kemalangan ngeri di melaka-rembau..

setiap kali berlaku je kemalangan yang membabitkan bas express ni,iz perasan satu je...ada satu situasi yang seolah-olah berbalas pantun..yang pihak ni salahkan pihak ni..semua menjadi begitu peka dan nak amik port...tapi tengoklah..selang 2-3 minggu,senyaaappppppp balik..

semua  pihak pun mula lah melatah..semua nak cari salah siapa..semua pakat2 marah..ya,kita tahu...kemalangan itu x boleh dihidu..cuma janganla sampai mengambil sikap sambil lewa dan tidak ambil peduli..tengok pada semua aspek..tang mana yang ada masalah..kesian kat para pengguna bas ni..lepas ni entah bagaimana pulak la tanggapan orang awam pada perkhidmatan bas expresss..

iz tahu,bukan semua pemandu bas ini bermasalah..tapi sebilangan kecil je...yang sebilangan kecil ni lah patut disingkirkan daripada menjadi pemandu..tapi kan,kenapa yer diorang pandu laju2 mengalahkan supercar ni..duk line kanan tu..uisy..laju rupanya bas2 kat mesia ni..x sangka sungguh..nak kejar trip??mungkin sebab gaji yang diperolehi tu kecik sangat kot..ataupon sifat tamak yang membelenggu pemandu2 ini..ingat..keja pemandu ni melibatkan banyak nyawa..bertanggung jawab la yer wahai pemandu2 semua..

memang dah banyak kali menda ni berulang..bagi mereka yang berkenderaan sendiri,mungkin x ambil kisah sangat la...tapi pada mereka yang terpaksa menaiki bas2 seperti ini?mereka tiada pilihan..jadilah mangsa keadaan akibat kelalaian orang lain..dah jadi macam ni,siapa nak bertanggungjawab..buat lah sesuatu yang benar2 boleh dijadikan sandaran agar tiada lagi kemalangan seperti ini berulang di masa mendatang..


No comments: