halaqah sentuhan qalbu


salam sahabat!
malam ni mood menulis ngan penuh rasa terharu dan sedih..gara2 kerana selesai menonton sebuah rancangan di tv 9 td..huhu~~sedih sangat bila tgk halaqah sentuhan kalbu(HSQ) bertajuk ' ikon '..sememangnya gandingan ustaz badlisyah ngan pak firdaus begitu serasi dan benar2 mengharukan hati ini..

sememang nya perlu untuk kita mempunyai ikon@idola masing2..sebagai umat islam yang beriman,Rasulallah s.a.w adalah ikon yang terbaik tuk kita contohi..iz berbangga ngan tv9 kerana berjaya menerbitkan sebuah rancangan yang begitu hebat dan bermanfaat tuk kita semua..HSQ sememangnya sangat3 diperlukan oleh masyarakat kita pada hari ini.,mampu wat kita berfikir dan bermuhasabah diri,dimana dosa2 yang kita lakukan menghancurkan rasa keimanan terhadap Allah s.w.t.,dikala itu perlu ada yang mengingati dan menegur kita agar kita tersedar dari sentiasa berada dalam kelekaan..

HSQ adalah satu rancangan yang berjaya menyelit di antara lambakan rancangan2 hiburan yang lain..tengok jela,iz nampak saluran2 tv sekarang terlalu banyak dikuasai ngan rancangan2 hiburan..terlalu banyak!sehingga untuk menonton tv pun kadang2 malu bila bersama keluarga..Malu semakin ditolak ketepi apabila nafsu menguasai diri..iklan2 la sebagai contoh,makin longgar syarat2 pengiklanan nya..seksi,berbaur lucah dan tidak sesuai untuk tatapan adik2 kita..ntah akan datang,camnela bentuk hiburan yang akan disiarkan pulak..

*moga sukses2 selalu wat tv 9

apa2 pun,tahniah dengan usaha tv 9 ngan rancangan HSQ ini..harap anda berjaya dekat di hati kami,cewah!!iz pasti ramai yang menonton HSQ tadi..x sabo nak tunggu episod akan datang..kan2?
harap tv9 sukses2 selalu..iz pon ngantuk dah ni,nak wat kesimpulan dah ni,hihi..esok masuk keja pagi,kena bgn 5 setengah..x leh lewat2 sangat2,k?..pada kawan2 iz sume,layanlah HSQ ini setiap hari selasa kul 10 malam..moga bermanfaat tuk kita sume..insyaAllah..x silap iz,tggl 7episod je lagi..jgn miss pulak pas ni yer..ok,bye!!

my love!

salam to all my friend..today i want to talk about my love..
hihi..cukup dah bahasa inggeris di atas..nak memartabatkan bahasa melayu pulak..
tajuk je nak kasi gempak sikit...biasala,nak cerita pasal hobi baru..camnie crite dia..balik dari keja tadi,tibe2 je rasa nak bela menatang..tapi x fikir apa menatang nak dibela pon..last,fikir punya fikir nya fikir,plup!!idea..

bela ARNAB pon best..so,bermulalah pengembaraan iz untuk mencari arnab petang itu,sebagai haiwan peliharaan..iz ni memang suke sangat bela menatang..iz sekarang bela ikan,kucing,dan terbaru arnab nila..dulu dah pernah dah bela arnab,tapi hilang ntah kemana..arnab ni satu spesis yang bila kuar umah,xtau nak balik sendiri..x macam kucing,dia tau balik sendiri..tula kadang2 kalau kucing iz x balik brape hari pon x kisah sgt,dia tau balik sendiri..arnab tu pulak hilang,dah kuar umah..x taula org lain kidnap ke,jadi santapan anjing2 liar ke,huhu~~sayang sangat..tapi nak wat camne..dah masa tuk dier pergi meninggalkan iz kot..nama arnab tu joe..iz x tau jantan ke betina..pggl joe2,tau2 beranak 2 ekor 2 bulan pas bela..ngan anak2 dia hilang..

so,berbalik pada tujuan sebenar,iz nak la kenalkan korg ngan arnab terbaru peliharaan iz sekarang..yela,tuan nya blog kenal,binatang peliharaan dia x kenal,x adil la kan..so ,kenalkan jugak..hihi..biarla apa org nak kata..ader 2 ekor..jantan ngan betina,sekor putih,sekor coklat..nama pon x bagi lagi..x taula nak panggil apa kat diorg nih..nanti2 la fikir..ke,kot2 korg ader idea,mesej2la iz yer?ok2,cukup..tgkla wajah2 arnab ni ,k?

* ni la diorg..budak2 lagi..x baligh lagi pon..

comey x diorg?comey kn..tgk tuanla..haha(*ader kena mengena ke?)..harap2 budak2 nih,x la lari lagi..jaga leklok kali ni..x mo kehilangan lagi..x sanggup daa,huhu..jaga sampai besar,biar diorg jadi parents yang baik tuk anak2 diorg..ader cucu..happily ever after la senang crite..x mo cerai2,gaduh2..harapnya..ni time nih diorg baru nak kenal lagi..sesi taaruf cara arnab la..yg coklat tuh betina,putih jantan..putih tu garang sikit..iz dah kena cakar td..tapi dah jinak dah ngan iz,mesra dah..mula2 je..takut kot..

okla..dah kenal kan?cukupla tuh..ader masa iz crite pasal ikan iz pulak..ikan iz ni special sikit..nak tau tggu entry akan datang,apa yang specialnya..ok??
iz nak mengundurkan diri..besok masuk keja kul 6 sengah..5 sengah kena bangun dah..so x leh tdo lewat2 sangat..kang esok masuk keja,cam zombie je...hurm,tata...salam penuh senyuman!!

(>_<) suka (^_^)

keja tuk kali kedua??

salam to my friend...apa khabar?moga sihat2 selalu...lama iz x menulis kat blog ni...sorila,yer..hampir 2 hari..
iz dah mula sibuk sejak bekerja sekarang...jadi, xleh la selalu2 nak update sekarang...hihi...
iz kan pernah interview kat shell aritu kan?alhamdulillah,keja tu dapat..seb baik la shell yang baik hati tuh nak terima iz,..hehe..tempat lain belom tentu lagi..

keja iz setakat ni,biasa2 je...senang la...jage pam minyak..org nak isi minyak kita tolongla..
senang kan?member2 situ pon best2..sume pon ramah je..senangla..yela,tempat keja best kalau org2 kat situ best..seronok sikit nak bekerja..

okla..terus masuk point..hihi..badan penat,nak tulis banyak2 pon susah...iz cume nak sampai satu perkara je malam ni,iaitu tentang 'MERENDAH DIRI'..sume tau kan,apa maksd merendah diri...iz cuma nak kaitkan ngan keja iz seharian..iz tengokla kan,penting sangat sifat merendah diri ni..kat tempat keja tu, iz tgk kebanyakan pelanggan2 kat situ merendah diri..bagus kan?diorg kan,bwk keta mewah2,tapi sikit pon x sombong...bagusnya diorg ni..hehe..kadang2,diorg tego kitorg dulu,pekerja2 shell..

* contoh terbaik,lelaki yang baik

kalau la sume pelanggan camnie,alangkah indahnya kehidupan..
x merugikan langsung,sifat merendah diri ni sebenarnya,malah membuat kita lebih hormat kat depa..
memang la kami ni hanya ibarat semut je kat mata diorg,
tapi perasaan hormat tu masih ader...menda2 simple camniela,yang patut kita terapkan dalam peribadi kita...
maka secara automatiknya,orang lain lebih mesra ngan kita dan lebih hormat kat kita,kan2?

satu lagi pengajaran yang iz dapat dalam kerja ni ialah sentiasa terSENYUM..ini satu lagi menda yang bukan sume org boleh belajar..golongan profesional pon belum tentu mahir ngan kemahiran senyum ni..monyok,masam je..ape dapat kalau wat muka camtu...senyum selalu kan manis..yg kacak bertambah kacak,yang cantik bertambah manis..so , xrugi kita sentiasa tersenyum,walau apa jua keadaan time tuh..

* comel x budak ni senyum??

okla..cukupla tuk malam ni...pesan iz,sentiasala senyum dan merendah diri,x mo masam2, dan menyombong yer..ingat,sume yg kita ada harini,hanyalah pinjaman semata-mata..xkan ada harta boleh kita bwk kesana,olrite??yang baik jadikan teladan,yang buruk,buang!!(* sempoi)

salam!!


lelaki tak berkualiti??

salam to all..

tora dtg lagi,ngan permainan baru..hihi...
okla,aritu iz dah janji nak sambung sikit mengenai isi2 ceramah Ustaz hasrizal..kan2?
ingat x??banyak sangat nak cerita malam tu,tapi disebabkan mata yang merah ala2 zombie,terpaksala tutup kedai awal..ngantuk sgt malam tuh..so,ader peluang nig,iz sambungla sikit yer..

okla,malam tu banyk sangat isi dari ceramah yang boleh diambil sebagai pengajaran..
ustaz banyak menerangkan tentang CINTA..
sesungguhnya, cinta yang teragung tu hanyalah kepada yang paling layak untuk dicintai,yakni Allah s.w.t.
itula cinta teragung dan teratas...cinta yang teratas hanyalah milik tuhan yang mencipta kita semua..
jadi,jika ada cinta yang lebih dari itu,makna nya itula tuhan kita..
apa maksud iz?ok2..macam ader yang lebih mencintai duit,harta dan wanita melebihi cinta terhadap Allah,
maka dia adalah hamba pada yang dicintainya..ada paham?
x elok kan?x elok kan?
so,muhasabah diri,cintailah pada yang Maha Mencintai!

hurm..banyak sangat hari ini,kita tengok kawan2 kita,menjadi hamba pada wang ringgit..kan2?
mungkin kita salah sorg dari mereka..
mana tau,iz skali,mungkin..tapi kita x pernah tersedar dari kesilapan..
jadi start harini,maila kita berfikir balik,apa tujuan kita dijadikan di muka bumi ini..okay?(>_<)
dari pandangan peribadi iz,biarla harta kita ader tu x banyak,tapi BERKAT!
insyaallah, bahagia hidup...

ader pesan yang iz x leh lupa dalam ceramah tu..
pesan tu ialah ' aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu,jika hilang agamamu,hilanglah cintaku padamu'..wow i say,dengan spontan nya...indahnya bahasa..cuba fahamkan pesan ini..
dia meletakkan agama di atas segalanya,kan2?
itulah kebahagian yang dicari sebenarnya..
iz akan cuba untuk jadikan pesanan ini sebagai prinsip hidup iz..

ok,berbalik pada tajuk kontroversi di atas,setelah jauh berjalan ntah kemana-mana..
apa maksud iz ngan lelaki x berkualiti..
semalam iz ada la berbincang ngan kawan baik iz,mengenai penceraian,..
dia cakap penceraian banyak terjadi akibat oleh lelaki..
x bermaksud perempuan x salah totally, tapi lelaki la punca penceraian..
kebetulan,ceramah tu membicarakan tentang hal yang sama..
Ustaz Hasrizal menyokong perkara ini!
ustaz cakap,memang kes penceraian yang berlaku hari ini kerana kemerosotan kualiti lelaki sebagai pemimpin..
huh,pahit untuk ditelan kaum lelaki,tetapi itulah hakikat sebenarnya..

lelaki dan wanita ini unik..diciptakan untuk saling melengkapi..lelaki diciptakan ngan logik akal melebihi perasaan..
manakala wanita pula,dengan perasaan yang melebihi logik akal..
kalau lelaki x menggunakan sepenuhnya kelebihan nya(logik akal),maka punahla institusi kekeluargaan..
bayangkan,lelaki asyik emo je..huh payah...
logik akal sekurangnya,si lelaki akan memikirkan tentang tanggungjawab, terhadap anak2,dan isteri2(kalau lebih satu,hihi).kan2?so,penceraian bukanla jalan terbaik dalam menyelesaikan masalah..gunalah akal dalam menghadapi masalah,bukan mengikutkan hati semata-mata..toksahla emo2 sangat..carila penyelesaian untuk setiap krisis dalam keluarga..

* amanah tu,jaga betul2!

sama lah jua ngan wanita,biaqla guna kelebihan perasaan yang ade tu,
untuk mengasihi anak2 dan suami..kalau terlalu logik,payah la pulak..
sebab tu la,biarla anda menjadi penghibur untuk suami itu tadi..layan sebaiknya..
kalau bekerja skali pon,status anda yang tinggi sekalipon tidak mengubah status anda sebagai isteri..
tetap kena patuh kepada suami,selagi tidak melanggar perintah Allah..

banyakla pulak menulis,...cukupla...nanti banyak2,iz pon malas membaca..
watpe banyak2,tapi x bermanfaat kan..so,sikit2la,amik pengajaran..
kalau iz ader salah,tego tau...riso,ader tulisan iz ni yang salah,dan mengguris hati sape2..
iz minta maaf..opss,..cukup tuk arini..
all the best carry on tok sume2..ader persoalan,tanyala yer..kat belah kiri tuh..
yang terdaya,iz akan jawab..yang x tau,maafla..hihi..
salam

(>_<) suka (^_^)

Bertemu idola


salam to all!!

Alhamdulillah,dapat lagi menulis malam nih...
hari ni iz seronok sangat2 sebab berpeluang bertemu ngan salah sorg dari idola iz..
beliau ialah, ustaz Hasrizal Abdul Jamil,pengasas Saifulislam.com..huhu..
terharu sangat2 sebab dapat jumpe ,bertegur sapa, cium tangan dia..

iz mula berminat ngan ustaz sejak membaca 3 buku hasil penulisan beliau iaitu :-


* antara buku kegemaran iz

buku2 nukilan beliau ini, sangat terkesan dalam hidup iz..
banyak mendidik iz dalam konteks perhubungan dalam islam..
gaya penulisan yang santai beserta ilmiah, dalam menceritakan keindahan islam
dalam bentuk yang paling mudah untuk dihadam pembaca..( awat sastera lak iz nih,hehe..pengaruh2 )

iz berpeluang bertemu ngan ustaz Hasrizal di sebuah majlis ilmu di masjid pandan indah td..
ceramah yang banyak mengupaskan mengenai CINTA dalam erti kata yang sebenar..
ceramah yang sangat menyegarkan hadirin yang kebanyakan nya dihadiri orang2 muda woo..
jgn x caye!!ramai remaja yang mengikuti ceramah ni...
mungkin kerana tajuknya yang gempak,hihi..

tapi xpe...salah satu bentuk tarikan untuk remaja untuk mendekati masjid,alhamdulillah..
pengisian yang ringkas tapi padat...
antara pesan dalam ceramah yang ingin iz kongsi disini ;-
  • cinta adalah satu bentuk tenaga 
  • cinta pada Allah adalah cinta yang paling teratas sekali. jangan sampai ada cinta lain yang mengatasi cinta ini
  • cinta berkait rapat ngan hasilnya, yakni kasih sayang
  • fitrah manusia memerlukan kepada perhatian
  • manusia boleh mengatakan tidak pada perkara yang salah..jangan ikutkan kata nafsu semata.
  • hukum 'nikah gantung' adalah harus..tapi,perlulah bersebab
  • perlu ada persiapan yang rapi, sebelum mendirikan rumahtangga
sikit je isi kat atas ni..banyak lagi sebenarnya..
mungkin iz akan sambung di entry yang akan datang..
mata ngantuk..ceramah habis agak lewat td..
namun masih berbaloi, sebab cara penyampaian ustaz Hasrizal beserta rakan panelnya,
yang bersemangat dalam menyampaikan ilmu..
last sekali, iz sempat la bergambar ngan Ustaz Hasrizal..hehe..




* belah kanan Ustaz Hasrizal, belah kiri kwn baru nama fiq..


* mendengar ulasan mengenai 2 buku lain Ustaz Hasrizal

syok, dapat bercakap ngan beliau..rasa puas sangat2, walau sekejap..yela,selama ni kita kenal dia melalui penulisan je, jumpe depan2, excited arr..harap berpeluang jumpe beliau lagi..to ustaz Hasrizal, ustaz memang best la...hehe..wa caya sama lu!!



















      JAngaN PutuS AsA !!


      Segala puji bagi Allah s.w.t.Semata dan Shalawat serta Salam Semoga Senantiasa Tercurahkan kepada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi Wa Sallam Yang Tiada Nabi Setelahnya.
      Dalam keadaan seharian,tanpa ada yang mengingati,
      kita sering terleka dan alpa untuk kembali bertaubat,
      sering menzalimi diri sendiri..
      so,entry kali ni,
      iz nak ingatkan diri iz,dan kawan2 untuk bermuhasabah diri..
      ok?? (>_<)



      KEAMPUNAN

      Qasidah…
      Aku mengadu kepadaMu
      Ya Allah ya Tuhanku
      Dosa-dosa ku menggunung besarnya 
      Wahai Tuhan ku
      Aku sedih dan derita dengan dosa-dosaku
      Dengan rahmat-Mu ampunkanlah aku
      Wahai Tuhanku
      Kesalahan-kesalahanku sepenuh pasir sahara
      Tuhan jangan biarkan aku 
      Biarkan aku tidak berampun
      Aku menyesal wahai Tuhan
      Keterlanjuran itu 
      Kalau Engkau ampunkan aku
      Kebesaran mu tidak terjejas
      Jika Engkau tak ampunkan aku
      Akukan hamba Mu
      Kasihani hamba Mu ini
      Yang telah menyesal 
      Aku berjanji tidak akan 
      Aku ulangi lagi
      Tuhan dengarlah rintihanku ini
      Terimalah penyesalan ku
      Kabulkanlah permintaan ku
      Janganlah Engkau kecewakan permohonan ini
      Aku tidak jemu-jemu
      Mengulangi permohonanku
      Tak berputus asa dengan rahmat-Mu
      Ampunkanlah aku
      Tak berputus asa dengan rahmat-Mu

      Ampunkanlah aku..


      leh cadang lagu best2 x?

      ~salam to all~

      apa habaq?baik,ke x baik?kalau baik,baguslah..kalau x baik,
      bersabar la eh..
      mungkin ader menda yang best disebalik yang x best tuh..
      apa ntah iz melalut,iz pon x ngerti..wat2 faham2 jela..okay?(>_<)

      kadang2 memang kita suka mengeluh dengan dugaan dan cabaran yang menimpa hidup kita seharian..
      pernah x kita cuba untuk sentiasa bersifat positif dan berprasangka baik dengan masalah yang kita hadapi..
      bayang kan hidup tanpa dugaan dan cabaran,mesti x best..
      happy je sentiasa...kalau asyik senyum dan gelak2 je,cam x betul la pulak..
      saje je nak ubah cara pemikiran,time ditimpa masalah..hihi..
      *memang iz ada masalah pon sekarang..
      sebab tulah dalam hidup ini,kita sentiasa perlukan teman untuk berkongsi masalah,pengalaman dan segalanya..

      cukup2,muqaddimah yang panjang di atas..kembali pada tajuk yang dibincangkan..
      nape tajuknya camtu eh?xde,kes dia camni..
      iz sekarang asyik dengar lagu yang sama je,asyik dok ulang2 sejak sebulan yang lalu..
      x taula,lagu ni best sangat2 sampai muak la pulak dengar..
      tapi tetap nak dengar..pelik kan bunyinya...
      best la...iz suka ngan sorg artis ni..nama dia Maher Zain..
      siapa dia si Maher Zain ni?ahli majistret ka,lawyer ka,doktor ka.
      dak aih..dier ni ahli muzik..
      Apa???ahli muzik..'pantang datuk nenek ak dengan ahli muzik"...
      melalut dah,melalut dah..stop2..
      okla,kembali normal..iz suka sangat ngan lagu2 si Maher Zain ni..syahdu je..
      elegan..style...sume cukuplah..gambar dia?ada je..amik kat google je..jap eh...

      * ni lah mamat tuh

      lagu mamat ni la yang iz duk asyik ulang je sekarang nih..sabo jela..
      paling iz suka lagu dia ni, lagu 'insyaallah'..memang best sangat2!!
      lain2 lagu dia pon best gak,cam 'for the rest of my life', ' awaken', ' palestine will be free',dll..
      sampai pening la asyik duk dengar lagu dia..
      berbalik pada tajuk diatas,
      iz harap2 la, ader yang leh cadangkan lagu lagi best dari lagu2 mamat ni..
      biar dengar lagu lain pulak..kalau ada cadangan, dipersilakan..
      iz nak layan lagu baru pulak..

      okla..nak crite pasal tu je..
      kalau ader lagu best2, bilang sama iz ya..
      iz nak try pulak lagu lain..korang pon tryla,cari lagu si Maher Zain nih..memang x rugi..betul!
      okla..cukupla setakat ni..iz nak p main gitar jap kat luar,sambil ditemani bintang2 dan hembusan angin malam..
      ok,tata..salam...
      kim salam kat mak eh..

      (>_<) suka (^_^)

      ILMU

      salam friends!apa khabar jiwa?

      huh,iz ni awat pulak tanye kitorng nye jiwa nih?ingat kitorg ni sakit jiwa ke..hihi..chill2...yela,org asyik tanye khabar je..x pernah tanye mengenai jiwa pon..iz tanye ni bersebab..apa sebab nya?ok2..iz eksplain balik eh..jiwa ni penting tau bagi seseorg tuh dalam kehidupan seseorg..ada orang yang mempunyai jiwa yang baik,penuh ngan rasa kecintaan..maksud iz,jiwa yang bersih,penuh ngan sifat2 yang baik...xder penyakit2 hati seperti hasad dengki,cemburu,and so on..tau,korg pon lebih mengerti dalam sifat2 mahmudah dan mazmumah ni..kalau iz silap tegur eh,iz ni bukanlah tau sangat..sekadar ingin berkongsi..

      ha,kali ni,iz nak cerita pasal ilmu..tiba2 je cerita pasal ilmu,buang tebiat ke apa iz ni..haha..xderla,semalam result kitorg dak2 poli nih keluar..so,terkeluar la idea nak cerita pasal ILMU...iz ucap tahniah kat hangpa yang dapat result yang baik,dan pada mereka yang dapat result kurang baik,usaha lagi eh..setiap segala sesuatu yang berlaku tu,pasti ada hikmahnya,..so,bersyukur ngan apa yang kita dapat..setimpal ngan usaha kita gak kan?

      allright,kita crite pasal result iz sikit..*sikit je,x banyak!!!iz nye result,iz bersyukur sangat..alhamdulillah,walau x la cemerlang,namun mengatasi apa yang iz bayangkan ,hihi..syukur pada Allah, iz boleh la grad ngan rakan2 seperjuangan yang lain dengan result nih...

      * apasal ader gambar ni?

      gambar kat atas tu langsung xder kena mengena ngan hidup iz..saje jela,bior ader gambar,sebab entry iz,mesti kena ada gambar..hehe...x sabar rasanya menunggu hari graduasi...bulan 10,kalau x silap iz..

      okla...napela x sentuh2 pasal ilmu ni...dah2..iz nak cerita pasal ilmu ni..iz rasa ilmu ni penting sangat dalam kehidupan...ibarat cahaya dalam kehidupan...yela,kalau bandingkan ngan harta,harta ni,kita jaga dier,ilmu pulak,ilmu yang jaga kita..faham x ni ape yang iz cuba sampaikan?harap2 fahamla yer..x faham tanye eh..insyaallah,iz jawab..ilmu ni sebenarnya bermanfaat kepada sesiapa saja pencinta ilmu..biarlah ilmu yang kita perolehi tu bermanfaat tuk diri kita..ok,kaitkan la dalam engineering..sepanjang 3 tahun ni,apa yang kita dapat dalam subjek yang kita perolehi? harap2 ader yang bermanfaat ,yang betul2 kita pegang dan mampu membantu dalam pekerjaan,hendaknya...sama gak,dalam agama,ilmu tanpa amal,apa guna nya,kan?cam pohon yang tak berbuah..kan2?ha,so disinila pentingnya kita memanfaatkan betul ilmu yang kita perolehi..biar bermanfaat tuk orang di sekeliling kita ngan diri kita sendiri..cam ayat kat bawah ni..

      * gambar ni iz amik dari saifulislam.com

      iz x nak la ngan ilmu tuh,memudaratkan kita...ader ke ilmu yang memudaratkan iz?let say,dengan result yang sangat tinggi ni,ak lah yang paling pandai..dah,hinggap penyakit hati..perasaan ujub, takbur, membangga diri menyusul..x mola kan..x molek...ingat satu je, ingat sekam padi,semakin tunduk,semakin berisi.tul dak?ustaz iz selalu pesan camnie..sebab tula kita tengok harini,kes2 buang bayi,kes maksiat,dll...sape yang wat sume ni?diorg pon mempunyai akal..ilmu pon ,uisy..dasyat..tapi mana letaknya pertimbangan seorg insan?bila nafsu menguasai akal,tula jadinya..inila letaknya penting ilmu beserta amal..praktikkan dalam kehidupan,okay sahabat?

      * rendah diri,kan bagus?

      rumusan dari entry iz kali ni,iz ucapkan tahniah kepada mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang..dan pada sape2 yang result x seperti yang diharapkan,usaha lebih lagi..kegagalan hari ni,bukan la kegagalan selama-lamanya...bersyukur ngan apa yang kita perolehi,tapi jangan bersikap cepat puas hati..okay?dan pesan iz pada rakan2 seperjuangan iz,iz harap korang berjaya dalam kehidupan baik di dunia, mahupun di akhirat..iz harap biarla kita cemerlang antara hubungan kita ngan tuhan, dan hubungan kta sesama kita2,allright?

      akhir kata dari iz, amikla pesan iz ni sikit pun,x banyak pon takpe..janji istiqamah dalam mengamalkan..x rugi kita berpesan sesama muslim,kan?kalau iz salah,tegurla..iz x nak jadi bodoh sombong..sebab iz ni pon banyak melakukan kekhilafan,*fuhh!!bahasa sastera...dahla,lebih 350 patah perkataan dah ni...nanti markah tolak..ok sahabat,luv u all...salam...

      (>_<) suka (^_^)!!!

      ~aktiviti orang bujang~

      salam sume2...
      pekabar?alhamdulillah,masih diberikan peluang untuk terus hidup, dan bernafas pada hari ni...
      bersyukurla,kita masih boleh meniti kehidupan yang mendatang ni ngan nikmat yang sangat2 bernilai dalan hidup,yakni keimanan dan peluang tuk masih beribadah kepada yang maha Esa...solat dah settle tuk hari ini?hehe..

      ok,pendahuluan dah settle..biasala,bila baca balik,sebagai peringatan kepada kita sume remaja yang terkadang terleka...bukan remaja je kengkadang...remaja lanjut usia pun terleka,dalam menunaikan kewajipan terhadap agama..so,amik pengajaran,buang jauh2 pemikiran negatif yang hinggap kat pemikiran..ok sahabat?

      hehe..jauh berjalan..lupa lak tajuk kata atas..ok2..hurm,bercakap tentang aktiviti orang bujang,biasala bangun pagi ,mandi,solat, pastu?
      ha pastu tu yang nak cerita ni..tadi iz nak sarapan la cam biasa,tengok kat dapur,apa lah nak makan ni,..setelah merenung jauh selama 5 min la lebih kurang,xleh jadi ni..kena wat sesuatu ntuk sarapan..asyik mak kita je wat sarapan,bila pulak kita nak wat sarapan tuk mak kita pulak kan...so,keputusan pon diambil..apa kata iz watkan kelainan pagi ni..iz pon wat keputusan untuk membuat BURGER sebagai sarapan!

      okla,alang2 menyeluk pekasam,biarlah sampai ke pangkal lengan..(ada kena mengena ke?,ntahla)..
      so,macam biasala, barang2 disediakan..roti,check!daging burger,check!timun,tomato,bawang,check3!..ok,sume resipi ader..apo lagi,goreng daging sesedap rasa..
      dan setelah digoreng ketiga-tiga daging burger (untuk mak ngan adik sekali)  tersebut,ni lah hasil dia...hasil yang x seberapa..

      * menarik tak rupa daging burger nih?

      haha,kalau renung ngan renungan yang tajam, daging ni hangit sikit,sebab melayan mesej dari kawan rapat..tapi xpe...yang lagi 2 tu ok..jangan riso..yang ni iz yang makan, yang ok lagi 2 tu ,bagila kat mak ngan adik..biarla diorang merasa yang sedap..ok,crite daging dah habis...daging dah siap goreng, nak wat ape lagi eh?hurm...berfikir sejenak lagi..biasalah, blur kot pagi2 ni..okla,tetibe je tangan terpegang pisau..dier bagi klu la tuh tuk siapkan inti dalam burger la tuh..( huh!!inti?)* ntah apa la istilah sebenar..
      selang seminit,ni lah hasil nya..

      * habis hancur tomato2 tuh~

      besela,tangan orang bujang..kaso sikit la,kalau nak potong2 tomato ni...okla,langkah terakhir dalam menyediakan burger yang sangat enak ni, design la burger tu mengikut kreativiti masing2..alhamdulillah,siap gak burger yang enak ini..haha..tapi tetap x leh la lawan burger2 otai2 kat luar sana tuh..tapi jadila,perut mak ngan adik kenyang..


       *huh,burger ke tu?




      burger la,hangpa ingat apa?haha..kenyang gak perut kami bertiga..alhamdulillah,rezeki dari Allah..bersyukur ngan apa yang ada..

      kesimpulanya,nila sarapan yang mampu tuk disiapkan leh orang bujang..kalau nak masak kari ke, nasi lemak ke, ayam tiga rasa ke,x reti..wat burger jela..tu yang termampu..janji sarapan..kan2?tiba je terdengar suara2 bisikan..cam,'bro,x macho la masak2 nih'..huh,korang apa tau...tu bukan macho,tu ego nama nya..apa,salah ke.,nak berbakti pada seorg mak..sekali sekala bagi suprise kat dia?apa la salahnya lelaki memasak?x salah pon..time mak kita ada ni la kita nak berbakti....kalau dah xder nanti, x dapat dah..
      * pesanan dar iz, sayangilah ibu anda, kerana orang paling perlu kita berbakti dalam hidup ni adalah ibu kita...who else?ur mother..who else? ur mother..umi,umi,umi,ummmmiiiii!!!lalala~~nyanyi la pulak!!sori..

      okla,tu je cerita tuk pagi yang indah ni..kalau teringin membuat tempahan burger, silalah call pakar yang bertauliah..iz ni,setakat wat makan sendiri lehla..hehe..ok,luv u all..salam..

      (>_<) suka (^_^)

      latar belakang serba sedikit...

      salam to all!

      sihat ka?dah makan ka?ader baik arini ka?
      banyak pulak tanya..kalau sudi jawab la,yer...hihi :)
      xder,saje je nak kongsi sikit sebanyak mengenai iz..yela,terfikir pulak,main serbu je dunia blog ni,ntah kenal ke x ke,ader bau2 bacang ngan pembaca ke,kan2?so iz nak la cerita serba sedikit mengenai iz..
      okla..firstly,nama penuh iz,Aizuddin Ahmad Kamal..iz asal Kuala Lumpur..adik beradik pulak 4 org..iz no 3..2 atas kakak,pastu ader sorg adik lelaki..

      iz baru je habis kan diploma kat poli tanjung malim,2 mggu lepas..iz amik dip kej mekanikal..tapi result x kuar lagi pon..dengar kata 16 hb ni..risonyer ai..nway,kenala hadapi result ngan hati yang terbuka..harap2 okla result,x teruk..cemerlang xpe,hak2..
      kelas iz memang best sangat2,sepanjang 3 tahun kat situ..sebab kelas yg iz duduki selama 3 tahun, happening sangat2..memng semua sekepala la,xder berpuak-puak kabilah ni..tu la yg best nya,,..so nak duk kat kelas tuh,x la stress je ,okla camtuh..suke2!..
      nak tgk ke dak kelas iz?ok je kalau nak tgk..kalau x nak tgk,pejam la mata eh?tapi rugila,..sebab dak2 dkm ni sume encem2..kecuali iz la..bese je..tapi manis tu ader...ops,angkat bakul sendiri lak..huhu,sorry!!ha,ni lah muke2 diorg..tatap la ngan penuh rasa cinta,cewah~~

      ~nampak betapa ceria nya mereka~

      xderla banyak tuh je dak kelas iz..banyak lagi gambar2 kat lappy ni..xpe2,kita masukkan lagi,izin kan patik yer?tuk upload lagi?

      tgk2!nak masuk kelas,sempat bergambo lagi tuh..

      cukupla rasa nya setakat ni,2 gamba..pada kwn2 yg ader yg x masuk, hangpa mesej je ak..ak wat entry,khas tok ko..serious wo..ni lagi satu rahsia iz nak gtau,*jgn gtau sape2 yer?
      dak2 kelas iz ni suke sangat bergambo..banyak sangat gambo...aderla dekat 5-6 gig gambo dalam lappy ni..tapi xpe,iz x kisah..sebab rindu2 t,leh la tgk balik kan...huhu..sedihla pulak..dah la,x mo sedih2...
      so to all my classmate,bile hangpa nak wat reunion nih?rindu woo kat korg..walau baru berpisah 
      dalam 2 minggu je..

      okla,setakat nih jela..sebenarnya saje je nak wat entry khas nih,dedikasi tuk all my beloved friend..
      ni khas tuk korg iz wat nih..
      walaupun kalau dikaji sebentar,telah lari jauh dari tajuk kali ni..
      maaf,menyimpang dari tajuk sebenar,huhu..
      harap hubungan kita xkan terputus sampai bila2,kan?
      hurm,iz pon nak ngundurkan diri ni..
      selamat malam kasih,selamat malam sayang..
      bye2!!

      temu untuk diduga @ interview

      salam kawan2,apa khabar?
      hurm,saje je la nak menulis,tangan gatal dah nak menaip..so apa lagi,taipppp!
      okla,nak cerita peristiwa pagi ni,br je td,dalam 15 min waktu kejadian berlaku..actually,baru je pas balik dari interview kat SHELL td..
      harap2 okla hendaknya..

      eh,tibe2 je perenggan kedua dah?xpe,..kite teruskan..
      sebenarnya best sangat sesi temuduga td..nape best iz?org tanya..xdela..iz ditemuduga oleh sesorg yg sangat ramah,seronok..mcm sesi sembang2 bersama member je..walau kenal x sampai 5 min..okla..harap2 daptla keja tu,manager ke,kan?sape tau..korg doa2kn la yer..moga2 terbuka hati owner shell tu untuk menggajikan iz..

      pastu kn,dalam sesi temuduga td,ader pulak kena 'speaking' pulak dah..ha sudah,ape iz nak speaking ni..dier sowh crite background diri..dengan penuh perasaan confident nya,iz pon speaking la..fikir2 balik,terasa macam nak tergelak pon ader..ntah pape la ngarut tadi..harap2 dier fahamla,coz iz pon x faham ape iz speaking td..

      *atas ni gambar hiasan je,nak bodek shell..

      okla,saje je nak kongsi pengalaman hidup yg x seberapa ni..harap2 daptla keja tuh..xmo duk umah je pasni..janji dapat la rezeki serba sedikit,untuk sesuap nasi..ops!terlebih suda...haha...memang jadi camni nya..kalau tulis lebih dari 10 min..al merapu wal mengarut pon akn sibuk menempel di karangan nih..huhu..okla..selamat tinggal..ader umor,kite jumpe lagi..salam!
      (>_<) suka (^_^)

      cawan dunia@world cup..


      hoho,salam..
      malam ni pon nk nulis lagi..malam semalam kan dah tulis,so malam ni tulis gak la,amik hati sikit..
      dah2,start2 dah ngarut..
      sebenarnya kan,ak nak tulis pasal apa eh?tgk gambar kat atas pon tau dah kot..
      okla,ak nak cerita pasal bola sepak la..kan skang ngah musim bola,world cup..
      x dapat disangkal,ak ni antara mereka2 yang minat sangat ngan bola sepak...terutamanya futsal la,of course,sebab padang dia kecik...x penat sangat nak berlari-lari..posisi?penyerang la selalunya..sebab satu je peel ak,kalau dapat je bola,ak rembat..nak gelecek ak x reti sejujurnya..
      kadang2 ngan kaki2 org ak rembat..so sape2 yang pernah terkena rebat ngan ak,ak minta maaf lak yer..thanks bro,maafkan ak..
      okla,berbalik kepada soal world cup tadi,sume pon mesti ada pasukan kegemaran diorg kan..ak pulak ,minat sangat ngan BRAZIL.. xtau la,ak minat sangat,sebab cara diorg main memang laju dan pantas..hurm,apa beza laju ngan pantas?ntah,ak pon x pasti..sebab kalau berwinning ngan member2 pon,brazil la ak pilih..so,tahun ni ak harap diorg lehla rampas balik takhta piala dunia tu..
      okla,tu je la nak sampaikan tuk kali ni..
      akhirnya,dapat gak luahkan kat sini kan..suke2!okla,ak pon nak tido ni,besok kena bangun awal2,ader interview..kena segar sikit,ye dak?
      ok,tata~~
      salam..

      Assalamualaikum

      alhamdulillah,pada lewat malam ni dapat juga mengenali dunia blog buat sekalian kalinya,..huhu..bangga2!
      ntahla,mule ngan minat bace blog org..at last,minat pulak nak menulis blog sendiri..walaupon memang menggigil jari-jari ni nak menaip,nak sampaikan mesej,tapi tetap nak menulis gak..haha..

      ak ingat nak jadikan sini cam diari akula ,seharian kan..
      kalau rajin la,hari2 nak tulis,..xderla,rasa cam rugi pulak, x start dari dulu..yela,buta IT lagi kot time tuh..
      laptop pon xder lg...so sekarang dah ada,apa salahnya cube..

      dahla kot tuk arini..maybe lain hari kita sambung..dari ak start ngarut berjela-jela,ntah sampai kemana ak pon x tau kang..
      oklah, ak nak ngundur diri dulu la eh..
      salam perkenalan!!

      Assalamualaikum..