bersifat terbuka

salam sahabat2 iz sekalian...macam mana amalan di bulan ramadhan anda?seronok?best la korang,dapat berterawih di malam hari bersama jemaah sekalian nya,di masjid mahupun di surau..iz,mggu2 pertama ni masuk kerja malam..terpaksa la walaupun tersangatla rasa ingin berjemaah di surau tuk berterawih..tapi xpe..tanggungjawab diutamakan..*sedapkan hati..

arini nak bincang pasal apa yer??hurm..tadi ader gak terlintas satu daripada permasalahan dalam kehidupan seharian kita ini..x lain x bukan mengenai perihal salah faham..seringkali kita melihat kepada rakan2 kita yang memutarbelitkan fakta dan perkara yang sebenarnya..contohnya macam penulisan seseorg lah..pabila terdapat buku2 yang ditulis seorg penulis..

apabila seseorg penulis itu menghuraikan sesuatu bab dalam bukunya itu sendiri,apabila dibaca tanpa berguru dan merujuk pada penulis itu sendiri ataupun pada orang yang lebih berilmu,ia boleh menerbitkan 1001 jenis pemahaman..ini adalah sangat bahaya..kita x boleh memahami dengan pemahaman akal kita sendiri..di sinilah jadinya kekeliruan yang diburukkan lagi apabila disebarkan..


bahaya x?bahaya kan..dari sinilah terjadinya fitnah,memburukkan penulis yang dia sendiri tidak memaksudkan apa yang difahami oleh kita sebagai pembaca..ilmu ni bukan nya boleh diterima hanya dengan membaca..tambah kita sebagai orang awam ni..biarla berguru..ada guru yang boleh menjelaskan segala sesuatu yang tidak jelas..janganlah kita menghukum seseorang penulis itu hanya kerana kesalahan kita sendiri dalam memahami isi sebenar yang ingin disampaikan penulis..



selalu kita dengar sejak kecil,peribahasa "malu bertanya sesat jalan"..jadi iz sarankan,apabila kita ingin membaca buku2 ilmiah ni,dapatkanlah pandangan2 orang yang lebih berilmu kalau ada bab yang mengelirukan diri kita..boleh kan??senang je..tak maula dilabelkan sebagai bodoh sombong..iz menulis kali ini kerana iz nak sahabat iz semua janganlah menghukum seseorang itu sewenang-wenangnya..belum pasti kita sentiasa berada dalam jalan yang benar..hormatilah pandangan orang lain sama..biarlah kita menjadi insan yang boleh menerima teguran..ego is not good..hehe..oklah..salam sayang dari cintailmu89..
selamat beribadah di bulan ramadhan ini..(^_^)

No comments: