Pesanan Penting,urgent maksimum!!

buka je pintu rumah pagi2,terasa suasana yang sangat lengang di taman ni..mungkin ramai yang dah balik ke kampung halaman masing2..iz?x balik pon tahun ni,beraya di kedah..kampung tercintaku..beraya disini jela...tapi xpe...watpe nak disedihkan..raya kat sini pun best jugak..jangan risola..hurm,di pagi yang begitu sunyi tapi sejuk2 ni,bakal menjadi hari yang sibuk wat iz..

ni sebenarnya mak dah ajak p pasar dah,nak p beli ayam dan sebagainya..sebab pas balik pasar kang,nak pegi amik mak sedara di keramat..hurm,syok2..ramai2 berkumpul kat sini,tuk memasak rendang,ketupat dll..meriah jugak,kalau ramai2 camnie..arini masak2 gotong royong,besok makan2..yeye..x sabo nya nak p jemput mak sedara kesayangan ku..

camniela best...gathering ramai2..pas amik mak sedara,nak pegi amik kakak pulak,di umah dier..dah amik kakak ,semestinya ngan anak2 buah sekali..bestnya,rindu dah kat awisy ngan alif..acik tunggu hangpa yer..kang acik nak p amik,mandi siap2 tau,wangi2..baru best nak peluk..

tujuan utama entry di pagi hari terakhir bulan ramadhan tahun ni,sebenarnya.........iz nak minta maaf pada semua yang mengenali diri ini..harap segala yang tersinggung,kesalahan yang dibuat,mulut yang terlepas bukan2.,dan apa sahajala,harap dimaafkan..kalau ader salah silap hangpa kat iz,toksahla minta maaf kat iz,iz dah maafkan semua..okay..jadi,jangan la risau..iz x pernah simpan dendam kat hangpa semua,percayala..kerana iz percaya,inila tanggungjawab seorg muslim terhadap org disekelilingnya..memaafkan..

juga wat keluarga baru dalam family kami ini,wat wheeco,acik harap wheeco jagala kelakuan yer,x mo nakal2,sepahkan bilik,tido atas almari x mo turun2,tdo kat tempat simpan kain pelekat mak ngan abah,abis sepah kain2 tu sume..wat nakal2 lagi,acik goreng wheeco wat kucing goreng berempah..makan ngan ketupat..taula nanti..

hurm,pada insan di sana,iz nak cakap,iz rindu sgt kat kamu..moga hubungan kita dirahmati olehNya..dan sampai bila2 pon,kita masih berhubungan walaupun banyak kali bergaduh,kan??wahai sahabat,iz akan jaga persahabatan ini,sehingga ke akhir nafasku,insyaallah..

*raya nanti dtg la umah yer!!iz harap2 korang berbahagia di pagi2 syawal besok..salam sayang dari cintailmu89..(^_^)

No comments: