perpisahan..

salam..simple entry for tonight..perpisahan..yup,mendengarkan pada perkataan nya saja sudah sakit apatah lagi yang merasakan nya sendiri,kan?hurm,x mungkin ader sape2 yang mampu tuk memahami erti perpisahan selagi tidak merasakan nya sendiri..



terjadinya perpisahan terkadang tidak dapat dielakkan..pabila keikhlasan dipersoalkan..ketika kesetiaan dinafikan..namun,jika ianya terjadi,harungi la dengan tabah..setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya,,..masih mencuba tuk hadapi ini semua dengan penuh rasa sabar dan tabah,insyaAllah..

mood sangat la bercampur aduk sekarang ini,namun,..terpaksa menerima walau tersangat pahit tuk ditelan..mungkin perpisahan ini adalah yang terbaik tuk kita,kan?harap mampu hadapi semua ini,sebagai satu dugaan dalam hidup yang perlu ditempuh..x nak sekali-kali ingin berkeluh kesah..mungkin memakan masa tuk pulih,tapi iz akan pastikan iz akan menjadi lebih kuat dan tabah pasni..

akhir sekali,iz doakan yang terbaik untuk kita..mungkin iz bukanlah yang terbaik..harap masing2 mampu menjalani kehidupan seperti biasa selepas ni..maafkan iz sekiranya melakukan kesilapan sepanjang tempoh perkenalan ini..yup,iz xnak kan perpisahan ini,tapi mungkin inilah jalan keluar yang terbaik,kan??selamat tinggal!!

paling tajam

salam pada semua..malam ni iz nak bincangkan satu isu yang agak selalu kita dengar tapi banyak yang kurang dan x ambil kisah langsung kadang2..isy,serius sangat bunyinya..hehe..chill2..rileksla..bukan ader apa la..cuma teringin nak bukak isu ini..tgk kan pada tajuk,apa agak2 maksd iz sebenarnya??fikir2la dulu..hurm..dapat agak x??dahla,x yah agak2..iz gtau je..maksud iz ngan paling tajam adalah " LIDAH"..

lidah..lembut saja nampak pada sifat fizikal nya,.tul kan?namun ia lah yang paling berbahaya tuk diri kita seandainya tidak digunakan pada tempat yang betul..lidah,kata2 yang terkeluar darinya jika tidak dibatasi ngan akal fikiran yang sihat bisa mengakibatkan mudarat pada diri sendiri dan orang disekeliling..



yup,iz maksdkan semua ni..dari lidah la,berlakunya fitnah memfinah,mengumpat,berbohong dan mengadu domba( melaga-lagakan orang ) dll.selalu kita kaitkan semua ini ngan kaum wanita,kan?ternyata itu adalah penyataan yang salah dan tersangatla tidak tepat.sama je,tiada pengkhususan pada jantina apa sekalipon..toksah la nak dipertikaikan perkara ini...memang nyata..

kerana mulut badan binasa..pernah dengar tak?kerana mulut,boleh akibatkan berbagai lagi permasalahan berantai lain seperti putusnya hubungan, pergaduhan, dan berbagai lagi..memang kekadang kita x sedar apa yang mulut kita hamburkan,terutama tatkala berada dalam keadaan marah dan kecewa..namun,ingatla!jangan sekali-kali terlepas cakap yang mampu mengguris hati dan perasaan yang lain,okay??hati dan perasaan yang telah terguris boleh mengakibatkan kemurungan dan perubahan sifat yang mendadak..

namun,yang pastinya gunalah lidah tu pada jalan yang diredhaiNya..boleh kan?gunakan la dengan selalu membasahkan lidah ngan zikrullah..gunakanlah lidah tuk mengajak kepada kebaikan..lidah ini anugerah Allah yang sangat2 bernilai..fikir setiap kali mahu berkata sesuatu..harap2 iz pun mampu mengawal lidah dari melakukan kesilapan2 yang boleh memudaratkan diri dan orang lain..cukuplah setakat ini..iz nak masuk tido dulu..lewat malam dah ni..selamat malam..salam sayang dari cintailmu89..bye~

subuh yang syahdu..

salam pada semua2 sahabat cintailmu89..apa khabar?awal kan tulis arini..xpe..mood tu datang secara tiba2 untuk menulis..on laptop dan terus je menulis..hehe..hurm,perasan x?sedar x sedar,kita dah berada di pertengahan bulan syaaban dah pon...cepat je terasa masa yang berlalu..x lama lagi nak masuk dah pon bulan ramadhan..sebulan ,pastu raya..yeay!!ops.,excited nak raya la pulak..hehe..x taula raya tahun nih,meriah ke x..harap2 meriah la..


bercakap pasal bulan syaaban ni,ader satu malam yang dinamakan malam nisfu syaaban..hurm,nak cerita banyak pasal nisfu syaaban nih,iz x pandai sangat..x pandai,tapi nak berkongsi..camne tuh??xpela..kita wat rujukan yer..apa ada dalam nisfu syaaban??Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)..>ni link dier..kalau nak rujuk~

sudah faham serba sikit,jadila..jadi pada pendapat iz,biarla kita membuka buku kita dan menutup buku kita dengan amalan yang baik,kan?berpuasa ke..banyakkan solat sunat ke..x kirala..janji yang baik..dan berazamla untuk menjadi yang lebih baik dari hari ke hari..boleh???boleh kan..bagus2..sekadar mengingatkan diri sendiri sambil berkongsi bersama sahabat2..okla..time tu solat..ada masa ,jumpe lagi ,k??<>

teman hidup ku!

salam to all sahabat..apa cerita korang??cerita seronok ke cerita x seronok..apa pun cerita korg,sentiasala menilai semua tu dari perspektif yang positif..okay(>_<)!!hurm..tetibe je dalam fikiran ,terfikir sesuatu yang dalam sedar x sedar kita perlu ada dalam kehidupan,iaitu TEMAN~kite sume pasti mempunyai teman kan?x kira la latar belakang,tempoh masa berteman,sume tu x penting..tapi nilai kejujuran dalam berteman itulah yang lebih penting..setuju x??andai kata dalam berteman itu,kejujuran dan keikhlasan diletakkan sebagai batu asas,kekal la satu2 perhubungan itu..

teman?apa itu teman...hurm,pada pandangan iz,teman itu ialah seseorg disisi kita dikala kesunyian,keseronokan,kesedihan dan 1001 lagi emosi lain yang boleh dikongsi bersama..senang nak cari teman kala kita bergelak tawa,tapi,sangat sukar tuk mencari teman untuk bersedih bersama kita..sukar nak cari teman yang sanggup berkongsi kesusahan dan kedukaan..waktu kita berada dalam kemurungan,hilang keyakinan,dia muncul tuk berikan sekuntum senyuman yang mampu menghuraikan serumit-rumit kekusutan yang bersarang di fikiran..


iz selalu berfikir..apa yang kita cari dalam sesuatu teman yang kita dampingi kan?apa ciri2 penting yang diletakkan dalam mencari teman??apa guna berteman??sume tu mesti ader jawapan yang konkrit kan..apa yang kita cari dalam berteman tu tersangatla penting ,kerana ia banyak mempengaruhi sikap kita..contoh macam,kalau kita nak kenal seseorg,kenal la kawan nya..kita boleh agak peribadi seseorg itu..jadi,teman itu sangatla penting..teman yang baik,bagi iz,biarla seseorg yang sentiasa mengingatkan iz tatkala iz terlupa dan alpa kepadaNya..menasihati iz,kala iz melakukan kesilapan..hurm..alhamdulillah..iz banyak mempunyai sahabat yang camnie..buat korg2 tuh,mekasih kerana sudi menjadi teman iz selama ni..iz hargai selama nih..

hurm,iz dedikasikan entry ni tuk korg yang bernama sahabat..tiada apa yang mampu iz berikan selain ucapan terima kasih dari sudut terdalam hati iz beserta doa tuk korg!!huhu..iz hargai korg selagi iz masih bernafas..nasihati la iz tatkala iz terlupa,dan terleka ngan perintahNya..itu je iz harapkan..iz akan mencuba tuk menjadi kawan yang baik tuk korg..biar jarak memisahkan kita,biar status meletakkan jurang antara kita,hubungan kita sebagai teman tetap utuh hingga ke akhir hayat,InsyaAllah..

~sebuah kisah~


SUATU HARI

SUATU hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya(teka-teki)..


Imam Ghazali : " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"
Murid 1 : "Orang Tua"
Murid 2 : "Guru"
Murid 3 : "Taman"
Murid 4 : "Kaum Kerabat"
Iman Ghazali : "Semua jawapan itu benar.tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI.sebab itu janji ALLAH bahawa setiap yang hidup pasti akan mati (Surah Ali-Imran:185)




Imam Ghazali : "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini"
Murid 1 : "Negeri Cina"
Murid 2 : "Bulan"
Murid 3 : "Matahari"
Murid 4 : "Bintang-bintang"
Iman Ghazali : "Semuanya jawapan itu benar.tetapi yang lebih benar lagi adalah MASA LALU. bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang telah berlalu.oleh itu kita harus menjaga hari esok dan hari-hari akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran AGAMA"


Imam Ghazali : "Apa yang paling besar didunia ini?"
Murid 1 : "Gunung"
Murid 2 : "Matahari"
Murid 3 : "Bumi"
Murid 4 : "Langit"
Imam ghazali : "Semua jawapan itu benar.tapi yang lebih sekali adalah HAWA NAFSU (surah Al-A'raf:179). maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita. jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.


Imam Ghazali : "Apa yang paling berat didunia ni?"
Murid 1 : "Baja"
Murid 2 : "Basi"
Murid 3 : "gajah"
Imam Ghazali : "Semua itu benar,tapi yang paling berat sekali didunia ini adalah MEMEGANG AMANAH (surah al-azab:72). tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika ALLAH SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. tetapi manusia dengan "SOMBONG"nya berebut-rebut menyanggupi permintaan ALLAH SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal MEMANGANG AMANAH".


Imam Ghazali : "Apa yang paling RINGAN didunia ni?"
Murid 1 : "Kapas"
Murid 2 : "angin"
Murid 3 : "debu"
Imam Ghazali : "semua jawapan kamu itu benar,tapi yang paling ringan sekali didunia adalah MENINGGALKAN SOLAT. gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia kita tinggalkan solat.


Soalan akhir Imam Ghazali bertanyakan kepada murid-muridnya:


" Apa yang paling tajam sekali didunia ini?"
dengan serentak anak murid-muridnya menjawap dengan serentak : "Pedang!"


dan imam ghazali berkata benar pedang itu tajam,tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. kerana melalui LIDAH,manusia mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri".


p/s:"Sampaikanlah walaupun dengan satu ayat.."

tegur x berhikmah..

salam to sahabat..hurm,malam yang sunyi ni,iz nak menulis sikit je..*harap2 sikitla..hehe..hurm,sume berkaitan ngan tajuk di atas..' Tegur x berhikmah'..yup,menegur tu memang penting, x kirala pada siapa sekali pon..kawan2 ke,adik beradik ke, org x dikenali sekalipon..penting sangat menegur nih...teguran dibuat kerana kita sayang seseorg tuh..tul kan?kalau dibiarkan je kesalahan orang lain,makna nya x sayang la tuh..lantak mulah apa pon nak jadi..hurm,ingat satu je..kita sesama islam ni adalah bersaudara,so sayangilah la sedara2 anda semua..ada salah tegur2 kanla...


tapi ingat!!bertegur ada caranya..bukan main terus hentam je..contoh macam,"oi,ko wat menda tu salah la","ko ni bengongla,xkan la tu pon x tau","bodohnya ai ko ni..buat camni daa", hurm dan macam2 lagila cara yag salah dalam menegur..kita ni bila berhadapan dengan manusia,jadi sebenarnya kita berhadapan ngan emosi yang pelbagai..Faham!!so,belajarlah beradab..budi bahasa budaya kita kan??bro,janganlah kita sombong ngan ilmu yang kita ada..menunjuk-nunjuk dengan ilmu yang kita ada..x berguna kalau tegur,tapi tanpa adab..ader  ke yang nak mendengar dan mengikut teguran kita kalau sikap kita sendiri tak membayangkan yang si penegur itu tadi adalah dikalangan mereka yang berilmu..

iz cakap camni bukan apa,nak menyedarkan yang perbuatan kita,melambangkan akhlak kita..so,dengan teguran tanpa adab tuh,apa kata org yang ditegur tuh..hilang la respek,tul x?kan..hurm..xnakla camtuh..apa salahnya menegur ngan penuh sopan,berhikmah..bila berhadapan ngan kawan ,tegurla ngan penuh respek..bila nak menegur org tua,lagilah..kena penuh adab..dier org tua,lagi banyak makan garam dari kita..so,berfikirlah cara yang terbaik,setiap kali ingin menegur..okay??

eh,kan dah terbanyak tulis,xperasan pulak..hurm..susah tul nak tulis sikit2 nih..mesti panjang gak..sori eh..hurm..padahal mata ngantuk nih..x leh tahan dah..hihi..terpaksa la akhiri penulisan kali nih..hurm..rumusan nya,menuntut ilmu la tentang cara2 berhikmah dalam menegur seseorang..boleh?eh,ingat ilmu menegeur xde ke?aderla,hihi..carila,berguru..camne cara yang berkesan dalam menegur yer..cukupla setakat ni..selamat malam,assalamualaikum..ceria2 selalu dari cintailmu89!!

muhasabah cinta..dari sudut pandangan iz (>_<)

salam to all sahabat!apo khabo?harap berada dalam keadaan yang baik dan sihat2 selalu yer..moga2 dijauhkan dari perasaan sedih,murung,keliru,blur2,dan lain2 yang sewaktu dengan nya..iz?baik2 je setakat nih..sihat,ceria dan seronok dengan hidup yang iz lalui sekarang nih..walau ader jugakla masalah2 yang dihadapi,namun cuba untuk mengahadapinya dengan penuh rasa sabar,insyaAllah..

muhasabah cinta?apasal la pulak tajuk entry kli ni iz kuarkan tajuk nih??hurm..sume pasal lagu muhasabah cinta dari kumpulan Edcoustic..lagu ni best sangat dengan makna liriknya yang sangat halus dan mudah tuk diserap fikiran..kawan iz cakap,kumpulan ni lama dah,asal dari Indonesia..pape pun,lagu ni memang terbaik lah..suke2! (>_<)..



iz cuba ulaskan lagu nih dari sudut pandangan iz sendiri..kita highlight kan yang penting2 yer..ok,first.,.

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini



Berat ujian dariMu

Kupasrahkan semua padaMu'

  • kita memang hamba yang lemah..apa bila dihadapkan dengan dugaan,banyak mengeluh,menyalahkan takdir,berputus asa..padahal segala dugaan yang dihadapi perlu dihadapi ngan penuh rasa sabar dan tabah..biarlah sampai tiada sesiapa sekalipun disisi kita tatkala berhadapan dengan cabaran dan dugaan dalam hidup,ingat!Allah s.w.t sentiasa bersama kita..
'Tuhan... Baru ku sadar



Indah nikmat sehat itu

Tak pandai aku bersyukur

Kini kuharapkan cintaMu'

  • waktu sihat,x pernah beringat untuk mensyukuri nikmat Allah,dengan menjaga kesihatan..x pernah rasa bersyukur dengan nikmat sihat yang diberikan malah mengeluh ngan kekurangan yang ada..x ensem,x cantik, x kurus, dan pelbagai lagi x..pernah tak kita rasa beruntung,kerana masih mampu menghirup udara tanpa ada apa2 halangan??
'Kata-kata cinta terucap indah



Mengalun berzikir di kidung doaku

Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku

Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...'
  • ingat,salah satu cara penghapusan dosa tatkala kita masih di dunia ini ialah rasa sakit..hadapi lah penyakit dengan penuh rasa redha,dan tabahla..moga rasa sakit yang kita hadapi itu menjadi penawar kepada dosa2 yang pernah kita lakukan selama ni..insyaAllah..
  • sentiasala bermuhasabah,merenung diri akan kesilapan dan dosa yang pernah kita lakukan..bertaubat dan berazamlah agar tidak mengulangi dosa itu lagi di masa akan datang..
  • banyakkan berzikir kerana dengan zikirlah,mampu melembutkan hati yang keras dan gersang..berzikir x perlukan sejadah sebagai syarat nya..di mana-mana sekali pun,basahkan la lidah ngan alunan zikrullah..
'Tuhan... Kuatkan aku



Lindungiku dari putus asa

Jika ku harus mati

Pertemukan aku denganMu'
  • jangan sekali-kali rasa berputus asa dengan dosa yang pernah kita lakukan..ingat,rahmat Allah s.w.t itu tersangatla luas..insafla..sedar kesalahan diri..
  • sentiasala berdoa untuk mendapatkan husnul khotimah..moga kesudahan hidup kita ini dalam keadaan yang baik2 sahaja..

ini hanyalah dari pandangan iz terhadap lirik lagu nih..mungkin x sama ngan pemahaman korg..papepun,amikla yang baik,buang yang buruk okay??mungkin jika dibincangkan lagi,banyak lagi maksud dalam lagu nih..tapi,kalau banyak sangat,takut boring pulak kan..hihi..hurm,..cukupla setakat ni..iz nak mengundur diri..ade masa,kita jumpe lagi eh?Assalamualaikum..

penawar hati yang duka..

malam ni iz x leh tdo..eh,awatnya?tiba2 je...hurm,ntahla,susahla nak cakap..jadi iz nak bercerita sikit la pasal hobi iz,yang baru berjangkit dari kawan2 iz dulu time duk umah sewa dulu..hehe...iz sebenarnya sukala layan cerita korea...ni time xleh tdo ni,layan la jap..tapi tu yang susah nya..bila dah start tengok kan,memang susah nak berhenti..nak tengok je,sampai episod akhir..kalau boleh,nak habiskan time2 tu jugak..susah kan??

ni sambil tulis ni,sambil bukak lagu sad love story..fuhh,layan nya...hihi..best tau crite2 korea nih..cerita cinta dia,cerita klaka dier,lebih realistik,..kalau sedih,sedih betul...sebab tu la iz suka layan crite diorg..bukan iz nak kata crite kita x best,tapi kurangla...dari penghayatan,jalan cerita ,kurangla..ni dengar lagu tema crite2 korea,kalau sedih,sedih betul..(*memang sedih pun lagu nih)..huhu...

contoh crite cinta melayu yang kat tv sekarang,' cinta untuk Ain'..ek eleh,tangkap cintan sangat..x berkenan la iz...betul..mungkin iz ni banyak dipengaruhi kawan2 cam ajai,fareez,ijat, ngan zarif,tu yang jadi camnie ni..dulu manala nak tgk sangat crite2 korea ni..sekarang,huh!sampai cari cd2 crite2 lama korea..ni jap g cadang nak p umah Fareez sebab aritu bagi dier dvd tuk di' burn' kan crite2 korea yang ada..

* winter sonata,best!

* sad love story..sedih woo~~

kadang2 memang kita perlukan hiburan seperti ini tuk menghilangkan rasa bosan dalam hati ni kan...xderla sampai jiwa menjadi kering dan gersang je..tula nanti dalam hubungan ,pasangan jadi macam robot je..x tau camne nak bahagiakan pasangan hidup..hidup penuh ngan kesunyian.tiada senda gurau langsung..cuma jangan la berlebihan..waktu solat terabaikan, amik pengajaran2 yang negatif...senang cerita jangan terbawa-bawa dalam kehidupan la..tengok hanya sebagai hiburan..

kesimpulan nya untuk entry iz kali ni,hanya lah sebagai perkongsian terhadap hobi iz yang satu nih..jangan fikir bukan2 pulak..ader salah iz,iz mintak maaf ye..saje jela..nak gtau minat iz..bukan nak promote ke,apa ke..tapi,ingat tau..apa pun bentuk hiburan yang kita ambil,pandai2 lah fikir,baik buruknya..jangan ambil sume skali tanpa ada penapisan langsung..masing2 punya akal kan,tuk beza kan baik atau buruk...okla..cukupla setakat ini..nak sambung tengok crite korea...bye2..salam sayang dari iz...(>_<)

~masa yang berlalu~

salam...alhamdulillah..berpeluang gak nak menulis malam ni..ditemani milo panas disisi..fuh..bahagia tul..iz baru je balik keja..arini keja 12 jam lagi...masuk 6 sengah,balik 6 sengah gak..bayang jela..letih x agak2?semestinya..tapi xperla..bersabar,..susah dulu,senang kemudian..ingat dapat gaji t,iz nak beli umah dulula,hihi..(*berangan jela)..

apa nak tulis malam ni yer??haa!besok iz cuti..seronok ya rasa..nikmat dunia..hehe..rasa macam nak wat macam2 je..tapi ntahla...sampai je waktunya,x tau nak watpe...last2,terbiaq je cuti camtuh..berlalu tanpa ada apa2 aktiviti..rugi kan?memang rugila...tapi xpe..esok ingat nak ajak member p tgk wayang la..apa la crite best sekarang..iz pon x tau..yela,asyik keja,keja dan keja je...x sempat nak bersosial ngan kawan2..huhu..esok mesti manfaat sepenuhnya...x mo lepas peluang nak jumpe member2 sume..korg,sat g ak rogerr!!

malam ni sebenarnya nak bincang sikit pasal kelebihan bulan syaaban..sekarang ni yang iz perasan dan iz yakin ramai lagi yang perasan,masa sangat cepat berlalu...x terasa masa berlalu begitu pantas...makin banyak masa terbuang dengan sia2..terasa masa semakin sempit,ditambah ngan kerja nya,aktiviti2 lain nya...rasa macam banyak masa iz yang terbuang begitu sahaja..kadang2 penat balik keja,tertido..tup2,besok bangun dah kena pegi keja,..sayang ngan masa yang terbuang begitu je...


* kecuali bagi mereka yang beriman dan beramal soleh!

masa ni kalau dah berlalu memang xkan boleh diundur balik,kan??macam bulan rejab yang dah melepas nih,..iz rasa sangat la rugi..x banyak berpuasa...x banyak beribadah..dah melepas camtuh je..rugi memang rugi ..tapi apa boleh buat...dah melepas..ntah jumpe lagi ke x tahun depan,.tak taula..huhu..jadi wat bulan syaaban nih,iz xnak melepas lagi...iz berazam akan manfaatkan betul2 bulan nih..dan iz berharap sahabat2 iz kat sini pon manfaatkanlah bulan mulia ni...berpuasa sunat ke,sekadarnya..mengikut kemampuan...yela,sebagai persiapan tuk menuju bulan ramadhan tahun ni...biar perut tu x terkejut bila berpuasa nanti..betul x?

x sangka dekat dah ngan bulan ramadhan kan?moga,kite sume berpeluang tuk berjumpa ngan bulan ramadhan tahun ni..meramaikan jemaah di masjid...seronok je kalau kat surau tu ramai je..budak2 nya,orang2 tuanya..penuh je..camnila nak nya..x kan la masjid besar2,saf solat yang penuh kat depan je..satu saf je..camne nak bersatu..biarla kalau kat masjid tuh,permusuhan,perselisihan faham ditolak tepi..buang jap politik,sengketa,kuasa..buang jauh2 kat tepi..bersatu atas nama ISLAM...tolak lain masalah yang ada ke tepi..bersatu la wahai para jemaah..insyaAllah...bertambah harmonilah masjid2 yang ada..

* kan bagus camnih..

sebagai penutup,iz nak ingatkan diri iz sendiri agar jangan sia2kan masa yang berlalu..terutama dalam bulan yang penuh ngan keberkatan nih..bulan syaaban..kan?tekad ni..nak manfaatkan bulan nih..keja,keja gak..tanggungjawab sebagai muslim,jangan terabaikan..yer tak?hihi...muhasabah diri balik..kita xkan terasa apa sesuatu,melainkan bila kita dah kehilangan nya..right?oklah..cukupla setakat nih..rasa macam nak mengundurkan diri..harap2 jumpe lagi..sat g korang jangan lupa tengok halaqah sentuha qalbu lak..kalau terlepas rugila korang..best kot crite tuh..jangan miss tau...hurm,salam sayang dari iz..(>_<)

malam yang dingin

salam..apa khabar korg sume??ok ka...malam ni kat tempat iz sejuk je...baru pas ujan tadi kan...alhamdulillah,cantik je cuaca..bintang je x nampak malam nih..gelap je..mungkin dibalik awan yang tebal kot...pape pon,best la kalau time2 camnie,lepak sorang2 kat luar main gitar..memang antara hobi iz main gitar kalau waktu2 camnie..tapi bukan selalu la..gitar pon kongsi ngan adik je...x nak beli sendiri..kalau x asyik nak main gitar je la jawabnya..huhu..nak wat keja lain pon x jadi dah..

harini iz menulis tanpa apa2 tujuan pon sebenarnya..mungkin sekadar mengisi diari harian iz disini...sebagai pelengkap aktiviti iz jika mempunyai kelapangan waktu..iz tadi keja dari kul 6 sengah pagi sampai 6 sengah petang..ot lagi??yup...rajin kan..hihi..selagi badan masih kuat dan mampu bekerja,rembat je sume ot2 yang ada..kan??harini dah blaja jadi cashier dah..okla,leh faham sistem kat shell tuh..agak mudah la rasanya...mungkin pernah berpengalaman kot jadi cashier dulu..jadi x kekok sangat pegang duit..namun masih gugup la..biasala,orang baru nak blaja kan...normal2..

* tetibe je ader gambar nih?(>_<)

xderla, semalam kat surau taman iz ader menganjurkan ceramah tentang israk mikraj..best gakla ceramahnya..tapi maaf,iz lupa nama penceramahnya...asal je ingat,dari negeri 9..mengelamun kot time perkenalkan nama ustaz tuh..hihi..standard2,..ngantuk kot,baru balik keja..meriah woo..ramai yang datang..best je rasa..macam raya pon ada nampak dari luar..muslimat pon ramai join..hurm,apa dia israk mikraj ni??secara ringkasnya maksud 'Israk' ialah perjalanan yang Allah SWT perlakukan kepada Nabi s.a.w. secara terhormat, bermula dari Masjid al-Haram di Makkah hingga ke masjid al-Aqsa, Baitul Maqdis di Palestin. Sementara maksud 'Mikraj' ialah kejadian yang berlaku ekoran dari peristiwa israk, iaitu naik dari al-Aqsa kepada beberapa lapis langit yang tinggi, sampai ke suatu peringkat yang tertinggi iaitu suatu tempat bernama 'Sidratul Muntaha' di mana ilmu dan akal manusia atau jin tidak mampu sampai kepadanya. Dalam peristiwa Israk Mikraj, bermulalah kewajipan ke atas manusia untuk solat 5 waktu.( *sumber pinjam sat na..berkongsi ilmu! )

dalam ceramah ni,ustaz banyak mengeluarkan beberapa pengajaran daripada perisitiwa agung ini..kita kenalah mengambil pengajaran daripada peristiwa ini..disini iz keluarkan beberapa point yang iz mampu ingat dari ceramah tersebut..ala kadar jela yer..hihi.. 

dalam menuju mencari keredhaan Allah
  • kita hendaklah bersegera,jangan tangguh2..
  • perlu membersihkan hati ngan mendalami ilmu tasawwuf..(membersihkan hati)
  • elakkan dari hati batu@ penyakit hati( ego, x mo dengar nasihat, hasad, riak, takabbur )
  • perlu ader guru dan sentiasa dalam jemaah
  • sedar kedudukan manusia yang tinggi di sisi Allah
cukupla setakat ini..point yang terpenting yang iz dapat tangkap malam tuh dalam keadaan yang mengantuk sangat..hihi..maaf yer kalau sikit sangat point nya..tapi xpe..biar sikit,janji kita cuba amik pengajaran darinya,okay?iz pon berharap iz dapat lakukan sume yang kat atas nih,insyaAllah..okay?(>_<)cukupla setakat nih..x mo tulis banyak2..habis ink kang...huhu..erm,nway,dah bace tuh,kita banyak2 kanla muhasabah diri balik,tgk..ader x penyakit2 hati tu dalam diri kita...kalau ader xpe..xpe??hihi..ubahla kalau tau diri ader penyakit2 ini..xkan nak kekal ngan sifat2 negatif ni je kan..xmo2..try berubah..okay sahabat?salam sayang..iz pun nak lepak luar ni...main gitar jap..tata~~

wanita merokok??

salam sume2!
camne hari anda arini?sume best2 ke,hampeh2 ke??harap hari2 yang korang lalui ceria2 la yer..hadapi masalah dan dugaan ngan senyuman..boleh x agak2??hurm,cube2 la yer..mesti masalah yang mendatang kat korang dapat dihadapi ngan lebih mudah..watpela nak marah2,stress2..wat serabut kepala je..sendiri gak yang tanggung sume tu nanti..cubala bersikap positif selalu ya..harap2 nya lah..

* letih sampai tertido tengah2 jalan

harini iz agak letih untuk menulis sebenarnya..mata ngantuk,badan penat,kepala pening,tapi xpe..update gakla blog malam nih..harini keja 12 jam..penat sikit,..tapi biasalah,hakikat kehidupan di dunia ni memang meletihkan..yang merehatkan hanyala di sana nanti..betul x??jadi,berusaha la segigih nya dalam apa jua yang dikerjakan..okay??(>_<)..jangan sekali2 ader sifat cepat berpuas hati dan sifat berputus asa..dua2 sifat ini xkan membawa kita kemana-mana pun..duk kat tahap tu jela nanti..x cube perbaiki kehidupan..kita sebagai muslim nih,kenala seimbangkan tuntutan kehidupan di dunia dan akhirat..jangan duk fokus satu je..dua2 kena seimbang..wokay!

harini sebenarnya iz nak berkongsi sesuatu..tadi kan,time iz keja,iz ternampak sesuatu yang pelikla bagi iz..iz ternampak ader wanita yang menghisap rokok..hurm,pelik ke?bagi iz pelikla..yela..bukan sesuatu yang biasala bagi wanita untuk menghisap rokok..tambah pulak,tanpa segan silu,secara terang terangan seolah-olah memang ingin diperhatikan..pendapat iz la,wanita ini biasanya dikaitkan ngan kelembutan,kesopanan kan2?jadi budaya merokok dikalangan wanita amatla membuang sifat2 ini..huhu.sedihnya..x sangka camnie sikap segelintir wanita sekarang..malu iz tgk..mungkin apabila kemodenan membawa kita balik ke zaman jahiliyah..x dapat bezakan yang baik dengan yang buruk..

* bersopan la wahai kaum wanita

lagi satu iz nak tegur pasal wanita2..jagala aurat yer..apa salahnya bertudung,berpakaian sopan dan tidak terlalu ketat?x salah apa pun..tambah manis lagi..pakaian kita ni melambangkan akhlak kita..toksahla nak berseksi-seksi lagi..tolongla!!lelaki yang perhatikan anda cume akan berniat tidak baik untuk anda..memang seronok di 'phewiit2' kan..tapi setakat nak mengorat camtuh,x kemana pon..ader berani,masuk minang terus wanita yang anda berkenan..baru gentleman..so,laki2,ader bran wat camtuh??cabaran nih..barulah terjaga hubungan tuh,kalau diikatkan ngan ikatan yang sah..kalau tidak,berakhirla hubungan tanpa ikatan ngan perasaan jemu..

entry kali nih berdasarkan apa yang iz nampak sekitar waktu iz bekerja nih,..dikelilingi ngan permasalahan seperti nih..mane pergi sifat malu org2 kita??jangan la dibuang perasaan malu itu,kerna malu itu separuh dari iman..jangan la diikut kawan2 kita yang berpakaian x senonoh..kemodenan tidak diukur ngan budaya2 barat ..adat2 ketimuran itu lagi bertamadun jika dikaji secara mendalam..kita memang dididik oleh ibubapa kita ngan kesopanan dan kelembutan..mengapa perlu untuk kita membuang semua itu dan beralih arah dan berkiblatkan budaya2 barat yang tidak elok dan merosakkan kelebihan kita sebagai seorg muslim dan muslimat yang beriman..islam itu agama yang syumul..jadi,jangan pekakkan telinga,mencari alasan membenarkan kesilapan diri..okay?iz pesan sebab sayang anda semua sebagai umat islam..insyaAllah pesan2 ini untuk iz jugak..think positive allright?nobody is perfect,jadi maila kita saling nasihat menasihati..baikla..iz ngantuk sangat dah ni..perlukan rehat..esok cuti,yeay!!hihi..salam sayang dari cintailmu89 wat sahabat2 tercinta,,i luv u all!!

pagi yang indah

salam..alhamdulillah,berpeluang juga iz untuk berkunjung ke blog sendiri setelah sekian lama meninggalkan..rindu kat blog cintailmu89 ini..hihi..memang iz SIBUK sangat bekerja kebelakangan ni..asyik ot je..kalau ader je peluang untuk ot,iz amik je..iz memang suka bekerja...tapi kesibukan yang iz lalui ni terkadang tidak difahami oleh kwn2 iz..huhu..sedih rasa bila kesibukan iz sekarang banyak merenggangkan hubungan kami..

* xdela sampai camni,hihi..

memang betul,iz memang sibuk..yela,mggu lepas ader karnival untuk customer2 sume..memang banyak kena wat..hari2 keja kadang2 ot dari 6 sengah pagi sampai 8 malam...bayang jela..lama kan??tapi xpe..masyuk la gaji nanti..hihi..sabar2..jadi iz berharap,kawan2 iz yang menganggap iz banyak x dapat contact2 korg,iz minta maaf sangat2.k?iz memang x sengaja..ni nasib baik masuk keja kang kul 2 sengah petang..alhamdulillah..dapat la berehat pagi ni...suke juga syif petang nih..

semalam pas keja,iz terus p kenduri kat umah kawan iz..Azura nama dia..mula2 malu gakla nak masuk kenduri tu pasal pakai baju shell je..tapi biarla..hihi..woo.,best woo!!meriah..sampai je kat sana,tgk ader kwn2 iz..best la..meh nak sebut sikit nama diorg..edan,fareez,bapak ngan white..hihi..mana taknya,balik letih penat2 pas keja...jumpe kwn2,hilang habis rasa penat..seronok dapat sembang2,tanya khabar..pastu iz ajak diorg p umah iz..lepak2 dulu..pastu kitorg p la jalan2 kat jusco depan umah ni..meriah gakla..p jalan kaki je..hihi..kat jusco ingat nak tgk wayang tapi crite x menarik je pon..huhu..sabo jela..last2 p arcade tempat dak2 main game,..main kat situ..haha..malu gak mula2 masuk tempat budak2,nak beli token lagi..tapi xpe..sekali skala kan?haha..biarla ape org lain nak cakap..

dahla,masuk perenggan penutup pulak la..nak kemas bilik ngan sangkar arnab2 tuh..mandikan arnab skali..ader bau2 dah..pinjam shampoo anak2 buah jela,hihi...hurm,kat sini iz nak ucap maaf skali lagi kat kwn2 iz atas kesibukan iz kebelakangan ni,yep..mggu ni iz cuti 2 hari sebab mggu lepas xde cuti langsung..insyaallah,iz akan gunakan masa tuh sebaiknya tuk korang..cuti hari2 best pulak tuh...ahad ngan rabu..yes2!!so,apa plan??on je...dan wat fareez yang baru nak start keja rini,gud luck bro...keja rajin2..Assalamualaikum..

kebisuan

salam!
malam ni simple je tajuk iz nak bincangkan ...KEBISUAN...hurm,ramai yang tau apa maksud kebisuan ni kan?mendiamkan diri,memendam rasa dan berfikir bukan2 yang terkadang tiada hujung pangkalnya pun..diam itu bagus,tapi mendiamkan diri pada masa yang salah dengan tanggapan yang salah sering memakan diri..

okla,iz bagi contoh sikit..boleh??olrite,camnie..ader orang yang seringkali menganggap mendiamkan diri adalah satu jalan untuk menyelesaikan masalah..,dan sebenarnya tanggapan ni adalah salah sama sekali!!mendiamkan diri tidak akan menyelesaikan apa2 pun masalah..malah lagi menyusutkan keadaan dan jika ader luka di hati,ia akan kekal menjadi luka dan berparut yang xkan mungkin dipengaruhi masa untuk pulih sama sekali..

* akibat tidak berkomunikasi~

komunikasi itu tersangatla penting kalau berlaku perselisihan faham..masalah boleh diselesaikan dengan perbincangan..tolongla,tolong berkomunikasi..memang berat mulut untuk memulakan sesuatu komunikasi tu,tapi itulah satu2 nya cara paling mnasabah untuk dilakukan jika ada masalah dengan dia..masalah yang sangat berat pun kadang2 boleh diselesaikan ngan satu perkataan maaf je..jadi,pastikan masalah itu diceritakan,dan dikongsi..

okla setakat ini sahaja entry iz malam nih..ingatla..masalah yang kecil boleh menjadi lebih besar dan rumit jika tidak diselesaikan pada permulaanya..jadi,selalu2 la berkomunikasi yer wahai sahabat2 iz..x taula bagi insan lain,tapi iz adalah manusia paling mudah tuk dibawa berkomunikasi..bincangla ngan iz kalau ader apa2 masalah yer?cukupla..iz pon xmo tulis banyak2..ader pape salah iz,iz minta maaf yer..salam..nitez!!