sahabat =)

selamat hari wanita

wanita? wanita. insan dicipta tuhan bersifat jauhnya dari seorang lelaki.. segalanya adalah berlawanan. yang pastinya akan mendatangkan konflik, salah faham etc. cara kita bercakap, cara kita bergaul, cara kita apapun dalam segala sesuatu adalah berbeza. meletakkan dua gender ini dalam satu hubungan pastinya akan mengundang begitu banyak salah faham. nak tak nak, setuju jela ye dak?

namun, pada seorang wanita ini, ada nya kekuatan yang takkan mampu ditandingi seorang lelaki. betapa kuatnya mereka dalam meletakkan harapan pada lelaki, untuk melihat mereka sentiasa memperbaiki diri. jarang sesekali lelah dan putus asa langsung dengan lelaki-lelaki mereka. sentiasa memandang yang baik, memujuk diri setiap kali lelaki ini mengecewakan mereka.

pada wanita itu, lelaki itulah segalanya. bg mereka, lelaki yang tak sempurna ini adalah teman baik mereka, tempat mereka mengadu masalah, tempat mereka berkongsi sesuatu dgn penuh rasa percaya. walau tahu, kami lelaki ni bukanlah penyelesai semua masalah mereka.

jadi pada kaum lelaki, bersyukurlah dengan wanita kamu. tiada yang terbaik boleh menggantikan mereka, kerana mereka tulang belakang kamu, kekuatan kamu yang paling kuat sebenarnya. jaga mereka dgn ikhlas, anggap mereka amanah dr tuhan untuk kamu kembalikan mereka dgn penuh kehormatan dan kemuliaan.

selamat hari wanita. eh?

hee..