balik kampung.

3 hari melarikan diri dari rutin seharian dengan pulang ke kampung bersama keluarga tercinta..tinggalkan segala laptop,offkan henfon dan menikmati sepenuhnya masa tika berada di kampung tercinta ku di Kedah..alhamdulillah, tenang dan sangat seronok bersama keluarga dan saudara mara tercinta..

yup, maaf la kepada sesiapa yang mencari iz tuk 3 hari ini.saja je la iz nak tenangkan fikiran di kampung merilekskan otak, dan muhasabah diri balik ngan masalah yang dihadapi..seronok betul balik kampung bila semua sedara mara melayan elok, tanpa ada langsung cacat cela kat mana2..terasa begitu dihargai dengan layanan yang begitu baik sekali.

kebetulan balik kampung secara terkejut tergempar ni, tanpa perancangan yang teliti, main balik je, kak jan ngan abg sani buat kenduri kesyukuran untuk mendoakan keselamatan mereka untuk mengerjakan haji pada tahun ini.. iz pun doakan moga dipermudahkan urusan serta mendapatkan haji yang mabrur, Insyaallah..seronok nya berpeluang mengerjakan haji ni kan..iz ni bila tak tahulah..iz betul2 harap target iz untuk mengerjakan haji sebelum umur 35 tercapai jika dipanjangkan umur..tu kena kumpul duit awal2 nih, nak capai target tuh..


kenduri tu betul2 dijalankan dengan gotong royong jiran2..kuat betul semangat kerjasama jiran2 di kampung ni kan..rasa macam habis semua turun membantu..tak la risau sangat untuk menjalankan kenduri ngan merewang nih..kalau di bandar ni, budaya kerjasama dengan jiran2 makin pudar nampaknya..tu la sapa yang nak mula2 fikirkan nak buat bisnes di bandar ni, bolehlah ambil peluang buat catering..insyaallah,masyuk tuh..ramai yang duk order catering je bila kenduri..

ok,berbalik pada isu balik kampung nih, seronok betul bila bersama berkumpul ngan sedara mara..nilah masanya nak kenal dengan sedara mara..tak maula iz jadi manusia yang tak kenal dengan sedara mara sendiri,pastu terputus je silaturrahim camtu je..sungguh merugikan..walau jauh kemana pon kita pergi,tanpa ikatan yang kuat dengan sedara mara,seolah tidak bahagia hidup pada hakikat nya..hurm..pelik bila bayangkan suasana tidak kenal ngan sedara mara sendiri..sebab tu la iz kena betul2 manfaatkan peluang yang ada ini untuk mengenali sedara mara ngan lebih rapat..


kebetulan sebelum menulis entry ini, iz baru je sudah menonton sebuah filem yang bertajuk 3 idiot..diberi oleh anak sedara sebelum pulang kesini..ngan pendrive2 dier bagi..hehe..tu yang layan tadi tuh cerita nih..komen?terbaik..iz ni bukanlah penggemar filem2 hindustan..namun filem ini benar2 membuka mata iz untuk menghayati maksud di balik filem ini..berfikir di luar kotak pemikiran, antara pengajaran yang benar2 iz minati dalam filem ini..memang terbaiklah..memang benar,setiap dari kita sebenarnya dianugerahkan dengan kelebihan masing2..jadi buatlah sesuatu itu dengan anugerah dan kelebihan yang diberikan..barulah hidup akan menjadi lebih menyeronokkan..jangan jadikan hidup kita dipengaruhi minat orang lain,okay??

cukupla setakat ni iz menulis..iz sarankan pada pelajar2 universiti ke,mana2 ke,bolehla menonton cerita 3 idiot ni..memang bagus dan penuh dengan pengajaran..ambil yang jernih,buang yang keruh dalam filem ini..pandai2 la tapis yer..hehe..hurm..iz pun nak undurkan diri..salam..

No comments: