di ambang ramadhan

salam penuh keceriaan dari iz..hehe..mulakan hari ngan senyuman,akhiri hari dengan kemaafan..boleh wahai sahabat sekalian??mood begitu baik sekali malam ni untuk menulis,mungkin kerana x sampai beberapa jam lagi,akan ketemu dengan bulan yang penuh dengan barakah,dan rahmat dari Allah s.w.t..moga kita semua dapat merasa berada di bulan ramadhan tahun ini..

hurm,baru2 ni,ader program @ majlis ilmu yang telah dibuat di surau taman iz, Tmn Sri Indah..memang besar-besaran punyalah..ustaz jemputan pon bukan calang2 ustaz..ustaz yang popular dari program 'Tanyalah Ustaz"..namanya,ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir..dari segi percakapan nya,macam asal dari utara..dari gayanya,memang nampak sangat merendah diri..bagus ustaz ni,muda pon muda..secara tak langsung,gaya penyampaian yang mudah diterima remaja dan retua sekalian nya..hehe..

* yg tengah tu lah ustaz Nidzam

dah,kenal x??kenal kan..selalu kuar tv..hehe..yang kiri tu imam surau kami,ustaz Hamid..yang kanan pulak jiran iz,ustaz Rahman...ok,berbalik pada tajuk ceramah yang diberikan..tajuknya semestinya lah bulan ramadhan..ngan isi yang tepu dan segar,semua yang hadir bagai terpukau dengan huraian ustaz Nidzam..memang seorg ustaz yang sempoi..antara yang disampaikan nya ialah, 
  1. antara rahsia org berpuasa ialah menjadi insan yg bertaqwa serta bersyukur dgn apa yg dimiliki..
  2. meninggalkan amalan maksiat,mendidik hati agar terbiasa dengan amal kebaikan..
  3. sunnah melewatkan sahur,dan bersegera membuka puasa
  4. dengan bersahur,lebih bersemangat tuk puasa dan ambil pelung tuk bertahajjud sekira bgn awal.
  5. maksiat yang dilakukan dapat mengurangkan pahala berpuasa
  6. usahakan tuk berjemaah dalam bulan ramadhan,besar fadhilatnya
ini sahajalah yang berjaya ditulis oleh iz..hehe..x banyak tapi berharap biarlah diambil pengajaran mana yang patut..kan?apapun,memang ustaz ni bstla..harap2 sudi tuk datang taman iz lagi di masa akan datang..ramai je jemaah yang hadir pada malam tuh..nak tgk??jap yer


seronok tgk suasana camnie..seolah suasana ramadhan sudah bermula..ramai tau..best..biarlah hendaknya ramai hingga bila2 pon..amin..iz berharap sangat ramadhan kali ni,mampu membersihkn hati iz dan sahabat sekalian nya..
salam sayang dari cinta ilmu89..(^_^)

No comments: