paling tajam

salam pada semua..malam ni iz nak bincangkan satu isu yang agak selalu kita dengar tapi banyak yang kurang dan x ambil kisah langsung kadang2..isy,serius sangat bunyinya..hehe..chill2..rileksla..bukan ader apa la..cuma teringin nak bukak isu ini..tgk kan pada tajuk,apa agak2 maksd iz sebenarnya??fikir2la dulu..hurm..dapat agak x??dahla,x yah agak2..iz gtau je..maksud iz ngan paling tajam adalah " LIDAH"..

lidah..lembut saja nampak pada sifat fizikal nya,.tul kan?namun ia lah yang paling berbahaya tuk diri kita seandainya tidak digunakan pada tempat yang betul..lidah,kata2 yang terkeluar darinya jika tidak dibatasi ngan akal fikiran yang sihat bisa mengakibatkan mudarat pada diri sendiri dan orang disekeliling..



yup,iz maksdkan semua ni..dari lidah la,berlakunya fitnah memfinah,mengumpat,berbohong dan mengadu domba( melaga-lagakan orang ) dll.selalu kita kaitkan semua ini ngan kaum wanita,kan?ternyata itu adalah penyataan yang salah dan tersangatla tidak tepat.sama je,tiada pengkhususan pada jantina apa sekalipon..toksah la nak dipertikaikan perkara ini...memang nyata..

kerana mulut badan binasa..pernah dengar tak?kerana mulut,boleh akibatkan berbagai lagi permasalahan berantai lain seperti putusnya hubungan, pergaduhan, dan berbagai lagi..memang kekadang kita x sedar apa yang mulut kita hamburkan,terutama tatkala berada dalam keadaan marah dan kecewa..namun,ingatla!jangan sekali-kali terlepas cakap yang mampu mengguris hati dan perasaan yang lain,okay??hati dan perasaan yang telah terguris boleh mengakibatkan kemurungan dan perubahan sifat yang mendadak..

namun,yang pastinya gunalah lidah tu pada jalan yang diredhaiNya..boleh kan?gunakan la dengan selalu membasahkan lidah ngan zikrullah..gunakanlah lidah tuk mengajak kepada kebaikan..lidah ini anugerah Allah yang sangat2 bernilai..fikir setiap kali mahu berkata sesuatu..harap2 iz pun mampu mengawal lidah dari melakukan kesilapan2 yang boleh memudaratkan diri dan orang lain..cukuplah setakat ini..iz nak masuk tido dulu..lewat malam dah ni..selamat malam..salam sayang dari cintailmu89..bye~

2 comments:

fatynlicious said...

Dalam banyak berkata-kata, ramai yang tidak sunyi juga untuk mengata. Alangkah besar dosa perbuatan ini... Ya Allah..... Wahai saudara mukmin semua, Bersama-sama lah mengambil iktibar, agar kita sebagai hamba Allah yang mengakui beriman, menjauhi terlibat dengan suasana dan perbuatan yang sangat di larang oleh Allah dan Rasul kita yang mempunyai akhlak yang terpuji.

Allah berfirman yang bermaksud: “Kecelakaan besarlah bagi tiap-tiap pencaci dan pengkeji.” (Al-Humazah: 1)

iz @ aako89 said...

betul tu fatin..
amik pengajaran dan cubalah berubah..didikla lidah ke arah yg lebih baik..