapa?terlalu banyak sebabnya sampai tak tau nak mula dengan yang mana..iz mula meminati blogger ini kerana kisah pengembaraan beliau ketika menuntut di luar negara lagi...membawa diri ke negara asing ketika baru sahaja menerima berita kematian ayahnya..namun berkat ketabahan diri blogger beserta doa ibu beliau,beliau tetap meneruskan perjuangan menuntut ilmu di luar negara...tersenyum ketika membaca kisah beliau bila mula2 mengenali bakal isteri beliau,cara beliau menyatakan keinginan untuk berumahtangga ngan  ibu beliau,ketika pertama kali menyambut kelahiran anak beliau..semua itu menjadi kisah yang tercatit didalam blog beliau yang secara tidak langsung menjadi inspirasi kepada iz untuk mencontohi beliau.argh,rasa macam terlalu banyak nak diceritakan mengenai blog kegemaran iz ni..hehe..lenkali la..kita sambung lagi..

Sila buktikan yang anda benar benar kagum dengan blog tersebut ! Jeng jeng jeng !!

-pernah sekali iz sanggup pergi ke ceramah tu walau dengan tak tau tempatnya,main redah je untuk bertemu ngan penulis sendiri,cuba untuk berbicara dengan penulis sendiri sampai bila dapat jumpe tu,rasa macam2..gentar pun ada,seronok,nerves..isy,seronok tak terkata..alhamdulillah,pertemuan itu membuatkan iz rsa x sia2 menyukai blog beliau selama ni..

Sudah berapa lamakah anda mengikuti blog tersebut ??

-sejujurnya,iz keliru sebab iz start follow dari membaca buku karya2 beliau..blog ni rasanya awal tahun lepas la..hurm,x ingat sangat..tapi sejak follow tu,rajin la tengok hasil tulisan dier yg lepas2..sampai sekarang x habis baca lagi sebab banyak yang belum dibaca tambah untuk tahun yang sudah2..hehe..

Sila ceritakan tentang blogger tersebut 

-seorang yang rendah diri,kelakar(pernah sekali tu dalam ceramah beliau,time tu world cup,sempat lagi beliau check kat henfon bgtau update perlawanan bola belanda lawan apa ntah.pakat gelak la kami semua,hehe)..
-digelar ustaz cinta?kadang2 org gelar dier mcm tu,tapi x la bg iz..beliau lebih terbuka dalam apa jua yang dibincangkan..

Apakah blogger tersebut mengetahui anda kagum dengan blognya ?

-tak tahu rasanya..yela,ustaz bukan jenis blogger yang macam iz..beliau mempunyai banyak lagi urusan yang lebih penting..tapi tu semua tak penting sebab iz memang suka ngan hasil tulisan beliau..setuju ngan entry terbaru beliau..hehe

Jika diberi peluang bertemu dengan blogger tersebut , sila beri 5 soalan yang akan anda tanya kepadanya !! Jeng jeng jeng

-1) cara untuk menjadi seorang penulis yang baik?sebab cara ustaz menarik pemuda untuk dengar dan baca karya ustaz itu lebih baik dri org lain.
-2) bagaimana untuk mengetahui calon saya ini sesuai untuk dijadikan isteri ataupun tidak..hehe(bila dah ada calon nantila)
-3) bila buku baru nak keluar,dan apa tajuknya
-4) apa kekuatan ustaz untuk menulis di blog dengan jadual ustaz yang ketat tu.
-5) ustaz setuju x yang tugas dakwah bukanlah dieksklusifkan untuk para ustaz je..hehe..
-6) anak ustaz yang lain x cemburu ke dengan hanya nama saifulislam(anak pertama ustaz) dijadikan tajuk blog ustaz?


hurm,terjawab sudahla kelima-lima solan tersebut.maka,x lain x bukan blogger kegemaran iz adalah ustaz hasrizal,saifulislam.com..suka sangat baca...memang idola iz dalam blogging ni sejak dari awal lagi..dan mungkin hingga keakhirnya,insyaalah..akan terus membaca blog ustaz..


*gambar tiada kena mengena.

Bakat?jadilah diri sendiri

yup,malam ni terfikir satu ayat je,bakat.hehe..nak ulas sikit mengenai bakat ni..apa dier bakat?bila tanya hangpa ni semua,mesti sume bagi jawapan kreatif diorang masing2..tak semua sama pendapatnya mengenai bakat..tapi iz nak bagi sedikit pendapat iz mengenai apa dier bakat ini..

bakat ni adalah satu anugerah yang diberikan Allah kepada kita tanpa kita sedari atau dengan kita sedari..tak kisahla apa jua bakat yang diberi,positif atau tidak bakat tersebut,kita kena hargai nya kerana bukan semua org sekeliling kita ada bakat yang kita ada ini..

terkadang kita sendiri tak tahu apa bakat kita kerana kita tak pernah ambil tahu kelebihan diri sendiri atau mengambil sikap x ambil kisah yang sebenarnya adalah sesuatu yang sangatlah merugikan..sebab itu lah pentingnya kita renung diri kita,apa kelebihan ak sebenarnya..sayang kalau bakat yang kita ada dipersiakan..mungkin bagi kita bakat itu seolah-olah macam tiada apa,tapi bagi org lain,ia adalah sesuatu yg unik,mungkin?jadi apa salahnya kita cuba untuk selidiki dan kembangkan bakat sendiri..

sibuk sangat untuk cuba menjadi orang lain,bakat sendiri terabai..hehe..apa guna cuba menjadi orang lain?mungkin kelebihan dier kat situ..susah untuk jadi seperti org lain ini..apa yang paling senang adalah menjadi diri sendiri...jangan suka mengikut,jadila contoh untuk orang lain..kadang2 x salah untuk berenang melawan arus..cuba hadapi sesuatu dengan cara kita sendiri..setiap dari kita adalah unik..insyaallah..explore kelebihan diri,dan jadilah yang terbaik untuk diri sendiri..

share sikit karya pelik..hehe..

Jika ku dapat menarik langit,akan ku ukir namamu.
lalu ku kembalikan ke langit,
agar semua org tahu betapa bahagianya diriku untuk mengenali dirimu..

*musuh yang paling sukar untuk ditumpaskan adalah diri kita sendiri,setuju?

first tutorial dari cheq.

aduss..lama sangat nak wat tutorial ni..tapi tak tau apa lagi tutorial yang masih belum di kupas oleh rakan2 blogger..seronok baca tutorial2 diorang yang mcm2..yela,ada dari pakar komputer, ada yang wat tutorial berdasarkan pengalaman berblogging..semua ni seronok untuk dibaca..duk menung2 td fikir2 pas minum ayaq teh,tibe2 je nak wat satu tutorial jugakla..errr,lebih pada tips mungkin,..hihi..


iz pernah join satu ceramah ni..tajuknya bagaimana nak mendapatkan kekusyukan dalam solat dalam konteks bacaan..setiap apa pun yang kita lakukan, pasti ada level2 nya kan..contoh macam game skali pun(*keanak-anakan pula contohnya,hehe), hero selalu naik level dier bila dah menang duk fight ngan musuh2..same goes with solat..dari segi bacaan skali pun,ada tingkatan dier dalam mendapatkan kekusyukan...



ok,cukup..dalam pembacaan dalam solat,ada tiga tingkatan nya dalam mendapatkan kekusyukan..pertama,membaca doa sambil hati mengikut..level kedua,membaca doa sambil hati mendengar dan level yang ketiga,pembacaan dalam solat disertai dengan tafsiaran dalam hati..jadi dapat tak point nya disini?faham nya ni..

jadi apa yang iz nak tekan kan kat sini,apa kata kita hafal tafsir surah2 lazim dan yang lebih penting lagi surah wajib macam Al-Fatihah..bukan panjang benar pun..7 ayat je..kalau 70 tu,lain la kan?hehe..senang je..brape minit sangat..cuba yer?moga dapat menambahkan kekusyukan dalam solat korg..insyaallah..

(* gud luck yer,spend 5 min tuk hafal,hehe)

Sengal Zone : Idola Blogger !

iz pun ada idola dalam berblogging ni,malah kerana beliau la iz menceburkan diri dalam dunia blog..iz sebelum menjadi peminat kepada beliau ni,iz sukakan buku2 karya beliau..semua buku hasil karya beliau iz ada..hehe..macam kena ngan jiwa la ngan gaya penulisan dier..sebab cara dier x sama ngan ustaz2 lain nya..kerana karya dier betul2 mudah untuk difahami.x macam org lain kadang2,gaya penulisan dalam berdakwah yang sangat sukar difahami dengan maksud yang tersirat bagai..hehe..



sape dier gerangan idola iz?nama nya Ustaz Hasrizal,pemilik blog saifulislam..nak jenguk blog beliau leh la singgah sini..tapi hati2 tau..kang kalau dah singgah susah nak keluar dah..duk tekan older post je kang..terpana ngan hasil tulisan beliau..meh klik sini!!

*nak join?klik sini

Apa ada di jalan TAR?realitinya!

aktiviti hari ni?teman kakak p beli tudung kat jalan TAR..hurm,dengan panasnya,dengan sesaknya orang ramai,berjalan ikut kakak dr belakang..waduss,ingat kan nak tunggu je dalam keta,tapi riso pulak ngan keselamatan kakak tu..sambil follow dier,sambil wat muka garang menyamar jadi boipren..hehe..org nak tengok pun takut..

layan kan jela dier shopping tudung kat sana..tudung zaman sekarang ni rumit sungguh cara pemakaian nya..macam2 pesen ada..seb baik bila dah pakai lawa..sambil duk tengok dier belek2 tudung kat sana,ada ternampak seekor burung merpati kat tepi jalan..sian ngan burung ni..buta rupanya..hurm,macam mana lah menjadi burung bila x mampu untuk terbang bebas..huhu..mood*bersyukur dgn apa yg ada..

*sian kan?seb baik xder sape terpijak dier kat situ.

settle je dapat tudung2 yang nak,terus p jalan nak balik..sambil2 jalan tu nampak lak penghibur jalanan..style juga cara persembahan dier..modal gitar ngan alat muzik apa kenama ntah pon jadilah..lagu sendiri tu..layan japla ,duk tepi jalan..tengokkan pada dia ni,kita leh simpulkan yang jangan jadikan alasan untuk duduk sahaja je bila dah susah tu...apa sahaja boleh digunakan untuk mengais rezeki di bumi Allah ini..nak atau x nak je..usaha itu penting..banyak tu income mamat ni..seyes..hehe..

*seb baik lagu dier best.

akhir2 ni kan,rasa nak berkaryaaaaa je..iz ni bukan lah pelajar sastera pun..x pernah berminat pun ngan sajak dan yang sewaktu dengan nya..tapi hurm..terima jela note ni..sekadar melepaskan gian untuk berkarya..hehe..

seuntai kata terungkap,
dari jiwa seulas senyuman,
membawa pesona kualunkan,
nada tanpa suara,
hanya lewat tulisan ini,
ku ucapkan sebuah kata ..??

~entry pendek untuk follower Iz~


Saat ak terbangun,ak terdengar nyanyian alam,
kicauan burung yang menari diatas bening embun pagi,
ak lihat gemercik air,
air mengalir jernih membasuh kalbu,
lalu ak buka pintu hati..jendela hati,
seandainya tuhan bertanya,'hai anak manusia,Apa yg kau pinta hari ini?',
tentu ak jawab padaMu yang indah ini,
lindungi dan berkatila insan yang membaca entry ini,
berilah mereka kesihatan,
dan buatkanlah mereka selalu tersenyum bahagia,
sehingga dunia ikut tersenyum melihat kebahagiaan mereka..

*terima kasih perkenalan.

sy terguris dgn entry anda!

setiap dari mereka yang berblog pasti mempunyai cerita yang pelbagai..namun bukan semuanya untuk diceritakan,tambah pada umum..jagalah adab kita dalam apa juga yang kita lakukan harini..mungkin kesan nya dari penulisan kita x nampak terus,tapi pada masa akan datang??pembaca terdiri dari pelbagai latar belakang, dari pelbagai bidang..

apa yang cuba disampaikan..hurm..biasalah tadi tengok2 entry yang rakan2 blogger kita hasilkan..tapi seorang blogger ni betul2 mengguris hati iz dengan entry beliau..hurm..pada yang terasa, iz harap hang padamlah entry tersebut ya..mungkin bukan hak iz untuk suka2 berani nak tegur kamu..iz lakukan kerana iz follow blog kamu selama ni..x pernah ada entry kamu yang x best..sume nya best2 belaka..

tapi entry yang melawakkan isu tsunami itu benar2 melampaui batas..seronok dapat trafik yang banyak dari isu2 camnie..jangan seronok sangat yer..bersedih, bersimpatilah ngan sedara kita yang sedang menghadapi musibah di jepun sana...belas kasihan dengan nasib mereka kat sana..mungkin kita x kenal mereka ni,tapi ingat..mereka juga manusia ,hamba Allah..apa hak kita mempersendakan nasib mereka?

maaf la pada si pemilik blog yang terasa..iz buat entry ni, x letak link ke blog kamu kerana iz tau setiap dari kita pasti akan melakukan kesilapan..jadi hak iz sebagai teman adalah untuk menegur..kalau hang baca,harap amik pengajaran yer..jangan diulangi lagi kesilapan gini..salam!

ikhlas jadi follower?

subhanallah...tsunami di Jepun benar2 mengejutkan ,kan?x sangka sungguh sampai camtue skali impaknya..dgr kata tsunami kali ni lebih teruk dari yang berlaku tahun 2004 dulu..kita doala agar tsunami tu x sampai ke Malaysia ni..hurm ,banyak blog dah update mengenai peristiwa ni..jadi hangpa leh baca update diorg yer..iz nak buka topik lain..

arini ada masa terluang,join la segmen Che Ben kita..tup2, tambah2 follower arini..alhamdulillah pada yang sudi berkawan ngan iz...iz hargai sangat2..mungkin hanya berkenalan di alam maya, namun iz akan pastikan perkenalan ini menjadi sesuatu yang bermanfaat untuk ak dan kamu,cewahh..hehe..


pastu biasalah, kalau ada yang follow, iz akan trace balik dan follow back la..kata hubungan 2 hala kan..tengok2 rezeki la pulak..jadi follower bertuah..follow blog kampung kameq milik Afan..angka 285 ini adalah istimewa untuk dia..nak tau sebab apa istimewa,pegilah jengah ke blog beliau..iz dapat hadiah woo..x pasal2..itulah,tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia terletak di blog mungkin..hehe..


cukupla setakat ni..jadi pada sesiapa yang masih menjadi silent reader atau baru berkunjung ,jemput2 la exchange link ya..bukan paksaan..ikutla..kang paksa kang,x ikhlas pulak, x best..dier kena ikhlas2 follow mengfollow ni..hurm,wat Afan,mekasih lagi skali ya..ak add ko kat fb,app tau..thanks bro (^_^)


JELAJAH BLOG 2011 : AKU INI BLOGGER LELAKI !


first time join segmen abg Ben..ada masa terluang sikit ni..terus je join..hehe..

ok,first,nape berblog?

  1. first sekali sebab pembaca utama blog ini, dari awal hingga akhir dier masih setia membaca blog ini, pengkritik utama,serta pemuji utama iaitu siapa?yer,iz sendiri..hehe..betul..iz menulis untuk mengingatkan iz apa yang pernah iz lalui selama ini..juga mengetahui kelemahan dan kekurangan dari masa ke semasa..
  2. juga untuk kenalan iz, agar diorang tau perkembangan iz bila semua dah membawa haluan masing2..mungkin mesej boleh menjadi medium, namun penulisan adalah satu cara iz meluahkan perasaan juga sebenarnya..baru masalah atau kesalah fahaman boleh diselesaikan ngan cara ni,mungkin..siapa tau kan..
  3. sebagai diari, untuk mungkin bila iz tiada nanti, ini akan kekal sebagai memori untuk semua kenalan iz..
  4. menambah kenalan,kawan serta sahabat..bertukar pendapat,berkongsi ilmu juga menambah ilmu didada..korang pon tau,rakan blogger kita ni terdiri dari pelbagai bidang..ambil yang jernih,buang yang keruh..tapis2 la ilmu yang boleh diambil..free pulak tuh..





nape lelaki lebih kreatif?
  • err,susahnya..kreatif ni bagi iz begitu subjektif..tapi bagi jela satu sebab..mungkin kerana kepelbagaian idea yang boleh dikongsi tak terbatas oleh jantina..lebih bersifat terbuka dan mudah untuk menerima topik2 dan ilmu2 baru..
  • maaf abg ben,mungkin satu je sebab leh bg..hehe..
blog wanita yang saya suka baca  >> http://cahayaubat.blogspot.com/

sekian saja..mekasih pada yg sudi membaca..(^_^)

bertudung vs x bertudung



maaf kerana mengeluarkan topik yang sensitif ni..tapi terpaksalah kerana iz tengok banyak wanita yang tertipu dengan kecantikan nya sendiri..wanita x bertudung vs wanita bertudung..hurmm..mengapa masih ramai rakan2 kita yang masih tidak bertudung?suka sangat menunjukkan aurat rambut itu..

wahai rakan2 ku,awatla x bertudung?kan lebih manis kamu bertudung..selamat pun selamat..usah la berdalih lagi ngan alasan2 yang langsung merepek..apa guna kita x bertudung ngan alasan orang yang bertudung belum tentu baik..jangan lah tengok pada contoh2 yang x elok..apa yang betul salah tetaplah salah..x kisahla apa jua alasan yang digunakan..

nasihat la kawan2 kita untuk bertudung..serius,kalau ditanya pada mana2 lelaki sekalipun,pasti mereka nak mencari calon2 isteri yang bertudung..sopan dan ayu..ni x pakai tudung,sape2 je leh tengok rambut dier..simpanlah rambut yang cantik itu untuk tatapan suamimu..selalu kalau kita pesan camnie,cepat2 marah..kata hak lah ,itula ini lah..cuma bagi iz,iz pesan dan nasihat ini kerana sayang kan kwn2 iz..biaq la orang nak cakap apa sekalipun,tutupla aurat yer..

hurm,jemputla kunjung ke kawan iz nya blog..baru je dibuka untuk kwn2..hehe
http://cahayaubat.blogspot.com/

* kata Maher Zain > Prayer is not a 'spare wheel' that you pull out in trouble but it is a 'steering wheel' that directs the right path throughout...

daun ketum kini dijual di pasaraya?

harini p teman akak ngan anak buah p beli barang2 dapur kat sebuah pasaraya..biasala,kalau ada masa lapang,apa salahnya teman,yer x..training utk menjadi bapa mithali suatu hari nanti..tapi masyaallah,punyalah lama shopping..tul2 mencabar iman untuk teman kakak p beli barang2 dapur bagai..

tapi xpe,menda kecik je teman2 beli barang dapur ni,sebab dah biasa sangat sejak terlantik secara rasminya menjadi pemandu khas rumah,3 tahun yang dulu(pass exam lesen keta,hehe)..jadi tanggung jawab utk membawa beli barang dapur dah beralih dari ayah kepada saya ini..hehe..jom tengok wajah anak2 buah saya yg cumel2..hehe..

biasalah lepas beli barang,pas bayar tengok balik resit bayaran tu..aisey,terbeli DAUN KETUM??apakah??xkanlah..isy,mau kena tahan ngan polis ni..x caye?tengok gambar ni..resit rasmi dari sebuah pasaraya..



maka dengan paniknya iz tunjuk kat kakak ni..seyes kena gelak ngan dier..rupanya daun kesum yang dier beli..yang pasaraya ni pon satu hal la..hehe..ada ke boleh salah eja..saba jela..baru ingat nak beli banyak2 wat bisnes baru,jual air ketum..agak2 brape tahun la penjaranya tu kan..tapi ada yang kata air ketum ni ubat kalau kat kampung..yang bahayanya kalau dicampur bahan2 merbahaya yang lain..bg iz, jangan disangka air yang tenang tiada buaya..(*err,ada kena mengena ke peribahasa ni?)

SediH (~__~)

iz sedih bile dgr kakak cerita pasal sorg kawan dier yang baru meninggal dunia baru2 ni kerana kemalangan jalan raya..tengokkan pada latar belakang dier yang susah,namun masih sanggup tolong adik2 untuk lanjutkan pelajaran di universiti..sanggup berkorban demi kebahagiaan adik2,walau diri sendiri x dapat melanjutkan pelajaran..namun apa kesudahanya?adik2 melupakan jasa,bila dah senang ngan kehidupan masing2..


disini saya jelas dengan satu perkara..ramai orang yang akan rapat bila kita senang,bila susah itulah kita kenal siapa kawan,siapa lawan..

hurm,bila dah tiada ,ape lagi yang boleh kita lakukan..hanya sesalan yang x berkesudahan..jasa apa lagi yang boleh dibalas??bagaimana lagi nak berterima kasih pada jasa2 dia???dan bagaimana pula untuk meminta maaf pada yang sudah tiada..fikir2kan lah sahabat..kenangilah jasa org disekeliling kita..okay!

penghargaan ku untukmu!

apabila kita berada di persimpangan untuk memilih antara 2 pilihan yang memerlukan kita untuk tau mana yang lebih penting,ia benar2 menyakitkan..pasti ada yang perlu kita korbankan..kerana hidup x sentiasa berjalan seperti apa yang kita kehendaki..itulah warna2 kehidupan..bayang hidup dengan hanya satu warna sahaja..pasti membosankan..

disini la pentingnya keluarga,rakan dan lain2..mereka inilah kekuatan kita untuk menghadapi segalanya..mengapa perlu harungi segalanya berseorangan?jika ada yang sudi menemani..baikla kita menghargai apa yang kita ada harini,sebelum mengenangi apa yang telah menjadi masa silam yang memeritkan..jadila mereka yang paling banyak bermanfaat untuk org lain..

terimalah lagu ni rakan blogger ku..kerana anda begitu berharga,..cewah..satu bentuk penghargaan utk anda yang menjadi pembaca setia dan pengomen tegar maupun silent reader..iz sangat menghargai anda!


*lagu macam tiada kena mengena..hehe..

senyumlah sayang!

saya suka bila orang di sekeliling saya sentiasa tersenyum..apa yang perlu dibuat utk melihat org disekeliling kita tersenyum..semuanya mesti bermula dari diri kita sendiri..tersenyumlah sentiasa wahai sahabatku..tak susah pun..apa guna bermuram,bermasam muka bila kita boleh jangkitkan penyakit senyuman pada org sekeliling dengan senyuman kita ini..abaikan gigi rongak ke,berlubang ke,braces maupon apa skali kelemahan yang ada,senyum itu pasti akan mengubati semua kedukaan yang ada dalam diri..senyum ibarat mentari yang menyinari mood org lain..setiap dari kita mempunyai auranya masing2..kita mempunyai pilihan untuk biarkan aura kita itu yang positif maupun negatif..jangan sekali-kali mendedahkan kesedihan kita..simpan tapi jangan pendamm.luahkan pada org yang kita percayai agar ia tidak membeban kan fikiran..

Entry motivasikah ini??

makanan kegemaran

semua oang ada masakan kegemaran dier kan?sama juga ngan iz..ada beberapa yang kalau iz jumpa makanan2 ni,memang pantang..pantang untuk ditolak..hehe..antaranya ;-


1)PAJERI NENAS

- Memang suka ya amat la..carta no 1..hehe..tapi itula,selalunya kalau makan ni,amik kuah dier je..nanas x amik pon..sebab x suke nanas..dulu kecik2 sukala,makan sampai terbelahbelah lidah ni..yela,dier kan da tajam2 tu..

2) PISANG


-Alamak..memang x boleh dipisahkan..iz ngan pisang,ibarat irama dan lagu..hehe..x tau la turun dr sape,tapi memang nak sangat2 jumpe pisang setiap kali nak makan..kalau boleh,biaq bekalan sentiasa ada..banyak khasiat pisang ni cuma iz je tak tau apa khasiat dier..belum fikir pasal khasiat,ngap masuk mulut dah..settle!

3)IKAN PEKASAM


-Alamak...kalau ada lah pekasam ni,memang dunia ni ana yang punya..abaikan lauk2 yang lain,ada ikan pekasam,ngan nasi yang panas beserta kicap..cukup!hehe..memang menyelerakan..hehe..


4) KIJING

-Ini boleh dikatakan jarang la org dengar..sejenis siput yang ada musim dier je..memang bestla..wat masak sambal,fuhh...marvellous..memang sodap..

5)SAMBAL TEMPOYAK


- Ini kalau org bandar@urban nya org x makan ni..cam org kampung mcm iz ni,memang terbaikla kalau jumpe..insyaallah,bertambah-tambah la makan nya ni..kalau jumpe ni,org disekeliling tak dipedulikan lgi..hehe..gurau je..

hurm,5 cukupla kot..sekadar nak berkongsi kat hampa sume makanan kegemaran top 5 iz..ada lagi 297 lagi yang faveret ,cume 5 pon cukupla setakat ni..banyak sangat kang,mengidam pulak,p cari lak nanti..hehe..hurm,nak tag la kat beberapa kwn iz ,nak tau makanan kegemaran korg..leh la kalau dtg hampa dtg umah nanti,taula nak sowh org umah masak apa..hihi..*berangan~

jadi,mereka yang terpilih>>

  1. Chawie
  2. Fatyn
  3. Eja
  4. Ajai
  5. Ida
  6. Rajif
  7. Diba
  8. semua follower iz..hehe..kalau sudi!tq.

kesabaran

yer,kesabaran itu tersangat la penting dalam apa jua yang kita lakukan,apa yang kita usahakan..dalam apa skali pon yang kita lakukan,hasilnya x kan datang bergolek..tul kan?tapi ramai yang tidak menyedari hal ini..nak jalan cepat,nak jalan pintas dalam mendapatkan kejayaan..
sebab itula banyak nya program cepat kaya la,mlm la,dan macam2 lagi..ni semua sebenarnya satu bentuk manipulasi minda bagi mereka yang kurang berfikir..ambil kesempatan dari kesusahan orang lain dengan menjanjikan kesenangan dengan jalan yang mudah tanpa menghiraukan kepada nasib peserta2 yang melibat kan diri dalam program sebegini..

akhirnya?apa yang dapat..yang miskin bertambah miskin,dan kaya bertambah kaya..itulah kehidupan..ada sahaja sifat tamak,dan pentingkan diri sendiri..sape yang pandai ambil kesempatan,mudahla dier untuk mengecapi kejayaan..halal haram?tolak ketepi..janji masyuk..xpe2..harap kita x termasuk dalam golongan sebegini..insyaallah..

*ingat,kesabaran itu mempunyai hadnya dan doa orang yang teraniaya itu dimakbulkan Allah s.w.t

video kenangan!

dalam dunia ni,kita sentiasa mencabar diri utk melakukan sesuatu yg tak pernah dilakukan ,kan?hari tu time konvo iz nyanyi dangan slumbernya..hehe..walau suara x la sesedap chawie,namun belasah kan aje..bukan selalu kan..so,nilah hasilnya..haha..lawak..tgk ler..


maaf yer kalau tersumbang,tersengau,ter apa2 lagila..hehe..suka suki je nyanyi ni..walau brape kerat je ada depan tu,segan woo..hehe..okla..jumpe lagi..