zenda kawen,reunion dak dkm..

hurm,betapa panjang nya tajuk diatas..haha..biaq p la..barula jelas maksud yang ingin disampaikan dalam entry kali ni..semalam bersamaan 27 nov 2010, kakak zenda yang kawen sebenarnya,bukan zenda yer..maka kami geng2 kajang dan seorang kawan iz ,iaitu Azhar pun follow sekali..sume sekereta ngan iz, berjumlah 5 orang..Fareez, Comel, Bapak dan Azhar..dari sini kitorang gerak dalam kul 10 sengah jugala..

sampai r&r Rawang dalam kul 12 camtulah..tunggu kat sana dalam sejam,tunggu budak2 dari klang nak sampai gerak sama2,cadangnya..sekali bila call balik,diorang dah sampai tanjung malim..kah3..saba je la..nak wat camne..nak tengok muka2 menunggu camne?jap ye..


tu dia..comel ngan bapak..sempat lagi tuh..padahal tempat lalu lalang manusia tu kat situ..kering je tangkap gambar ala2 model..bosan menunggu la tuh..hehe..tapi xpe..kita teruskan..hurm..pastu,dalam kul 2 sengah gakla sampai umah zenda..seb baik banyak lagi nasi berserta lauk pauk..gambar di umah zenda pulak lah..





ini lah suasana kat umah zenda..ramai kan??ada lagi gambar yang x masuk ni..hehe..memang reunion tul la..x sangka pulak ramai yg turun..sume sekali 6 bijik keta gakla kalau x silap..best?memang bestla jumpa balik setelah 10tahun setahun x jumpa..macam2 cerita la keluar..ada yang sambung belajar,tak kurang juga yang dah berkarier pon..makan adalah dalam sejam camtuh..riuh sekejap khemah tu ngan suara dak2 dkm..tapi pas makan,xkan nak balik pulak kan..terus rancang pegi pertak pulak..singgah isi minyak kat petronas jap..

pulak dah..sampai kat petronas,keta zarip x leh start la pulak..bateri kong langsung katanya..lama gakla nak hidupkan..seb baik lah tukar bateri ngan edan..seb baik dua2 keta waja..kalau x,mana lah nak cari bateri..mula2 guna jumper iz,kesudahan nya,jumper iz nya klip penyek dilenyek oleh azmy..kah3..xpela..nak wat camne..


itu dia..ramai nya tukang pomen..seb baiklah ada si salleh..rajin dier menukarkan battery edan ke zharip..seb baiklah boleh start..kalau x,memang ke bengkel la jawapnya..ni tunggu nya tunggu,ingat nak balikdah..tapi fareez keja malam,kul 11..tapi pas Malin pujuk fareez,fareez stay aje..kah3..ke pertak jualah jawapnya..





fuh..lengkap la reunion kali nih..best sangat..yela,bukan selalu leh jumpe pon..walaupon penat gak memandu,namun sume nya dibalas ngan seronok nya masa meluangkan masa bersama member2 sume..pasni giliran sapela pulak kenduri,hehe..mungkinkah ery??sape tau kan..hehe.. 

memasuki gerbang umur 21

alhamdulillah,beberapa jam lagi akan menambah lagi usia yang ada..hurm..27 november,yup..tahun?1989..jadi masuklah umur 21..umur2 yang mampu dan pasti boleh untuk mengundi..hehe..kena daftar diri ni untuk pilihan raya..ada sape2 tau cara2 nya??

hari lahir?apa yg ada pada hari lahir??sebagai peringatan saja untuk diri ini yang semakin menginjak ke umur2 yang mungkin mematangkan diri ni..tapi adakah umur itu mempengaruhi kematangan seseorang?secara logiknya nya,mungkin..namun bagi iz,umur bukanlah penanda aras kematangan seseorang..ada yang umur dah masuk ke 30 an, namun masih berada berfikiran seolah-olah berumur 18 tahun...dan ada yang baru berumur belasan tahun,tapi lebih matang kerana mungkin tanggung jawab yang dipikul mematangkan fikiran..kan?

err...jauh pulak melencong..maaf yer..bukan nak bincang topik matang pon..hehe..saje je la..iz ni terkadang menulis apa sahaja yang terlintas kat fikiran ni..jadi kalau sukar melihat susun cerita yang teratur,sekali lagi..maafkan iz..

hari lahir?apa yang iz inginkan??apa yang iz inginkan x penting pun..tapi apa yang iz ingin berikan..sebab erti hidup pada memberi kan..oklah..pada hari lahir kali ni iz bercadang dan berniat untuk memaafkan semua kenalan2 iz..kalau ada apa2 salah hangpa kat cheq,cheq maafkanlah..yer?x mola bermusuh-musuhan,berdengki-dengkian,dan pelbagai ber2 lagi..iz pon harapkan hangpa maafkanlah iz..biarlah hari lahir ini menjadi sesuatu yang bermanfaat dan diredhaiNya..

azam pula..iz berazam untuk memperbaiki diri ini dari hari ke hari,bukan untuk menjadi sempurna,namun ingin memperbaiki 1001 kelemahan diri..iz x takut ditegur,malah dikutuk,kerana dengan cara itu sahaja iz tahu kelemahan diri..iz pujian hanya melemah diri je rasa..namun masih akan tetap menghargai..cuba untuk latih diri menjadi manusia yang tidak ego..malah membuka diri ini seluas-luas nya untuk ditegur,..jangan takut2 la pasni kalau nak tegur ,yer??

minggu akan datang ini juga iz akan memulakan hidup baru di Rawang..bekerja di Perodua..harap2 mampu la mendidik diri untuk menjadi lebih berdikari dari masa ke semasa..insyaallah..try untuk berhijrah dan memulakan hidup di tempat org la pulak..lain tempat,lain la ragamnya,yer dak?hehe..

jadi untuk hari lahir ni,iz mengharapkan bahawa segala kesilapan iz selama ni kat korang harap di maafi..mekasih gak wat yang mengewish kat fb,kat mesej..sangat2 dihargai rasanya..ingat korang yer..pape pon mekasih sangat..Assalamualaikum..err,jemput follow yer,hehe..

untuk kamu..

hurm,kesian kat vico ni bila nampak semakin manja dengan tuan dier ni...asyik nak manja2 je..macam mana yer bila dier terpaksa berpisah buat sementara waktu sebab iz akan berpindah duk rawang pasni...mesti dier tercari-cari tuan dier..huhu..nak bawak sekali belum boleh lagi..nak tengok dulu keadaan kat sana macam mana..kalau ok baru boleh bawak..kan?mana boleh ikut suka je nak bawak kucing duk sana..nanti x terjaga pulak..kurang2 kalau dier duk sini,terjaga juga makan pakai dier..


nampak dia buat muka kesian tuh?hurm..lagi la berat rasa hati nak meninggalkan dier..tapi xpe vico..elok je dapat cari umah kat sana.,vico pasti akan duk sana sekali yer ngan iz..bawak sekali..

sebenar nya sedih juga ni,sebab seorang teman rapat iz mula lupakan iz dah..tegur pon dah x berbalas..namun biarlah..mungkin dier mempunyai alasan yang kukuh untuk lupakan iz..biarlah..iz terima sahaja lah..nak buat macam mana, x kekal pon hubungan kami..ingat boleh lah kekal sampai bila2..rupanya bertepuk sebelah tangan je..biarlah vico yang menjadi penawar dihati ini..hurm..buat yang 'berkenaan', maafkanlah kesilapan iz selama ni ya..

makin lama dalam dunia blog ini,makin ramai teman2 yang mula berjinak dengan dunia blog..best pulak rasanya..dapat tahu perkembangan masing2, dan berkongsi ilmu tentang dunia blog ini..iz akui,iz tak pandai dalam blogging ni sebenarnya..banyak kena belajar dan masih lagi belajar ngan teman2..seb baiklah diorang ada..dah la x kedekut ilmu..macam nilah teman yang baik..hehe..

tapi kesimpulan nya,makin seronok pula bila bersama teman2 maya dalam dunia blog..terasa lebih hampir dan rapat ngan diri masing2..berbeza ngan teman2 maya dari fb dan lain2..di dunia blog ini,kita mampu menilai dan meneliti peribadi seseorang pemilik blog tersebut..ada juga yang mempunyai ilmu yang luas dan tak kedekut untuk berkongsi ngan pembaca2..tu yg best tu..harap2 sudi2 la yer berkenalan yer..okla..sampai disini sahaja..Assalamualaikum..

kerjaya..

mesti ada antara kamu2 yang pernah berada dalam persimpangan untuk membuat pilihan yang mampu menentukan karier dan masa depan kan?yer,iz sekarang benar2 berada dalam persimpangan ini..iz sekarang mempunyai 2 pilihan kerjaya yang iz cita2 kan..tapi itula pasal nya.bila dua2 pun dapat..terpaksa pilih salah satu la,yer dak?xkan nak terima dua2 pulak..


inilah dier company yang begitu membuatkan iz rasa tak tahu nak pilih yang mana..sangat2 dalam dilema..kalau MTD tu syarikat konsesi lebuhraya..keja nya adalah dibawah Highway Asset..adakah nak diteruskan kerjaya disini ataupon menerima tawaran Perodua dimana Perodua pula pasti2 nya kilang kereta..tapi mengapa rasa lebih kearah Perodua berbanding MTD..mungkin jiwa mekanikal yang ada dalam diri ni kot..hehe..besar kemungkinan duk Rawang la pasni..jadi orang rawang lah sebab kilang Perodua tu kat rawang..

Novel Bumi Cinta

selesai sudah membaca novel terbaru karya Habiburrahman El Shirazy(HES) iaitu Bumi Cinta, dan seperti kebiasaan nya iz sangat berpuas hati membaca novel ini...sebelum ni karya2 daripada HES tidak pernah mengecewakan iz..antara novel yang pernah dibaca ialah Ayat2 Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih..hurm,kedua-dua nya sudah difilemkan pun..Mungkinkah novel Bumi Cinta akan difilemkan?wallahualam..harap2 difilemkan lah.. 

diantara semua peminat2 novel yang ada, iz tak pasti apa yang dicari oleh mereka ini dalam sesebuah novel yang dibaca..malah iz akui yang iz bukanlah pembaca novel yang tegar kerana novel pilihan iz hanyalah dari hasil tulisan HES sahaja..pernah cuba untuk membaca novel karya penulis2 lain,namun tetap berasa kosong dalam pembacaan dan confirm2 lah baca pon x habis..baru 2-3 bab,tutup terus dan malas meneruskan pembacaan..

Mengapa novel HES berlainan?kerana dalam novel2 karya HES,ada segalanya..ilmu,pesanan2 dan nasihat,kisah2 percintaan yang begitu suci dan islamik..bukan karya2 kosong yang membuang masa..terdapat ilmu2 baru yang iz perolehi setelah membaca novel Bumi Cinta ini..tambah pula terdapat kelainan apabila latar tempat nya adalah di Russia..watak utama nya pula adalah Muhammad Ayyas..walaupun watak Muhammad Ayyas ada iras2 Fahri dan Azzam untuk novel2 sebelum ini,namun watak Ayyas lebih segar dan tidaklah menggambarkan dia seorang yang sempurna dan sebenarnya masih mempunyai kelemahan2 seorang insan yang tidak terlepas daripada godaan dunia yang mempersona..jadi bagi mereka yang baru nak mengenali dunia novel, ini mungkin adalah novel terbaik sebagai permulaan yang pastinya..

err,sebenarnya iz bukanlah taksub ngan gaya penulisan HES semata-mata..namun setakat ini, hanya karya HES yang mampu membuatkan iz boleh membaca novel itu sehingga habis..novel lain?x pasti lagi..bukan senang untuk lelaki ganas macam iz ni nak membaca novel..perlukan sesuatu yang benar2 menarik pada sesebuah novel itu yang perlu untuk iz menghabiskan nya..dan iz menemukan itu dalam novel Bumi Cinta ini..kalau karya tempatan, semestinya karya2 Dr Hasrizal aka saifulislam..kalau hangpa nak baca novel,iz sarankan la novel ini.elok untuk dibaca dan dihadiahkan pada seseorang..okla..iz mengundur diri dulu..Assalamualaikum..

main badminton(kajang)

semalam iz rancang main badminton ngan comel aka azreen..namun tanpa disangka-sangka,radzif ngan fareez nak join..so apa lagi...set aje..si comel p la booking court malam tu..cadang nya nak sejam je,namun atas keghairahan comel untuk bermain badminton yang meluap-luap,dier pegi booking amik 2 jam..

pergh..rasa begitu lama masa berlalu 2 jam tu..dengan kadar stamina yang begitu diuji, x tutup lagi lampu court tu,kitorg amik keputusan untuk angkat kaki ke mampley berdekatan situ..hehe...nak tengok betapa kritikal nya keadaan kitorang pas main badminton..tengok gambar ni..leh tahan la penatnya..


nampak peluh tu?macam baru pas jogging 10 km je kan..yang si fareez pulak,awal2 lagi duk sakit pinggang..haha..lawak sungguh..camne nak jadi profesional ni..hehe..comel ok je..maintain je stamina dier..bagus2..banyak exercise kot..ni antara gaya2 permainan yang ditonjolkan malam tuh..

menengokkan gaya comel melakukan smash mungkin bola itu boleh pegi around 295km/h..namun radzif mampu membalas pukulan ngan gayanya yang tersendiri.apa2 pun perlawanan kami semalam tidak lah berniatkan untuk menang..hanya untuk mengeluarkan peluh je..janji memang bukan setakat peluh je keluar,nak putus nafas pon ada rasanya..inilah akibat nya kalau main direct tanpa stretching(betul ke eja ni)...kui3..


inilah peserta yang mengadu sakit pinggang..hehe..sian kat fareez..tapi xpe..janji leh main hingga ke titisan peluh yang terakhir..kan?kuar peluh,sihat badan..bakar lemak dan kalori..ingat,tubuh badan kita ni kena jaga sebab ia adalah amanah,yer dak?erm..cukupla setakat ini iz menulis..ada masa kita jumpa lagi ya?Assalamualaikum..

ipod touch

alhamdulillah.,merasa jugak pakai ipod touch ni..memang iz kan peminat muzik..pakai ipod touch ni memang menepati hobi yang adalah..hehe..dengar muzik best2 yang ader dalam laptop nih..kalau nak masukkan semua,x terdengar rasanya..banyak sangat dalam laptop,hasil kumpul sejak berapa tahun dulu..sedut dari kawan2(chawie nya koleksi lah kebanyakan nya),download dari 4shared,lama2 banyak sampai bersepah dah..ingat nanti nak delete lah mana lagu yang x best..


err,mengapa ipod ni beza ngan pemain2 mp3 yang lain??ntah ler..tapi bagi iz sama je semua pemain mp3..cuma adalah beza sikit2 jika dibandingkan ngan kualiti audio yang dimainkan..dan fungsi2 lain seperti wifi dan ribu riban app untuk didownload di app store..game pun banyak nak didownload cuma kalau nak fokus pada game,baik lah gunakan psp(playstation portable)..untuk iz,ipod ni memang ditujukan untuk mendengar lagu kegemaran..yang lain2 fungsi sampingan yang ada,sekadar bonus..

pastu lain nya lagi kalau nak masukkan lagu dalam ipod..dier x sama ngan pemain mp3 lain,just copy and paste je..kalau ipod ni,dier cerewet sikit..kena menggunakan software yang bernama iTunes..jap2..nak upload gambarnya..


mula2 memang x tau habis la camne nak gunakan..xtau pulak kena sync ipod ni baru masuk lagu yang kita upload dalam library tuh..apa pun,sekarang ni dah mahir la guna menda alah ni..hehe..lama2 godek,bolehla..ni aritu p cari kabel ipod ni kat kedai..mahal betul harga nya..kabel ke pc tu je rm95..uisy..x sangka betul..seb baik ader kawan keja sana..dapatla beli kabel yang murah sikit dari harga kat kedai epal tuh..seb baik ader kawan keja kat kedai enfon..senang sikit..mekasih kat kawan iz,Hairuddin..jasamu dikenang..

eh,cukuplah mengarut pasal ipod ni..bukan tau sangat pon lagi nak guna sepenuhnya..orang baru nak belajar..erm,haa..sembang pasal orang baru nak belajar, ader sorang kawan iz ni baru je nak belajar buat blog..Fir nama nya..maila pakat add dier sbg follower..beri tunjuk ajar yg sepatutnya ke..hehe..oklah..Assalamualaikum..

win7 yang ensem

entry pendek je kali ni..sebab mata dah ngantuk pon..berat nak angkat dah..menaip dalam keadaan separa sedar..hehe..okla,straight to da point..iz sebenar nya bosan bila tengok window yang dipakai sekarang nih..win7..memang la mula2 nampak begitu cantik dan laju,namun masa mengubah segalanya..eceh,ayat..

jadi apa lagi..duk google la cara2 nak ubah rupa paras win7 ni kepada yang lebih encem sikit..lebih bergaya,lain dari yang lain..jadi hasil carian,terjumpa lah satu software ni yang boleh mengubah rupa paras win7 kepada rupa paras yang cun melecun..juga lebih pantas dan kemas..nampak lebih profesional..nama softwarenya?Snow transformation pack..

sedikit gambar rupa paras terbaru setelah diinstall menda alah ni..


nak download software ni..leh la mencuba yer..kalau nak merasakan kelainan pada win7 anda..leh klik sini..ok??

25 random facts about me..

hurm..x pernah kena tag sebelum ni..dan sebenarnya pon xtau la leh ke keluarkan 25 fakta bagai nih..namun iz akan cuba sebaik nya la yer..terima tag ni daripada Fatin Nadia..






  1. seorang yang sangat rapat ngan keluarga dan lebih suka meluahkan perasaan dan masalah kepada keluarga terutamanya kakak2 ku tersayang berbanding luah pada orang lain.
  2. suka sangat berkawan dan dikawan..(ada ke ayat 'dikawan' nih??)
  3. punya seorang sahabat yang sangat rapat dan begitu mengenali diri iz kerana berkawan sejak tadika hingga kini berumur 21 tahun..Azhar namanya..
  4. sukar melupakan kenangan bersama rakan seperjuangan ketika menuntut di PSAS dulu..anda memang classmate terbaik yang pernah iz bersama..
  5. tak tahu bagaimana nak meluahkan perasaan..banyak memendam dari meluahkan sebenarnya.
  6. kuat berahsia..
  7. suka dengar masalah orang dan berkongsi pendapat..mungkin memang iz seorang pendengar yang baik..rasanya..jadi pada sape2 yang nak berkongsi masalah,dipersilakan..hehe..
  8. hobi?(*kalau sukan)- main bolasepak,badminton..
  9. hobi?(*kalau lain2) - belajar menda2 baru,kerja cari duit lebih,ajar orang menda baru,dll..
  10. minat membaca novel tapi pada seorang penulis sahaja iaitu Habiburrahman el Shirazy..novel lain,maaf la..x berminat..
  11. juga minat tulisan2 saifulislam aka Ustaz hasrizal pada blog maupon buku2 nya..
  12. sangat meminati muzik..pandai main gitar sikit dan kadang2 layan perasaan sorang sambil main gitar..
  13. suka pada seseorang.
  14. 27 november ni harijadi iz..jadi??hehe..
  15. minat pada gadget2 terbaru dan menepati keperluan iz..bukan jenama jadi ukuran..
  16. kalau nak kan sesuatu,akan usahakan sampai dapat..
  17. pernah buat ujian psikologi,dan keputusan nya?seorang yang degil..hehe..x sangka..akan cuba atasi kelemahan ini..
  18. apa lagi yer?
  19. suka makan pajeri nenas dan minat minum air nestum..
  20. teringin nak pergi haji sebelum umur 35 target nya..harap2 dapatla..doa2ka la yer..
  21. sikit je lagi nak cukupkan 25 nih..
  22. mempunyai abang ipar yg sangat baik hati dan penyabar..suka contohi sifat dier ni..
  23. suka pada budak2 kecil..layan kerenah diorang adalah cara iz melupakan masalah yang ada..
  24. mempunyai seekor kucing yang sangat iz sayangi...vico el ricardo gomez namanya..pggl vico je..nama manja dier..
  25. akhirnya..yesza..hehe..hurm.,fakta mengenai blog ni..x kisah sangat untuk follow blog org lain janji rajin berupdate..sebab iz suka membaca..hehe..


    cukup la kot..maaf la sekiranya terdapat kekurangan dalam memberi fakta2 ni yer,,secara spontan je iz buat..kalau ada apa2 nak ditanya tentang iz,boleh la tanya yer..dengan senang hatinya iz menjawap..Assalamualaikum..

    hantar abg sani dan kak zan naik haji

    waa..betul2 lama kali ni x berupdate blog ni...sian kat blog..x dapat perhatian yang sepatutnya..maaf yer..mggu lepas iz sibuk sikit..tapi seronok,jangan riso,hehe..sibuk yang menyeronokkan..sedara mai dari kedah, nak anta p haji kat kompleks haji kat Kelana Jaya..kebetulan pula malam yang sama kwn2 wat reunion kat downtown..terpaksa lah pilih antara satu yang lebih utama..jadi iz pon pilihla untuk menghantar sedara p kompleks tabung haji tu..maaf la yer wat comel and da geng..tak dapat join korg seronok2 kat sana..

                   


    untung dapat pegi naik haji..harap2 iz pon berpeluang untuk pergi haji,insyaallah..hurm,bila tengok meriahnya org kat kompleks ni menghantar ahli keluarga , sanak sedara ke haji, memang hati ni rasa berkobar-kobar untuk pegi sana juga, beribadah di hadapan kaabah,kiblat kita umat islam..macam mana la sesak nya bila kita semua dikumpulkan di padang masyar nanti..*muhasabah diri..

    tahun ni anta sepupu, mungkin tahun depan anta mak ngan abah pulak harapnya..katanya tahun depan boleh lulus kot permohonan pergi awal ke sana..doa2 kan la yer..moga mak ngan bah dapat pergi tahun depan..ha..nak kongsi sikit..buat sahabat2 iz kat luar sana..hangpa pakat2 la buat akaun tabung haji awal2..xderla lambat sangat nak pegi nanti..yela,ramai tau yang nak pergi haji ni..kalau lambat bukak akaun tabung haji tuh,maka lambat la nak pegi haji nanti..kena ikut turn..memang la boleh buat rayuan ,tapi kalau bukak akaun awal2,mungkin permohonan kita nak pergi awal ke sana diutamakan..yer x..kalau nak daftar haji,kena ada 1300 dalam akaun kalau x silap..so,startla menabung dari awal yer..


    wa..time ni,rasa macam ...erm..xtau la camne nak gambarkan..betul2 macam suasana kat sana dah..dengan ramai nya manusia,rasa macam kat mekah dah..huhu..x sabo2 nak wat simpanan untuk kesana..menghantar org naik haji ni benar2 motivasi terbaik utk iz bersemangat utunk ikut jejak langkah para jemaah haji tahun ni..insyaallah..akan iz usahakan.. 

    balik kampung.

    3 hari melarikan diri dari rutin seharian dengan pulang ke kampung bersama keluarga tercinta..tinggalkan segala laptop,offkan henfon dan menikmati sepenuhnya masa tika berada di kampung tercinta ku di Kedah..alhamdulillah, tenang dan sangat seronok bersama keluarga dan saudara mara tercinta..

    yup, maaf la kepada sesiapa yang mencari iz tuk 3 hari ini.saja je la iz nak tenangkan fikiran di kampung merilekskan otak, dan muhasabah diri balik ngan masalah yang dihadapi..seronok betul balik kampung bila semua sedara mara melayan elok, tanpa ada langsung cacat cela kat mana2..terasa begitu dihargai dengan layanan yang begitu baik sekali.

    kebetulan balik kampung secara terkejut tergempar ni, tanpa perancangan yang teliti, main balik je, kak jan ngan abg sani buat kenduri kesyukuran untuk mendoakan keselamatan mereka untuk mengerjakan haji pada tahun ini.. iz pun doakan moga dipermudahkan urusan serta mendapatkan haji yang mabrur, Insyaallah..seronok nya berpeluang mengerjakan haji ni kan..iz ni bila tak tahulah..iz betul2 harap target iz untuk mengerjakan haji sebelum umur 35 tercapai jika dipanjangkan umur..tu kena kumpul duit awal2 nih, nak capai target tuh..


    kenduri tu betul2 dijalankan dengan gotong royong jiran2..kuat betul semangat kerjasama jiran2 di kampung ni kan..rasa macam habis semua turun membantu..tak la risau sangat untuk menjalankan kenduri ngan merewang nih..kalau di bandar ni, budaya kerjasama dengan jiran2 makin pudar nampaknya..tu la sapa yang nak mula2 fikirkan nak buat bisnes di bandar ni, bolehlah ambil peluang buat catering..insyaallah,masyuk tuh..ramai yang duk order catering je bila kenduri..

    ok,berbalik pada isu balik kampung nih, seronok betul bila bersama berkumpul ngan sedara mara..nilah masanya nak kenal dengan sedara mara..tak maula iz jadi manusia yang tak kenal dengan sedara mara sendiri,pastu terputus je silaturrahim camtu je..sungguh merugikan..walau jauh kemana pon kita pergi,tanpa ikatan yang kuat dengan sedara mara,seolah tidak bahagia hidup pada hakikat nya..hurm..pelik bila bayangkan suasana tidak kenal ngan sedara mara sendiri..sebab tu la iz kena betul2 manfaatkan peluang yang ada ini untuk mengenali sedara mara ngan lebih rapat..


    kebetulan sebelum menulis entry ini, iz baru je sudah menonton sebuah filem yang bertajuk 3 idiot..diberi oleh anak sedara sebelum pulang kesini..ngan pendrive2 dier bagi..hehe..tu yang layan tadi tuh cerita nih..komen?terbaik..iz ni bukanlah penggemar filem2 hindustan..namun filem ini benar2 membuka mata iz untuk menghayati maksud di balik filem ini..berfikir di luar kotak pemikiran, antara pengajaran yang benar2 iz minati dalam filem ini..memang terbaiklah..memang benar,setiap dari kita sebenarnya dianugerahkan dengan kelebihan masing2..jadi buatlah sesuatu itu dengan anugerah dan kelebihan yang diberikan..barulah hidup akan menjadi lebih menyeronokkan..jangan jadikan hidup kita dipengaruhi minat orang lain,okay??

    cukupla setakat ni iz menulis..iz sarankan pada pelajar2 universiti ke,mana2 ke,bolehla menonton cerita 3 idiot ni..memang bagus dan penuh dengan pengajaran..ambil yang jernih,buang yang keruh dalam filem ini..pandai2 la tapis yer..hehe..hurm..iz pun nak undurkan diri..salam..