benci dengan tahun baru

yer,iz akui perkara di atas(tajuk)..benci ,benci sangat2 dengan 'tahun baru'..bukan benci sebarang benci,tapi benci sangat2..faham x berapa tinggi tahap kebencian iz terhadap tahun baru..ok,sampai dah maksud tahap kebencian ni..

masuk perenggan kedua..kenapa iz benci dengan tahun baru..adalah dalam beribu sebab,tapi xkan nak tulis sume kan..sikit sudah..tengokla malam ni..semua begitu mengagungkan tahun baru..di facebook,di twitter dll,sume begitu ghairah menyambut tahun baru seolah tahun baru ini adalah sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan..seolah-olah tahun baru ni diagungkan dan dihormati sangat2 kehadiran nya..apa yang ada dalam tahun baru ni?

jap..kita kupas satu2 ya apa yang ada dalam tahun baru..pertama,ada sambutan luar biasa dkt dataran,bandar2 besau,dan lain2..syok tu kat sambutan tahun tahun baru ni..pergaulan bebas laki wanita,ada arak,ada pil2 bagai,ada mercun2,ada pembaziran,dan ada ucapan Perdana Menteri di semua saluran tv dengan isi kandungan ucapan nya untuk memikirkan cara pembangunan sahsiah remaja..kah3.lawak pulak rasanya pak menteriku..huhu..



mungkin iz ni begitu kolot..x terasa langsung untuk menyambut tahun baru..mungkin juga kolot kerana x p menyambut tahun baru kat pelbagai lokasi yang disediakan..namun iz tak kisah(gaya aiman)..hihi..biarlah apa orang nak kata,kerana iz takut segala bentuk cara yang kita lakukan untuk menyambut tahun baru ni mungkin menghadirkan bibit2 maksiat dan dosa2..biaq p la yang lain berseronok dalam dunia mereka sendiri dalam keseronakan yang dicipta menenggelamkan rasa tenang dalam hati..

Malaysia vs Indonesia.

ngah melepak tengok bola ngan member2 kat restoran dekat2 sini..macam ok je Malaysia main kali nih..walaupon main kat Indonesia...aik,gol la pulak..dalam ngah menaip ni..yeszaa!!!!!!!!!!dah 4-0 dah agregat...gempaknya aiii main..hehe..meremang bulu roma beli jerit goal kat sini...hehe..

semangat balik dunia bola sepak malaysia rasanya..x macam dulu lagi..lesu je..xpernah amik tau pon perkembangan dunia bola sepak tanah air..rasa begitu hampeh..tapi sekarang??hurm,nampak perubahan yang begitu drastik dari pasukan Malaysia..waa...terharu dan bangga..

moga Malaysia mampu bawa pulang piala yang lama ditunggu rakyat malaysia..buktikan yang Malaysia mampu,dan boleh..xder apa yang mustahil..kan?huhu..besok pulak perlawanan antara PCD pulak..junior melawan senior..harap leh menang la..lama kaki ni x sentuh bola ni...hehe..

Contest aku dan kacamata..



hurm,mencuba join slot kontest dari Bro Syafiq.. x pastilah kalau gambar ni leh diterima ke x bro..tapi ak sayang sangat ngan anak buah ak..jadi ak masukkan sekali la gambar beliau..boleh kan??


pastu nak tag sape yer....haa,dapat dah!!abisla korg..hehe..insan terpilih itu ialah....

hangpa join la yer..kacak2 camnie,mesti ada gamba ngan spek mata hitam nyer..yer dak..hehe..

mai kongsi pendapat.

Assalamualaikum sahabat..apa habaq?moga ada la yang membaca entry kali ni..iz betul2 harap agar dapat sama2 kita berfikir apa yang iz cuba sampaikan..hurm,serius sangat bunyi nya..namun harap dapat dibaca tanpa berfikir yang bukan2 kerana iz cuma sampaikan apa yang iz pendamkan selama ni..

sejak akhir2 ni,macam ada satu budaya yang mengamalkan pemikiran terbuka aka open minded yang sampai ke tahap memandang serong dan salah faham terhadap agama islam..iz bukan lah seorang yang layak untuk meng'hentam' golongan2 seperti ini kerana iz pasti,iz juga manusia yang banyak melakukan kesilapan dan dosa2..namun atas nama sahabat dan teman seagama,iz terpanggil untuk berkongsi pendapat mengenai perkara ini..

bila agama dikatakan sempit, bila kebebasan mengatasi keterbatasan dalam agama, bila yang salah dianggap betul dengan mencari alasan2 tertentu, bila yang salah menggunakan sebab orang lain pon wat salah, bila dan bila macam2 lagila..terlalu banyak untuk dibangkitkan..memang pahit untuk ditelan,namun yang salah tetap slah wahai sahabat..jangan sekali-kali ditegakkan benang yang basah..

iz bukan nya apa..iz takut jika perkara ini berlarutan, ia akan berjangkit pada adik2 kita, anak2 didik kita, kawan2 kita dan orang disekeliling kita amnya..yup,iz pasti memang susah untuk berubah sepenuhnya..namun cubalah berubah sikit2 ataupon cuba untuk berubah..jangan sampai kita berada pada tahap berbangga dengan kesalahan@dosa yang kita lakukan..jika tidak malu dengan orang lain,sekurang-kurang nya malulah dengan diri sendiri..wokay sahabat?

cukuplah pendapat iz mengenai perkara ini..iz kalau boleh nak gak tau pendapat korang mengenai perkara ini..sekadar perkongsian kita bersama..moga yang baik dijadikan pengajaran,yang buruk tegur2 la iz..iz bukan nya pesan untuk sang 'sahabat' sahaja,tapi utk diri iz sendiri..jadi kalau ada iz terkasar bahasa,iz mintak maaf yer..salam sayang dari cintailmu89..

entry untuk adik kesayangan..

salam Zam..apa habaq?syokla yer dah habis spm dah..camne agak2 result..ok x?biarlah apa org lain nak cakap,kite je tau apa kelebihan dan kekurangan diri kite..yer dak?belum tentu orang yang cemerlang dalam peperiksaan di peringkat ini akan juga berjaya dengan hidup masing2..yang penting kenalah sentiasa membuka diri untuk mendengar nasihat dan elakkan sikap ego yer..wokay??

ingat apa yang dipelajari selama 2 tahun kat sek teknik tuh..jangan sia2 kan apa kemahiran yang kita dapat,tau..sebab kemahiran2 ni bukan senang nak dapat...sek biasa mana ada tekan sangat kemahiran ni..kalau leh bukak bisnes aircond ni, abg sokong sangat2..biaq susah dulu mula2,senang kemudian..jangan senang dulu,susah kemudian..susah camtuh..jangan lah ceburi bidang yang belom pasti..cuba apa yang kita mahir dulu..

pas spm ni,aizam jangan banyak rehat2 sangat..nanti rehat lama2 kat rumah bosan,plus malas2..mesti x nak jadi malas kan?dulu keja sampai mak asyik cakap yang aizam ni rajin sgt2..cuba lah kerja dulu,kumpul duit sikit2..bagi kat mah abah sikit,pon jadilah..tu pon mesti mak abah dah hargai sangat2..pas ada duit nanti,barulah fikir untuk bukak bisnes yang macam zam cerita aritu..yer??

wokaylah zam..malas nak membebel banyak2..sekadar pandangan dan nasihat ikhlas dari seorang abang..nak dengar,dengarlah..x nak dengar,kena dengar jugak..ni nasihat dari pengalaman abg..janga sia2 kan masa muda nih..wat menda yang bermanfaat...jangan jadi mcm org lain yang cakap je banyak,tabi habuk pon xder..usaha lah sendiri apa yang dikehendaki yer..salam sayang,dari abgmu,Aizuddin aka cintailmu89..

Mata duitan?

Assalamualaikum sahabat..lama x berkunjung ke blog,x sangka dah 99 follower..alhamdulillah..makin bertambah kwn dari hari ke hari..walaupun masa untuk berblogging ni dah agak sempit,terhimpit ngan kerja2 yang ada..namun iz akan tetap untuk meluangkan masa pada blog cintailmu89 ini,insyaallah...pada yang follow ini, juga,iz akan berkunjung balik dan follow balik...insyaallah..

mungkin lepas ni leh la jenguk2 balik blog ni..kawan ni ada broadband,pjam dia punya dulu..speed pon ok je..x der masalah..walau x selaju streamyx,namun masih ok dan memuaskan..hehe..jadilah dari xder langsung kan..hurm..cerita apa nak kongsi yer..hurm,hari ni iz wat ot..kerja, ulang alik kereta2 perodua yang baru lepas, keluar dari kilang ke tempat parking belakang kilang..merasa bawak, rasmi kereta2 baru..sume kereta perodua dapat merasa..hehe..

walaupun kerja ni tak termasuk skop kerja iz,namun buat je..leh tambah duit sikit2..keja ari minggu..muda2 nilah kena keja kuat2..latih diri dan pemikiran agar jangan malas2..tak elok perangai malas2 ni..jangan sampai jadi tabiat..eloklah dihindar kan perasaan malas..apabila malas ni dah melanda,mulalah memberi seribu alasan untuk membenarkan sifat malas kita itu..kan2?ha,jadi eloklah dibiasakan dengan sifat yang kontra dengan kemalasan yer adik2..hehe..nasihat dari seorang abang..

err,semalam p makan ngan bos..banyak sangat dier nasihat iz..seronok je dengar..walaupun dia adalah bos besau,namun sikit pon x berlagak..hurm,antara pesan dan nasihat yang dier bagi,muda2 ni iz kenalah jangan boros..tetapkan matlamat..jangan nak enjoy je..fikirkan masa depan..bonus yang ada,simpan tuk wat beli rumah..pastu dier suruh amik insurans dan simpan duit dalam asb..sebab perodua ada buat simpanan asb dari pemotongan gaji..hurm..seronok dengar pengalaman dier dulu..hehe..untung2 kuar makan ngan dia..dapat nasihat..hehe..amik jangan x amik nasihat tuh..pengalaman x boleh belajar dari kelas,kena laluinya..so jalan terbaik,dgr cakap org lamo..hehe..

hurm,cukupla setakat ni..iz berundur diri dulu..besok pon iz ot juga..ada peluang tuk ot,otkan aja..hehe..mana leh lepas peluang keemasan camnie..matlamat dah ada..tinggal usaha dan tawakkal..insyaallah..kan...pesan iz kali ini,*jangan sekali-kali bergantung pada orng lain untuk mendapatkan sesuatu..nak apa2,usahakan sendiri,bergantung dan tawakkal pada Allah..itu yang sebaiknya..hehe..Assalamualaikum..

SengalZone : Saya Nak Header !




1) kenapa nak header baru???
-ak x nak header baru melainkan kalau ko yg buat,sebab blog ko nya header paling simple dan sempoi..'mempantaskan' blog loading..leh ke camnie?? 

2)5 warna kegemaran??
hijau
biru
putih
pink
kelabu gak arr
*warna2 kelembutan,eceh..tapi ak tak lembut ya.

3)pendapat tentang blog sengalzone?
-blog ko ngan ak macam ada persamaan la...chemistry tu ada..sebab tu cepat mesra dan masih ngah belek entry2 lama ko nih..haha..proses nak kenal x abis lagi..jemput singgah bro,blog amatur ak nih..hehe..http://cintailmu89.blogspot.com/

kenapa xnak ada hosting sendiri?



ok,sebelum kita pergi jauh dalam topik ni,iz kenalah kenalkan dulu sebab apa iz ada blog..wokay..bacalah kalau sudi..hehe...

  1. first sekali sebab pembaca utama blog ini, dari awal hingga akhir dier masih setia membaca blog ini, pengkritik utama,serta pemuji utama iaitu siapa?yer,iz sendiri..hehe..betul..iz menulis untuk mengingatkan iz apa yang pernah iz lalui selama ini..juga mengetahui kelemahan dan kekurangan dari masa ke semasa..
  2. juga untuk kenalan iz, agar diorang tau perkembangan iz bila semua dah membawa haluan masing2..mungkin mesej boleh menjadi medium, namun penulisan adalah satu cara iz meluahkan perasaan juga sebenarnya..baru masalah atau kesalah fahaman boleh diselesaikan ngan cara ni,mungkin..siapa tau kan..
  3. sebagai diari, untuk mungkin bila iz tiada nanti, ini akan kekal sebagai memori untuk semua kenalan iz..
  4. menambah kenalan,kawan serta sahabat..bertukar pendapat,berkongsi ilmu juga menambah ilmu didada..korang pon tau,rakan blogger kita ni terdiri dari pelbagai bidang..ambil yang jernih,buang yang keruh..tapis2 la ilmu yang boleh diambil..free pulak tuh..
  5. dan lain2...(mungkin akan disambung kemudian)..banyak lagi sebab nya..hehe..
masuk tajuk asal balik..jadi nape x nak guna domain sendiri??

  1. sebab kena bayar per annum..kalau stop bayar, blog pon xleh dimasuki oleh sape2 lagi,tul kan?kan ke rugi tuh..
  2. blog yang tidak berniatkan untuk mengaut keuntungan .hanya hobi menjadi taruhan..
  3. takut ada bandwith2 bagai..kalau blogspot,unlimited bandwith rasanya..
  4. bergantung pada server kita beli..kalau down abislah..ikut la..tgk blogspot,stabil je setakat ni..
  5. risiko kehilangan data..xtau la pernah terjadi atau tak..
cukup kot setakat ini..mungkin x sama ngan korang..just kongsi je sebab..kan macam tulis kat atas,segalanya dari perspektifku..hehe..hurm,selamat malam,Assalamualaikum..

*ada mau tambah apa2 lagi?atau x puas ati?hehe

usahakan sendiri..


salah satu sifat yang iz x brape berkenan ialah sifat suka bergantung pada org lain..tapi kalau difikirkan semula,sape je yang suka??sape pon x suke sifat yang macam nih..huhu..bukan nya maksud iz kita perlu bergerak sendiri tanpa perlu bergantung pada orang lain,kerana ni sifat manusia yang ego,tak mo bergaul la pulak..ni dah kes lain pulak..

iz cuma tujukan pada mereka yang bergantung sepenuhnya kepada seseorang..walhal ia selebihnya layak untuk bergantung kepada yang lebih selayaknya,yakni padaNya..percayalah kalau kita bergantung pada sesama manusia sepenuhnya,kita akan menyesal dan akan banyak merugikan masa sendiri..cuba usahakan sendiri apabila teringinkan sesuatu,dari mengharap pada seseorang untuk mendapatkan nya..buat apa mengharapkan pada sesuatu yang x pasti..

lagi pun kalau sesuatu yang nak tu,kita usaha untuk mendapatkan nya sendiri, baru macam kita lebih menghargainya..perasan kan??tul x..sebab apa camtuh,mungkin kerana kesusahan dalam memperolehinya..iz nasihatkan pada kwn2 iz,kalau nak kan sesuatu,usahakan sendiri..yang lain, berdoa la agar dapat apa yang dihajati..okay..just nasihat tuk peringatan diri iz sendiri dan rakan2..peace (^_^)...

tebang pokok kelapa pon nak cerita ke?

fuhh,baru pas tebang pokok kelapa kat tepi umah ni..waa,training tangan bagi kuat sikit...baru hebat main badminton nanti..dah keras tangan ni macam batang kelapa td..hehe..smash bola badminton mesti steady je nanti..seronok la cuti hujung minggu sabtu ahad ni..leh balik kampung sekali sekala,update blog sekali-sekala..tak mungkin lagi dalam masa terdekat ni nak update blog duakali-duakala maupun tigakali-tigakala sebab umah iz kat rawang sana xder tenet lagi..

cerita pasal badminton,kawan2 iz kat perodua sana aktif main badminton rupanya..kena sangatla..walaupun jiwa ini lebih kearah futsal,namun badminton tetap menjadi pujaan hatiku.hehe..join2,mana leh x join..rabu aritu main badminton kat atas pasar kat rawang..ader tempat main badminton(depan bank aeon ke apa ntah)...meriah tul tengok..ntah berapa belas court ntah..sampai cari member nya court pun x jumpe..kah3..diorang budak2 perodua ni stamina jenis x habis2 kot..hebat tul..aiyooo..kena ikut rentak ler..

minggu ni macam2 jadi..henfon iz rosak..sampai arini xder henfon lagi..huhu..bayang la hidup tanpa enfon.kena banyak3 bersabar..dahla keja memang kena pakai enfon..ada ganggu sikitla perjalanan hidup seharian..namun,macam cakap tadila..kena banyak2 bersabar..dah masa ajal enfon tu, nak buat camne..terpaksa lah terima hakikat..mungkin kena beli henfon lain pasni..sebelum nak beli baru tuh, pjam enfon adik dulu la jawapnya..seb baik ada adik yang baik dan memahami..aiceh..hehe..

err,bila balik sekali-sekala ini,nampak sangat,nampak sangat3 yang vico tu merajuk...eh,x kenal vico lagi?jap yer..leh ketik sini...yer,itula vico..kucing yang beratnya mendekati obesiti dah..6 kilo..kucing berat macam baby,faham2 jela..kah3..kuat makan tuh..eh silap..kuat makan+kuat tidur..tu jadi camtu tuh..namun iz tetap sayang kat vico,dulu kini dan selamanya..kucing kalau merajuk,dia akan buat2 x kenal..pastu selang 2-4 min kemudian,mula merengek x henti2..

eh,nak pegi umah kakak jap..ngan mak..tengok anak buah..berundur dulu la yer..lenkali jumpa lagi,insyaallah..nak p tgk ayeen ngan mia..pas tu nak makan laksa jap..sedap woo..laksa kedah tu,sedap woo..x pernah rasa??sian2...hehe..laksa kedah pernah didakwa antara laksa tersedap di dunia..eh,okla,..Assalamualaikum...


pengalaman baru di Perodua

alhamdulillah,3 hari dah memulakan kerjaya iz di Perodua sebagai Technical Assistant..setakat ni semua nya ok2 je..tiada masalah, suasana kerja yang best, bos yang ok, rakan2 kerja yang peramah..lengkap sebagai satu pakej..hehe..insyaallah, satu permulaan yang sangat baik..

tempat tinggal pon disediakan..ada hostel untuk staff2 perodua..bagus perodua ni,hehe..menjaga kebajikan pekerja2..bayaran tuk hostel pon x mahal..40 hengget je sebulan..tolak gaji..tolak pon tolak ler,janji xyah nak fikir lagi sewa umah,bil air,letrik..duk je,tuk tempat berteduh..

dier kalau kat Perodua ni,pagi2 masuk keja kena senaman2 ringan dulu..macam iz keja kat Jusco dulu..sama je..mungkin memang budaya kot kalau syarikat2 jepun ni..namun ada baiknya..segar je pagi2 badan bila senaman2 ringan ni..siap ada staff yang guna basikal lagi dalam kilang untuk bergerak..bagus betul,hehe..betul2 menjimatkan masa..budaya yang sihat..

ni minggu depan ada event la kiranya ngan staf2 pcd..men bowling selasa ni..adoi,dahla lama x sentuh bowling..camne la main nanti ni..mesti segan ya amat,..seb baik main ni,main2 je,bukan tournament ke hapa..kalau x,leh jadi punca kekalahan la jawapnya..hehe,..iz selalu kalau main bowling pun,sekadar main2 ja..x pernah main serius2 pon..yang terer main cam fareez tu..ha,leh tahan la gak hebatnya..

apa lagi nak cerita yer..haa,mggu depan kawan iz masuk keja sekali..mesti best ni..bertambah lagi geng2 yang ada..hehe..baru best ramai2 kawan..kan..hurm,tapi kan x sangka jauh sangat beza kerja ngan belajar ni sebenarnya..disinila kita nak mempraktikkan apa yang dipelajari dulu..tambah pengalaman sikit2..betul,memang suasana kerja ni tersangatlah berbeza..haritu follow eng meeting,seronok tengok cara diorang berbincang..begitu professional..

err...cukupla setakat ni..saje jela update bila ada line tenet ni..lagipun pasni bukan selalu leh update pon...kat Rawang sana,hostel xder tenet..kena la bersabar..hehe..takpe,latih diri untuk berpuasa tenet..(ader ke pose tenet,hehe)..nanti ada masa jumpe lagi yer..Assalamualaikum..

*sedang berkira-kira menyimpan wang utk satu tujuan..hehe..