Novel Bumi Cinta

selesai sudah membaca novel terbaru karya Habiburrahman El Shirazy(HES) iaitu Bumi Cinta, dan seperti kebiasaan nya iz sangat berpuas hati membaca novel ini...sebelum ni karya2 daripada HES tidak pernah mengecewakan iz..antara novel yang pernah dibaca ialah Ayat2 Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih..hurm,kedua-dua nya sudah difilemkan pun..Mungkinkah novel Bumi Cinta akan difilemkan?wallahualam..harap2 difilemkan lah.. 

diantara semua peminat2 novel yang ada, iz tak pasti apa yang dicari oleh mereka ini dalam sesebuah novel yang dibaca..malah iz akui yang iz bukanlah pembaca novel yang tegar kerana novel pilihan iz hanyalah dari hasil tulisan HES sahaja..pernah cuba untuk membaca novel karya penulis2 lain,namun tetap berasa kosong dalam pembacaan dan confirm2 lah baca pon x habis..baru 2-3 bab,tutup terus dan malas meneruskan pembacaan..

Mengapa novel HES berlainan?kerana dalam novel2 karya HES,ada segalanya..ilmu,pesanan2 dan nasihat,kisah2 percintaan yang begitu suci dan islamik..bukan karya2 kosong yang membuang masa..terdapat ilmu2 baru yang iz perolehi setelah membaca novel Bumi Cinta ini..tambah pula terdapat kelainan apabila latar tempat nya adalah di Russia..watak utama nya pula adalah Muhammad Ayyas..walaupun watak Muhammad Ayyas ada iras2 Fahri dan Azzam untuk novel2 sebelum ini,namun watak Ayyas lebih segar dan tidaklah menggambarkan dia seorang yang sempurna dan sebenarnya masih mempunyai kelemahan2 seorang insan yang tidak terlepas daripada godaan dunia yang mempersona..jadi bagi mereka yang baru nak mengenali dunia novel, ini mungkin adalah novel terbaik sebagai permulaan yang pastinya..

err,sebenarnya iz bukanlah taksub ngan gaya penulisan HES semata-mata..namun setakat ini, hanya karya HES yang mampu membuatkan iz boleh membaca novel itu sehingga habis..novel lain?x pasti lagi..bukan senang untuk lelaki ganas macam iz ni nak membaca novel..perlukan sesuatu yang benar2 menarik pada sesebuah novel itu yang perlu untuk iz menghabiskan nya..dan iz menemukan itu dalam novel Bumi Cinta ini..kalau karya tempatan, semestinya karya2 Dr Hasrizal aka saifulislam..kalau hangpa nak baca novel,iz sarankan la novel ini.elok untuk dibaca dan dihadiahkan pada seseorang..okla..iz mengundur diri dulu..Assalamualaikum..

2 comments:

Fitria Joairi said...

salam,
ana juga penggemar karya HES, so far alhamdulillah ana xpnah tertinggal dr membaca karya beliau,,hny ana nk tau, nie mmg karya baru beliau ke? cz ana agk bz kebelakangan nie hingga xdan nk membaca..

iz @ aako89 said...

ini memang novel terbaru HES...best..cubalah baca..kalau Fitria minat ngan karya2 HES,novel ini pasti tidak akan mengecewakan..hehe..