hantar abg sani dan kak zan naik haji

waa..betul2 lama kali ni x berupdate blog ni...sian kat blog..x dapat perhatian yang sepatutnya..maaf yer..mggu lepas iz sibuk sikit..tapi seronok,jangan riso,hehe..sibuk yang menyeronokkan..sedara mai dari kedah, nak anta p haji kat kompleks haji kat Kelana Jaya..kebetulan pula malam yang sama kwn2 wat reunion kat downtown..terpaksa lah pilih antara satu yang lebih utama..jadi iz pon pilihla untuk menghantar sedara p kompleks tabung haji tu..maaf la yer wat comel and da geng..tak dapat join korg seronok2 kat sana..

               


untung dapat pegi naik haji..harap2 iz pon berpeluang untuk pergi haji,insyaallah..hurm,bila tengok meriahnya org kat kompleks ni menghantar ahli keluarga , sanak sedara ke haji, memang hati ni rasa berkobar-kobar untuk pegi sana juga, beribadah di hadapan kaabah,kiblat kita umat islam..macam mana la sesak nya bila kita semua dikumpulkan di padang masyar nanti..*muhasabah diri..

tahun ni anta sepupu, mungkin tahun depan anta mak ngan abah pulak harapnya..katanya tahun depan boleh lulus kot permohonan pergi awal ke sana..doa2 kan la yer..moga mak ngan bah dapat pergi tahun depan..ha..nak kongsi sikit..buat sahabat2 iz kat luar sana..hangpa pakat2 la buat akaun tabung haji awal2..xderla lambat sangat nak pegi nanti..yela,ramai tau yang nak pergi haji ni..kalau lambat bukak akaun tabung haji tuh,maka lambat la nak pegi haji nanti..kena ikut turn..memang la boleh buat rayuan ,tapi kalau bukak akaun awal2,mungkin permohonan kita nak pergi awal ke sana diutamakan..yer x..kalau nak daftar haji,kena ada 1300 dalam akaun kalau x silap..so,startla menabung dari awal yer..


wa..time ni,rasa macam ...erm..xtau la camne nak gambarkan..betul2 macam suasana kat sana dah..dengan ramai nya manusia,rasa macam kat mekah dah..huhu..x sabo2 nak wat simpanan untuk kesana..menghantar org naik haji ni benar2 motivasi terbaik utk iz bersemangat utunk ikut jejak langkah para jemaah haji tahun ni..insyaallah..akan iz usahakan.. 

No comments: