mic kalis air

malam ni macam biasa ,meneruskan aktiviti seharian yang boleh dianggap rutin seharian iz iaitu tengok berita..macam biasala musim sekarang ni..politik3..selepas 1/2 jam berlalu,baru masuk kot tajuk2 xder kena mengena ngan politik..best juga tengok kecanggihan mic kalis air yang digunakan di persidangan UMNO tahun ni..pelik kan?dalam ramai yang duk menjerit2 kat mic yang sama tuh,x basah2 mic tu kan??memang betul kalis air la..hehe..just gurau2 je..moga betapa semangat nya anda duk menjerit2 tu,begitu juga la semangat anda untuk memperjuangkan anak bangsa..

harini 20.10.2010.,melaka diiktiraf sebagai negara maju..wawa,meriah tul sambutan..pompam2 ngan mercun bagai, ratusan peserta2 kompang,memang meriah betul lah sambutan yang diaturkan..melaka maju??baguslah begitu..dengar kata,peratusan penduduk miskin adalah paling rendah di negeri Melaka..itu adalah satu pencapaian yang sangat baik..biarlah semua peringkat taraf masyarakat merasa nikmat dari tempias 'Melaka maju'



namun,maju yang bagaimana yang diukur untuk mengiktiraf sesebuah negeri itu maju?sejujurnya iz masih tidak mengetahui dan memahami takrif sebanar bagaimana sesebuah negeri itu diisytiharkan sebagai maju..adakah diukur dengan tarah hidup masyarakatnya?adakah diukur dengan pembangunan nya kah?atau mungkin diukur dengan ciri2 yang digariskan oleh Pertubuhan Ekonomi dan Pembangunan,yang diasaskan di Perancis??

dari perspektif fikiran iz,biarlah kita berfikir dari fikiran yang positif..jadilah negeri yang selain daripada maju dari pembangunan dan ekonomi, maju juga dengan sahsiah rakyat2 nya..usahakan sama2 untuk menuju negeri yang kurang dari statistik masalah sosial nya..ha,yang ni baru best..kan??sama-sama kita doakan moga langkah2 untuk menurun kan masalah sosial di kalangan remaja misalnya dapat diambil..bukan spesifik pada melaka semata-mata,malahan negeri2 lain juga..barulah kita dapat mengecapi negeri yang maju dari kesemua aspek,bukan diukur daripada kemajuan ekonomi dan pembangunan sahaja..

No comments: