ahmad durrah itu superhero?

best,style pulak bila layan cerita ahmad durrah ni..bergaya,cool la pulak hero dier..walaupon baru je malam ni tengok,bolehla..ntah,xtau asal usul cerita ni..men belasah je tengok tengah2 crite tibe2..cume lagi best part bile dier p sindir penghulu kampung tuh..bergaya penuh cool bile dier nasihat imam tu penuh ngan kesopanan tanpa perlu kata2 kasar dan masih mencuba menjaga hati orang tua tuh..



terasa cerita2 melayu sekarang ni begitu berkualiti..barulah ader rasa nak menonton cerita melayu..syok jugak bila tengok perkembangan drama2 berkualiti, dan corak cerita islamik..dakwah melalui filem..barulah ramai yang mengikuti..cerita sebegini lebih baik,malah jauh lebih baik kalau dibandingkan dengan filem2 dan drama2 hampeh beserta rancangan yang tiada pengajaran langsung malah melekakan pulak tuh..


contoh??hehe..berlambaklah rancangan yang dimaksudkan..malas nak senaraikan..aderla kot rancangan2 yg mengarut ni mempelopori semua saluran2 tv negara kita..belum masuk bab2 cerita hantu lagi..musim cerita2 hantu mula balik..dulu dah xder lama dah..sekarang?boleh tahan lah..tak tau lah apa kebaikan nya cerita2 hantu ni kat kita,tambah kalau pada budak2 bawah umur..sian kat budak2..takutkan hantu melebihi segalanya..

berbalik pada cerita ahmad durrah td..best kan..tengok watak utama dia, ader aura..sampai ramai gadis2 yang jadi peminat dier..mungkin cerita ni boleh mengatasi rating filem nur kasih dulu..cerita ni pon walau punyai ciri2 yang hampir sama dengan filem nurkasih,namun masih mempunyai jalan cerita yang segar..memang la iz x follow sangat cerita ni,tapi masih boleh faham jalan ceritanya..bagus..mungkin drama2 berkualiti seperti ini akan terus mendapat sambutan yang hangat oleh kita semua,kan?

pandai bersilat,mengaji,zuhud,rendah diri dan menginsafi kesalahan dulu mungkin adalah ciri2 superhero yang perlu diterapkan kat adik2 kita@anak2 kita..bukan lah ciri2 seperti superhero2 barat sana..tengok sahaja pengaruh filem2 seperti supernatural, smallville, dan macam2 lagi rancangan2 yang sudah pasti ada 'udang disebalik batu' di sebalik setiap skrip yang digunakan..bagi mereka yang berfikir, mesti menyedari semua agenda ini kan..saja jela iz bukak topik ni untuk ajak kita sama2 berfikir..

jadi untuk penutup entry iz kali ini,mudah je..pandai2 lah memilih bentuk hiburan yang positif dan mendatangkan faedah yer..jangan pulak terikut-ikut dengan ajaran yang disogokkan oleh media kita yang belum tentu semua nya benar..okay?tengok islamic fashion festival sudah..setuju x??

No comments: