pepatah arab

pulak..tiba2 je keluar entry pasal pepatah arab..hehe..ntah betul entah tidak..iz sendiri pun hanya dengar pepatah ini daripada sape2 ntah..namun baik untuk dihuraikan satu persatu..pepatah itu berbunyi,'air yang berada statik dalam bekas tertentu,akan merosakkan sifat air tersebut'..

betul ke itu adalah pepatah arab?mungkin..masih lagi misteri..namun itu bukan lah persoalan yang besar..iz cuma berminat ngan maksud nya..cuma maksud nya sudah tentu hanya dari perspektif pandangan iz semata..dan mungkin ia boleh dihuraikan dengan beribu lagi huraian yang lain..

kita ambil contoh ngan pemuda lah misal nya...boleh?bayangkan jika air di pepatah itu adalah pemuda..sama juga perihal nya jika pemuda yang tidak melakukan apa pun dalam kehidupan nya...misal nya hanya berehat-rehat tanpa melakukan apa2 aktiviti yang edatagkan kebaikan kepada dirinya dan orang lain..lama kelamaan dia akan merosakkan diri nya sendiri dengan meletakkan diri dalam kerehatan yang bakal mengundang kerosakan diri..

ok,canggih sangat la pulak penerangan iz..baiklah,bahasa mudah nya ialah, tau kan?orang takde kerja ni, faham kan..mesti dia nak cari sesuatu yang mnyeronokkan untuk dilakukan untuk menghilangkan kebosanan..dan kadang2 perkara menyeronokkan ini tidak mendatangkan faedah pun..duduk tanpa membuat apa2 aktiviti yang bermanfaat hanya mengundang kerosakan pada diri sendiri..

jadi sebagai penutup nya,iz nak berpesan untuk iz sendiri dan sahabat sekalian,lakukan lah aktiviti yang bermanfaat kepada diri sendiri dan orang lain sekiranya mempunyai waktu lapang,jangan lah didedahkan diri itu ngan aktiviti yang x mendatangkan manfaat apa2 pun..merugikan..carilah aktiviti2 yang baik dan mendatangkan pulangan yang positif..kerja misalnya?dapat duit,untuk belanja kawe misal nya..hehe..nway,suka dengar lagu nih...apalah tajuknya yer??

ahmad durrah itu superhero?

best,style pulak bila layan cerita ahmad durrah ni..bergaya,cool la pulak hero dier..walaupon baru je malam ni tengok,bolehla..ntah,xtau asal usul cerita ni..men belasah je tengok tengah2 crite tibe2..cume lagi best part bile dier p sindir penghulu kampung tuh..bergaya penuh cool bile dier nasihat imam tu penuh ngan kesopanan tanpa perlu kata2 kasar dan masih mencuba menjaga hati orang tua tuh..



terasa cerita2 melayu sekarang ni begitu berkualiti..barulah ader rasa nak menonton cerita melayu..syok jugak bila tengok perkembangan drama2 berkualiti, dan corak cerita islamik..dakwah melalui filem..barulah ramai yang mengikuti..cerita sebegini lebih baik,malah jauh lebih baik kalau dibandingkan dengan filem2 dan drama2 hampeh beserta rancangan yang tiada pengajaran langsung malah melekakan pulak tuh..


contoh??hehe..berlambaklah rancangan yang dimaksudkan..malas nak senaraikan..aderla kot rancangan2 yg mengarut ni mempelopori semua saluran2 tv negara kita..belum masuk bab2 cerita hantu lagi..musim cerita2 hantu mula balik..dulu dah xder lama dah..sekarang?boleh tahan lah..tak tau lah apa kebaikan nya cerita2 hantu ni kat kita,tambah kalau pada budak2 bawah umur..sian kat budak2..takutkan hantu melebihi segalanya..

berbalik pada cerita ahmad durrah td..best kan..tengok watak utama dia, ader aura..sampai ramai gadis2 yang jadi peminat dier..mungkin cerita ni boleh mengatasi rating filem nur kasih dulu..cerita ni pon walau punyai ciri2 yang hampir sama dengan filem nurkasih,namun masih mempunyai jalan cerita yang segar..memang la iz x follow sangat cerita ni,tapi masih boleh faham jalan ceritanya..bagus..mungkin drama2 berkualiti seperti ini akan terus mendapat sambutan yang hangat oleh kita semua,kan?

pandai bersilat,mengaji,zuhud,rendah diri dan menginsafi kesalahan dulu mungkin adalah ciri2 superhero yang perlu diterapkan kat adik2 kita@anak2 kita..bukan lah ciri2 seperti superhero2 barat sana..tengok sahaja pengaruh filem2 seperti supernatural, smallville, dan macam2 lagi rancangan2 yang sudah pasti ada 'udang disebalik batu' di sebalik setiap skrip yang digunakan..bagi mereka yang berfikir, mesti menyedari semua agenda ini kan..saja jela iz bukak topik ni untuk ajak kita sama2 berfikir..

jadi untuk penutup entry iz kali ini,mudah je..pandai2 lah memilih bentuk hiburan yang positif dan mendatangkan faedah yer..jangan pulak terikut-ikut dengan ajaran yang disogokkan oleh media kita yang belum tentu semua nya benar..okay?tengok islamic fashion festival sudah..setuju x??

mic kalis air

malam ni macam biasa ,meneruskan aktiviti seharian yang boleh dianggap rutin seharian iz iaitu tengok berita..macam biasala musim sekarang ni..politik3..selepas 1/2 jam berlalu,baru masuk kot tajuk2 xder kena mengena ngan politik..best juga tengok kecanggihan mic kalis air yang digunakan di persidangan UMNO tahun ni..pelik kan?dalam ramai yang duk menjerit2 kat mic yang sama tuh,x basah2 mic tu kan??memang betul kalis air la..hehe..just gurau2 je..moga betapa semangat nya anda duk menjerit2 tu,begitu juga la semangat anda untuk memperjuangkan anak bangsa..

harini 20.10.2010.,melaka diiktiraf sebagai negara maju..wawa,meriah tul sambutan..pompam2 ngan mercun bagai, ratusan peserta2 kompang,memang meriah betul lah sambutan yang diaturkan..melaka maju??baguslah begitu..dengar kata,peratusan penduduk miskin adalah paling rendah di negeri Melaka..itu adalah satu pencapaian yang sangat baik..biarlah semua peringkat taraf masyarakat merasa nikmat dari tempias 'Melaka maju'



namun,maju yang bagaimana yang diukur untuk mengiktiraf sesebuah negeri itu maju?sejujurnya iz masih tidak mengetahui dan memahami takrif sebanar bagaimana sesebuah negeri itu diisytiharkan sebagai maju..adakah diukur dengan tarah hidup masyarakatnya?adakah diukur dengan pembangunan nya kah?atau mungkin diukur dengan ciri2 yang digariskan oleh Pertubuhan Ekonomi dan Pembangunan,yang diasaskan di Perancis??

dari perspektif fikiran iz,biarlah kita berfikir dari fikiran yang positif..jadilah negeri yang selain daripada maju dari pembangunan dan ekonomi, maju juga dengan sahsiah rakyat2 nya..usahakan sama2 untuk menuju negeri yang kurang dari statistik masalah sosial nya..ha,yang ni baru best..kan??sama-sama kita doakan moga langkah2 untuk menurun kan masalah sosial di kalangan remaja misalnya dapat diambil..bukan spesifik pada melaka semata-mata,malahan negeri2 lain juga..barulah kita dapat mengecapi negeri yang maju dari kesemua aspek,bukan diukur daripada kemajuan ekonomi dan pembangunan sahaja..

Lagu berhantu..

dalam kelembapan kadar kelajuan internet pada malam ni yang begitu x memuaskan,masih bersemangat untuk mencoretkan sesuatu pada blog ini..ditemani lagu2 yang begitu mencuit hati dan perasaan..cece..sastera nya ayat..yup,sesi berkongsi lagu2 kegemaran pon bermula..macam biasalah..iz suka kongsi lagu2 yang iz betul2 suka...kali ni siapa mangsa nya..yeah..kita terjah!!

kali ini iz nak kongsikan sebuah lagu dari antara artis kegemaran iz sepanjang zaman..lontaran suara yang unik, dan susah la nak cari pengganti beliau pada hari ini..memang berbakat dan berbaloi untuk diminati..bukan sekadar artis yang glamer dengan sebuah duabuah lagu,pastu senyap memanjang..artis hari ini?kalau dengar kat radio,suara sepesen je..ader la duatiga yang berbakat..yang lain??hampeh2 belaka..

eh,xperasan..dah masuk perenggan ketiga,x kenalkan..camne nak tau kan..xkan nak main teka2 je..beliau ialah Jamal Abdillah (J.A)..banyak lagu dia yang betul2 memberi kesan..lagu2 J.A ni memang dia seorang je yang boleh sampaikan@nyanyikan..kalau orang lain yang nyanyi,memang x sesedap lontaran vokal J.A..setuju kan?nak disenaraikan semua lagu2 J.A yang best memang banyak la kan..jadi iz selitkan lagu J.A yang paling iz suka..


tajuk lagunya disudut kamar hatiku..lagu2 lamo ni kebanyakan nya sangat2 bermakna maksud dia..tapi kena renung la apa yang lirik tu cuba sampaikan..sedap kan..suara jamal ni memang unik habislah..boleh la dengar2 waktu kesunyian ke,bosan2 ke..layan kan aja..hehe..sudi2la mendengar ya!!

pengalaman guna streamyx..

lama x berupdate,kerana streamyx iz mengalami masalah...namun pujian tak terhingga kepada staff2 streamyx (terutama nya Zam) yang begitu komited ngan pekerjaan diorg,dalam masa 24 jam je settle semua urusan masalah ngan streamyx yang iz gunakan..dapat modem baru beserta telefon cordless yang begitu macam mainan sikit..kaler oren..hehe..kalau ginila khidmat servis diorang.,harap tm sentiasalah maju sentiasa walau dicemuh ngan begitu dasyat kadang2...

streamyx ni bukan lah begitu teruk sangat servis diorang..sebenar nya banyak sangat bergantung pada technician2 diorang yang dilantik kat luar tuh..jadi faham2 jela..sume orang bukan nya sama yer..kena kawasan anda dijaga oleh technician yang 'begitu rajin'..,abisla..perkara yang boleh settle dalam masa sehari,boleh pegi sampai 2 bulan-3 bulan..nak tengok betapa cantik nya telefon kaler oren tuh??hehe..jap yer..


lawa x telefon tersebut??dah macam mainan kan??ni kalau dapat kat anak buah tuh,habisla di ingat kan nya telefon mainan..jangan dicampak-campak udahla..yang sebelah tu pulak modem baru...diorg tukarkan..yang lama tu rosak..kalau pakai yang lama,telefon x boleh digunakan..x tau...nanti telefon akan jadi engaged je..tapi sekarang dah okla..kalau bagi sape2 yang ada masalah yang serupa,hangpa adula kat talian 100 tuh..jangan didiamkan je..rugi bayar bulan2 tapi x dapat apa yang patut jadi milik kita,kan?

cukupla setakat ini..kesimpulan yang boleh iz buat,tm streamyx tu tidak seteruk yang disangkakan..ader baik,ader buruknya..bukan semua nya teruk2 belaka..setakat ni,iz berpuas hati pakai streamyx ni..sebelum ni dah pernah pakai dah,maxis ngan celco broadband..hasil?hampeh..asyik kena cut je speed dier..streamyx xder pon cut2 ni bagai..just guna tanpa ader syak wasangka..bil sampai bulan2 bayar tu jela..rm110,x naik2 punya..hehe..eh..okla..cukup setakat ni...salam..

beautiful nasyid


sedap nya bila dengar lagu nasyid ni..tenang..ketenangan tu tersangatlah dpt dirasakan..walau x faham langsung,namun rasa macam menusuk kalbu..kalau faham,lagila x tau macam mana kesan lagu ni..yang nyanyikan nya Muhammad Al Husayn..tika ramai yang begitu tertumpu pada muzik2 dari artis Maher Zain,sekali-sekala berubah la angin sikit...hehe..

sebenar nya banyak lagu nasyid dari tanah arab yang best2...kena tau je cari kat mana..tanya kawan2 ke yang mana minat lagu nasyid...bestlah layan nasyid daripada lagu2 serabut lagi menyerabutkan..faham kan,lagu2 metal nih la..tapi kalau x minat layan lagu2 nasyid daripada arab,leh je layan nasyid daripada negara kita,mesia nih..pon boleh...

kumpulan nasyid dari negara kita nih pon boleh tahan best dia..cume kena kenal la..kalau dah kenal,pasti cinta punya..contoh kumpulan nasyid negara kita yang best banyak..antaranya raihan, rabbani, hijjaz, brother, far east dan lain2 lagi..banyak kalau nak list kan..tapi antara semua,iz paling minat hijjaz la..antara lagu hijjaz yang diminati lagu Dia Kekasih Allah..best boleh tahanlah..cubalah dengar dulu yer..

kemalangan ngeri di melaka-rembau..

setiap kali berlaku je kemalangan yang membabitkan bas express ni,iz perasan satu je...ada satu situasi yang seolah-olah berbalas pantun..yang pihak ni salahkan pihak ni..semua menjadi begitu peka dan nak amik port...tapi tengoklah..selang 2-3 minggu,senyaaappppppp balik..

semua  pihak pun mula lah melatah..semua nak cari salah siapa..semua pakat2 marah..ya,kita tahu...kemalangan itu x boleh dihidu..cuma janganla sampai mengambil sikap sambil lewa dan tidak ambil peduli..tengok pada semua aspek..tang mana yang ada masalah..kesian kat para pengguna bas ni..lepas ni entah bagaimana pulak la tanggapan orang awam pada perkhidmatan bas expresss..

iz tahu,bukan semua pemandu bas ini bermasalah..tapi sebilangan kecil je...yang sebilangan kecil ni lah patut disingkirkan daripada menjadi pemandu..tapi kan,kenapa yer diorang pandu laju2 mengalahkan supercar ni..duk line kanan tu..uisy..laju rupanya bas2 kat mesia ni..x sangka sungguh..nak kejar trip??mungkin sebab gaji yang diperolehi tu kecik sangat kot..ataupon sifat tamak yang membelenggu pemandu2 ini..ingat..keja pemandu ni melibatkan banyak nyawa..bertanggung jawab la yer wahai pemandu2 semua..

memang dah banyak kali menda ni berulang..bagi mereka yang berkenderaan sendiri,mungkin x ambil kisah sangat la...tapi pada mereka yang terpaksa menaiki bas2 seperti ini?mereka tiada pilihan..jadilah mangsa keadaan akibat kelalaian orang lain..dah jadi macam ni,siapa nak bertanggungjawab..buat lah sesuatu yang benar2 boleh dijadikan sandaran agar tiada lagi kemalangan seperti ini berulang di masa mendatang..


backup data blogspot anda..



sayang x korang kat blog korang?mesti sayang punya kan..sape x sayang ,tambah2 kalau dah bertahun-tahun dah duk menulis kat blog tuh..pasti tersimpan 1001 maupon 99999 kenangan kan?jadi cuba bayangkan>>>kalau2 tibe data anda puffff!!hilang begitu sahaja tanpa dapat dikesan...mau menangis punya...tambah2 kalau xder backup...


iz pernah dgr sebelum ni ada yang berkata bahawa blogspot data tidak boleh dibackup..(*sorryla ...tercampur bahasa omputih)..kenyataan ini sememangnya salah sama sekali..terdapat begitu banyak laman web yang menyediakan platform untuk kita meng 'backup' data2 dari blog..terutamanya blogspot la yer..majoriti kita disini..jadi..mehla ke laman web tersebut..


jadi hangpa mehla pakat2 backup data dari blog korang...sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian faham2 jela..jadi amik langkah selamat awal2...okay..cara nak gunakan korang tau rasanya..mudah sangat..tapi kalau ader apa2 x faham..mesej2 la iz yer..tapi memandangkan langkah penggunaan nya begitu mudah..cume masukkan laman blog korang..pastu masukkan email..sahkan..terus leh guna..automatik dier backup..okla..selamat menggunakan yer..

bacaan merapu..


di malam hari iz ni lah mula menaip sesuatu yang mungkin boleh dijadikan ingatan dan memori terindah..(nak update la dalam bahasa mudahnya)..lama tak update kerana laptop yang uzur ni mula nak meragam..ader ke patut kepantasan iz menaip tidak pula disusuli ngan kecekapan papan kekunci ni menangkapnya..rosak mungkin..tapi xpela kalau nak rosak pon..dah lama iz pakai,x pernah lagi dier meragam..dah nak masuk 4 tahun dah laptop ni..biarla dier nak meragam sekali-sekala...

di atas tu jika anda semua perasan,iz ada selitkan sebuah lagu yang bernama engkau yang bernama seri...sambil baca entry leh la ditemani lagu2 kan sekali sekala..saje je la tempelkan bersama entry ini kerana lagu dier best..tiada motif lain..serius..xder motif lain..xder mood sedih,tiada lagi entry2 perpisahan..tiada lagi slot perkongsian perkara2 sedih berkaitan ngan perasaan iz..apa sahaja yang jadi,iz xnak lagi ikutkan perasaan..watpe nak sedih2 kan..menghabiskan beras je..

erm,terkadang rasa macam ....rasa macam2..x tau nak start camne..seb baik ader kawan2 ader untuk menemani..minggu ni je,3 orang sahabat iz daripada perak nun jauh disana mai lepak di rumah..mereka adalah syafiq,chawie ngan zharif..zharif baru je balik tadi..ader ke patut beliau bertolak malam..cam bahaye je..dah kata dah,balik jela pagi2 besok..naik 125z malam2 ni,mcm bahaya je...tapi xpela..katanya rider sejati je suka jalan malam2 buta nih..hati2 la yer bawa motor tu..seb baik dah tunjuk kat dier jalan guna google earth tadi..harap2 x sesat la yer..

haritu iz ada interviu ngan columbia asia hospital sebagai ot technician..leh tahanla cantik tempat dier...punyala ramai calon2 yang datang..iz nya sesi interviu??leh tahan la..2 kali kena interviu..sekali ngan admin,sekali ngan maintenance nyer orang..dua2 pon ok..baik je..cuma yang first tuh,speaking bagai air yang mengalir..iz pulak speaking macam air mengalir di tempat yang bertakung..jadi sangkut2 jugala..seb baik lepas sesi yang pertama tuh..kalau x ,awal2 lagi dah kena pulang awal..harap iz dapatla jawatan tuh..korang doa2 kanla yer..mekasih..

agak2 sampai kat sini baca,dah habis lom lagu kat atas td??kalau x habis nak sambung menulis lagi..hurm..sekarang ni iz suka sangat baca blog seseorang nih..tak tahula dier perasan ke x iz baca kat blog dier..memang sempoi,best..ntah2 korang kot..iz ni kalau ader blog yang best2,iz follow je.x kedekut sangat..sebab iz suka bila buka blog,tengok ader2 je update2 baru...yela.,time macam iz xleh nak update blog iz,iz cuma baca jela update2 baru korg..tu pon jadila..

baru2 ni maher zain mai..rugi x dapat beli tiket dier..lambat sangat iz..dah sediakan budget awal2 lagi.tapi xpela..nak wat camne..mungkin lain kali mungkin..dengar khabar hari pertama lagi jualan tiket dibuka,tiket dah habis...nak wat camne..wat kat tempat kecil je..mana lah leh tampung peminat maher zain kat malaysia nih yang ramai..tapi kan,tengok kat blog2 lain katanya wanita2 muslimah kita kat sini peminat dier sampai terlompat-lompat jumpe abang maher..tak tahula sejauh mana kebenaran nya...tapi kalau benarla,,iz rasa anda bukanla peminat maher zain yang sejati...x hayati apa yang maher zain cuba sampaikan maksud dalam setiap lagu2 dier..sabar jela..

dah,tutup kes tuh..iz x mo ulas banyak2 sebab iz  tak tengok menda ni berlaku depan mata kepala sendiri..cume dengar ura2 je..cuma kalau betul..amik2 la pengajaran..janganla terkinja-kinja macam tu lagi..malu..tambah kalau wanita..sifat malu tu patut jadi sebahagian dari diri  kita korang..kan?sebagai negara islam,kita kenala bagi contoh yang baik pada media2 dari negara luar sana..ok??

err..,rasanya dah sampai kot masa iz nak berundur..x perasan pulak entry ni makin mengarut dari atas sampai ke bawah..x related langsung isinya..ikut sedap tangan je nak menaip..maaf la yer..ni dah sampai bawah ni,tajuk pon x fikir apa lagi..*sebelom mengundurkan diri..iz nak tanya sikit..kalau kucing muntah2,itu tandanya dier bunting ke yer??sape2 ader jawapan??

The Arrival??Teori konspirasi??

sekadar untuk berkongsi bahan bacaan yang baik untuk kita renungi dan berfikir sejelasnya tentang isu pada hari ini..pabila semua takutkan bayang2 yang tak pasti..seperti teori konspirasi dan fenomena video The Arrival serta pelbagai lambakan bahan2 atau video yang boleh membuatkan kita terikut tanpa ader ilmu seolah-olah menurut sahaja apa yang dkatakan tanpa mengkaji sedalam-dalamnya....


bahan bacaan 1



hanya untuk pecinta kucing yang romantik..

tibe2 je,tibe2 je terfikir nak wat topik ni...apa yer kebaikan membela kucing...banyak tau kelebihan dan kebaikan  pada depa2 yang berminat membela kucing ni sebenarnya...bagi sapa2 yang pernah membela kucing dalam sejarah hidup diorang,mest faham apa yang cuba disampaikan iz...mesti org yang pernah bela kucing akan tetap nak bela kucing walau apa pun cabaran dan dugaan yang dihadapi..

antara kelebihan pada mereka yang membela kucing ni ialah mereka akan sentiasa menghargai menatang comel ciptaan Allah ini...kucing ni sifat dier memang pandai bermain emosi ngan kita manusia nih..dier pandai main mimik muka,pandai amik hati,...sebagai contoh bila diorg(kucing) nak minta makanan,tengokla cara diorang nak memujuk kita tau..

kucing juga adalah menatang yang pandai balik umah kalau dilepaskan..dier(kucing), akan tahu jalan balik kerumah walau jauh mana dier jalan sekalipon..kalau nak dibandingkan ngan menatang lain seperti arnab misalnya..arnab dier jenis x reti balik ke rumah tuan dier..sekali dier keluar,terima jela hakikat yang samada dier sesat ke,dimakan vietnam ke,anjing ka..tu susah..arnab kalau nak dibela,kena sentiasa kurung dier..tapi iz x sampai ati nak kurung2 nih..mesti nak lepas..terpaksa la terima akibatnya..hilangla arnab tu tanpa jejak..aiyakk..kucing ni mungkin ader slot memori dalam otak dier yang menyimpan peta untuk balik ke rumah..

selain daripada itu,kucing aka cat sebenarnya adalah menatang yang begitu PELAHAP..x caye?sapa cakap kucing adalah seekor menatang yang diketegorikan sebagai karnivor(makan daging sahaja)??daripada pemerhatian iz sepanjang berpengalaman dalam membela kucing iaitu pengalaman selama hampir 6-7 tahun membela kucing,kucing adalah seekor haiwan yang boleh diklasifikasikan sebagai omnivor(makan daging dan tumbuh-tumbuhan)..beliau(kucing) iz,pernah je makan sayur..ader kes terpencil kawan iz dari rawang yang membela kucing,kucing dier lebih advance..makanan yang paling digemari kucing dier adalah durian?kenapa,x percaya?percaya2 kanlah..

kalau nak diceritakan tentang kebaikan membela kucing ini,mungkin entry ni akan mematahkan perkataan sebanyak beribu-ribu patah perkataan..jadi cukupla untuk slot kebaikan membela kucing..apa kata kiter teruskan untuk sedikit slot tentang keburukan membela kucing..x banyak diperuntukkan untuk slot ini..sebab kebaikan yang banyak..keburukan dier sikit je..

antara keburukan untuk membela kucing adalah kos..yer kos..kos diperlukan untuk membeli makanan dier(kucing adalah cerewet dalam soal makanan,FAKTA!!)..kalau kucing yang mempunyai high test,abisla korang..kenala beli makanan yang mahal2..x main la nasi gaul ikan..susah kalau dapat kucing camnie..dah biasa hidup senang..seb baik iz punya kucing dari kategori kucing yang low profile..bab makan x kisah sangat..dier belasah je apa kita bagi..kalau x caye,tengokla saiz dier sat g..iz uploadkan gambar..berat dier???amik ko,5 kg tuh...sedap2 untuk dipeluk..

kos juga perlu diperuntukkan untuk membeli pasir untuk dier *ooh ooh(paham kan)..sistem pengurusan yang x baik untuk si kucing ooh ooh akan menyebabkan dier ooh ooh di merata tempat..jadi untuk menjamin kebersihan,kewangian rumah kekal terjamin,baikla anda membeli pasir yang khas,bukan pasir sungai yer,khas untuk dier ooh ooh..pasir ni pon x mahal,kalau nak yang ader bau pasir macam bau strawberry ke,bau leonade ke,dalam 16 hinggit je?( x mahal ko cakap)..mahal juga la..tapi bagi pecinta kucing,apala nak dibandingkan harga tersebut kan?..cece..

eh,cukupla bebelan iz tentang kucing malam ni..harap ini membantu untuk anda yang baru nak mula membela kucing yek..jangan membela sekadar melepas batuk ditangga..bela kena betul2..jangan hangat2 taik ayam..perluala dipenuhi ngan kasih sayang..nanti barula kucing anda menyayangi anda spenuhnya..x cari tuan lain dah..baikla,iz nak mengundur diri..sebelum tu,hayatila kucing iz yang sangat iz sayangi ini sepenuh hati..